Monday, June 12, 2006

La tahzan

Bismillah

Suatu saat aku berfikir, apa lagi kepuasaan yang perlu aku cukupkan untuk sempurnanya nikmat dunia. Penat aku berfikir untuk kesekelian kali tapi tetap jawapan itu tidak ada penghujung. Dari satu kepada yang satu aturan hidup yang seolah-olah Allah bentangkan dan aku cuma berjalan diatasnya.

Aku meyakini bagi setiap kebahagian itu pasti terpalit pengorbanan. Aku infaqkan seluruh hidup aku untuk d'wh ilallah..itu janji aku. Jadi aku harus bayar itu dengan kehidupan duniaku. Aku pasti disana nanti akan Allah hamparkan syurga yang luas buat insan yang tidak memungkiri janjinya. Jadi itulah kepastian bagi sebuah kebahagian yang hakiki...kebahagian berjumpa penciptaku..

Sekali lagi untuk itu aku perlu mengorbankan kehidupan didunia...kehidupan duniaku tidak secerah mentari pagi...tetapi aku akan tetap gagahi...walaupun kadang2 sampai putus ikhtiar.

Pada manusia aku harus berwajah manis. Tidak gusar kerana itu cuma sekelumit perjuangan yang tidak boleh dibanding-banding...malulah kalau perkara inipun dibawa-bawa oleh perasaan. Aku belum berjuang...tak lemaspun dalam takut, dalam ba'sa wa dhorro'...Hey...terus menangis dihadapan Allah. Allah pendamping yang paling baik disaat kau berduka nestapa...jangan risau

Asadullah 2006