Thursday, November 17, 2005

PRIORITY DALAM TAJMI’ DAN PEMBINAAN

“Apa yang lebih aula dalam melakukan tajmi’ dan pembinaan ada Allah ajarkan dalam surah 80:1-10; Orang yang datang kepadamu dengan segera (bersungguh) hendak membersihkan diri, untuk mendapatkan pelajaran dan dalam keadaan takut kepada Allah kamu abaikan. Tetapi orang yang merasa dirinya serba cukup kamu layan padahal tidak ada celaan atas dirimu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Inilah tazkirah daripada Allah” - Asadullah (2005)

Thursday, November 10, 2005

Persoalan masakini

Berikut adalah beberapa alasan kontemperori yang diberikan oleh ibu bapa ketika tidak membenarkan anak2 mereka untuk melangsungkan perkahwinan.

1. Masih belajar
2. Masih muda
3. Beza umur

Dan disini antara jawaban terhadap semua persoalan2 itu (Terbatas atas kapasiti ilmu penulis, pengalaman penulis, interaksi penulis dengan tokoh agama dan ulama).

1. Masih belajar
Answer: Sepakat tak ada nas yang mengharamkan berkahwin semasa belajar. Malahan kita berdosa besar apabila mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Allah menghalalkan pernikahan dan mengharamkan zina. Jika kita menghalang pernikahan seolah olah kita membenarkan zina berlaku dalam masyarakt.

Jadi penulis tidak akan membincangkan persoalan halal atau haram sebab semua itu jelas dan terang."Inna halalal bayyin, wa inna harama bayyin"

Cuma yang boleh dibincangkan disini adalah dari sudut teknikal. Kita faham bahawa seorang pelajar mempunyai tanggungjawab pelajar yang perlu dipenuhi. Dalam hal ini, suami isteri boleh berbincang dalam menentukan masa depan keluarga yang dibinanya. Boleh sahaja si suami memberi izin kepada si isteri untuk meneruskan pengajiannya tanpa perlu diganggu dengan tugasan2 rumahtangga (begitu jugalah sebaliknya). Suami atau isteri (jika kebetulan kedua-dua merupakan pelajar) boleh meneruskan hidup sebagai seorang pelajar biasa cuma kelebihan mereka halal berjumpa, berbual mesra dan bergurau senda.

2. Masih muda
Answer: Sekali lagi berdosa besar jika kita mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah. Saidatina A'isyah ketika dipinang oleh Rasulullah saw hanya berusia 8 tahun. Dia memiliki perangai seperti kanak2 sebayanya. Diriwayatkan Saidatina A'isyah juga pada waktu itu masih lagi memiliki patung permainan yang amat disayanginya iaitu sebuah ukiran kuda. Layanan Rasulullah kepada isterinya ini juga seperti layanan kepada kanak2 kecil, sehingga diceritakan Rasulullah pernah mengangkat A'isyah dan diletakkan diatas bahu baginda untuk memperlihatkan tarian pedang yang sedang dimainkan oleh sahabat ketika itu.

3. Beza umur
Answer: Berdosa besar bagi mereka yang mengharamkan apa2 yang telah dihalalkan oleh Allah swt. Rasulullah saw sendiri dalam satu riwayat yang masyhur mengahwini Saidatina Khodijah yang ketika itu berusia 40 tahun dan Nabi saw hanya sekitar 25 tahun. Perkahwinan yang didasari dengan dasar aqidah itu (walaupun ketika itu pasangan ini belum Islam, tetapi sesetengah ulama' meriwayatkan perkahwinan mereka dilindungi Allah swt) berkekalan sehinggalah bitsah kerasulan baginda saw. Tidak hairanlah Khodijah amat disayangi oleh baginda, dan memberi perakuan sendiri dihadapan isteri-isterinya yang lain. Dan tidak hairanlah juga, di sangat kewafatan Khodijah, Nabi saw tersangat sangat sedih sehingga Allah memberi hadiah yang cukup besar dan istimewa untuk menenangkan jiwa Muhammad Al Amin iaitu mengangkat baginda saw bertemu dengan Allah swt dalam peristiwa Isra'.

Lawak syawal

NNU: Awat hang pi ceramah kat **** tu…skema la hang ni

YHM: Ijtihad sendiri, orang tua2 tak mau mai, nak buat cam mana, kalau betul boleh dua pahala, kalau salah satu pahala dok gitu

NNU: Tapi diantara makna ijtihad adalah berusaha bersungguh2…berbincang dengan org tua2 itu adalah langkah berusaha bersungguh2

YHM: Apa yang cek buat ni salah ka, ni antara buku2 yang cek baca (sebelum buat perkara diatas)
1. Muhd Ali Qutb. 2003. Tuhfatul- ‘Aris Wal’arus
2. Abdul Halim Abu Syuqqoh (cendikiawan muslim yang sejak remaja aktif dalam pergerakan Ikhwanul Muslimin. Bahkan akrab dengan pendiri organisasi ini, Hasan Al Bana. Pengalamannya dipenjara kerana aktivitas dakwah, menempanya menjadi seorang pemikira mujahid yang istiqamah. Dialah yang membidani lahirnya majalah al-Muslim al-Mu’ashir: media dakwah yang terkenal kritis. Sang penulis yang juga pengajar ini bekerja satu atap dengan Dr Yusof Qordhowi di Departmen Pendidikan dan Pengajaran Qatar). 1990. Tahrirul Mar-ah fi ‘Ashrir Risalah. Alih bahasa : Kebebasan Wanita. 1997. Jakarta
3. Summayah Abdul Halim. 2003. Ummahatul Mukminin: Meneladani Ketabahan Hati Istri-Istri Rasulullah saw. Mitra Pustaka.
4. Mehwar. 2000 bil: 6. Langkah suci ke gerbang perkahwinan
5. Kupinang dikau dengan hamdalah

Kalau maraji’ ni merapu, cek boleh terima kesalahan cek, tapi kena bawak mai buktilah

NNU: Anta fikir cerita ni cukup: sahabat rasulullah bila ada tawanan perang dia panglima perang tak nak minum cawan rugged, akhirnya tukar cawan perak

YHM: Macam nilah, kalau kerana itu semua orang tidak puas hati dengan ana, ana redha. Yang penting apa yang ana buat hanya untuk Allah dan Rasul-Nya tak ada satu pun untuk kepentingan manusia. Kalau disebabkan ini Allah murka, ana redha & ana yakin Allah Maha Pengampun.

NNU: Maap bro..D’wh tak semudah itu

YHM: Takpelah (kalau anta kata begitu)….Itulah (sikap ana yang lahir dari) pengalaman d’wh yang dhoif. (Pengalaman yang) terbatas hanya pada buku yang ana baca, ta’lim, tsqf, usar, ceramah umum, mrbi…Ana tak duduk bersama Rasulullah. Sekali lagi kalau disebabkan hal ini semua pihak tidak berpuas hati dengan ana, ana redha, dan jika disebabkan ini juga terhalang niat suci ana membina keluarga muslim, ana juga redha

NNU: Eh…janganlah sensitip lak, takkan tak leh kena tegur…cucah laa

YHM: Ya Allah, ana terima akh apa yang anta beritahu tadi, cuma perkara dah lepas, apa yang boleh ana katakana ana redha. Kalau ada kebajikan buat ana disana, I.Allah Allah akan mudahkan, kalau tidak memang dia bukan milik ana.

Selang beberapa jam

YHM: Kalau ada orang kata awak ni sombong…bersabarlah…Kalau ada orang kata awak ni degil, hanya Allah yang mampu menilai manusia…dan kalau ada orang kata awak ni hensem, penampor je, tak betul tu.

NNU: Woi bro…angau la tu…yang hang perasan orang mengata hang tu apsai…tak kan lari motor *** dikejar. Jangan buat LAWAK SYAWAL la.

END OF CONVERSATION (sms la)

***********************************
Cerita ni tak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau pun yang telah meninggalkan rumah untuk balik raya ke 9 ni.

Friday, November 04, 2005

Fitrah semulajadi mengajar kematangan dalam kehidupan

“Seorang kanak-kanak harus merangkak, bangun, jatuh lalu bangun kembali untuk membolehkan mendapat langkah kaki yang betul dalam berjalan...proses ini adalah proses semulajadi dan harus dilalui tanpa rasa jemu, bosan ataupun marah...sama seperti seorang peniaga, untung rugi adalah asam garam kehidupan berniaganya”- Asadullah (2005)

Seperti beluncas dalam kepompong, terkurung dan terkonkong. Tiba-tiba ada insan dengan rasa belas cuba mengeluarkan dia dari kepompong tadi, supaya bebas sebebas-bebasnya. Maka lihatlah kehidupan beluncas tadi...ianya akan mati kerana melanggar hukum alam, fitrah semulajadi kehidupannya - Asadullah (2005), nukilan hasil interaksi dengan seorang al-akh

Saturday, October 29, 2005

Merobohkan lebih mudah daripada membina

Kita memang mudah melempar tuduhan daripada berusaha membina perbaikan – Asadullah (2005)

Friday, October 28, 2005

Published thoughts

Semalam mimpi kelakar, jmp Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dia kata sekarang Tun Dr.M sedang sakit tenat (serious talk)-waahua'lam

Thursday, October 27, 2005

Diriku yang ku kenal

1. Mudah terasa walaupun pada perbuatan atau perkataan yang kecil. Tetapi kemudian cepat reda kembali perasaan tersebut dengan syarat orang "kedua" (yang mengajukan perkataan/perbuatan tadi) itu memberikan respon yang positif (cukup dengan senyuman).

2. Mampu berfikir ketika under pressure tetapi kemudiannya menjadi pasif, senyap dan murung. Satu masalah (benda yang membebankan kepala otak sendiri walaupun mungkin tidak pada orang lain) akan "calm down/ back to normal/ reda" dalam masa 1 minggu (mengikut pengalaman lepas).

3. Kadangkala memandang sesuatu perkara itu terlalu detail (ada kaitan dengan perkara 1.). Benda yang seharusnya bersifat umum (con: perkataan yang umum, lawak santai, bual kosong) tetapi akan jadi sangat sensitif jika hal itu menyinggung kredibiliti dan akhlak seorang muslim, atau perkara itu seperti menyindir, dan dilafazkan dengan gaya sombong dan bongkak.

4. Mudah merungkaikan idea, permasalahan, pengalaman dalam bentuk penulisan. Walaupun kadangkala sukar difahami oleh orang lain tetapi bagi aku itu adalah luahan hati sendiri yang bertujuan untuk meringankan beban otak. Kalau ada yang tak faham itu tidak jadi masalah. 'Ala kulli hal, setakat ini orang lain faham message yang ingin aku disampaikan melalui penulisan.

5. Mudah menghafal hadith (tak masuk bakul sendiri ke ni, takpelah). Perkataan di "sort" melalui jalan cerita (ini berdasarkan pengalaman sederhana menghafal 17 hadith dalam masa 17 minggu @ 4 bulan lebih).

6. Mudah menghafal AlQuran (tetapi cepat pula lupa-lemah long term memory). Ini juga menggunakan teknik "plain sorting" (hafal maksud ayat, mendapat gambaran secara keseluruhan bagi maksud ayat, dan hafalan tidak berlagu). Setelah itu barulah dilagukan.

7. Mudah berbicara dalam majlis yang mampu "dikuasai" seperti ketika memberikan ceramah, taalim, hlqh, d'wh fardhiyah, ketika seseorang mengadu masalah dan meminta nasihat. Tetapi menjadi pendiam dan pasif pada majlis sembang2, borak2, kenduri kendara dengan Qurba atau berborak dengan geng hu ha.

8. Suka mengambil perkataan/ kata2 / ayat dalam buku, majalah, AlQuran di mana ayat atau perkataan tadi memberi kesan (perubahan, ilmu, motivasi) dalam diri. Cuma masalahnya kadangkala perkataan ini ditulis pada lembaran yang tidak ditata dengan baik (berselerak dan tak centralize).

9. Lemah pada soalan exam dan suasana exam yang skema (masuk dewan, kad matrik, jam, air cond sejuk, row row row your boat). Exam yang memerlukan konsep dihafal untuk kemudiannya boleh gebang dalam menjawab soalan. Exam yang perlu hafal bagaimana bentuk soalan (kira2, code ect), pattern soalan yang kadang kala sengaja direka bentuk untuk menyukarkan lagi keadaan yang pada dasarnya mudah. Tetapi cukup cemerlang (semuanya dikembalikan pada Allah) dengan eksperimen, research, mencari bahan (pengalaman EDX, PAAC-study co, proceedings, penulisan skrip).

Setakat ini....

Tuesday, October 25, 2005

Pesan buat ayah

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah saw bersabda

" Jika (seorang lelaki) datang untuk meminang anak perempuan kamu & kamu berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah ia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi & kerosakan yang amat luas"

Pesan buat 2 pengantin

Abdullah b. Jaafar b. Abu Tholib berpesan kepada puterinya yang baru dinikahkan...
1. Janganlah engkau cemburu kerana cemburu itu kunci perceraian
2. Janganlah engaku banyak menyalahkan suamimu kerana hal itu dapat menimbulkan kebencian
3. Hendaklah engkau selalu memakai celak (berhias untuk suami) kerana celak itu merupakan hiasan terbaik
4. Ketahuilah minyak wangi yang terbaik itu adalah air (maksudnya: memelihara kebersihan badan dan pakaian lebih baik daripada memakai wangian

Pesan rasulullah kepada Ali b. Abi Tholib ketika beliau memimang Fatimah Az-Zahra
"Dia untukmu, tetapi engkau harus menemaninya dengan baik"

Pesan Ust. Nik Rodzi (adik TG Nik Aziz)
1. Bergurau sendalah dengan isteri tetapi jangan berlebihan
2. Jangan meletak harapan yang terlalu tinggi kepada bakal isteri (kerana dia manusia dan kita manusia)
3. Bersederhanalah dalam hidup
4. Jangan membuka cerita keluarga kepada orang lain

Monday, October 24, 2005

Hanya sebuah lukisan

“Menyusun kejayaan dalam kehidupan di dunia ibarat melukis di atas lembaran kertas, si pelukis boleh sahaja menyusun kedudukan bintang, bulan, pepohon nan rimbun, gunung-ganang, sungai nan damai, bukit-bukau, burung-burung...tetapi hakikatnya ia hanyalah sebuah lukisan-(maya, bukan nyata, terbatas dalam bingkai gambar, tidak hidup, karya manusia bukan karya Allah, bersandar pada kekuatan manusia bukan pada kekuatan Allah)”- (Asadullah 2005)

Tuesday, October 18, 2005

Manhaj yang pasti

“Kehidupan selapas kematian itu adalah satu manhaj yang pasti, kenapa kita tidak meletakkan usaha yang bersungguh untuk menempuhnya”- Asadullah (2005)

Monday, October 17, 2005

Moto UKM

“Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan universiti”

Tuesday, October 11, 2005

Words of wisdom

“Mudah dalam urusan dunia dan teliti dalam urusan akhirat. Tenang untuk hidup sederhana dan cukup keperluan sebagai seorang manusia biasa. Cintakan ilmu”Asadullah (2005)

Budak koleq

“Mutual respect - kaedah dalam mendapatkan komunikasi efektif dalam rumah tangga” Yasser ExxonMobil (2004)

Monday, October 10, 2005

Between two rivers

“Akhlak dan moral adalah dua konotasi yang mempunyai maksud yang cukup berbeza. Akhlaq adalah perbuatan bermoral yang diikat dengan keikhlasan. Masalah ikhlas adalah masalah hubungan manusia dengan Sang Pencipta. Justeru jika nampak perbuatan bermoral, ia masih tidak berakhlak kerana disana masih terdapat riak, ujub dan kesombongan untuk patuh pada Allah” Asadullah (2005)

Sunday, October 09, 2005

Wahai Ikhwanku yang tulus

Ikhwan apabila menyukai saudaranya, maka mereka angkat setinggi langit, tetapi sesaat sahaja, apabila peribadi yang sama melakukan kesalahan, mereka hempas dan pijak sedalam bumi – Asadullah (2005)

Friday, October 07, 2005

Jika dia miliku

Bismillah. Hari ni sejarah aku pos 2 sekali kat blog ni. Dapat idea masa tengah duduk2 tadi. Sebab apa ye aku pos tajuk ni? Sebenarnya ada satu lagu yang mula2 aku benci, kurang lebih begini liriknya...

"Oh tuhan, seandainya telah kau catatkan dia miliku, tercipta untuk diriku, satukanlah hatinya dengan hatiku, titipkanlah kebahagian..."

Gila...dah tak ada aqidah, mana pergi maruahnya seorang lelaki pejuang asyik nak lentok kiri kanan...asal lagu je cinta, asal lagu je main jiwa2. Semoga Allah merahmati diriku dan hari hadapanku. Minta jauh dari cinta dunia dan perhiasannya yang melampau sehingga takut dengan sakarat mautMu ya Allah.

Kini...aku dalam "proses khitbah". Betul ke istilah ni?. Ala kulli hal, sekarang sudah dalam proses berjumpa keluarganya dan baru selesai taaruf. Alhamdullilah Allah menjauhkan diriku dari proses2 pernikahan yang tidak halal disisi Allah. Aku tidak merengek merayu, aku tidak hanyut dalam nafsu...

Bila ini terjadi barulah lagu tadi terkesan betul. Bagiku, perasaan begini timbul setelah mangkin hampir menuju gerbang pernikahan..setelah semua proses2nya berlalu dengan redha Allah...setelah semuanya dalam izin dan redha keluarga...setelah semuanya jelas akan tujuan dan matlamat maratib amal kedua ini...I.Allah...jika dia tercipta untuk diriku.

Cuma satu, senyapnya syaitan menghasut anak Adam, ibarat senyapnya peredaran darah dalam tubuh manusia...halus dan pasti...Aku memohon limpahan kasih sayangMu ya Allah...Kaulah Tuhan, cinta agungku...dengarlah persaksian hambamu...

“Saat yang paling bahagia dalam kehidupanku adalah saat aku menangis dihadapaMu” Asadullah (2005)

Bila Asad berbicara

“Setelah seabad peninggalan khalifah Umar Abd Aziz, berlaku lagi gerakan tajdid oleh para imam mazhab. Tajdid yang berlaku banyak bersangkut tentang hukum atau masalah fiqih memandangkan masyarakat pada waktu itu adalah masyarakat Islam yang tidak tersoalkan aqidah mereka dan tsiqoh mereka kepada ulama’, cuma dari segi hukum hakam mereka cukup jahil. Berbeza dengan masyarakat sekarang yang aqidah dan amalan mereka terpuruk jauh di dalam kesesetan. Gerakan pembaharuan (Harakatul Inqaz) yang berlaku lebih bertumpu untuk mengajak masyarakat kepada satu aqidah yang assolah, syamil kamil dan mutakamil. Setelah proses ini nantinya barulah di tekankan persoalan-persoalan fiqh, hukum dan ibadah” – Asadullah (2005)

Thursday, October 06, 2005

Pesan kuli dakwah

“Tepatilah janjimu saat kamu berjanji, jgn jadikannya sebagai alat untuk menipu diantara kamu, kerana yang demikian itu ibarat kamu menukar perjanjianmu dengan Allah dengan harga yang murah – mafhum ayat 16:91,94-95”- Asadullah (2005)

Wednesday, October 05, 2005

Mutiara kata

“Pemerintahan beraja di Malaysia sekarang bukan lambang darah mulia kedaulatan bangsa melayu, tetapi lahir daripada kegagalan sistem khilafah Islamiyah yang menggunakan keturunan sebagai pengganti khalifah dan tidak melalui sistem syura.”-Asadullah (2005)

Wednesday, August 10, 2005

Misi malam ni

Jam menunjukkan pukul 10:26 malam. Dah lama sebernarnya tak tulis tu yang sengaja singgah cc. Pagi esok ada "circle" di surau college, jadi malam ni ingat nak mabit kat masjid, bukan ingat mesti buat.

Inilah kerja harian seorang kuli kepada dakwah dan hamba Allah. Siang malam perlu menyeru orang untuk kembali kepada dustur ilahi. Allahughayatuna AlQuran dusturan Muhammad Qudwatuna Jihad sabiluna Almautu fisabilillah asma amanina..Allauakbar

Monday, August 01, 2005

Minta fatwa pada hati

"Bila baik daging ini maka baiklah jasad kita semuanya"

Sepanjang dua tiga hari ni ada beberapa perkara yang menyenangkan dan ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan.

Kadang2 nak letak kat mana tak tahu muka ni. Kata takut pada Allah tapi tak lahir kekuatan untuk syahid di jalanNya. Kata mengemban risalah perjuangan khotimul anbiya. Tapi masih seronok dengan cita-cita dan impian. Aku perlu buat supaya tidak sentiasa rasa selesa bila sehari tidak berdakwah. Kerana aku lain, aku tak sama dengan orang lain. Aku ingin menjadi dikalangan orang yang sedikit. Bagiku ini amanah. Biarlah orang lain nak kata apa sebab mereka tak merasai beban amanah ini.

Ini jalan hidup ku. D'wh bukan kerja tapi kehidupanku. Aku akan mati kalau tidak berdakwah. Ya Allah berilah kekuatan dalam diri hambaMu yang lemah ini. Aku takut ya Allah jika aku mengadapMu dengan segunung dosa yang aku bawa. Ya Allah rasaikanlah kepadaku pelukkan rahmatmu agar sejuk hati ini, agar tenang melangkah bersama orang2 yang menyeru kepadamu siang dan malam.

Aku benci orang yang menggantungkan keberhasilan d'wh dengan wang. Tak ada duit tak boleh berdakwah. Nak menumpuk harta sampai berapa banyak. Biar kita mati sebab berdakwah daripada hati busuk dengan duit yang tidak diinfakkan. Perut berkulat dengan wang yang disimpan.

Sunday, July 31, 2005

Intifadhoh


Salam persaudaraan buat rakan-rakan seiman!

Dapat berita tetang blog ni dah lama. Ada seorang kawan ni dah berapa kali minta buat blog sendiri. Tapi masa tu masa cukup terhad. Mungkin hari ni adalah hari terasa memerlukan tempat untuk berkongsi pengalaman hidup.

"Jgn hidup seumur usia sendiri, kelak kita merasa begitu sempit dan terhambat. Tetapi hiduplah seusia generasi, kelak kita bebas meneroka setiap visi dan misi perjuangan"

Bait diatas dinukil dan diolah dari seorang pejuang Islam, Demokrasi, Nasionalis, Keadilan, dan Keamanan. Persaksikanlah ya Allah, kami pencinta keamanan, kami pecinta kedamaian, kami ingin dikasih dan dikasihi...tapi...

Sangat kami ditekan, sangat kami diteror, sangat kami dicabar, sangat din kami dicabik-cabik dan dihina..Kami bangkit ya Allah. Tiada kata selain syahid, tiada kata selain takbir. Biar hancur jasad tak terkubur, dari aman dalam kubangan najis dan maksiat