Sunday, December 28, 2008

Ya Allah !


Ya Allah, berapa lama lagi Gaza harus menangis

Ya Allah , berapa lama lagi Gaza harus meraung kesakitan.

Ya Allah, berapa lama lagi Gaza harus menderita kelaparan

…sedang Yahudi ketawa gembira membunuh satu persatu warganya.


Tepat menuju 1430, perasaan saya dipikul lagi buat sekelian kalinya apabila membaca berita Gaza dibedil oleh Israel. Memang Israel biadap memilih tarikh-tarikh menuju 1 hijrah menyerang Gaza dan membunuh warganya. Maksudnya jelas, memasuki tahun baru tetap memalu gendang perang.


Hey Yahudi Laknatullah ketahuilah kalian, mujahidin berada diseluruh dunia. Kalian membunuh satu nyawa di Palestina, kalian membuakkan amarah ikhwan lil ‘alam. Kalian memang tidak kenal kata perdamaian, diplomasi atau perjanjian. Kalian hanya boleh diajar dengan satu bahasa iaitu JIHAD fi sabilillah.


Kalian tidak akan tenang membukam di”negeri” kalian. Ikhwan lil ‘alam akan pastikan “negeri” itu neraka bagi kalian. Ikhwan lil ‘alam akan pastikan bumi tempat kalian pijak itu membangsatkan kewujudan kalian dimuka bumi ini.


Yahudi laknat itu mengatasnamakan pembunuhan ini sebagai membalas serangan roket Hamas ke penempatan mereka. Tetapi sehingga hari ini tak ada satu nyawa pun yang menjadi saksi serangan tersebut. Mereka ini kalau ada satu Yahudi mati sudah cukup menciritkan berita keseluruh dunia menunjukkan kesengsaraan mereka. Padahal telah ribuan warga Palestina mereka bunuh, tak kira tua muda, bayi, kanak-kanak, dewasa, wanita hatta pimpinan semua gugur dek bedilan roket yang katanya lebih bertamadun dari HAMAS. Tetapi roket yang bertamadun itu tetap dimuntahkan tak bertempat membunuh manusia yang tak berdosa.


Ayuhal ikhwah, sekarang tiada masa melayan cinta yang dayus dan buta. Tiada masa mengomel isteri sepanjang masa, dan tiada masa menumpuk harta separuh nyawa tatkala saudara-saudara kita di Palestin “mati” “mati” “mati” ditembus kepala dan dada mereka dek timah panas anjing, beruk dan babi dunia.



Saturday, December 13, 2008

Malam Cinta Kang Abik - 3

Dari Seri Kembangan ke DPW
Kasur buruk dan berhabuk
Oleh: Asadullah
Justify Full
“Akhie, antum hubungi Ust.Agus ya, bilang ana mau bermalam di DPW”

“toyyib”

--------------------------------

Sewaktu menikmati makan malam, suasana agak sepi, masing-masing diri agak segan silu berhati-hati mengawal peribadi. Layaknya seperti makan beradab mengadap Sang Raja Sehari, tak berbunyi sudu garpu, tak berlecap kunyah santap. Sesekali ikhwah melirik pandang pada Kang Abik, seakan-akan diri mahu bertanya apa yang dah lama berbuku dihati, sesekali mencuit-cuit sesama sendiri, sesekali berdekah-dekah kecil geli hati. Aduh-aduh ikhwah-ikhwahku sekalian, sampai begitu sekali penasarannya bersama Kang Abik. Biasa-biasa aja, dia juga manusia biasa, antum lihat nanti tidurnya sama seperti kita, gemar makannya roti canai, ngoroknya santai, ada gelak hilai.

“Sedap Ustaz” tanya seorang al-akh cuba memecah suasana

“Mmm, alhamdulillah, siapa yang masak, antum?”

“He he, orang lain masak, tapi di dapur”

“Ooo, tapi dapurnya di luar ya”

“Iya akh, dapur tepi jalan”

Di sambut tawa ikhwah

“Patut sedap”

Kebiasaan orang Malaysia yang gemar makan di luar disinggung oleh Kang Abik. Pengalamannya di Kelantan, seawal pagi usai solat subuh sudah mula jualan, sehinggalah nanti membawa ke malam dan kadang-kadang sehingga penuh pusingan jam. Kalau di Mesir katanya, kedai-kedai itu, mula paling awal jam 9, dan rata-rata jam 10 pagi baru memulakan perniagaan. Tetapi beliau tak nafikan, ada juga yang buka awal, biasanya brother-brother India Muslim dan Pakistan.

--------------------------------

“Assalamualaikum Ust, kaif”

“Wa’alaikumsalam alhamdulilah bi khoir”

“Ust maaf ganggu malam-malam begini, ini ana mahu minta izin, Kang Abik malam ini, pinginnya nginap di DPW bersama ikhwah-ikhwah, bisa ngak”

“Oo begitu, boleh-boleh, tafadhal, nanti ana bilang dengan ikhwah di DPW”

“Sekalian ana Ust, i.Allah, udah jauh malam ni, tak larat pulang ke rumah”

“Ah, antum itu tak usah minta izin, memang rumahnya, tempat bergadang siapkan kerjaan”

“Ha, ha” aku ketawa kecil

--------------------------------

“Jumpa lagi akh i.Allah”

“Toyyib, jazakallahu khoir ya, jamuaannya, sambutannya”

“Ust, minta autograph antum di sini”

Pinta seorang ikhwah sambil menyodorkan buku Ayat-Ayat Cinta. Seperti tak ditanya, kemudian yang lain bergilir-gilir meminta autograph, ada di buku ada juga minta di Mushaf Quran, tetapi itu langsung ditegur Kang Abik “Al-Quran tak boleh akh, buku aja”

--------------------------------

Perjalanan dari Seri Kembangan ke DPW agak lancar, jalan lengang sewaktu melepasi Hotel J W Marriot di Serdang, cuma sekali sekala tercemar dengan desit enjin motor mat rempit yang betul-betul bingit. Aku melihat jam di kereta, menunjukkan tepat jam 1 pagi. Dah masuk awal pagi rupanya. “Waduh, capek sekali” degus hati kecilku yang hasrat awalnya mahu ku jaharkan ke telingan Kang Abik, tapi kutahan. Malulah lelah yang dikit kali mahu mengadu. Sang Ustaz bukan malahan hari ini, tetapi sudah berhari-hari tak tidur, terus komitmen dengan perjuangannya, menulis, mengisi, berceramah, memotivasi. “Ini jalan ana, ana infaqkan diri untuk dakwah, ana ini kepunyaan dakwah” “Biar kita lelah dalam dakwah kita puas, jangan kita lelah dengan dunia kita lemas, pasti bangkrutan” maksud katanya menasihatiku

Perjalanan melalui Highway Silk melepasi Uniten sekali lagi, berkilau-kilau pemandangannya diwaktu malam disimbah lampu-lampu bangunan dan lampu-lampu jalan. Melintasinya, pemikiranku melayang membayangkan setiap detik yang telah berlalu sewaktu berlangsungnya Bengkel Penulisan Novel Islami bersama Kang Abik. Bengkel ini mencatat sejarahnya sendiri. Usaha kecil yang aku gagahkan untuk cuba mengubah peta penulisan novel tanahair. Walaupun ada suara-suara sinis, tangan-tangan yang cuba kalau tak mengagalkan berusaha mencemarkan, ego-ego yang tak nak kalah…ah semua ini aku persetankan.

Terus menelusuri jalan sehingga menghampiri Tol Kajang. Gadis tol sudah menunggu menyua muka dengan rambut dan tangan telanjang. Hey, anak gadis ni tak reti ke jaga maruah. Tahu marah apabila tangan diganggu diramas oleh abang lori dan kereta teksi, tapi diri sendiri juga yang salah. Cubalah paling tidak kemaskan rambut dengan tudung, pakaikan tangan dengan sarung. Nah baru tenang jiwa lelaki yang tak kan selesai meruntun nafsu buaya. Paling baik, minta dikecualikan untuk syif malam, biarlah malam orang lelaki yang jaga atau paling bagus lagi carilah pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan peribadi perempuan muslimah.

Perjalanan sudah memasuki susur keluar Jalan Reko, dan sebentar sahaja, kira-kira 10 minit perjalanan telah sampai ke simpang hentian kajang tempat letaknya DPW. Kang Abik dari tadi dah lena bersandar. Aku pun sempat dua tiga kali tersandung ke kiri ke kanan. Alhamdulilah Allah selamatkan.

“Kita udah nyampai Ust"

Setelah kulihat beliau sedar, aku menambah

"antum mau beli pulsanya”

Pulsa adalah card prepaid kita di sini. Dari tadi Kang Abik beritahu pulsanya habis, dan handset akulah tempatnya menyampaikan saran dan pesan kepada teman-temannya.

“Nomor ana nomor mesir akh”

“Oh, afwan”

Mataku kemudiaannya liar mencari-cari tempat parking yang sesuai, memang banyak kosong tapi biarlah di tempat yang terang dan ada cahaya. Bukan apa, Kajang ni polis senaraikan sebagai kawasan hitam. Bukan sikit kes-kes kecurian kereta, motor, samun, bunuh yang telah berlaku di Kajang. Penjenayah-penjenayah ni ada sindikit, mereka bergerak dalam kumpulan gangster dan mafia. Mereka semua ni jenis perut busuk dan hati kering, kalau melawan, mereka tak teragak-agak menghayun golok, parang dan kadang-kadang senjata api kategori ‘canggih’ seperti stayer dan x-caliber.

“Biar ana bawa tasnya”

Aku menawar diri membawa tas Kang Abik dan beberapa bungkusan barang kepunyaan beliau. Seperti sudah biasa ke DPW Kang Abik melangkah dahulu sebelumku, aku kemudian memintasnya dengan tujuan supaya pintu DPW dapat kubuka awal dan menjemput beliau masuk. Sampai dimuka pintu, tombol besinya kupulas, sayang pintunya masih berkunci. “Ah, jangan-jangan ikhwah dah tidur” fikirku. Setelah mengetuk beberapa kali dan memberi salam sesuai dengan tuntutannya, jedar pintu terbuka, seorang Ust menjemput kami masuk, kulihat ke dalam suatu ruangan ikhwah-ikhwah masih duduk liqotan. Duduk bersama mereka adalah Ust. Agus, dia hanya mengangkat tangan begitu juga ikhwah-ikhwah yang lainnya. “Wah, luar biasa sekali, sudah jam 3 ni masih liqo’” bisikku hairan. Ikhwah-ikhwah Indonesia tidak seperti perangainya ikhwah-ikhwah Malaysia sewaktu menyambut ketibaan Kang Abik. Mereka biasa sahaja. Kang Abik bukan selebriti dimata mereka, tetapi hanya seorang peribadi dan kader dakwah yang sama dengan jutaan kader-kader dakwah yang lainnya. Bukan beliau sahaja yang tersohor karyanya, beribu-ribu lagi peribadi yang lahir dari dakwah ini menjadi ikon dan tokoh masyarakat tempatan dan masyarakat dunia dan Habiburahman adalah salah seorang daripadanya. Nak hairan apa…

Ust yang membuka pintu untuk kami kembali duduk bergabung dalam kumpulan liqo tadi. Aku langsung membawa Kang Abik ke kamar belakang. Kamar inilah, seperti kata Ust. Agus tempat aku bergadang menyiapkan tugasan-tugasan program sebelum ini. Sekali lagi Kang Abik nampak lali dengan pesekitarannya, seperti tak janggal menempatkan diri di kasur buruk berhabuk. Memang kamar ini tidak seindah kamar hotel, tetapi itu bukan masalah buat Ustaz ini. Tarbiyyahlah yang membentuk peribadinya yang tidak hanyut setelah bergelar Sasterawan dunia Islam. Tarbiyyahlah yang membuat dia kenal asal pemikirannya. Tarbiyyah yang membuat dia tahu siapa sahabat-sahabatnya walau apa statusnya. Kang Abik setelah selesai mengurus diri, beliau tanpa banyak bicara terus merebahkan diri di atas kasur keras dan dibuai mimpi cinta sambil menikmati bau aromanya.

Tuesday, December 09, 2008

Jorn Utzon: ilmu vs politik

Jorn Utzon: Ilmu vs Politik
oleh: Asadullah

Saya terlihat satu artikel dari anwaribrahimblog.com yang memetik berita daripada New York times bertajuk "Jorn Utzon, 90, Dies; Created Sydney Opera House" lantas menarik perhatian saya untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Jorn Utzon adalah pereka bentuk bangunan Sydney Opera House yang rekaannya menlangkaui zaman. Tetapi sayang, legasi beliau cuba dihapuskan oleh politikus Australia pada waktu itu, sewaktu beliau gagal menyiapkan Opera House mengikut "budget" yang telah diluluskan. Rasanya tak perlulah saya ceritaka di sini sebab musababnya, anda perlu mengikuti sendiri artikel tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Sebenarnya pengenalan pertama saya tentang Jorn (baca yon) Utzon ini adalah ketika saya melihat satu rancangan di History Channel (kalau tak silap saya). Ketika itu saya begitu kagum dengan ke' sarjanaan', ke 'ilmuan'& ke 'sungguhan' beliau di dalam bidang arkitektur bangunan sehingga tak lepas tangan saya menulis fakta-fakta penting tentang beliau sepanjang menonton rancangan tersebut.

Jika melihat artikel tersebut, penulis mengatakan geometri rekabentuk bahagian luar Sydney opera house yang diistilahkan sebagai "sail-like roofs" adalah terilham daripada "sections of an orange". Tetapi bagaimana pula rekabentuk bahagian dalaman opera house tersebut? Tidak diceritakan.

Daripada rancangan yang saya tonton,enginer dan arkitek mengatakan bahagian dalaman opera house yang direka oleh Utzon cukup unik dan kompleks. Sehingga sewaktu beliau menghilangkan diri dan meninggalkan Australia, dan hanya rekabentuk luaran sahaja yang siap, enginer dan arkitek tempatan yang menyambung kerja2 Utzon menghadapi kesukaran menyiapkannya mengikut 'blueprint' yang telah dihasilkan oleh Utzon.

idea utama Utzon ketika merekabentuk bahagian dalaman Sydney Opera House tercetus sewaktu beliau sedang merenung jauh ke arah laut di atas sebuah bukit di pesisir pantai Denmark. Sewaktu merenung, beliau melihat kecantikan sinar matahari dari riak-riak air laut. Permerhatian ini membawa kepada terhasilnya konsep utama rekabentuk dalaman Sydney Operah House. Formula bagi konsep tersebut adalah,

matahari memancarkan cahayanya ke permukaan air laut. Cahaya itu kemudiaanya ter-refleksi ke mata beliau yang sedang melihat. Maka "blend of sun and sea reflection" ini menjadi konsep refleksi bunyi dan refleksi sudut pandang di dalam dewan tersebut.

Sehingga kini, arkitek seni mengatakan ada ketempangan dalam refleksi bunyi di dalam dewan tersebut yang tidak akan dapat diselesaikan oleh sesiapa melainkan Jorn utzon.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah bagaimana Kesarjanaan Ilmu itu tidak dapat dilupakan sejarah. Walaupun sejarah Jorn Utzon cuba dipadamkan, dicalarkan, dihapuskan oleh ahli politik Austrila pada ketikai itu disebabkan kegagalan beliau menyiapkan projek tersebut, dunia akademi terus menyanjungi dan menghargai sumbangan beliau di dalam bidang seni dan rekabentuk bangunan. Penghargaan demi penghargaan beliau terima sehinggalah terakhir Universiti of Sydney, universiti tempatan yang ahli politiknya memusuhi beliau, menganugerahkan beliau dengan pangkat honorary doctorate.

Kesimpulannya, jadilah kita seorang tokoh, jadilah kita seorang sarjana dan jadilah kita seorang pejuang yang mengangkat ilmu dalam perjuangannya. Jangan kita jadi "tong drum". Orang lihat kita bising di luar, tetapi kosong dan berkarat di dalam.

Thursday, December 04, 2008

Malam Cinta Kang Abik - 2

Inilah Habiburahman
Oleh: Asadullah

(artikel ini adalah jawapan kepada Artikel bertajuk, Godam: Mengapa Berkiblatkan Penulisan Indonesia di dalam Berita Harian 4 Dis 2008)

Program ini bukan semata mata belajar bagaimana menyasterakan penulisan dengan bahasa-bahasa sulit dengan madah-madah bersumberat yang sukar difahami. Program ini juga bukan semata-mata mengkaji Hikaya Merongmahawangsa yang tidak jelas nas dan masdarnya baik yang aqli mahupun naqli. Program ini juga bukan semata-mata belajar daripada penulis sejarah Melaka yang al-kisah Puteri Bongsunya boleh terbang ke sini ke sana, bersatu dengan wali-wali Allah dan mimpi Ali sehingga sastera syiahnya lebih jelas daripada mesej sejarah dan agama.


Program ini lebih luas jangkauan ahdafnya. Program ini adalah program memanusiakan manusia, program yang mensimulasikan firman Allah dan hadith Rasullah dalam bentuk kisah hidup yang hakiki bukan cerita ilusi,fantasi dan berkhayal tak tentu arah. Program ini melihat bagaimana orang Mesir tidak lebih baik darajatnya daripada orang Indonesia. Program ini menyelami hati Maria si koptik yang lebih bening hatinya berbanding Noura lepasan Maahad Al-Azhar.


Kenapa yang mengaku sasterawan itu tidak menyembur pembicaraannya sewaktu Shah Rukh Khan bakal mengelilingi Melaka pada 6 Disember ini? Apa sumbangan beliau pada akidah, apa sumbangan beliau kepada keberlangsungan warisan Nabi Al-Amin? Kenapa sasterawan itu tidak menyembur perbincaraannya sewaktu Inul ketat sendat mahunya untuk mengerudi di Malaysia? Apa seninya Inul berbanding Habiburahman yang mengangkat kalam Allah di dalam karyanya.


Mana pergi jegilnya sasterawan itu tatkala beribu-ribu lagi Sastera porno & bahan kumuh dari Barat masuk ke tanahair. Kenapa Habiburahman yang mengangkat harakat manusia ke telapaknya dijadikan bahan labun tempat melampiaskan kemarahannya.


Apa tahi tidak busuk. Tahi mesti busuk walaupun dibalut dengan surat khabar sastera lama. Tetapi tahi tetap sastera bilamana sasterawan menyastrakannya. Begitulah bicara sastera yang tidak berbobot dan berperaturan. Paling tidak karya Habiburahman telah terbukti berjaya mengungkap realiti sebuah penulisan yang mempunyai pijakan idealisme yang jelas, perjuangan yang bersandar, bait-bait kata yang berdalil dan bersabda, bahasa-bahasa yang santai tetapi berjiwa, karya-karya sederhana tetapi lang buana.


Inilah Habiburahman. Kamu apa yang telah kamu hasilkan?



Wednesday, December 03, 2008

Godam: Mengapa Mesti Berkiblatkan Penulis Indonesia


Saya terhenyak apabila melihat tajuk artikel di dalam ruangan sastera Berita Harian hari ini 4 Disember 2008. Apabila membacanya penulis artikel tersebut jelas merungkai beberapa kalimat daripada seorang "sasterawan negara" dari utara katanya yang tidak berpuas hati dengan pihak penganjur (Akar Bina Training & Consultacy) yang menganjurkan "Bengkel Interaktif Penulisan Novel Islam di Hotel Residence" baru-baru ini.

Entah siapalah gerangan yang dikatakan sasterawan itu dan entah apalah sumbangannya kepada "dunia" kesasterwanan dan entah apalah kalimatnya yang mampu mengetuk hati ribuan umat sehingga ada sedikit rasa bertuhan saya tidak tahu. Alih2 menyodorkan rasa tidak puas hati kepada pengajur, akhbar dan majalah di Malaysia yang tidak memberi perhatian kepada "mereka" sasterawan negara.

Saya akan jawap persoalan ini dalam masa terdekat, sekarang ada keperluan ziarah yang perlu ditunaikan. Saya harap saudari ummu hani kalau terbaca artikel ini, dan beliau juga adalah salah seorang yang dijemput khas ketika program itu berlangsung boleh "back up saya. Di sini saya kepilkan cuplikan dari berita harian dan artikel penuhnya.

Dalam pada itu, saya akan terus menulis siri-siri artikel bertajuk "Malam Cinta Kang Abik" yang memuatkan pengalaman saya bersama Kang Abik, "hidup bersama" dari awal beliau menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur tanggal 15 November 2008, terus membawa ke program di Universiti Malaya (UM), program silaturahim dengan para ikhwah wa akhwat, program di Residence Hotel, sehinggalah keberangkatan pulang beliau ke Cairo tanggal 17 Novelmber 2008. Sekian.

Berikut artikel penuh seperti yang saya nyatakan:

Godam: Mengapa mesti berkiblatkan penulis Indonesia?

Oleh Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my

KEJAYAAN Ayat-ayat Cinta dan Dalam Mihrab Cinta karya pengarang kelahiran Indonesia, Habiburahman el-Shirazy, mencatat jualan laris di pasaran negara itu dan mengulangi pencapaian serupa apabila menjengah pasaran negara ini, menarik perhatian ramai.

Khabarnya Ayat-ayat Cinta yang diterbitkan pada 2004 mencecah jualan melebihi 300 ribu naskhah di seluruh Asia Tenggara dan mencetuskan idea kepada karyawan filem di Indonesia untuk mengangkatnya ke layar perak sehingga berjaya menemui penonton pada tahun lalu.

Apakah novel ini sememangnya hebat sehingga berjaya disenaraikan sebagai 10 buku paling laris di Kedai Buku MPH dan Popular Book Co (M) Sdn Bhd pada sepanjang Januari tahun ini selain turut mengulanginya lagi beberapa bulan kemudian?

Ayat-ayat Cinta yang diadaptasi ke filem, ditonton lebih empat juta penonton ketika ditayangkan di seluruh pawagam di Indonesia pada 2007 dan disajikan pada penonton Malaysia Mei lalu, turut menjadi tontonan wajib kepada peminat filem cinta negara ini.

Lalu tayangannya di televisyen pada Hari Raya Aidilfitri Ke-10 penulis nantikan untuk melihat sendiri kehebatannya dan kebetulan sebelum ditayangkan di televisyen, seorang remaja perempuan membisikkan ke telinga penulis, abang rakannya menitiskan air mata ketika menonton di pawagam.

“Saya memang ternanti-nantikan filem ini kerana terkejut dengan cerita rakan saya bahawa abangnya, berusia awal 20-an dan bukan dalam kelompok tangkap leleh, menangis ketika menonton Ayat-ayat Cinta. Macam tak percaya apabila mendengar adiknya membongkar rahsia itu,” bisiknya kepada penulis.

Selepas menontonnya boleh dirumuskan bahawa kisahnya sederhana, tetapi tampil hebat disebabkan gandingan pelakon wanita jelita mahupun tampan, selain dakwah Islamiahnya tidak dalam bentuk khutbah, meskipun perkahwinan dengan ahli kitab yang turut disinggung boleh dipersoalkan.

Kehadiran Ayat-ayat Cinta di hati peminat novel dan filem negara ini kemudian dilanjutkan pula dengan Forum Lengkar Pena sehingga berlangsung Bengkel Interaktif Penulisan Novel Islami dengan bimbingan Habiburahman , beberapa minggu lalu, di Residen Hotel Uniten di Kajang,

Seorang sasterawan Malaysia mempersoalkan keperluan membawa pengarang dari negara jiran itu hanya untuk tujuan bengkel penulisan Islami memandangkan Malaysia sudah melahirkan sasterawan dalam kelompok terbabit dan karya mereka turut mendapat perhatian pengkaji.

“Apakah selepas 51 tahun merdeka, Malaysia masih tidak mempunyai sasterawan yang hebat? Tidak nampakkah penganjur akan kehadiran Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, Dr Fatimah Busu, Faizal Tehrani, Zaid Akhtar dan Ummu Hani Abu Hassan,” kata pengarang dari utara tanah air ketika meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada penulis.

Tindakan seumpama itu dilihat wajar sekiranya berlaku pada 1970-an dan 1980-an, ketika pembaca negara ini memesrai karya Hamka dan Sutan Takdir Alisjahbana sehingga menjadi teks sastera untuk Tingkatan Enam kerana era terbabit sememangnya Malaysia belum lagi menampilkan penulis kreatif berwibawa dalam kelompok terbabit.

Untuknya zaman Malaysia berkiblatkan pengarang dari negara jiran itu tidak sepatutnya berulang kerana negara ini sudah melahirkan sejumlah penulis berwibawa dan kebetulan sejarah sastera Indonesia sudah dicalarkan dengan kehadiran penulis porno seperti Ayu Utami dan Djenar Maesa.

Beliau mempersoalkan tindakan penganjur berbuat demikian memandangkan bukan saja pengarang Malaysia tidak pernah mendapat layanan istimewa sedemikian rupa di negara jiran itu, malahan pintu novel Malaysia untuk mengalir ke republik itu juga tertutup rapat.

Dalam baik penulis juga turut ‘dilibas’ apabila dengan selamba beliau membidas sikap majalah dan akhbar tempatan yang memberi perhatian terhadap buku negara jiran itu, seolah-olah dunia sastera Malaysia miskin karya besar sehingga perlu mencari novel negara luar.

“Ada penerbit kita yang terhegeh-hegeh menterjemahkan buku Indonesia ke bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Saya nak tanya kepada awak semua, apa sumbangan buku sedemikian kepada Malaysia dan orang Melayu? Malukah kita dengan karya besar sasterawan negara kita sendiri?” soalnya yang tidak berasa kesal sekiranya The Da Vinci Code karya Dan Brown diberi perhatian.

Penulis faham mengapa The Da Vinci Code disebut sebagai perbandingan dan satu daripada sebabnya kerana belum ada karya besar rantau Nusantara, mampu menandingi teks itu ekoran kejayaannya membongkar rahsia kuno agama Kristian mengenai Jesus Christ yang tersembunyi sejak berabad di sebalik beberapa karya pelukis tersohor dunia, Leonardo Da Vinci.

source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20081204091137/Article/

Monday, December 01, 2008

I killed that little girl

Sewaktu di kampong, saya seperti biasa meneruskan kebiasaan masa libur dengan menonton TV. Kalau rumah sewa di bangi ni manalah ada TV, buku melambaklah.


Rancangan2 yang memang tak lepas di tonton adalah daripada channel 555-history channel, 554-discovery sc,553- Nat Geo, 552- TViq dan 551-discovery channel. Justeru menonton juga saya displinkan seperti mana waktu menelaah. Biar kita menonton dalam waktu yang sama menambah ilmu dan wawasan berfikir kita. Saya tak lazimkan tabiat menonton saya dengan melihat filem atau cerita2 lawak. Tetapi kadang2 tak dinafikan terlepas juga. Walaubagaimanapun masih lagi bertapis jika “terlihat” filem atau cerita2 lawak. Misal senarionya begini, saya pernah buka siaran TV3. Biasanya setelah bulletin utama pasti ada siaran2 lain menyusul. Kebetulan, siaran berikutnya adalah filem “the last samurai”. Saya pernah terdengar kata rakan bahawa filem ini bagus. Terus saya akan menanti siarannya sehingga selesai dan terbukti banyak mesej2 yang baik dari filem ini. Kalaulah tunggu saya beli cdnya, rasa sampai kiamat pun tak terbeli.


Kebetulan, semalam saya berkesempatan menonton satu rancangan di Nat Geo bertajuk “Science of Interrogation” satu rancangan yang memaparkan bagaimana pihak polis menyelesaikan kes-kes pembunuhan dengan mengumpulkan bukti2 daripada suspek pembunuhan melalui sesi interogasi (interrogation). Bukti-bukti ini diistilahkan sebagai “deception cues” atau klue-klue pembohongan.


Kenapa mencari klue pembohongan, kenapa tak dicari klue sebenar? Kita sedia maklum yang namanya penjenayah pasti tidak akan mengakui kesalahan jenayah yang telah mereka lakukan kecuali mereka menyerah diri langsung ke pihak berkuasa. Sekiranya tidak mereka adalah suspek yang sedaya upaya akan mengelak diri daripada berhadapan dengan pihak berkuasa.


Dalam menentukan “deception cues” ada beberapa atribut yang digunakan oleh unit forensic iaitu 1) verbal cues 2) face expression 3) denial cues. “Verbal cues” adalah seperti percakapan yang tergagap-gagap, tersekat-sekat atau tidak lancar. Jika ini berlaku kepada suspek sewaktu diinterogasi maka atribut pertama di dalam deception cues disempurnakan, dan hanya perlu diawasi 2 lagi atribut iaitu face expression dan denial cues.

Face expression boleh dicam daripada pergerakan suspek seperti muka yang suka menunduk, posisi kedudukan sentiasa berubah dan tangan yang bermain-main. Sekirannya ini berlaku, pergerakkan ini menunjukkan ketidakselesaian suspek ke atas soalan2 yang dikemukan dan suspek cuba “merehatkan dir” dengan pergerakan2 seperti tersebut.


Terakhir adalah “denial cues”. Klue yang seterusnya ini boleh dikesan sekiranya suspek menekankan perkataan2 berikut “believe me”, “I’m not lying”, “I’m not doing it”. Sekiranya klue terakhir ini dipenuhi maka lengkaplah 3 atribut untuk membuktikan seseorang itu di dalam stage “deception cues”.


Mari kita ikuti kisah sebenar yang dibawa di dalam rencana ini untuk membuktikan kes “deception cues”. Kes ini adalah kes seorang kanak2 bernama Ann Marie yang telah didera sehingga mati. Terdapat kesan hantukan dikepala mangsa, kemudian kesan kulit melepuh dan terbakar daripada putung rokok, bibir mangsa membengkak dan beberapa kesan lain yang cukup menyayat hati saya ketika menontonnya.


Suspek bagi kes ini adalah ibu tiri mangsa yang namanya tidak sempat saya catatkan. Sewaktu mula-mula di interogasi mangsa tidak menunjukkan apa2 “emosi” ketika diajukan berita Ann Marie ditahan di hospital untuk rawatan. Tiada emosi adalah clue yang cukup penting untuk menunjukkan suspek adalah orang yang terlibat samaada langsung atau tidak langsung di dalam kes ini.


Interogasi yang berlangsung bukanlah seperti tipikal interogasi polis yang kita lihat dikaca televisyen atau apa yang kita dengar. Perlu keras dan menyeksakan. Interogasi ini berlangsung dalam beberapa fasa. Fasa pertama adalah fasa yang dinamakan sebagai “Phase to establish subject behavior/baseline behavior”. Semasa fasa ini, Lieutenant Lauria, pegawai polis yang terlibat di dalam kes Ann Marie telah memanggil ibu tiri mangsa dan mengajak beliau untuk makan bersama. Semasa makan Lientenant Lauria membina perhubungan atau apa yang diistilahkan sebagai “develop relationship” dengan suspek seperti menanyakan kegemaran suspek, nama college dan sebagainya. Membina perhubungan ini penting supaya suspek memberikan gambaran sebenar sikap mereka, sejarah latarbelakang kehidupan mereka dan juga supaya suspek tidak merasa seperti satu suasana penyiasatan yang cemas dan menekan.


Fasa kedua, pihak polis sudah mula menyentuh isu-isu yang berkaitan langsung dengan kejadian pembunuhan. Soalan-soalan yang ditanya adalah seperti “where are you in that day”. Dalam kes Ann Marie, ibu tiri mangsa berada bersama mangsa pada malam itu, jadi L. Lauria menanyakan suspek soalan berbentuk emosi berikut “Terdapat kesan lebam dan, pukulan pada mangsa, siapa yang melakukannya?” Ibu tiri mangsa secara tergesa-gesa mempertahankan dirinya dengan menyatakan “I don’t know, she did herself”. Perbuatan ini juga diistilahkan seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, iaitu “denial cues”. Biasanya penjenayah akan menafikan berbuatannya dengan bersungguh-sungguh dan tergesa-gesa. Ibu tiri Ann Marie cuba menafikan jenayah yang telah beliau lakukan dengan mengatakan Ann Marie (si anak kecil itu) melakukan perkara itu dengan sendiri Dan disini suspek telah terperangkap (suspect trapped) kerana merujuk kepada data-data forensic, tiada bukti yang menunjukkan mangsa mencederakan diri sendiri.


Fasa ketiga ialah “challenge phase” (fasa mencabar). Dalam kes ini, L. Lauria mencabar ibu tiri Ann Marie dengan mengatakan, “Saya tak percaya Ann Marie melakukan perbuatan itu sendiri, sebab hasil forensic menunjukkan beliau dipukul”. Semasa soalan ini diajukan suspek menyatakan “Yes, I agreed”. Sekali lagi “deception clue” terbukti. Fakta2 verbal mangsa tidak konsisten dan berubah-rubah. Penyataan “Yes, I agreed” juga seolah-olah menggambarkan suspek berada ditempat kejadian dan mengalami sendiri peristiwa itu. Seterusnya L. Lauria menggunakan “theme” untuk sekali lagi menyentuh emosi suspek. Dialog berikut “You are a good person”, “Kamu adalah seorang ibu yang baik kamu tidak mungkin melakukan hal ini” adalah merujuk kepada theme yang dimaksudkan. Soalan ini akan membuka kepolosan data daripada suspek Semasa soalan ini diajukan suspek langsung menangis dan menyatakan “I don’t know, I just push her to the toilet, and that might injured here”. Dasshhh…another breakthrough…Suspek secara terperinci menyatakan tempat kejadian berlaku. L. Lauria terus melakukan lawatan ke rumah suspek dan bahagian rumah yang tidak ditinggalkan beliau adalah “toilet”.


Daripada dialog di atas sekali lagi suspek menyatakan beliau ada ditempat kejadian, beliau tahu kejadian itu berlaku dan beliau melakukan perbuatan itu tetapi bukan kuat “I just…” atau saya cuma menolaknya ke tandas dan dia terjatuh.


Semasa lawatan dilakukan oleh L.Lauria, di dalam tandas rumah suspek terdapat rambut kanak-kanak perempuan yang terlekat pada pita gam yang kuat, ashtray rokok juga ada di dalam tandas serta kesan retak pada mangkuk tandas. Hasil lawatan itu diterangkan kepada suspek. Suspek menyatakan bahawa Ann Marie selalu bermain dengan barang-barang tersebut. Tetapi L. Lauria mencabar dengan mengatakan “kids don’t play with that staff”. Seterusnya L. Lauria menggunakan emosi sekali lagi dengan menyatakan bahawa Ann Marie telah mengalami kegagalan otak. Dengan tidak semena-mena suspek menangis teresak-esak mungkin kerana beliau sudah di dalam scene pembunuhan dan sekarang menginsafi perbuatannya. Inilah key failure bagi suspek. Suspek seterusnya membuat pengakuan berikut “I killed that little girl”.