Tuesday, June 11, 2013

Sujudku di Jogja


Ternyata Suharto itu masih menjadi "agama" kebanyakkan warga Indonesia, terutama di Kota Jogja ini. Kota yang terletak sekitar dua jam perjalanan dari tempat kelahirannya Pak Harto iaitu di Solo.

Slogan Piye Kabare? Masih enak jamanku to? terlihat dimana-mana. Anak-anak muda, bapak-bapak tukang beca semua membawa sepanduk ini.

"Soalnya bang, Suharto itu korupsinya untuk rakyat" kata Benny supir kami sewaktu di Bandar jogja. "Dia korupsi kemudia di kembalikannya pada rakyat". Aku cuba merasionalkan pemikirannya. Korupsi tetapi di kembalikan kepada rakyat. Menurut fikirku, ini adalah telahan mudah rakyat Indonesia kepada Suharto kerana mereka nyaman di bawah kepimpinannya, harga makan murah, sewa rumah murah, harga BBM (bahan api/petrol) murah. Pokoknya mereka tidak dibebankan dengan soal-soal ekonomi yang sangat kompleks.

Tetapi di era demokrasi ini disebabkan terlalu didedahkan dengan konsep-konsep akal tentang ekonomi, politik dan agama masyarakat yang tidak berpelajaran jadi dungu untuk menghadam setiap istilahnya.

Tetapi, ini tidak bermakna saya menyokong tirani dan kezaliman. Semoga para pejuang kebebasan, demokrasi, hak bersuara, adab dan terus berusaha mendidik, memberikan ilmu, memberikan Iman kepada setiap warga Indonesia dan berdoa semoga Tuhan yang Esa membantudalam setiap agenda Islah .
dan reformasi.

Di kesempatan yang lain saya juga sempat singgah ke Borobudur. Candi lama yang dijumpai sekitar 1800an oleh Thomas Stamford Raffles. Saya katakan pada isteri kita tidak menyembah patungnya , tetapi kita menyembah Tuhan yang telah berkuasa menciptakan manusia yang membangunkan bangunan ini. Kerana ada taboo bagi orang Islam mengunjungi tempat kaum yang telah dimusnahkan oleh Allah ini. Kami masih memegang firman Allah yang meminta kita supaya berjalan dan bermusafir melihat akibat orang yang melampaui batas.

Ternyata, bangunan ini sangat simetrik, setiap bucunya kalau kelihatan dari udara sangat tepat dari satu sudut ke sudut yang lain. Saya sempat merakam dua gambar/motif roda disekeliling dinding Borobudur dan satu arca bulatan yang menurut saya teknologi roda adalah teknologi melangkaui zaman.  Henry Ford terpaksa mengevolusi penciptaan tayar untuk memberikan kenyamanan bagi kereta ciptaannya dan itu terjadi pada abad ke-20 !.

Tamadun Mesir sudah ada roda tetapi tamadun mereka jauh lebih lama daripada Borobudur. Saya fikir sudah ada jaringan komunikasi dan perkongsian teknologi di antara benua oleh masyarakat dahulu. Kerajaan dan kerajaan yang lain sudah saling membuat kunjungan hormat menghantar deligasi dan sebagainya. Isteri saya sempat merakam gambar kapal laut di dinding Borobodur. Ini mungkin boleh menguatkan teori saya.

Ternyata umat terdahulu juga menguasai ilmu dan teknologi. Tetapi ilmu dan teknologi sahaja tidak membuatkan mereka wujud sehingga hari kiamat. Bagaimanapun, terus menjadi kekaguman saya adalah tamadun-tamadun umat terdahulu wujud berpaksi pada kepercayaan beragama. Menyembah sesuatu baik itu manusia, batu atau alam. Mereka menyembah tuhan.

Semua ini membuatkan saya juga kagum dengan manusia awal membawa akidah murni ke bumi Jogja. Kota yang penuh mistik dan misteri. Percaya pada keramat dan tata karma. Raja atau Sultan mampu mengalihkan batu Merapi, stupa Borobodur mampu memberikan alamat perkahwinan dan untung nasib, berjalan diantara dua buluh dengan mata terikat mampu memberi petanda baik dan sebagainya. Ya Allah terimalah sujudku di Jogja.

Tuesday, May 28, 2013

Berkelana ke Australia


Tahun lepas berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Australia menziarahi isteri tercinta dan juga saudara-saudara seagama yang sangat dirindui. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi asing yang jarakkan ribuan kilometer.

Saat turun dari flight kelihatan 2 orang wajah orang asia yang sedang memegang mop dan penyapu. Dari perbualan yang sempat ditangkap oleh telinga, sangat pasti mereka adalah orang Indonesia. Subhanallah...warga Indonesia di mana-mana. Ternyata mereka gigih mencari rezeki kerana itulah keperluan mereka saat ini. Semoga Allah merahmati dan menyayangi masyarakat Indonesia yang berhati mulia mencari rezeki yang halal buat isteri, anak-anak, ibu ayah, sanak keluarga dan semua warganya.

Melihat Sydney dan segala kemudahannya, bagiku persis Kuala Lumpur. Jadi tidak ada banyak keistimewaan. Kemudian kami berangkat menuju Newcastle menggunakan keretapi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam.

Newcastle sebuah "bandar kampung" yang sangat permai. Ketika sampai, ada kabus putih menyelubungi daerahnya. Baru terasa seperti diluar negara. Tetapi itu tidak lagi membuatkan Australia begitu istimewa bagiku.

Sesuatu yang istimewa itu rupanya dapat kurasakan menjelang subuh keesokkannya. Saat aku sujud ditikar sejadah menyempurnakan solat subuh. Subhanallah. Sujud dibumi Australia. Seperti ada aliran listrik mengikut bersama derasnya aliran darah.

Mungkin beginilah rasanya komuniti Muslim pema yang menyebarkan kalimah tauhid dibumi ini. Sujud dibumi Australia. Jujur, memang aku tidak dapat lagi membendung air mata.

Saat itu aku mengimpikan untuk meninggalkan bekas sujud di setiap belahan dunia. Semoga Allah perkenankan. Amin