Thursday, January 31, 2008

Berukhuwah untuk kepentingan peribadi

Berukhuwah untuk kepentingan peribadi
oleh: Asadullah

Enak sekali manusia hidup hanya memikirkan diri sendiri. Tatkala sukar, mereka menjadikan alasan-alasan ziarah untuk bertemu saudaranya demi memenuhi 'kebutuhan' peribadi. Selesai 'butuh' itu dia menghilang tanpa berita. Hilang beruzlah katanya. Kemudian muncul lagi dengan alasan yang sama "ana pulang ni untuk ziarah antum semata-mata". Kemudian hilang lagi tanpa pesan (sms atau tel).

D'wh ini punya sistem terbina dibelahan bumi manapun antum berada manhaj robbaninya tetap sama. Ada insan yang harus dihormati selayak seorang sohib, ustaz, walid dan syeikh. Jangan kurang ajar datang dan pergi sesuka hati dalam dakwah. Kalau sekadar menompang nikmat ukhwah, sila mundur dari jalan ini. Jalan ini tidak menjanjikan apa2 nikmat dunia melainkan amanah yang besar harus dipikul bagi sesiapa yang beriltizam dengan jalannya.

Dakwah ini hanya menerima mereka yang betul2 ikhlas di dalam agamanya, menyudutkan kepentingan peribadi walaupun ia merupakan keperluan khusus. Mengangkat saudaranya yang lain lebih daripada dirinya sendiri. Mempunyai akhlak adab dan tertib.

Ya Allah engkau mengetahui hati-hati yang ikhlas ini berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban da'wahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan yang benar tentangMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.

Thursday, January 17, 2008

Kisah Hidup 2: Ofis sendiri

Sewaktu sekolah lagi aku idamkan kehidupan bekerja dengan syarikat-syarikat besar, hidup dalam ofis dengan air-cond, tie, meja, komputer. Duit gaji setiap bulan, kereta, rumah dan pergi melancong keluar negeri adalah antara cerita-cerita rakan sekolah bila bercakap tentang abang, kakak, ayah dan ibu mereka masing-masing. Bestnya hidup macam ni. (Yer ke? :))

Kini, cerita tu telah berlalu. Rakan-rakan yang tadinya bercerita, sekarang sudah memiliki kehidupan mereka sendiri. Kalau tidak sama, pasti lebih baik daripada apa yang mereka ceritakan tentang kakak, abang, ayah dan ibu mereka sebelum tadi.

Melihat aku. Allah tidak izinkan untuk 'menikmati' kehidupan seperti itu. Setiap kali berusaha merubah keputusan tadi, setiap kali itulah Allah turunkan ujiannya tanda amaran bahawa jangan cuba melewati keputusan yang telah Aku tentukan. Tetapi Allah tidak sekejam itu. Allah tidak memberi bukan bermaksud itu tidak baik, tetapi Allah hendak kurniakan yang lebih baik. Alhamdulilah, setelah Allah mudahkan urusan pembinaan TC di sebuah tempat di Negeri Sembilan, Allah mudahkan pula urusan pembinaan pejabat urusannya di sebuah lagi tempat di Negeri Selangor pula.



Ofis kecil, tempat urusan TC dan juga dibuka untuk keperluan-keperluan lain berkaitan komputer seperti baik pulih komputer, beli dan jual komputer dan sebagainya. Ofis ni juga digunakan untuk studio grafik. Multipurpose juga kegunaannya.

Kisah Hidup 1: Training Centre

Alhamdulliah. Allah mudahkan urusan untuk aku memiliki IT Training Centre (TC) yang pertama. Biarpun kecil tetapi manfaatnya besar i.Allah. Seperti biasa bukan sekadar TC tetapi tempat untuk menumbuhkan benih kesedaran dalam setiap pelajar yang belajar di sini.

Diharap dari benih awal yang ditempatkan dalam batas subur dapat bercambah menjadi pohon yang baik.

Ramai yang bertanya bagaimana boleh tercapai sehingga sebegini. Saya sudah biasa dengan soalan-soalan seperti ini, walaupun sudah mengerti tetap melayani. Biasanya saya akan terus mulakan cerita bahawa semua ini adalah kemudahan dari Allah. Saya tidak banyak berusaha. Terus terang saya dan secara jujur saya tidak mengurus sehingga jadi begini, tetapi Allah mudahkan.

Ungkapan itu terlalu idealistik bagi sesetengah orang. Ya memang idealistik dan tidak realistik kerana orang yang mengalami sahaja akan merasai bagaimana kemudahan yang begitu banyak Allah buka bagi mereka yang meletakkan dirinya dalam perancangan Allah. Faham!! susah nak dijelaskan. Hidup di bawah perancangan Allah sebuah prinsip yang saya pegang sejak kenal tentang erti hidup dan amanah yang perlu diselesaikan.

Monday, January 14, 2008

Sajak Di bawah Naungan Al-Quran

Bait-bait kata yang dipinjam dan diolah daripada karya agungnya, pendahulu dakwah dan jihad ini As Syahid Sayed Qutb. Moga bermanfaat

Di bawah naungan Alquran

Hidup di bawah naungan Alquran adalah suatu nikmat. Nikmat yang mengangkat harkat usia manusia...

Hidup di bawah naungan Alquran. Kutempuh hidup dengan kudengar Allah yang Mahasuci berbicara kepadaku dengan Alquran ini padahal aku sejumput hamba yang kecil. Adakah (lagi) penghormatan bagi mansuia seperti penghormatan yang tinggi dan mulia ini?

Aku hidup di bawah naungan Al-quran. Dari tempat yang tinggi aku melihat kejahilan yang bergelombang di muka bumi. Aku melihat 'kepentingan' penghuninya yang kecil tak beerti. Ku melihat 'kekaguman' orang jahiliyah terhadap apa yang mereka miliki bagaikan kanak2. Fikiran, kepentingan dan perhatian mereka bagaikan anak2 kecil. Ketika melihat mereka, aku bagaikan seorang dewasa yang melihat permainan anak2 kecil...tutur katanya pelat seperti anak kecil.

Mengapa manusia ini?...mereka terbenam di dalam lumpur linkungan tanpa bisa dan mahu mendengar seruan yang luhur dan mulia.

Aku hidup di bawah naungan Alquran sambil bersenang-senang dengan menikmati gambaran (tentang tujuan alam wujud dan manusia wujud) dengan lengkap, sempurna, tinggi dan bersih

Bagaimana manusia (boleh) hidup di dalam kubangan yang busuk di dataran paling rendah dan di dalam kegelapan yang hitam pekat, sementara di sisinya ada tempat pendakian yang tinggi, ada tempat penggembalaan yang subur dan cahaya yang cemerlang?

Aku hidup di bawah naungan Alquran, kurasakan simfoni indah antara gerak kehidupan manusia....dengan gerak alam semesta...

Aku hidup dibawah naungan Alquran. Kematian bukanlah akhir dari perjalanan tetapi sebuah 'tahapan' (dari) perjalanan itu sendiri. Apa yang didapati manusia di muka bumi ini bukanlah bahagiannya secara keseluruhan melainkan hanya sejumput kecil sahaja dari bahagiannya.

Perjalanan yang ditempuh (manusia) di atas planet bumi ini hanya perjalanan biasa, sedang (perjalanan) bumi (lebih) jujur dan penyayang...punya ruh yang saling bertemu dan bertegur sapa, dan menuju kepada Pencipta Yang Maha Esa, yang kepadaNya juga ruh orang mukmin dalam kekhusyukan

"Hanya kepada Allahlah sujud segala apa yang ada dilangit dan dibumi, baik dengan kemauan sendiri mahupun terpaksa, dan (sujud pula) bayang2 mereka pada waktu pagi dan petang hari" ar-Ra'd: 15

"Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih memujinya..." al-Israa':44

Di bawah bayang2 AlQuran, aku hidup dengan melihat manusia sebagai makhluk yang lebih banyak mendapatkan penghormatan dibandingkan yang diberikan oleh manusia itu sendiri. Ia adalah (satu-satunya) makhluk yang ditiupkan padanya ruh

"Maka, apabila Aku telah menyempurnakan kejadiaanya dan telah meniupkan kepadanya ruh (ciptaan)Ku, maka tunduklah kamu (wahai malaikat) kepadanya dengan bersujud" al-Hijr: 29

Dengan ditiupkannya ruh ini, manusia menjadi khalifah di muka bumi

"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ' Sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi" al-Baqarah:30

dan segala sesuatu ditundukkan untuknya

"Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semunya (sebagai rahmat) daripadaNya" al-Jaatsiyah:13

Aku hidup dibawah naungan Al-quran. Orang mukmin tidak bernasab kepada keturunan...sesungguhnya mereka adalah salah seorang dari satu rombongan yang mulia yang dibimbing langkahnya oleh rombongan terhormat itu: Nuh, Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya'qub, Yusuf, Musa, Isa dan Muhammad alaihimus sholatu wassalam

"Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah adalah agama kamu semua, agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepadaKu" al-Mu'minuun:52

Rombongan yang mulia ini terus berkembang seiring dengan perkembangan zaman...(tetapi) mereka menghadapi sikap manusia yang sama, bahaya yang sama, pengalaman yang sama. Mereka menghadapi kesesatan, kebutaan, penyimpangan, hawa nafsu, kewenang-wenangan, kezaliman, teror dan ancaman. Akan tetapi mereka terus berjalan di jalannya dengan langkah yagn mantap, hati yang tenang, percaya kepada pertolongan Allah, menggantungkan harapan kepadaNya dan selalu menantikan penyempurnaan janji Allah.

"Orang-orang kafir berkata kepada rasul2 mereka ' Kami sungguh-sungguh akan mengusir kamu dari negeri kami atau kamu kembali kepada agama kami. Maka Tuhan menwahyukan kepada mereka 'Kami pasti akan membinasakan orang2 yang zalim itu dan kami pasti akan menempatkan kamu di negeri2 itu sesudah mereka..." Ibrahim:13-14