Sunday, December 28, 2008

Ya Allah !


Ya Allah, berapa lama lagi Gaza harus menangis

Ya Allah , berapa lama lagi Gaza harus meraung kesakitan.

Ya Allah, berapa lama lagi Gaza harus menderita kelaparan

…sedang Yahudi ketawa gembira membunuh satu persatu warganya.


Tepat menuju 1430, perasaan saya dipikul lagi buat sekelian kalinya apabila membaca berita Gaza dibedil oleh Israel. Memang Israel biadap memilih tarikh-tarikh menuju 1 hijrah menyerang Gaza dan membunuh warganya. Maksudnya jelas, memasuki tahun baru tetap memalu gendang perang.


Hey Yahudi Laknatullah ketahuilah kalian, mujahidin berada diseluruh dunia. Kalian membunuh satu nyawa di Palestina, kalian membuakkan amarah ikhwan lil ‘alam. Kalian memang tidak kenal kata perdamaian, diplomasi atau perjanjian. Kalian hanya boleh diajar dengan satu bahasa iaitu JIHAD fi sabilillah.


Kalian tidak akan tenang membukam di”negeri” kalian. Ikhwan lil ‘alam akan pastikan “negeri” itu neraka bagi kalian. Ikhwan lil ‘alam akan pastikan bumi tempat kalian pijak itu membangsatkan kewujudan kalian dimuka bumi ini.


Yahudi laknat itu mengatasnamakan pembunuhan ini sebagai membalas serangan roket Hamas ke penempatan mereka. Tetapi sehingga hari ini tak ada satu nyawa pun yang menjadi saksi serangan tersebut. Mereka ini kalau ada satu Yahudi mati sudah cukup menciritkan berita keseluruh dunia menunjukkan kesengsaraan mereka. Padahal telah ribuan warga Palestina mereka bunuh, tak kira tua muda, bayi, kanak-kanak, dewasa, wanita hatta pimpinan semua gugur dek bedilan roket yang katanya lebih bertamadun dari HAMAS. Tetapi roket yang bertamadun itu tetap dimuntahkan tak bertempat membunuh manusia yang tak berdosa.


Ayuhal ikhwah, sekarang tiada masa melayan cinta yang dayus dan buta. Tiada masa mengomel isteri sepanjang masa, dan tiada masa menumpuk harta separuh nyawa tatkala saudara-saudara kita di Palestin “mati” “mati” “mati” ditembus kepala dan dada mereka dek timah panas anjing, beruk dan babi dunia.



Saturday, December 13, 2008

Malam Cinta Kang Abik - 3

Dari Seri Kembangan ke DPW
Kasur buruk dan berhabuk
Oleh: Asadullah
Justify Full
“Akhie, antum hubungi Ust.Agus ya, bilang ana mau bermalam di DPW”

“toyyib”

--------------------------------

Sewaktu menikmati makan malam, suasana agak sepi, masing-masing diri agak segan silu berhati-hati mengawal peribadi. Layaknya seperti makan beradab mengadap Sang Raja Sehari, tak berbunyi sudu garpu, tak berlecap kunyah santap. Sesekali ikhwah melirik pandang pada Kang Abik, seakan-akan diri mahu bertanya apa yang dah lama berbuku dihati, sesekali mencuit-cuit sesama sendiri, sesekali berdekah-dekah kecil geli hati. Aduh-aduh ikhwah-ikhwahku sekalian, sampai begitu sekali penasarannya bersama Kang Abik. Biasa-biasa aja, dia juga manusia biasa, antum lihat nanti tidurnya sama seperti kita, gemar makannya roti canai, ngoroknya santai, ada gelak hilai.

“Sedap Ustaz” tanya seorang al-akh cuba memecah suasana

“Mmm, alhamdulillah, siapa yang masak, antum?”

“He he, orang lain masak, tapi di dapur”

“Ooo, tapi dapurnya di luar ya”

“Iya akh, dapur tepi jalan”

Di sambut tawa ikhwah

“Patut sedap”

Kebiasaan orang Malaysia yang gemar makan di luar disinggung oleh Kang Abik. Pengalamannya di Kelantan, seawal pagi usai solat subuh sudah mula jualan, sehinggalah nanti membawa ke malam dan kadang-kadang sehingga penuh pusingan jam. Kalau di Mesir katanya, kedai-kedai itu, mula paling awal jam 9, dan rata-rata jam 10 pagi baru memulakan perniagaan. Tetapi beliau tak nafikan, ada juga yang buka awal, biasanya brother-brother India Muslim dan Pakistan.

--------------------------------

“Assalamualaikum Ust, kaif”

“Wa’alaikumsalam alhamdulilah bi khoir”

“Ust maaf ganggu malam-malam begini, ini ana mahu minta izin, Kang Abik malam ini, pinginnya nginap di DPW bersama ikhwah-ikhwah, bisa ngak”

“Oo begitu, boleh-boleh, tafadhal, nanti ana bilang dengan ikhwah di DPW”

“Sekalian ana Ust, i.Allah, udah jauh malam ni, tak larat pulang ke rumah”

“Ah, antum itu tak usah minta izin, memang rumahnya, tempat bergadang siapkan kerjaan”

“Ha, ha” aku ketawa kecil

--------------------------------

“Jumpa lagi akh i.Allah”

“Toyyib, jazakallahu khoir ya, jamuaannya, sambutannya”

“Ust, minta autograph antum di sini”

Pinta seorang ikhwah sambil menyodorkan buku Ayat-Ayat Cinta. Seperti tak ditanya, kemudian yang lain bergilir-gilir meminta autograph, ada di buku ada juga minta di Mushaf Quran, tetapi itu langsung ditegur Kang Abik “Al-Quran tak boleh akh, buku aja”

--------------------------------

Perjalanan dari Seri Kembangan ke DPW agak lancar, jalan lengang sewaktu melepasi Hotel J W Marriot di Serdang, cuma sekali sekala tercemar dengan desit enjin motor mat rempit yang betul-betul bingit. Aku melihat jam di kereta, menunjukkan tepat jam 1 pagi. Dah masuk awal pagi rupanya. “Waduh, capek sekali” degus hati kecilku yang hasrat awalnya mahu ku jaharkan ke telingan Kang Abik, tapi kutahan. Malulah lelah yang dikit kali mahu mengadu. Sang Ustaz bukan malahan hari ini, tetapi sudah berhari-hari tak tidur, terus komitmen dengan perjuangannya, menulis, mengisi, berceramah, memotivasi. “Ini jalan ana, ana infaqkan diri untuk dakwah, ana ini kepunyaan dakwah” “Biar kita lelah dalam dakwah kita puas, jangan kita lelah dengan dunia kita lemas, pasti bangkrutan” maksud katanya menasihatiku

Perjalanan melalui Highway Silk melepasi Uniten sekali lagi, berkilau-kilau pemandangannya diwaktu malam disimbah lampu-lampu bangunan dan lampu-lampu jalan. Melintasinya, pemikiranku melayang membayangkan setiap detik yang telah berlalu sewaktu berlangsungnya Bengkel Penulisan Novel Islami bersama Kang Abik. Bengkel ini mencatat sejarahnya sendiri. Usaha kecil yang aku gagahkan untuk cuba mengubah peta penulisan novel tanahair. Walaupun ada suara-suara sinis, tangan-tangan yang cuba kalau tak mengagalkan berusaha mencemarkan, ego-ego yang tak nak kalah…ah semua ini aku persetankan.

Terus menelusuri jalan sehingga menghampiri Tol Kajang. Gadis tol sudah menunggu menyua muka dengan rambut dan tangan telanjang. Hey, anak gadis ni tak reti ke jaga maruah. Tahu marah apabila tangan diganggu diramas oleh abang lori dan kereta teksi, tapi diri sendiri juga yang salah. Cubalah paling tidak kemaskan rambut dengan tudung, pakaikan tangan dengan sarung. Nah baru tenang jiwa lelaki yang tak kan selesai meruntun nafsu buaya. Paling baik, minta dikecualikan untuk syif malam, biarlah malam orang lelaki yang jaga atau paling bagus lagi carilah pekerjaan lain yang lebih sesuai dengan peribadi perempuan muslimah.

Perjalanan sudah memasuki susur keluar Jalan Reko, dan sebentar sahaja, kira-kira 10 minit perjalanan telah sampai ke simpang hentian kajang tempat letaknya DPW. Kang Abik dari tadi dah lena bersandar. Aku pun sempat dua tiga kali tersandung ke kiri ke kanan. Alhamdulilah Allah selamatkan.

“Kita udah nyampai Ust"

Setelah kulihat beliau sedar, aku menambah

"antum mau beli pulsanya”

Pulsa adalah card prepaid kita di sini. Dari tadi Kang Abik beritahu pulsanya habis, dan handset akulah tempatnya menyampaikan saran dan pesan kepada teman-temannya.

“Nomor ana nomor mesir akh”

“Oh, afwan”

Mataku kemudiaannya liar mencari-cari tempat parking yang sesuai, memang banyak kosong tapi biarlah di tempat yang terang dan ada cahaya. Bukan apa, Kajang ni polis senaraikan sebagai kawasan hitam. Bukan sikit kes-kes kecurian kereta, motor, samun, bunuh yang telah berlaku di Kajang. Penjenayah-penjenayah ni ada sindikit, mereka bergerak dalam kumpulan gangster dan mafia. Mereka semua ni jenis perut busuk dan hati kering, kalau melawan, mereka tak teragak-agak menghayun golok, parang dan kadang-kadang senjata api kategori ‘canggih’ seperti stayer dan x-caliber.

“Biar ana bawa tasnya”

Aku menawar diri membawa tas Kang Abik dan beberapa bungkusan barang kepunyaan beliau. Seperti sudah biasa ke DPW Kang Abik melangkah dahulu sebelumku, aku kemudian memintasnya dengan tujuan supaya pintu DPW dapat kubuka awal dan menjemput beliau masuk. Sampai dimuka pintu, tombol besinya kupulas, sayang pintunya masih berkunci. “Ah, jangan-jangan ikhwah dah tidur” fikirku. Setelah mengetuk beberapa kali dan memberi salam sesuai dengan tuntutannya, jedar pintu terbuka, seorang Ust menjemput kami masuk, kulihat ke dalam suatu ruangan ikhwah-ikhwah masih duduk liqotan. Duduk bersama mereka adalah Ust. Agus, dia hanya mengangkat tangan begitu juga ikhwah-ikhwah yang lainnya. “Wah, luar biasa sekali, sudah jam 3 ni masih liqo’” bisikku hairan. Ikhwah-ikhwah Indonesia tidak seperti perangainya ikhwah-ikhwah Malaysia sewaktu menyambut ketibaan Kang Abik. Mereka biasa sahaja. Kang Abik bukan selebriti dimata mereka, tetapi hanya seorang peribadi dan kader dakwah yang sama dengan jutaan kader-kader dakwah yang lainnya. Bukan beliau sahaja yang tersohor karyanya, beribu-ribu lagi peribadi yang lahir dari dakwah ini menjadi ikon dan tokoh masyarakat tempatan dan masyarakat dunia dan Habiburahman adalah salah seorang daripadanya. Nak hairan apa…

Ust yang membuka pintu untuk kami kembali duduk bergabung dalam kumpulan liqo tadi. Aku langsung membawa Kang Abik ke kamar belakang. Kamar inilah, seperti kata Ust. Agus tempat aku bergadang menyiapkan tugasan-tugasan program sebelum ini. Sekali lagi Kang Abik nampak lali dengan pesekitarannya, seperti tak janggal menempatkan diri di kasur buruk berhabuk. Memang kamar ini tidak seindah kamar hotel, tetapi itu bukan masalah buat Ustaz ini. Tarbiyyahlah yang membentuk peribadinya yang tidak hanyut setelah bergelar Sasterawan dunia Islam. Tarbiyyahlah yang membuat dia kenal asal pemikirannya. Tarbiyyah yang membuat dia tahu siapa sahabat-sahabatnya walau apa statusnya. Kang Abik setelah selesai mengurus diri, beliau tanpa banyak bicara terus merebahkan diri di atas kasur keras dan dibuai mimpi cinta sambil menikmati bau aromanya.

Tuesday, December 09, 2008

Jorn Utzon: ilmu vs politik

Jorn Utzon: Ilmu vs Politik
oleh: Asadullah

Saya terlihat satu artikel dari anwaribrahimblog.com yang memetik berita daripada New York times bertajuk "Jorn Utzon, 90, Dies; Created Sydney Opera House" lantas menarik perhatian saya untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Jorn Utzon adalah pereka bentuk bangunan Sydney Opera House yang rekaannya menlangkaui zaman. Tetapi sayang, legasi beliau cuba dihapuskan oleh politikus Australia pada waktu itu, sewaktu beliau gagal menyiapkan Opera House mengikut "budget" yang telah diluluskan. Rasanya tak perlulah saya ceritaka di sini sebab musababnya, anda perlu mengikuti sendiri artikel tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Sebenarnya pengenalan pertama saya tentang Jorn (baca yon) Utzon ini adalah ketika saya melihat satu rancangan di History Channel (kalau tak silap saya). Ketika itu saya begitu kagum dengan ke' sarjanaan', ke 'ilmuan'& ke 'sungguhan' beliau di dalam bidang arkitektur bangunan sehingga tak lepas tangan saya menulis fakta-fakta penting tentang beliau sepanjang menonton rancangan tersebut.

Jika melihat artikel tersebut, penulis mengatakan geometri rekabentuk bahagian luar Sydney opera house yang diistilahkan sebagai "sail-like roofs" adalah terilham daripada "sections of an orange". Tetapi bagaimana pula rekabentuk bahagian dalaman opera house tersebut? Tidak diceritakan.

Daripada rancangan yang saya tonton,enginer dan arkitek mengatakan bahagian dalaman opera house yang direka oleh Utzon cukup unik dan kompleks. Sehingga sewaktu beliau menghilangkan diri dan meninggalkan Australia, dan hanya rekabentuk luaran sahaja yang siap, enginer dan arkitek tempatan yang menyambung kerja2 Utzon menghadapi kesukaran menyiapkannya mengikut 'blueprint' yang telah dihasilkan oleh Utzon.

idea utama Utzon ketika merekabentuk bahagian dalaman Sydney Opera House tercetus sewaktu beliau sedang merenung jauh ke arah laut di atas sebuah bukit di pesisir pantai Denmark. Sewaktu merenung, beliau melihat kecantikan sinar matahari dari riak-riak air laut. Permerhatian ini membawa kepada terhasilnya konsep utama rekabentuk dalaman Sydney Operah House. Formula bagi konsep tersebut adalah,

matahari memancarkan cahayanya ke permukaan air laut. Cahaya itu kemudiaanya ter-refleksi ke mata beliau yang sedang melihat. Maka "blend of sun and sea reflection" ini menjadi konsep refleksi bunyi dan refleksi sudut pandang di dalam dewan tersebut.

Sehingga kini, arkitek seni mengatakan ada ketempangan dalam refleksi bunyi di dalam dewan tersebut yang tidak akan dapat diselesaikan oleh sesiapa melainkan Jorn utzon.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah bagaimana Kesarjanaan Ilmu itu tidak dapat dilupakan sejarah. Walaupun sejarah Jorn Utzon cuba dipadamkan, dicalarkan, dihapuskan oleh ahli politik Austrila pada ketikai itu disebabkan kegagalan beliau menyiapkan projek tersebut, dunia akademi terus menyanjungi dan menghargai sumbangan beliau di dalam bidang seni dan rekabentuk bangunan. Penghargaan demi penghargaan beliau terima sehinggalah terakhir Universiti of Sydney, universiti tempatan yang ahli politiknya memusuhi beliau, menganugerahkan beliau dengan pangkat honorary doctorate.

Kesimpulannya, jadilah kita seorang tokoh, jadilah kita seorang sarjana dan jadilah kita seorang pejuang yang mengangkat ilmu dalam perjuangannya. Jangan kita jadi "tong drum". Orang lihat kita bising di luar, tetapi kosong dan berkarat di dalam.

Thursday, December 04, 2008

Malam Cinta Kang Abik - 2

Inilah Habiburahman
Oleh: Asadullah

(artikel ini adalah jawapan kepada Artikel bertajuk, Godam: Mengapa Berkiblatkan Penulisan Indonesia di dalam Berita Harian 4 Dis 2008)

Program ini bukan semata mata belajar bagaimana menyasterakan penulisan dengan bahasa-bahasa sulit dengan madah-madah bersumberat yang sukar difahami. Program ini juga bukan semata-mata mengkaji Hikaya Merongmahawangsa yang tidak jelas nas dan masdarnya baik yang aqli mahupun naqli. Program ini juga bukan semata-mata belajar daripada penulis sejarah Melaka yang al-kisah Puteri Bongsunya boleh terbang ke sini ke sana, bersatu dengan wali-wali Allah dan mimpi Ali sehingga sastera syiahnya lebih jelas daripada mesej sejarah dan agama.


Program ini lebih luas jangkauan ahdafnya. Program ini adalah program memanusiakan manusia, program yang mensimulasikan firman Allah dan hadith Rasullah dalam bentuk kisah hidup yang hakiki bukan cerita ilusi,fantasi dan berkhayal tak tentu arah. Program ini melihat bagaimana orang Mesir tidak lebih baik darajatnya daripada orang Indonesia. Program ini menyelami hati Maria si koptik yang lebih bening hatinya berbanding Noura lepasan Maahad Al-Azhar.


Kenapa yang mengaku sasterawan itu tidak menyembur pembicaraannya sewaktu Shah Rukh Khan bakal mengelilingi Melaka pada 6 Disember ini? Apa sumbangan beliau pada akidah, apa sumbangan beliau kepada keberlangsungan warisan Nabi Al-Amin? Kenapa sasterawan itu tidak menyembur perbincaraannya sewaktu Inul ketat sendat mahunya untuk mengerudi di Malaysia? Apa seninya Inul berbanding Habiburahman yang mengangkat kalam Allah di dalam karyanya.


Mana pergi jegilnya sasterawan itu tatkala beribu-ribu lagi Sastera porno & bahan kumuh dari Barat masuk ke tanahair. Kenapa Habiburahman yang mengangkat harakat manusia ke telapaknya dijadikan bahan labun tempat melampiaskan kemarahannya.


Apa tahi tidak busuk. Tahi mesti busuk walaupun dibalut dengan surat khabar sastera lama. Tetapi tahi tetap sastera bilamana sasterawan menyastrakannya. Begitulah bicara sastera yang tidak berbobot dan berperaturan. Paling tidak karya Habiburahman telah terbukti berjaya mengungkap realiti sebuah penulisan yang mempunyai pijakan idealisme yang jelas, perjuangan yang bersandar, bait-bait kata yang berdalil dan bersabda, bahasa-bahasa yang santai tetapi berjiwa, karya-karya sederhana tetapi lang buana.


Inilah Habiburahman. Kamu apa yang telah kamu hasilkan?



Wednesday, December 03, 2008

Godam: Mengapa Mesti Berkiblatkan Penulis Indonesia


Saya terhenyak apabila melihat tajuk artikel di dalam ruangan sastera Berita Harian hari ini 4 Disember 2008. Apabila membacanya penulis artikel tersebut jelas merungkai beberapa kalimat daripada seorang "sasterawan negara" dari utara katanya yang tidak berpuas hati dengan pihak penganjur (Akar Bina Training & Consultacy) yang menganjurkan "Bengkel Interaktif Penulisan Novel Islam di Hotel Residence" baru-baru ini.

Entah siapalah gerangan yang dikatakan sasterawan itu dan entah apalah sumbangannya kepada "dunia" kesasterwanan dan entah apalah kalimatnya yang mampu mengetuk hati ribuan umat sehingga ada sedikit rasa bertuhan saya tidak tahu. Alih2 menyodorkan rasa tidak puas hati kepada pengajur, akhbar dan majalah di Malaysia yang tidak memberi perhatian kepada "mereka" sasterawan negara.

Saya akan jawap persoalan ini dalam masa terdekat, sekarang ada keperluan ziarah yang perlu ditunaikan. Saya harap saudari ummu hani kalau terbaca artikel ini, dan beliau juga adalah salah seorang yang dijemput khas ketika program itu berlangsung boleh "back up saya. Di sini saya kepilkan cuplikan dari berita harian dan artikel penuhnya.

Dalam pada itu, saya akan terus menulis siri-siri artikel bertajuk "Malam Cinta Kang Abik" yang memuatkan pengalaman saya bersama Kang Abik, "hidup bersama" dari awal beliau menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur tanggal 15 November 2008, terus membawa ke program di Universiti Malaya (UM), program silaturahim dengan para ikhwah wa akhwat, program di Residence Hotel, sehinggalah keberangkatan pulang beliau ke Cairo tanggal 17 Novelmber 2008. Sekian.

Berikut artikel penuh seperti yang saya nyatakan:

Godam: Mengapa mesti berkiblatkan penulis Indonesia?

Oleh Salbiah Ani
dahiya@bharian.com.my

KEJAYAAN Ayat-ayat Cinta dan Dalam Mihrab Cinta karya pengarang kelahiran Indonesia, Habiburahman el-Shirazy, mencatat jualan laris di pasaran negara itu dan mengulangi pencapaian serupa apabila menjengah pasaran negara ini, menarik perhatian ramai.

Khabarnya Ayat-ayat Cinta yang diterbitkan pada 2004 mencecah jualan melebihi 300 ribu naskhah di seluruh Asia Tenggara dan mencetuskan idea kepada karyawan filem di Indonesia untuk mengangkatnya ke layar perak sehingga berjaya menemui penonton pada tahun lalu.

Apakah novel ini sememangnya hebat sehingga berjaya disenaraikan sebagai 10 buku paling laris di Kedai Buku MPH dan Popular Book Co (M) Sdn Bhd pada sepanjang Januari tahun ini selain turut mengulanginya lagi beberapa bulan kemudian?

Ayat-ayat Cinta yang diadaptasi ke filem, ditonton lebih empat juta penonton ketika ditayangkan di seluruh pawagam di Indonesia pada 2007 dan disajikan pada penonton Malaysia Mei lalu, turut menjadi tontonan wajib kepada peminat filem cinta negara ini.

Lalu tayangannya di televisyen pada Hari Raya Aidilfitri Ke-10 penulis nantikan untuk melihat sendiri kehebatannya dan kebetulan sebelum ditayangkan di televisyen, seorang remaja perempuan membisikkan ke telinga penulis, abang rakannya menitiskan air mata ketika menonton di pawagam.

“Saya memang ternanti-nantikan filem ini kerana terkejut dengan cerita rakan saya bahawa abangnya, berusia awal 20-an dan bukan dalam kelompok tangkap leleh, menangis ketika menonton Ayat-ayat Cinta. Macam tak percaya apabila mendengar adiknya membongkar rahsia itu,” bisiknya kepada penulis.

Selepas menontonnya boleh dirumuskan bahawa kisahnya sederhana, tetapi tampil hebat disebabkan gandingan pelakon wanita jelita mahupun tampan, selain dakwah Islamiahnya tidak dalam bentuk khutbah, meskipun perkahwinan dengan ahli kitab yang turut disinggung boleh dipersoalkan.

Kehadiran Ayat-ayat Cinta di hati peminat novel dan filem negara ini kemudian dilanjutkan pula dengan Forum Lengkar Pena sehingga berlangsung Bengkel Interaktif Penulisan Novel Islami dengan bimbingan Habiburahman , beberapa minggu lalu, di Residen Hotel Uniten di Kajang,

Seorang sasterawan Malaysia mempersoalkan keperluan membawa pengarang dari negara jiran itu hanya untuk tujuan bengkel penulisan Islami memandangkan Malaysia sudah melahirkan sasterawan dalam kelompok terbabit dan karya mereka turut mendapat perhatian pengkaji.

“Apakah selepas 51 tahun merdeka, Malaysia masih tidak mempunyai sasterawan yang hebat? Tidak nampakkah penganjur akan kehadiran Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, Dr Fatimah Busu, Faizal Tehrani, Zaid Akhtar dan Ummu Hani Abu Hassan,” kata pengarang dari utara tanah air ketika meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada penulis.

Tindakan seumpama itu dilihat wajar sekiranya berlaku pada 1970-an dan 1980-an, ketika pembaca negara ini memesrai karya Hamka dan Sutan Takdir Alisjahbana sehingga menjadi teks sastera untuk Tingkatan Enam kerana era terbabit sememangnya Malaysia belum lagi menampilkan penulis kreatif berwibawa dalam kelompok terbabit.

Untuknya zaman Malaysia berkiblatkan pengarang dari negara jiran itu tidak sepatutnya berulang kerana negara ini sudah melahirkan sejumlah penulis berwibawa dan kebetulan sejarah sastera Indonesia sudah dicalarkan dengan kehadiran penulis porno seperti Ayu Utami dan Djenar Maesa.

Beliau mempersoalkan tindakan penganjur berbuat demikian memandangkan bukan saja pengarang Malaysia tidak pernah mendapat layanan istimewa sedemikian rupa di negara jiran itu, malahan pintu novel Malaysia untuk mengalir ke republik itu juga tertutup rapat.

Dalam baik penulis juga turut ‘dilibas’ apabila dengan selamba beliau membidas sikap majalah dan akhbar tempatan yang memberi perhatian terhadap buku negara jiran itu, seolah-olah dunia sastera Malaysia miskin karya besar sehingga perlu mencari novel negara luar.

“Ada penerbit kita yang terhegeh-hegeh menterjemahkan buku Indonesia ke bahasa Melayu untuk pasaran negara ini. Saya nak tanya kepada awak semua, apa sumbangan buku sedemikian kepada Malaysia dan orang Melayu? Malukah kita dengan karya besar sasterawan negara kita sendiri?” soalnya yang tidak berasa kesal sekiranya The Da Vinci Code karya Dan Brown diberi perhatian.

Penulis faham mengapa The Da Vinci Code disebut sebagai perbandingan dan satu daripada sebabnya kerana belum ada karya besar rantau Nusantara, mampu menandingi teks itu ekoran kejayaannya membongkar rahsia kuno agama Kristian mengenai Jesus Christ yang tersembunyi sejak berabad di sebalik beberapa karya pelukis tersohor dunia, Leonardo Da Vinci.

source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Sastera/20081204091137/Article/

Monday, December 01, 2008

I killed that little girl

Sewaktu di kampong, saya seperti biasa meneruskan kebiasaan masa libur dengan menonton TV. Kalau rumah sewa di bangi ni manalah ada TV, buku melambaklah.


Rancangan2 yang memang tak lepas di tonton adalah daripada channel 555-history channel, 554-discovery sc,553- Nat Geo, 552- TViq dan 551-discovery channel. Justeru menonton juga saya displinkan seperti mana waktu menelaah. Biar kita menonton dalam waktu yang sama menambah ilmu dan wawasan berfikir kita. Saya tak lazimkan tabiat menonton saya dengan melihat filem atau cerita2 lawak. Tetapi kadang2 tak dinafikan terlepas juga. Walaubagaimanapun masih lagi bertapis jika “terlihat” filem atau cerita2 lawak. Misal senarionya begini, saya pernah buka siaran TV3. Biasanya setelah bulletin utama pasti ada siaran2 lain menyusul. Kebetulan, siaran berikutnya adalah filem “the last samurai”. Saya pernah terdengar kata rakan bahawa filem ini bagus. Terus saya akan menanti siarannya sehingga selesai dan terbukti banyak mesej2 yang baik dari filem ini. Kalaulah tunggu saya beli cdnya, rasa sampai kiamat pun tak terbeli.


Kebetulan, semalam saya berkesempatan menonton satu rancangan di Nat Geo bertajuk “Science of Interrogation” satu rancangan yang memaparkan bagaimana pihak polis menyelesaikan kes-kes pembunuhan dengan mengumpulkan bukti2 daripada suspek pembunuhan melalui sesi interogasi (interrogation). Bukti-bukti ini diistilahkan sebagai “deception cues” atau klue-klue pembohongan.


Kenapa mencari klue pembohongan, kenapa tak dicari klue sebenar? Kita sedia maklum yang namanya penjenayah pasti tidak akan mengakui kesalahan jenayah yang telah mereka lakukan kecuali mereka menyerah diri langsung ke pihak berkuasa. Sekiranya tidak mereka adalah suspek yang sedaya upaya akan mengelak diri daripada berhadapan dengan pihak berkuasa.


Dalam menentukan “deception cues” ada beberapa atribut yang digunakan oleh unit forensic iaitu 1) verbal cues 2) face expression 3) denial cues. “Verbal cues” adalah seperti percakapan yang tergagap-gagap, tersekat-sekat atau tidak lancar. Jika ini berlaku kepada suspek sewaktu diinterogasi maka atribut pertama di dalam deception cues disempurnakan, dan hanya perlu diawasi 2 lagi atribut iaitu face expression dan denial cues.

Face expression boleh dicam daripada pergerakan suspek seperti muka yang suka menunduk, posisi kedudukan sentiasa berubah dan tangan yang bermain-main. Sekirannya ini berlaku, pergerakkan ini menunjukkan ketidakselesaian suspek ke atas soalan2 yang dikemukan dan suspek cuba “merehatkan dir” dengan pergerakan2 seperti tersebut.


Terakhir adalah “denial cues”. Klue yang seterusnya ini boleh dikesan sekiranya suspek menekankan perkataan2 berikut “believe me”, “I’m not lying”, “I’m not doing it”. Sekiranya klue terakhir ini dipenuhi maka lengkaplah 3 atribut untuk membuktikan seseorang itu di dalam stage “deception cues”.


Mari kita ikuti kisah sebenar yang dibawa di dalam rencana ini untuk membuktikan kes “deception cues”. Kes ini adalah kes seorang kanak2 bernama Ann Marie yang telah didera sehingga mati. Terdapat kesan hantukan dikepala mangsa, kemudian kesan kulit melepuh dan terbakar daripada putung rokok, bibir mangsa membengkak dan beberapa kesan lain yang cukup menyayat hati saya ketika menontonnya.


Suspek bagi kes ini adalah ibu tiri mangsa yang namanya tidak sempat saya catatkan. Sewaktu mula-mula di interogasi mangsa tidak menunjukkan apa2 “emosi” ketika diajukan berita Ann Marie ditahan di hospital untuk rawatan. Tiada emosi adalah clue yang cukup penting untuk menunjukkan suspek adalah orang yang terlibat samaada langsung atau tidak langsung di dalam kes ini.


Interogasi yang berlangsung bukanlah seperti tipikal interogasi polis yang kita lihat dikaca televisyen atau apa yang kita dengar. Perlu keras dan menyeksakan. Interogasi ini berlangsung dalam beberapa fasa. Fasa pertama adalah fasa yang dinamakan sebagai “Phase to establish subject behavior/baseline behavior”. Semasa fasa ini, Lieutenant Lauria, pegawai polis yang terlibat di dalam kes Ann Marie telah memanggil ibu tiri mangsa dan mengajak beliau untuk makan bersama. Semasa makan Lientenant Lauria membina perhubungan atau apa yang diistilahkan sebagai “develop relationship” dengan suspek seperti menanyakan kegemaran suspek, nama college dan sebagainya. Membina perhubungan ini penting supaya suspek memberikan gambaran sebenar sikap mereka, sejarah latarbelakang kehidupan mereka dan juga supaya suspek tidak merasa seperti satu suasana penyiasatan yang cemas dan menekan.


Fasa kedua, pihak polis sudah mula menyentuh isu-isu yang berkaitan langsung dengan kejadian pembunuhan. Soalan-soalan yang ditanya adalah seperti “where are you in that day”. Dalam kes Ann Marie, ibu tiri mangsa berada bersama mangsa pada malam itu, jadi L. Lauria menanyakan suspek soalan berbentuk emosi berikut “Terdapat kesan lebam dan, pukulan pada mangsa, siapa yang melakukannya?” Ibu tiri mangsa secara tergesa-gesa mempertahankan dirinya dengan menyatakan “I don’t know, she did herself”. Perbuatan ini juga diistilahkan seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, iaitu “denial cues”. Biasanya penjenayah akan menafikan berbuatannya dengan bersungguh-sungguh dan tergesa-gesa. Ibu tiri Ann Marie cuba menafikan jenayah yang telah beliau lakukan dengan mengatakan Ann Marie (si anak kecil itu) melakukan perkara itu dengan sendiri Dan disini suspek telah terperangkap (suspect trapped) kerana merujuk kepada data-data forensic, tiada bukti yang menunjukkan mangsa mencederakan diri sendiri.


Fasa ketiga ialah “challenge phase” (fasa mencabar). Dalam kes ini, L. Lauria mencabar ibu tiri Ann Marie dengan mengatakan, “Saya tak percaya Ann Marie melakukan perbuatan itu sendiri, sebab hasil forensic menunjukkan beliau dipukul”. Semasa soalan ini diajukan suspek menyatakan “Yes, I agreed”. Sekali lagi “deception clue” terbukti. Fakta2 verbal mangsa tidak konsisten dan berubah-rubah. Penyataan “Yes, I agreed” juga seolah-olah menggambarkan suspek berada ditempat kejadian dan mengalami sendiri peristiwa itu. Seterusnya L. Lauria menggunakan “theme” untuk sekali lagi menyentuh emosi suspek. Dialog berikut “You are a good person”, “Kamu adalah seorang ibu yang baik kamu tidak mungkin melakukan hal ini” adalah merujuk kepada theme yang dimaksudkan. Soalan ini akan membuka kepolosan data daripada suspek Semasa soalan ini diajukan suspek langsung menangis dan menyatakan “I don’t know, I just push her to the toilet, and that might injured here”. Dasshhh…another breakthrough…Suspek secara terperinci menyatakan tempat kejadian berlaku. L. Lauria terus melakukan lawatan ke rumah suspek dan bahagian rumah yang tidak ditinggalkan beliau adalah “toilet”.


Daripada dialog di atas sekali lagi suspek menyatakan beliau ada ditempat kejadian, beliau tahu kejadian itu berlaku dan beliau melakukan perbuatan itu tetapi bukan kuat “I just…” atau saya cuma menolaknya ke tandas dan dia terjatuh.


Semasa lawatan dilakukan oleh L.Lauria, di dalam tandas rumah suspek terdapat rambut kanak-kanak perempuan yang terlekat pada pita gam yang kuat, ashtray rokok juga ada di dalam tandas serta kesan retak pada mangkuk tandas. Hasil lawatan itu diterangkan kepada suspek. Suspek menyatakan bahawa Ann Marie selalu bermain dengan barang-barang tersebut. Tetapi L. Lauria mencabar dengan mengatakan “kids don’t play with that staff”. Seterusnya L. Lauria menggunakan emosi sekali lagi dengan menyatakan bahawa Ann Marie telah mengalami kegagalan otak. Dengan tidak semena-mena suspek menangis teresak-esak mungkin kerana beliau sudah di dalam scene pembunuhan dan sekarang menginsafi perbuatannya. Inilah key failure bagi suspek. Suspek seterusnya membuat pengakuan berikut “I killed that little girl”.

Monday, November 24, 2008

Malam Cinta Kang Abik

Seri Kembangan
“Dakwah itu bukan kun fa ya kun”

Di isi dan mengisi pengajian adalah rutin biasa seorang al-akh. Pada kesempatan kali ini, kami para ikhwah tidak akan melepaskan peluang untuk mendengar taujihat2 penting dari sosok peribadi tangguh ini. Setelah selesai program di Hotel Residence, aku menghantar beberapa orang akhwat ke bangi tepatnya di Hentian Kajang sambil diringi Kang Abik. Letih sekali wajahnya.

“Antum rehat dahulu akh, boleh turunkan seatnya”
“Tak pa” balasnya ringkas

Mana tak letih si Ustaz ini, sepanjang di Mesir sibuk dengan pengambaran filemnya, semalam sebelum berangkat ke Kuala Lumpur katanya tak tidur, ada kerjaan lain yang harus diselesaikan dan untuk mengelak daripada terlambat, beliau langsung ke Airport Cairo menanti pesawat. Di dalam pesawat, sekali lagi ditahan-tahannya kantuk yang bisa itu, katanya “ana takut terlepas ke tempat lain”. Bertolak dari Cairo sebelum subuh jam 3.00 pagi, sampai di Kuala Lumpur jam 10.00 malam, beliau belum berkesempatan melihat bahagian bumi yang terang. Sebelas jam di dalam pesawat cukup melelahkan.

Di dalam mobil, para akhwat seperti tahu inilah peluang yang pertama dan terakhir bertemu dengan kang abik, tidak putus-putus ngobrolnya sama beliau. Lepas satu satu tajuk perbincangannya. “Ana yang jadi panitia waktu Kang Abik ke Sumatera dulu” kata akhwat entah yang mana. Cuba menyuguhkan peribadinya moga2 dikenal kang abik. Lumayan gembiranya bila mampu terdikte oleh Kang Abik. Maklumlah sudah beribu agaknya orang yang beliau ketemu, mana mungkin dingatnya satu persatu. Ya, mungkin tidak sehebat Hasan Al Bana, dalam beribu pemuda yang bersalaman dengan beliau usai sesuatu acara, pasti nama2 pemuda itu melekat lekap di kepalanya sehingga ketika bertemu lagi, beliau dengan fasih menerangkan silsilah pemuda itu “antum yang namanya ini bukan, berasal dari sini dan ayahnya bekerja di sini sini”. Siapa pun pasti kaget, bila nama kita dikenal oleh seorang yang tersohor, ulama’ agung dan mujahid terbilang yang bernama Hasan Al Banna.

“Akhie, turunkan di depan aura aja ya”
“Baik Ukhti” balasku

Panggilan akhie dan ukhti adalah panggilan biasa para aktivis dakwah dibelahan dunia manapun. Panggilan ini seolah-olah mengumumkan kedekatan kami para aktivis dakwah kepada masyarakat bahawa kami ibarat adik-adik, saudara seagama yang jika dicubit peha kanan peha kiri pasti terasa pedihnya.

“Jumpa lagi kang, semoga terus berjuang”
“I.Allah doakan ana”

Setelah itu, kami langsung ke Seri Kembangan untuk memenuhi antara serial undangan program yang sudah direncakan dalam kunjungan kang abik ke Kuala Lumpur. Kami dipandu oleh akh Halimi yang menaiki motosikal. Mujur tidak hujan.

“Akhie, Itu akh Halimi” ujarku memecah bicara.

Memang aku ini bukan orang yang betah bercakap. Sepanjang perjalanan dari awal di KLIA sehinggalah ke Seri Kembangan ini, tidak banyak yang dibicarakan, paling perbicaraan ringkas tentang aktiviti2 di Cairo. Aku sebenarnya cenderung untuk berbincang tentang perkara2 yang lebih berat dan sensitive, untuk itu aku perlukan masa dan lokasi yang tepat. Buat masa sekarang aku rasa kang abik tak cergas untuk menjawab.

“Oh ya, masih kuliah” beliau bertanya
“Ya, beliau mahasiswa di UPM” jawabku
“mmm” balasnya

Dari jauh rumah tempat pengajian itu sudah dapat di cam. Sekumpulan ikhwah sudah mula berbisik2 didepan pintu, wajah2 kegirangan jelas terpancar tunggu masa untuk menyambut tangan kang abik dan berpelukan mesra seperti kebiasaannya berjumpa ikhwah.

“Assalamualaikum”

Dari dalam, sudah bersusun ikhwah untuk bersalaman dengan kang abik. Walaupun pengajian ringkas, Kang Abik tetap dilayan ikhwa seperti seorang selebriti. Bunyi ketik camera tak putus-putus. Sungguh menyilaukan.

Setelah mengambil tempat masing-masing, mulalah sesi taaruf, sambil-sambil kedengaran bunyi ketuk sudip, senduk di dapur.

“Pasti ikhwah sedang menyiapkan makanan” degus hati kecilku

Dari tadi setelah program belum makan lagi, bertambah sensitivelah perut ini kalau ada sebarang aktiviti2 di dapur. Ikhwah2 seolah2 dah faham. Setelah selesai sesi taaruf, makanan dihidangkan buat kami bertiga, aku, kang abik dan akh halimi. Seperti tidak senang aku mengomentarinya,

“kami bertiga aja, antum tak makan”
“Acara ini adalah acara melihat kami bertiga makan ya” sambut kang abik dan diikuti gelak tawa ikhwah.

“Kami sudah makan akh, ini ada snack ringkas, i.Allah kami semua jamah yang ini sahaja” balas seorang al-akh.

Begitulah suasana malam itu, santai, riang gembira, sambil makan, tak lepas foto2 kang abik diambil.

Setelah selesai mulalah pengisian dan taujihat2 berguna daripada kang abik. Tajuk pada malam itu adalah Dakwah dan Cinta. Satu tajuk yang berlatarbelakangkan suasana dakwah yang bagaimana yang harus dicernakan dalam masyarakat. Dakwah seperti tipikalnya harus serious keras dan tegas. Tetapi sebenarnya cintalah yang telah membuatkan dakwah Rasul saw diterima. Ar Rasul itu sangat memanusiakan manusia, memberi hak kepada yang berhak dan memuliakan kepada orang yang mulia.

Nasihat kang abik, untuk membawa cinta dalam dakwah perlu ada tawazun, atau keseimbangan. Keseimbangan pada diri, keluarga dan masyarakat. Keseimbangan pada diri adalah dengan memenuhi hak-haknya. Kata beliau, Rasul sahaja mencelakakan orang yang cuba menzalimi dirinya dalam rangka ibadah. Ar Rasul mengatakan dengan faham berikut, aku adalah orang yang paling bertaqwa, aku berpuasa tetapi aku berbuka, aku jaga dan aku juga tidur. Begitulah peribadi Ar Rasul seorang hamba yang bersyukur tetapi masih menjaga hak2 fisiologi tubuh badanya. Maka seorang da’e perlu memperhatikan hal-hal seperti ini.

Seterusnya, untuk menumbuhkan cinta dalam dakwah, dai juga harus menjaga hak2 keluarganya. Jangan nanti anaknya sakit tetapi dibiarkan dengan alasan Allah Maha Tahu, jika Dia berkehendak pasti Dia akan menyembuhkan penyakit si anak ini, tetapi kalau sebaliknya maka itu juga kehendak Allah, maka kita harus redha dan pasrah. Jenis manusia apa seperti ini. Allah memberikan akal untuk mencetuskan jalan2 ikhtiar supaya keluar daripada masalah dan setelah itu serahkanlah keputusannya kepada Allah, atau dengan kata lain bertawakallah. Ini belum apa2 sudah menyerah maka ini bukan amalan orang mukmin.

Kalau belum bekeluarga maka ibu dan ayah juga ada haknya. Jangan hanya sibuk berdakwah tetapi kebajikan ibu ayah diabaikan.

Dan terakhir penuhilah juga hak masyarakat. Sebagai seorang dai yang hidup dalam masyarakt, jangan ciptakan sempadan antara diri kita dengan masyarakat sekeliling. Sempadan itulah nanti akan menjadi penghalang bagi menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat.

Dikesempatan yang lain, ada al-akh menanyakan tetang dakwah lewat film. Bolehkah ia memberi dampak kepada kesinambungan perjalanan dakwah. Jawapan beliau kepada persoalan ini cukup terakam dalam fikiran saya, masih segar jawapan itu sehingga ia menjadi salah satu daripada ilmu-ilmu hikmah yang tak mungkin saya dapatkan ditempat lagi. Beliau menjawab “dakwah itu bukan kun fa yakun ya akhie”. Dakwah adalah satu proses. Yang dituntut oleh Allah adalah menyempurnakan proses dakwah itu, manakala natijahnya kita serahkan pada Allah. Kalau filem-filem sebelum ini tidak menitik beratkan soal pelakonnya, maka pelakon kami dijaga hal-hal ibadahnya, malah solat subuh sahaja diwajibkan berjemaah. Akhwat yang memengang watak ana itu adlaah aktivis dakwah, kemana-mana beliau tidak akan lepas membawa quran kecilnya. Inikan penyempurnaan proses dakwah. I.Allah hasil daripada pelakon-pelakonnya yang cukup menjaga hak Allah, hampir pasti Allah akan menyempurnakan pula natijahnya apabila file mini mula ditayangkan. Paling tidak filem yang selama ini depelopori oleh tangan2 kotor orientalis, telah mula tersibghah dengan sighah Allah.

Begitulah nasihat2 berguna daripada kang abik buat bekal dakwah bagi kami di sini. Watazau wadu, fainna zad, attaqwa. Berbekalah kata Allah, sesungguhnya bekal yang terbaik adalah bekal taqwa. Kang Abik walaupun telah digelar seorang sasterawan Islam, tetapi madah2 dakwahnya tetap lancar dan begitu mengesankan. Bersambung….

Saturday, November 08, 2008

Kekuatan di atas kekuatan

Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Wa solatu wa salamu a’la rasulillah

Muqaddimah
Amma ba’ad. Ikhwatilkiram. Tertulis dalam kitab Allah sebuah qonun yang mewajibkan untuk kita ber ‘istighfar’. Qonun ini termaktub, ketika seruan Nabi Hud kepada kaumnya A’ad. Hud memerintahkan kaumnya supaya beristighfar terus kemudiaanya memohon taubat kepada Allah supaya nanti Allah tambahkan kekuatan di atas kekuatan sedia ada, dan terakhir palingkanlah diri daripada orang mujrimin.

Satu saran yang hebat serta tersembunyi satu formula kekuatan yang luar biasa. Formula kekuatan ini bukan bermula dari kaedah persiapan material yang menggalaukan, bukan juga daripada metodologi kemajuan pasukan bola sepak Malaysia sehingga bertahun-tahun membina fizikal, berlatih tetapi akhirnya dikalahkan oleh Negara yang tidak punya padang permainan, dikalahkan oleh Negara yang sedang berperang dan bergolak malah lebih mengaibkan dikalahkan oleh pasukan bawah umur Negara se asean.

Kalau bukan persiapan material dan fizikal, persiapan apa lagi yang bisa kita bina kekuatan kita. Jawapannya adalah persiapan istighfar. Istighfar kepada Robb kita. Istighfar dengan sebenar-benar istighfar. Bukan istighfar yang kemudiannya menyebabkan kita beristighfar kembali ke atas ucapan istighfar kita yang lalu-atsar ulama’- Istighfarnya seorang mukmin yang memandang dosa kecilnya seperti gunung yang bakal menghempapnya, bukan istigfarnnya orang mujrim yang memandang maksiatnya hanya ibarat seekor lalat yang hinggap dihidung. Padahal, orang mukmin yang bening hatinya, ketika lalat itu hinggap berulang kali dihidung, dia merasakan hina dina dihadapan zat Sang Maha Pencipta. Jijiknya, kotornya dia sehingga lalat yang ketahuan mengurung najis itu kemudian mengurungi dia. Allahurobbi.

Terus apa lagi. Setelah istighfar itu, perlulah dilanjutkan dengan taubat kepada Allah swt. Tuubu ila Allahi taubatan nasuha. Bertaubatlah kepada Allah dengan Taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Jelas sekali perintahnya, bertaubat dengan sebenarnya. Bukan taubatnya pelakon, di layar tv menangis teresak-esak melakonkan watak muslimah sejati, namun dibelakang layar, dialah wanita jalang yang penuh dosa dan noda. Penuhilah syarat2 taubat seperti 1)Berazam bersungguh2 meninggalkan maksiat tersebut 2) Keluarlah/hijrahlah dari lingkungan yang menyebabkan kita terjerumus/terjebak/terperangkap ke lembah maksiat lagi 3) dampingilah orang2 yang bersih akhlaqnya dan jauhilah sahabat2 syaitan yang hanya menjahannam kita ke jurang neraka.

Nah setelah itu barulah Allah menambah kekuatan atas kekuatan kamu (quatan ila quwatikum). Kalau orangnya kuat berdakwah dan mujahadah di jalan Allah, perhatikanlah dakwah dan mujahadahnya setelah beristighfar dan bertaubat, kalau orangnya kuat beribadah perhatikanlah kemurniannya dan kekhusyukkan ibadahnya. Bahasanya quatan (ada tanwin) menunjukkan bentuk nakirah atau umum, kekuatan apa sahaja (yang baik) yang dimiliki sebelumnya oleh orang yang beristighfar dan bertaubat.

Dan yang terakhir, terus berpaling daripada orang2 mujrimin, kerana Allah seolah-olah memberi amaran, sekuat mana istighfar dan bertaubat harus konsisten kemudiaanya menjauhi/berpaling daripada orang2 mujrimin ini kerana mereka ini pasti melalaikan kita.

Bisik-bisik kedai kopi: Anwar Gelojoh

Suara bisik-bisik itu suatu masa amat halus, tetapi sekarang sudah berdekah-dekah. “Aphal anwar gelojoh sangat nak jadi Perdana Menteri. Tunggulah PRU satu lagi”.

Saya tidak boleh membaca hati dan gerak tingkah laku manusia. Namun saya sudah biasa memandang positif kesan dari setiap perbuatan. Pada satu sisi memang kita nampak anwar tidak sabar-sabar lagi untuk masuk ke ruang pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sehingga lupa perjuangan, sehingga lupa pengorbanan dan dilihat kemaruk pangkat.

Tapi sebentar. Pada hemah saya yang begitu minat mengikuti “angin” perubahan anwar bahawa anwar (sekarang) bukan potikus. beliau mahu dikenang sejarah sebagai seorang pejuang negara yang praktis dan idealis, sebaris dengan tokoh negarawan yang sering ditelaahnya seperti Ali Jinnah, Gandi dan Bapak Soharta (awal).

Kita lihat konsekuensi dari tindak tanduknya mengumumkan “kita akan ke Putrajaya” pada 16 September lepas. Semacam cacing kepanasan, tak tentu arah Pak Lah dan kabinetnya dibuat anwar. Satu demi satu perubahan, pertukaran, penurunan dibuat. Sabah dan Sarawak mendapat habuan yang masyarakatnya kehendaki sejak hampir setengah dekat yang lalu, minyak tak lagi naik sesuka hati, surat khabar tak banyak tidak dah mula ada isi, wartawan tak lagi takut melapor, dewan rakyat subur, suara ada ruang didengar, nelayan sudah mula ke laut, penduduk lembah klang tak lagi merungut, rasuah takut, islam bukan lagi lalang, cina India bukan lagi orang dagang. Lebih dekat orang bukan islam dengan orang islam.

Inilah percaturan anwar, biar saya dicemoh tapi rakyat sudah juara. Suara rakyat suara keramat. Selagi pemimpin bersama suara rakyat, pemimpin selamat. Dan insyaAllah, pemimpin yang selamat ada “tali” nilai yang mereka pegang, ada dasar tempat mereka berpijak dan ada langit tempat mereka mendongak.

Monday, July 21, 2008

MasyaAllah 2

Di dalam perbincangan yang lain, aku mengadu kepada ust betapa kerdilnya kita berbanding perjuangan pendahulu dakwah seperti hasan al banna dan syed qutb.

Kata ust "akhie, jadilah kita orang yang hidup dibumi ini melempar sebiji benih ke tanah, maka percayalah benih itu akan tumbuh dan bercambah. Allah swt berfirman, maksund "Dan orang2 yang berinfaq di jalan Allah seumpama sebiji benih yang setiap satu darinya akan tumbuh 7 cabang dan dari tujuh cabang itu akan tumbuh 100 benih2 yang baru"

"Nah beginilah kita beramal, syaratnya jangan lupa melempar ke tanah, dan pastikan benih itu baik dan tanah yang kita campakkan tadi adalah subur, maka amal yang pada mata kita sebesar biji benih itu, sebenarnya pada padangan ALlah adalah gandaan yang tidak ternilai"

MasyaAllah

Seharian hari ini bersama u. hanafi bantu menyiapkan thesisnya. Saking banyak jugalah pembedaharaan kata indonesia ku. Dari awal sehingga selesai menghantarnya pulang, itu tidak lepas daripada perbincangan2 ilmiah.

Saat yang palingku ingat ketika itu di low yatt, aku perhatikan beberapa anak muda yang sibuk dengan permainan video mereka, sambil jalan, tidak hirau orang kiri dan kanan mereka asyik 'melayan' gadget video mereka. Aku sampaikan pada ustaz pemerhatianku.

Kataku " lihat ust, mereka itu dikultuskan dan alam mereka masing2, permainan itu telah mencorak alam mereka. Mereka hidup di dalam video game itu. Perbincangan, permasalahan mereka hanya seputar video game. Mereka engak ambil peduli dunia sekitarnya. Itulah dunia mereka yang terlihat besar bagi mereka".

Setelah selesai kuceritakan pemerhatian tadi, beliau langsung menambah "makanya, itulah yang diungkapkan oleh syed qutb, penjara yang tidak berjeriji, mereka sebenarnya dipenjarakan, dipenjarakan minda mereka, dipenjarakan pemikiran mereka, dipenjarakan kehidupan mereka. Mereka hidup di dalam dunia mereka yang sebenarnya dunia yang memenjarakan mereka. Penjara yang tidak berjeriji, itu yang paling bahaya"

"Subhanallah" kataku "Hebat sungguh kata2 syed qutb, beliau memahami permasalahan umat yang mendasar, itulah sebenarnya penjara yang bahaya, tetapi mereka tidak rasakan kerna penjara itu diatasnamakan dengan istilah moden, trendy, lifestyle, funky dan sebagainya, sehingga manusia tadi tidak sedar malahan seronok menikmati hidupnya di dalam penjara itu"

"Makanya, datang dakwah ini. Dakwah ini membuka paradigm manusia supaya berfikir diluar kultus tadi" kata ust. "Mengeluarkan mereka dari penjara yang nampak indah tadi"

"Yukhrijuhum min alzulumat ila annur" aku menambah. "Lihat dalam ayat tadi, Allah menggunakan kata keluar, nah ini menunjukkan ada kondisi belenggu dan terkepung yang berlaku pada diri umat, dan belenggu dan kepungan itulah penjara yang dibincangkan tadi. Kita harus berusaha mengeluarkan mereka. Memang indah penjara itu, maka kerja mengindahkan perkara yang batil itukan kerjaan syaitan, kata Allah Zaiyanalahum a'malahum, syaitan itu mengindahkan amal (batil) kamu" tambah ust pula.

Sunday, July 13, 2008

Balik kampung


Sekali sekala bila balik kampung, terasa ringan kepala duk fikir masalah2 dunia yang tak akan pernah padam selagi diri bernama manusia. Apabila ada masalah, baru kita hidup ,bila dah tak ada masalah, happy shj, ha itu tanda dah ada wayar putus kat mana-mana.

Balik tengok telatah anak buah, rasa terhibur sikit hati. Pagi pagi lepas solat subuh di Masjid, kejutkan dia, suruh solat. Walaupun kecil, tapi latih panggil waktu solat. Kadang kala kita kejutkan anak bila nak pergi sekolah, bila nak pergi jalan2. Jadi input yang tak bagus untuk mereka. Masa kecil, sudah iltizamkan mereka untuk komitmen dengan solat.

Lepas tu, tak buat apa, cuma baca buku karangan Prof. Dr. Yusuf Qordowi. Buku bertajuk ketamadunan arab islam: antara keaslian dan kemodenan antara lain menyentuh isu yang cukup sinonim dalam dunia revolusi islam diantara kaum muda dan kaum tua, diantara ulama' tradisional dan ulama' kotemporer. Kritis sungguh beliau mengupas isu ini. Bacaan yang luas, telahan yang tuntas menyebabkan kita tak bosan untuk terus meneroka buah pemikiran beliau dalam menyikapi persoalan ini.

Apa lagi ya. Hem, semalam seorang ikhwn "offer" lagi. Ya Allah, kadangkala rasa malas pun ada, tapi harapnya ini yang terakhir dan terbaik. Ya Allah, sebetulnya urusan ini mudah shj, tetapi kenapa manusia menyulitkannya. Ya Allah, cukuplah ini, dan sekali lagi berilah ini yang terbaik sekali.

Friday, July 04, 2008

Falestini Ana Ismi Falestini

Banyak bunyi

Khairy Jamaludin berbunyi lagi.Kali ini berhubung isu kes liwat Datuk Seri Anwar. Kata beliau yang tersiar dalam BH edisi 5 julai 2008 seperti berikut:-

"Kita percaya bahawa dakwaan 'dalam tekanan' yang dinyatakan Balasubramaniam itu didalangi Anwar kerana dia yang membuat sidang media itu. Kalau bukan dia, siapa lagi?"

Beliau mengaitkan kejadian Bala menarik balik pengakuan bersumpah, sehari selepas membuat akuan membenarkan beberapa kejadian antara Najib dan Altantuya, adalah satu petanda bahawa Anwar memberi tekanan kepada Bala.

Padahal dalam berita yang sama dan edisi yang sama, Bala secara peribadi mengatakan bahawa beliau mengalami tekanan kerana kecewa dengan kerajaan.

"Pada sidang akhbar di lobi sebuah hotel di sini, peguamnya, M Arulampalam, menjelaskan anak guamnya membuat akuan bersumpah pertama pada 1 Julai lalu dalam keadaan tertekan dan kecewa dengan kerajaan-" kandungan berita bertajuk Bala tarik balik akuan, Berita Harian edisi 5 July 2008.

Jadi jelas, anwar bukan faktor menyebabkan Bala tertekan sehingga membuat pengakuan bersumpah pertama, justeru kerajaan yang dinamakan Bala sebagai punca tekanan dan rasa kekecewaannya.

Apabila merujuk kepada pengakuan bersumpah pertama, peguamnya Americk Singh Sidhu mengatakan Pesuruhjaya Sumpah mengesahkan perakuan sumpah pertama dibuat Bala secara sukarela.

Jadi siapa yang tertekan dan siapa yang memberi tekanan untuk membuat pengakuan ke-2. Saudara Khairy patut menimbang semula kenyataan saudara. Bersikap adil dalam memberi pandangan jangan melulu membuat keputusan. Saya dan saudara pasti dalam kedudukan yang sama iaitu tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku, kerana yang pasti mereka yang terlibat atau disabitkan dalam kejadian ini lebih mengetahui prinsip atau tembelang masing2. Kita di sini saudara, hanya mampu membuat perhitungan drama ini melalui skrip yang tertulis, fakta yang dikemukan atau kenyataan yang dibuat.

Statement Najib

Pada sidang media itu, Najib juga menjelaskan beberapa hari sebelum Mohd Saiful membuat laporan polis, pemuda itu menemuinya di rumah beliau dalam ketakutan dan mengadu diliwat oleh Anwar.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cerita Mohd Saiful, Najib berkata: “Dia ceritakan segala-galanya yang berlaku. Saya tak berani nak kata (tetapi) daripada apa yang saya nampak dia dalam ketakutan.

Tangan dia seram sejuk tetapi saya tak berani buat kesimpulan dan serahkan kepadanya sama ada untuk buat laporan polis."

Najib berkata, Mohd Saiful juga pernah datang ke pejabat dan menemui pegawai khasnya bagi urusan permohonan biasiswa, tetapi tidak menemui beliau ketika itu.


Allahuakbar. Kata saya kalau tak pandai menipu jangan reka cerita. Lagi banyak persoalan daripada jawapan apabila Datuk Sri Najib membuat kenyataan di atas yang tersiar di dalam Berita Harian edisi 4 Julai 2008. Persoalan pertama, siapa Saiful sehingga secara “peribadi” boleh berhubung langsung dengan Datuk Najib untuk sampaikan cerita dia diliwat. Banyak lagi kes bunuh yang lebih “dasyat” tidak pernah mendapat perhatian peribadi daripada Datuk Najib. Kenapa Saiful tak terus ke Balai Polis buat laporan kerana yang berlaku adalah kes jenayah. Kenapa mengarah kepada Najib dan boleh ber”curhat” (bahasa Indonesia curahan hati) sehingga pengang-pengang tangan. Allah tak lojik cerita Tuan ni wahai Datuk Najib. Perlu digarap lagi jalan ceritanya.

Saya merupakan bekas pelajar yang ditaja. Secara peribadi, untuk mendapatkan tajaan biasiswa bukan sesuatu yang mudah. Saya perlu mengisi borang dengan bukti-bukti sijil yang disahkan. Melalui 2 ke 3 kali “screening interview” , menjawab case study dan sebagainya barulah disahkan sebagai pemegang biasiswa berkenaan. Bagi kes Saiful, saya nampak terlampau mudah untuk dia berurusan dengan Pegawai Khas Najib bagi permohonan biasiswanya. Sekali lagi siapa pegawai khas Najib sehingga boleh menguruskan biasiswa. Kenapa tidak ke KPT untuk urusan biasiswa? Dan umum mengetahui Saiful adalah pelajar senior Universiti Tenaga Nasional, untuk tujuan apa dia memohon biasiswa lagi. Dan umum juga mengetahui Saiful tak menghabiskan pengajiannya di UNITEN, jadi apa kelebihan pelajar ini sehingga mendapat perhatian daripada Pegawai Khas Najib untuk menguruskan permohonan biasiswanya. Allahuakbar. 1001 persoalan yang akan timbul terus menerus.

Dua elemen ini tidak boleh mengaitkan saya melakukan konspirasi terhadap Datuk Seri Anwar," katanya sambil menjelaskan beliau menerima kedatangan Mohd Saiful sebagai seorang pemimpin dan pemuda itu sebagai rakyat biasa yang mahu mengadu masalahnya.

"Ditanya sama ada beliau bersedia disiasat polis, Najib berkata: "Saya dengar daripada dia saja. Keterangan bukan daripada saya, tetapi yang mustahak daripada dia."

Terus Datuk Najib membuat statement penafian setelah beliau bercerita kisah Saiful sehingga begitu detail, seolah-olah mereka ini sudah lama berurusan. Saya nak beritahu, apabila ini berlaku, sebenarnya akan menguatkan teori konspirasi. Dah boleh berjumpa, boleh berpegang tangan, boleh bercerita dari hati ke hati, boleh bantu urusan biasiswa, dah tentu Saiful dengan Najib bukan hubungan rakyat biasa, ini kes luar biasa. Bila berlaku conflict of interest (Saiful dan tugas Najib sebagai TPM) Najib juga harus diambil keterangan. Apa hubungan Najib dengan Saiful? Adakah Saiful mendapat arahan daripada Najib untuk membuat pertuduhan?

Satu nasihat untuk Saiful. Fahamlah politik secara wadih.Kamu akan dikenal oleh sejarah sebagai orang yang membawa pertuduhan liwat. Kalau kamu benar, kamu dikenang sebagai orang teraniya, dan sebagai orang yang mempertahankan haknya sebagai manusia. Tetapi jika kamu kalah, kamu dikenal sejarah sebagai budak murahan, pendusta (kazib kata Allah dalam AnNur:13) dan fasiq Annur: 4. Kesaksian kamu tidak akan diterima abadan abada, sehingga hari kiamat. Ingatlah Allah itu Sami’ ul ‘Alim. Allah itu cukup teliti penghakimanya (mistqa la zarrah) walau sebenar zarrah tetap dia akan hakimi.

Tuesday, July 01, 2008

Anwar meliwat lagi?

1998 walaupun sudah 10 tahun berlalu, memori liwat dan gerakan reformasi masih segar dalam fikiran saya. Berbeza tuduhan liwat tahun 1998, tuduhan kali ini (2008) agak hambar tetapi tetap sahaja ia disambut oleh ratusan penyokong anwar. Hambar dalam ertian anwar bukan lagi menteri tertinggi dalam kabinet Malaysia. Dia bukan lagi seorang umno yang mempunyai ratusan pendokong. Dia hanya rakyat biasa yang baru sahaja menikmati kehidupan bebas as a free citizen.

Dalam situasi anwar tidak memiliki apa2 pun masih sahaja tuduhan itu berlaku. Jika teori konspirasi tersebut benar, maka jelaslah anwar bukan calang2 politician. Bayangnya sahaja membuat gerun kawan dan lawan.

Dalam bnyk komen daripada menteri2 kabinet dan orang2 tertentu dalam politik, saya tertarik mengulas dua komen daripada 2 tokoh pemuda dalam umno iaitu KJ dan ezam. KJ dan ezam mempunyai penalaran yang berbeza. Mereka masing2 ber'teori' bahawa ini adalah helah anwar itu meraih simpati dan sokongan masyarakat. saya cuma bertanya, siapa anwar ibrahim utk mencari pablisiti murahan? kalau saudara berdua ke Indonesia, nama anwar dan mahathir cukup sinonim dengan politikus mereka hatta masyarakt umum pun. kalau saudara ke dubai pula sama berlaku nama anwar dan mahathir yang mereka tahu setelah anda memperkenalkan diri anda sebagai orang malaysia. minta maaf kalau saya sebutkan, mereka tidak pun mengenali yang namanya Abdullah badawi. Andaian saya, komen mereka silap.

Ini andaian saya, saudara mungkin boleh nafikan.

Seterusnya, komen daripada TPM Najib Razak. Najib ketika memberikan komen tak setenang biasa. Tak se 'control' biasa. Kalau siapa yang ada knowledge tentang body language, mesti dapat menangkap sikap Najib. Beliau sering melihat kebawah arah kiri, dengan suara yang agak bergetar. Andaian saya Najib adalah perancang utama dalam konspirasi ini. Sekali lagi ini pengamatan peribadi saya.

Lihat pula pak lah. Nampak bersungguh dia menafikan hal tersebut. Tak nampak galau. Andaian saya beliau bukan perancang utama dalam team konspirasi.

Saya jadi lebih berminat mengetahui cerita ini lebih lanjut. 1998 telah menjadi sejarah yang boleh diambil iktibar. Dua tuduhan ke atas anwar liwat dan rasuah, anwar hanya disabitkan dengan tuduhan rasuah dan digantung daripada berpolitik sehingga 4 tahun, manakala tuduhan liwat digugurkan. Kesimpulannya segala bukti yang dikemukakan termasuk tilam, air mani ect adalah bahan labun yang direka. Dan kalau ini direka, tentulah Tan Sri Musa Hassan orang yang harus dipertanggungjawabkan. Manakala penguam pendakwa termasuk Gani Patail juga patut dipersalahkan. Bersambung

Wednesday, June 25, 2008

Untuk 'dia'

Bismillah

Dengan nama Allah. Tuhan yang memiliki kekuatan dan kemuliaan. Matikan kami dalam dinul Islam, dalam perjuangan Islam, dalam kekuatan membela Islam. Wa lillahi izzah, wa lil Rasulihi, wa lil mukminin. Sungguh, harga diri, kemuliaan, keagungan itu milik Allah, milik Rasul dan milik sekalian mukmin.

Terus tenang kerna itu pun janji kita. Jgn takut untuk menangis kepada Tuhan punya alam, justeru itu pun nanti yang mampu memadamkan an nar jahannam. Jgn bersedih kerana kita adalah tertinggi, jika kita mukmin.

I.Allah, kalau sudah berazam dengan bersungguh-sungguh tawakal saja pada Allah. Cintailah kebaikan kerana Allah mencintainya (inna Allaha wuhibbu toyyib).

Tuesday, June 17, 2008

Tausiyah buat Tan Sri Hasan Merican

Tausiyah buat Tan Sri Hasan Merican
oleh: Asadullah

Dua sikap yang saya nampak ketika tan sri hasan merican menjawap persoalan daripada beberpa wartawan media dalam satu rancangan di TV3 yang berkisar tentang apa peranan PETRONAS dalam situasi gawat ekonomi dalam dan luar negara.

Ketika membincangkan persoalan yang ditimbulkan dengan pelaburan PETRONAS(seperti di MIC dan SIC-sebagai main sponsor), soal expansion di negara-negara seperti sudan seolah-olah menggambarkansebuah syarikat minyak dunia yang progressif dan maju kehadapan. Pelaburan-pelaburan ini membawa keuntungan (dan bukan pendapatan kerana pendapatan adalah revenue yang belum ditolak kos sepertiyang ditegaskan oleh Datuk Sharir dalam debat TV1 bersama YB Salahuddin) sehingga PETRONAS berjaya menjenamakan syarikatnya ke peringkat global, mencipta peluang2 pelaburan yang baru,reserve minyak yang banyak dan sebagainya

Bagaimanapun ketika membincangkan isu kenaikan minyak diperingkat domestik, beliau seolah-olah pesimis, pasif , skeptik dan spastik dengan jawapannya. Jawapan yang Seolah-olah menggambarkan PETRONAS akan berkubur 3 ke 4 tahun yang akan datang. Digambarkan jika sebahagian 'keuntungan' PETRONAS terus menerus digunakan untuk membantu negara dan rakyat Malaysia, Petronas tidak dapat membuka lagi pelaburan-pelaburan baru, Petronas akan menjadi net importer dan bermacam-macam lagi alasan

Kenapa tidak positif dalam jawapan kali ini seperti jawapan sebelumnya. Kenapa tidak mengatakanrakyat Malaysia jangan risau, kita adalah syarikat minyak dunia yang mampu membantupembangunan negara, yang mampu membantu rakyat dalam keadaan ekonomi dunia mengalami krisis dalam beberapa barangan komoditi seperti minyak, beras dan sebagainya.Kenapa kita tidak mendengar jawapan yang sama.

Kenapa mempunyai dua wajah ketika mengungkapkan pendirian? bagi saya yang tidaklah sehebat anda(tan sri) saya hanya ada satu wajah. Saya cenderung sederhana, maka jawapan kita dalam pelbagai situasi adalah sederhana sehingga orang mempercayai kejujuranperkataan kita.

Inflation causing low prices?

CNBC

Friday June 13, 12:11 pm ET


Inflation may be climbing faster than the humidity level, but there are still some things that actually cost less than they did a year ago.Amid all the headlines about soaring energy and food prices, many consumers may not notice that they're getting a break on some items they buy every day. "People don’t often remember [the positives]," said Jim Glassman, senior U.S. economist at JPMorgan Chase. "The economy is not falling apart. It’s just stuck."

Friday's report on the consumer price index confirmed the predicted rise in gasoline and food costs, but core prices remained relatively flat. While financial markets cheered the results, they didn't give much comfort to consumers. The latest snapshot of consumer sentiment on Friday showed that it plunged to a 28-year low in June. With that in mind, here's a look at a few of those things that aren't pinching your wallet.

Electronics
The average price of a point-and-shoot digital camera has fallen $28 from a year ago, to $178, according to the NPD Group, a consumer tracking service.

The cost of LCD flat-panel TVs is also expected to drop $18 this year, to an average $848, while notebook computers are forecast to fall 9 percent, to $775, according to the Consumer Electronics Association.

The trade group says you can also expect lower prices this year for plasma TVs, DVRs, desktop computers and cellular phones.
That’s because as time passes, companies can more efficiently produce the equipment, Vice President of the National Retail Federation Scott Krugman said. The speed at which new products are released also has an influence.
"What is new is now old so much faster,” he said. “Prices come down sharply."

Women's Clothing
Another area to spot savings is women’s apparel, even though the price for men’s and children’s clothing is on the rise, according to the CPI’s April 2008 report.

"It’s a much smaller part of the overall retail business," George Whalin, president and CEO of Retail Management Consultants, said. "Men buy clothes as needed, whereas women buy clothes based on a whole variety of other reasons."

If a female consumer went to a clothing store today, she would pay at least 4 percent less than she did a year ago for a pair of pants/slacks, which have an average price of $19.07, according to NPD.
The price of women’s shorts decreased from $14.20 to $13.81, almost 3 percent, and the overall price of women’s sleepwear decreased $0.85, averaging at $13.25.
Each of the subcategories — pajamas, nightgowns, sleep shirts and negligees — all posted falling prices.
Hotel Rooms
There’s more good news. For travelers left sulking about increasing flight costs, the average daily rate for hotel lodging decreased in the month of April, down from $109.44 to $108.07, according to Smith Travel Research, of Hendersonville, Tenn.

This slight price reduction mainly stems from a decrease in business travel, JP Morgan economist Glassman said.
"People start realizing that phone calls or teleconferences can work," he said.
Theme Parks
And if lower hotel prices inspire consumers to take a vacation, it might include a trip to a theme park, where prices are also falling.

Six Flags (NYSE:SIX - News) cut $10 off entry prices at the majority of their 19 parks in April, setting admission at $34.99 for its St. Louis park and $24.99 for the Texas-based Hurricane Harbor water park.
"People just aren’t going out as much," Glassman said. "People are getting squeezed, and they’re starting to push back."
Toys
If the kids complain about not going anywhere this summer, you can try to appease them with another cheaper item: toys.

The severe competition in this industry, paired with cheap overseas production costs, caused this steady 5.3 percent year-on-year decrease, Glassman said.
Demographics may also play a role. The industry’s target audience is shrinking, as the nation’s second largest demographic, 15- to 25-year-olds, has simply outgrown its products, Glassman said.

"As there are fewer and fewer children, it’s going to have an effect on the toy industry," he said.
Dinnerware
Household goods brought more price cuts, particularly in dinnerware, according to NPD.
Although prices didn’t decline for every product in this category, the price of formal, fine dinnerware, which NPD defines as bone china or porcelain with a metal accent band, decreased about 6 percent, falling from $39.58 to $37.10.
Plastic dinnerware fell from $1.95 to $1.74, on average, and multi-pack sales saw the biggest reduction, falling 14 percent to $7.42. Generic multi-pack dinnerware, the bulk packaging of one identical item, averaged at $11.66 in May 2005.

Thursday, June 12, 2008

Mohon dibantu ikhwan ini

Bismillah

Saudara/i mungkin seorang pelajar yang ditaja (atau membuat pinjaman), tetapi ikhwan ini menanggungnya kos pengajiannya sendiri.

Saudara/i mungkin belajar untuk membina kehidupan dan kedudukan di tengah masyarakat, tetapi ikhwan ini belajar demi membina kehidupan dan kedudukan di ‘mata robb’ dan ‘imam agamanya’.

Saudara/i mungkin belajar untuk mendapatkan pekerjaan tetap, tetapi ikhwan ini bekerja untuk tetap belajar.

Saudara/i mungkin belajar untuk bekerja di gedung-gedung ternama, tetapi ikhwan ini belajar untuk bekerja di gedung umat. Hulurkanlah bantuan saudara dan saudari kepada ikhwan ini.

Mungkin kita tidak mampu memfaqihkan diri kita dalam agama, tetapi ada sahabat yang melepaskan diri kita dari komitmen itu. Mungkin anak-anak kita tidak mampu berbahasa arab, tetapi anak ini mampu menjadi bukti kesungguhan saudara/i membantunya ke arah itu.

Mungkin kita sendiri tidak bersungguh untuk mempelajari bahasa quran, tetapi janganlah kita menjadi penghalang kepada orang lain untuk mempelajarinya. Bantulah ikhwan ini.

Pesanan: Minta juga jasa baik saudara saudari yang mempunyai kenalan yang ada kemudahan rezeki dan pendapatan lebih serta ingin berinfaq dan berzakat untuk memaklumkan perkara ini. Ikhwan ini dalam rangka menyambung pelajaran di Syria.Maklumat dan keterangan lanjut sila klik link di bawah

http://amal-tulabi.blogspot.com/

Friday, June 06, 2008

People-oriented

People-oriented

oleh: Asadullah

Melihat situasi tekanan kos kehidupan sekarang, kerajaan sewajarnya menimbang semula semua projek2 mega yang telah dirancangseperti contoh wilayah pembangunan iskandar yang kini ini sedang giat dalam pembinaan.

Pembangunan koridor sabah dan sarawak seperti yang dicanangkan sebelum pilihanraya sahaja dianggarkan berjumlah 100billion ringgit, begitu juga berpuluh-puluh billion yang lain diperuntukkan untuk wilayah pembangunan timur, dan utara.

Adakah kerana ingin mengejar projek2 ini siap seperti yang dirancang, dan untuk menyerap kos pembinaannya kerajaan sanggup menekan rakyat dengan menarik sejumlah subsidi dari bahan bakar dan utiliti yang lain?

Saya sarankan, dalam kondisi dunia yang berada dalam krisis bekalan komoditi utama seperti minyak, beras,gandum dan sebagainya, kerajaan seharusnya lebih berorientasi rakyat daripada berorientasi projek dan segala bentuk pembangunan fizikal yang lain.

Kerajaan bersama rakyat memberi tekanan kepada kuasa besar dunia untuk menamatkan sebarang bentuk penceroboha dan peperangan.

Kerajaan bersama rakyat memberi tekanan kepada PBB supaya lebih peka dengan angka 1 billion lebih masyarakt dunia yang kini dibawah paras kemiskinan

Kerajaan yang berorientasikan rakyat akan lebih menimbang peruntukan perbelanjaan kepada kemaslahatan rakyat.

Umum mengetahui penarikan subsidi minyak di negara kita sebelum ini antara lain untuk membaiki sistem pengangkutan awam negara. Ini satu contoh perbelanjaan
berorientasi rakyat.

Bagaimanapun setelah rakyat memberi berpuluh billion ringgit untuk projek ini, rakyat hanya melihat satu sistem pengangkutan yang cantik tapi tak berguna.Sistem yang berselirat dan kelam kabut.

Kemudian alasan yang sama juga kedenganran pada kenaikan kali kali, kenaikan yang paling tinggi dalam sejarah.Kali ini, antara lain untuk menyerap kos bahan makanan
dan dalam menyalurkan subsidi kepada sasaran yang tetap.

Bagaimanapun, hari ini yang jelas harga barang makanan terus naik. Perkhidmatan bas naik sehingga 35 peratus.Harga gula naik dan kita tidak tahu berapa banyak lagi
barang-barang keperluan akan naik.

Secara peribadi langkah menarik kembali subsidi dalam rangka mengagihkan sejumlah ribet kepada kumpulan sasar yang betul harus dipuji.Bagaimanapun, pelaksaannya dilihat seperti melepas batuk ditangga. Apa rasionalnya RM625? Apa rasional 150?Mana datangnya angka2 ini. Para menteri pernahkan bawa motorsikal ke pejabat?Para menteri pernahkan isi minyak sendiri?

Angka2 ini seolah-olah baru semalam bincang hari ini sudah buat pengumuman.Persoalan ini adalah melibatkan public interest, seharusnya kerajaan membuka dahulu perbincangan kepada rakyat, badan2 bukan kerajaan,ahli2 parlimen,kumpulan teknikal dan professional dan pakar ekonomi. Setelah itu barulah satu kerangka kerja yang bersepadu dibentangkan.Jangan nanti umum satu langkah untuk menyelesaikan satu masalah, tetapi kemudian kita membuka berpuluh-puluh lagi masalah baru.

Thursday, May 15, 2008

60 Tahun Nakbah Palestin

Gerakan Hamas menegaskan, perlawanan akan tetap menjadi strategi untuk mengembalikan secara penuh hak-hak rakyat Palestina yang terampas. Perlawanan akan menghapus Israel dari tanah Palestina kemudian mendirikan negara Palestina yang merdeka, berkedaulatan penuh, dengan ibukota Al-Quds, meskipun pengorbanan harus terus ditingkatkan dan harus dibayar mahal.

Gerakan Hamas hari ini Kamis (15/5) menegaskan dalam peringatan 60 tahun terjajahnya Palestina bahwa perampasan Palestina oleh Israel adalah tragedi paling besar yang dicatat dalam sejarah Arab dan Islam. Sebab penjajahan ini telah mengubah kehidupan rakyat Palestina menjadi derita panjang tak terperikan.

Ia menambahkan dalam pernyataan persnya yang diterima oleh Infopalestina bahwa Israel mendeklarasikan negaranya di atas tanah Palestina, di atas siraman darah dan ceceran daging rakyat Palestina. Negara penjajah yang didirikan di atas penderitaan para korban luka yang cacat dan penderitaan tawanan Palestina, pencaplokan tanah untuk permukiman yahudi, penghapusan batas-batas peninggalan senjarah dan tempat suci Palestina.

Namun semua kejahatan Israel tidak akan melumpuhkan tekad rakyat Palestina untuk melawan dan memberikan pengorbanan untuk mengembalikan hak-haknya. Mereka akan senantiasa setia bekerja membebaskan Palestina sampai Israel tidak berdaya menghadapi keteguhan tekad kami. Sebab Israel kini mulai tergulung di belakang tembok bersama pasukannya ketika menghadapi perlawanan.

Hamas menegaskan bahwa beberapa pendeta-pendeta Yahudi mengakui kegagalan proyek zionis di Palestina. Padahal proyek itu didukung oleh pemerintah AS, kekuatan terbesar di dunia, baik secara politik, dana dan militer dalam menghadapi perlawanan Palestina.

Hamas kembali menegaskan bahwa perampasan Israel terhadap Palestina adalah perampasan terhadap tanah Arab dan Islam. Karenanya, tugas memerdekakan adalah kewajiban syariat setiap muslim.

Gerakan Hamas menegaskan bahwa hak kembali adalah hak suci yang tidak bisa ditawar-tawar. Disamping itu, masalah tahanan Palestina di penjara Israel adalah prioritas perlawanan. Semua pilihan akan dilakukan perlawanan sampai mereka dibebaskan. Pembebasan serdadu Galiad Shalit tidak menjadi akhir dari perlawanan Palestina.

Disamping itu, Hamas meminta kepada Otoritas Palestina untuk berhenti melakukan perundingan sia-sia dengan Israel. sebab selama ini Otoritas Palestina hanya memberikan kompromi-kompromi. Hamas mengajak Abbas untuk memilih jalan perlawanan.

Hamas juga meminta kepada negara-negara Arab dan Islam untuk bertanggungjawab atas apa yang terjadi di Palestina berupa kejahatan berdarah oleh Israel. Mereka harus mendukung Palestina secara politik, dana, moral untuk memecahkan masalah mereka dengan adil, membebaskan blokade dan membuka perlintasan-perlintasan terutama Rafah. (bn-bsyr)

sumber: http://palestine-info.co.uk/en