Senario 1:
Gendang perang sudah bermula, pembubaran PMUKM, gabungan mahasiswa, aspirasi dan pelbagai lagi poster, t-shirt, risalah terpampang tersidai di sana sini. Ini bermaksud kampus ni sedang mengalami demam pilihanraya. Diceritakan setiap gerakan pelajar di dalam UKM ini mempunyai proksi politiknya di luar. Setiap satu akan memastikan kemenangan kumpulan mereka bagi meraih persepsi umum dalam pilihanraya umum MALAYSIA. Pelajar-pelajar yang pro-pembakang rata-rata tidak mahu bercerita tentang pilihanraya secara publik kerana terlalu sensitif...takut dikenal pasti.
Senario 2:
Satu kereta naza keluar dengan laju dari sebuah kolej kediaman menuju ke jalan besar. Nampaknya ada 2 jantina berbeza dalam kereta lelaki dan perempuan. Dalam masa yang sama 2 jantina berbeza dilihat sedang duduk berdua-duan di fakulti sedang studi gamaknya. Tapi yang pasti dan paling jelas kedengaran adalah hilai ketawa, gelak hantu, lagu raya, lagu siti nurhaliza. 2 jantina berbeza juga jelas bersepahan di kedai-kedai makan sekitar UKM ketika menanti buka puasa, menyorot ganas diantara satu sama lain seolah-olah ada dendam nafsu yang tak dapat dilampiaskan lagi.
Kesimpulannya:
Biasanya saya diajar untuk membuat satu triangulasi daripada dapatan sesuatu bacaan literatur. Saya juga diajar untuk tidak sekadar melaporkan tetapi mensintesis setiap pemerhatian supaya kajian yang dihasilkan mempunyai nilai dan kualiti ilmiah yang tinggi
Berdasarkan ilmu tersebut, saya ingin mengtringulasi dan mensintesiskan dua senario diatas. Senario itu berlaku hampir serentak, sama hari sama waktu. Apa yang jelas terdapat 2 situasi berbeza berlaku kepada pelajar di universiti yang sama UKM. Seorang bermati-matian berjuang menegakkan keadilan yang kalau terkorban, perjuangannya dianggap syahid besar, manakala seorang lagi bermati-matian meruntun syahwat yang tak sudah-sudah. Mengapa hal ini terjadi? Secara peribadi, hal itu terjadi disebabkan perspektif atau cara pandang tentang kehidupan yang berbeza. Yang seorang mempunyai matlamat ilmiah yang jelas, dan yang seorang lagi mempunyai matlamat nafsu yang kabur. Saya mengatakan ilmiah yang jelas kerana mereka ini membaca, dan mereka menjiwai pembacaan mereka sehingga mereka mempunyai perspektif prinsip yang tersendiri. (Hal ini diluar perbincangan senario membodek, mengangkat mengampu dan sebagainya). Manakala nafsu yang kabur pula kerana mereka ini juga membaca dan juga menjiwai pembacaan tetapi kenapa mengapa masih berkubang dalam nafsu, rupanya bacaan mereka kotor.
Walaubagaimanapun, kepada mereka yang tega dalam perjuangan tadi elakkan daripada syok sendiri. Kita bercerita tentang perjuangan, tetapi dalam masa yang sama ramai lagi yang tak sedar kamu sedang berjuang dan tak tahupun berjuang sebab apa. Sama saja, yang gabung atau tak gabung. Muncul, kecoh, gocoh, heboh masa pilihanraya saja, lepas tu senyap sunyi sepi. Yang kata mahasiswa tadi terus hanyut dalam nafsu. Tak pernah pun ada inisiatif menyediakan bahtera untuk menyelematkan mereka. Kalau ada pun, bahtera angkuh yang pelayarannya cukup juak, khidmatnya cukup riak, kata-katanya penuh sindiran, amal nasihatnya terpalit bosan
Bagi mereka yang hanyut tadi hidup mesti diteruskan, aku aku, selagi belum kepenghujung hayat, berenangnya itu satu nikmat...
kata mereka: apa aku penduli janji pangkah dan boleh stay kolej/ kamsis.
Tuesday, September 18, 2007
Watikah perang
Semoga dirimu sentiasa di dalam peliharaan Allah
Salamunalaikum...
Salam kesejahteraan buat semua tentera Salehudin dan juga mereka yang bersungguh menghidupkan citra Salehudin
Bumi itu kita akan sama2 kita injak dengan haruman darah syuhada semerbak. Bumi itu visi besar, sehinggakan kita akan lihat perkara-perkara lain itu tidak layak untuk difikirkan...
I.Allah, besar hati kita, besar lagi kesempurnaan yang Allah akan janjikan
Hiduplah dalam perhatian Allah.Benarkan Allah mengatur hidup kita, jgn biarkan dia melepaskan pandangannya walau sesaat
Sudah janji sunatullah...hukum alam ini berjalan seiring dengan kehendakNya
Kalau kita benar Allah mengatur hidup kita, jgn kita serik dengan kisah-kisah hidup yang DIA arahkan
Jgn kita serik dengan perit pedih yang DIA himpitkan...kerana kita yakin DIA inginkan kebaikan yang nilai seluas langit dan bumi...lebih baik dari alam seisinya...
Akhuka
Akhuka
Dialog puitis ramadhan
Mmtrbi: ana bingung abang, sudah bulat tekad ana untuk tidak terlibat dalam usrah...tetapiAllah tetap temukan..
Mmrbi : ada kebaikan yang Allah nak kurniakan...jgn tolak kurnia itu...ibarat seorang ibuapabila anaknya berbuat salah, si ibu akan menegur dan terus menegur membetulkankesalahannya anaknya...walau si anak tadi membentak...si ibu tega membelainya dengannasihat dan kasih sayang...suatu masa si anak mengherdik dan mencaci...si ibu diam takterkata, menangis dan luluh hatinya...dia pun membiarkan...dan di suatu masa yang lainsi anak menolak keras tubuh tua si ibu...jatuh dan terbit darah bercucuran...tiadakata lain waktu itu selain mengangkat tangan ke hadrat Allah...maka laknat ibupun dikabulkan...
ketika masih dipanggil...maka penuhilah panggilan itu...jgn tolak sebab itu kurniaAllah untuk menghidupkan hati kita..
"iza da'akum lima yuhyikum"
bila kita tetap tolak...maka pada waktu itu Allah membiarkan kita...bila sesaatAllah melepaskan pandangan pada kita, pada waktu itu hidup kita terasa sesak dan sempit...kalau kita terus hanyut dengan kemaksiatan...maka terakhir laknat Allahakan sampai pada kita
"la'anahumullahu a'alaikum"
laknat Allah yang rasmi telah sampai pada yahudi dan abu lahab, di tulis dan di doakan oleh sekian ramai manusia sehingga yaumul kiamah...bayangkan doa laknat...dirakam dan diulangsebut sepanjang zaman
Oase iman
Di dalam buku 'untukmu kader dakwah' karangan us. KH Rahmat yang berkisar tentangpermurnian syarah arkanul bait ada petikan kata-kata yang cukup memberi kesan kepada sayamaksudnya:-
"orang mukmin...jasadnya berjalan dimuka bumi...tetapi roh dan jiwanya tinggidi sisi Allah"
Tak perlu di tafsir secara harfiah. Jika itu dilakukan pastilah Ust. ini akan dituduhseperti As syahid Syed Qutb. Kata-kata sang syahid "aku bersama dengan Allah" dan sebagainya disalah tafsir sehingga keluarlah pelbagai tanggapan busuk dari hati basi sekumpulan manusia.
Mungkin ini kelebihan beliau mengungkapkan perasaanya. Ya , hanya yang mengalami pasti akan terkesan dengan kata-kata kedua-dua tokoh dakwah ini.
Ketika berjalan, di kiri, kanan, depan, belakang digoda oleh dunia, tetapi sang mujahid tegardengan prinsipnya tanpa mempedulikan godaan dunia yang menyapa. Hatinya kukuhdalam keimanan. Jiwanya kering dengan syahwat syaitan terlaknat. Tapi suburdengan syahwat dakwah dan jihad.
Ketika berjalan di kiri, kanan, atas bawah dicerca oleh manusia seluruhnya.Tapi sang mujahid tetap dalam citra perjuangan dan hidup dalam dunia keislamannya sehigga bumi ini terasa luas. Sehingga panggilan selamat dan salam itumengatasi cercaan manusia dan makhluk seisinya.
Robbi yasir wa latuasir
Yuridullahu bi kum alyusra, wa layuridu bi kum usra.
Subscribe to:
Posts (Atom)