Monday, July 17, 2006

Ana pun sayang anta juga...demi Islam demi Allah dan RasulNya demi Perjuangan yang kita perjuangkan

Assalamualaikum Akhi

Jazakallah kerana hantar sms dan tegur ana, aya beryukur ada ikhwah tegur ana. ana mintak maaf ana tak boleh sms anta. ana reply dari paksi ni je. sms anta berbunyi

" salam akh, macam mana sakit, afwan kalau ana nak beri sikit nasihat, ana tengok musibah yang jadi kat anta ni tak sudah, afwan kalau ana katakan mungkin banyak janji-janji anta pada ikhwah yang anta tak sempurnakan, sikap anta pada manusia, kata-kata anta.walaupun ana tak pertikai dakwah anta yang memang secara peribadi ana kagum pada anta,tapi hal-hal yang bersangkutan janji,sikap anta banyak tak jaga, ana di gunung datuk tempoh hari, ikhwah-ikhwah banyak cerita sikap anta"

jazakallah akhi sebab tegur ana. ana tau ana mmg mudah berjanji dan selalu tak terurus. ana tau lebih labih lagi urusan duit, ana banyak tak bayar hutang MKN. anta pun sama ana tak bayar lagi duit yg anta bagi. MKN terutamanya yg byk ana tak bayar, tapi ana tak ada kekuatan nak cakap one-by one dengan dia. ana harap anta tegur ana lebih detail mengenai sikap ana selain masalah duit ni. pasal janji tu mmg ana akui, selalu termiss janji. sebab ana ni jenis yang byk benda dalam kepala dan laju sgt berfikir.

pasal sikap ana tu mohon tegur lebih detail akhi, ana takut. pasal kata-kata pun ana nak tau apa salah ana kat ikhwah2. jazakallah sebab tegur ana, semoga Allah balas anta.

ana akui ana masih byk kelemahan, masih kurang terurus walaupun ana masih belajar sikit2 untuk improve semua ni. ana dah dapat hint yang ikhwah2 tak puas hati denga ana, sebab minggu lepas ana ada mimpi yang ikhwah2 yang pergi Gng.Dtk datang umah ana naik satu kereta dan marah-marah ana dari luar umah. wallahuaklam.ana mintak maaf kat antum semua.

ana bukan hebat akhi, ana hamba yg lemah. masih muda dalam tarbiyyah. perjalanan hidup ana dan keputusan2 yg ana ambil byk mengajar ana sebenarnya. mengajar mempraktikkan teori. ana mintak maaf dengan anta akhi.

ana harap yang lain pun dapat buat macam anta.

ana sayang anta lillah.

tp ana selalu rasa malu dengan antum. malu sebab ana slalu bwk masalah kat antum.

wassalam akhi,
-msr

Tuesday, July 11, 2006

Aku bersama tarbiyyah

LionOfIslam: Ada orang mengeluh...Kenapa ya Allah pilih ramai syuhada di Falestin, mereka bukan malaikat, mereka sama saja manusia macam aku
LionOfIslam: Kenapa ya Allah kau suburkan tarbiyyah di Indonesia tidak di Malaysia, pemimpin mereka bukan Rasul atau Wali Songo
LionOfIslam: Jawapan: Allah pilih ramai syuhada di Falestin sebab kamu pengecut, takut mati dan cinta pada dunia, kamu banyak melakukan maksiat pada Allah
LionOfIslam: Jawapan: Allah pilih suburnya tarbiyyah di Indonesia sebab kamu malas berdakwah, kamu hanya pandai mengecam daripada berbuat, kamu hanya pandai menuduh dari membina, kamu hanya melihat orang lain daripada diri kamu sendiri
LionOfIslam: Ingatlah setiap dakwah itu bermula dari nafsun wahidah, bermula dari satu kemudian berkembang... setelah berkembang sudah tentu banyak keperluan-keperluan dakwah yang perlu diberikan perhatian guna untuk mengencarkan lagi gerakan pada mahawir dakwah yang berkenaan...Tiada yang istimewa dalam dakwah, semua kuli batak Allah, semua hamba
LionOfIslam: Sejarah dakwah panjang, kita mungkin kenal sehari dua dah mula melempar tuduhan, berusahalah membina daripada merobohkan

Sunday, July 09, 2006

...(Inilah) simulasi materi aqidah (tidak takut masa depan) dari halaqah-halaqah yang saya ikuti.

Oleh
Ukhti Nurika Nugraheni, Yogjakarta

Teks asal dari cerpen “Games” keimanan eramuslim.com

Lain waktu ada seorang menelefon, memerlukan wang 6 juta rupiah saat itu juga. Tentu saja ini perkara yang mendesak. Saat itu saya hanya mepunyai wang beberapa ratus ribu yang sudah saya rencanakan untuk melunasi bayaran bulanan kenderaan dan credit handphone. Bisa saja saya bilang bahawa saya tidak punya wang padanya, karena begitulah adanya. Tetapi saya ingat, saya telah berkomitmen untuk mengambil pelajaran dalam setiap peristiwa hidup yang saya alami. Kalau saya menolaknya, saya pasti akan kehilangan proses belajar yang belum tentu akan saya alami pada kesempatan lain. Bukankah ini inti materi tarbiyah dzatiyah, kita hidup untuk terus belajar.

Kadang, saya merasa perlu untuk menciptakan tentangan-tentangan dalam hidup, supaya keimanan saya terus berghairah dan bergerak naik. Juga perlu untuk terus-menerus melatih diri saya supaya mengalami peningkatan-peningkatan. Tidak saja tentang ketrampilan hidup tetapi tentang segumpal daging (hati) yang harus selalu saya pastikan, ia akan bercahaya dan semakin terang. Karena hidayah dijelaskan dalam kalimat aktif, sebagaimana ia bukan barang yang tiba-tiba saja ada dalam dada. Tetapi kitalah yang senantiasa harus jeli meneliti, mengambil kebaikan dari sesuatu yang nampak menjijikkan. “Kami memberimu air susu yang bersih antara tahi dan darah (An-Nahl: 66) dan bersama kesulitan itu ada kemudahan (Alam Nasrah:5).

Subhanallah

Monday, July 03, 2006

Bismillah

Bismillah. Saya lebih cenderung mengatakannya apa yang berlaku pada saya sekarang sebagai keajaiban Allah swt dalam mengatur alam dan pemerintahanya, manusia dan sekelian jumlah penciptaanNya. Saya terasa diatur, Alhamdulillah.

Bermula dengan perjalanan kehidupan yang tidak ada arah, akhirnya ada satu jalan perjuangan yang sampai mati pun hati ini tidak akan berubah cinta padanya. Jalan kehidupan yang kalaupun ada seribu nyawa, mati dan hidup balik tetap akan ku pilih jalan ini.

Kita mulakan dengan cita-citaku yang nombor wahid.Dah tentu tak ada orang berpeluang lihat diariku dan kalau adapun pasti tak dapat membaca maksud tersirat yang disedang dilakar jalan ceritanya dalam diari itu. Tapi pernah masa sekolah Emak baca diari tu, malu rasanya..manalah nak letak muka ni :-)..Tapi mak dari dulu sampai sekarang memang tak henti-henti nasihat dan kata-kata semangatnya, bila dia dah terbaca..malam tu sebelum dia masuk tidur, dia ke biliku sambil memulakan curhat seperti biasa...ya Allah rasa lega lepas tu, rasa lapang benda yang serabut dalam otak bila ada teman bicara yang sentiasa tak jemu beri perangsang pada Arjuna tunggal ini.

Ok ok, cita pertama itu adalah untuk berjaya dalam profession dakwah. Yap dakwah adalah profession dimana pangkat dan gajinya tak mampu dibayar oleh sesiapa pun majikan dimuka bumi Allah ni. Untuk itu, aku perlu membekalkan diri dengan ilmu dan pengalaman dakwah...Ilmu untuk menjaga sempadan dan displin keilmuan lebih2 lagi yang kita belajar ini adalah Wahyu Allah dan kalam Rasul Al-Amin, manakala pengalaman dakwah untuk lebih mahir bila berhadapan dengan qodoya ummah dan tahu mana proses hulul yang terbaik, tahu mana kawan dan lawan, tahu mana yang perlu dan yang boleh dikemudiankan dan begitulah proses dakwah yang memerlukan pengalaman medan bukan hanya pandai berbicara dipentas-pentas tersedia tetapi kekok berjalan diatas pentas kehidupan yang sebenar. Ada beberapa target sekolah & universiti yang perlu diselesaikan masyarakat pelajarnya, sehinggalah semarak tarbiyyah terasa disana dan sehinggalah mereka cenderung untuk memilih orang mutaqqin menjadi pimpinan mereka bukan orang yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan sendiri. Target fadiyah juga dalam proses. Setakat ini objek dakwah dah masuk lubuk cuma tunggu masa untuk menformalkan pertemuan. Dan terakhir dalam berjaya dalam profession dakwah ini adalah target bait…Target membina rumahtangga islam yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Rumahtangga yang masalah ummi hanyalah dakwah, masalah abi hanyalah dakwah, masalah Qudwah, Qiblah, Qayyum, Qisti, Qarni,Qasrin, Qamr, Qassam adalah dakwah..to be continued