Saturday, September 29, 2007

PRK

Senario 1:
Gendang perang sudah bermula, pembubaran PMUKM, gabungan mahasiswa, aspirasi dan pelbagai lagi poster, t-shirt, risalah terpampang tersidai di sana sini. Ini bermaksud kampus ni sedang mengalami demam pilihanraya. Diceritakan setiap gerakan pelajar di dalam UKM ini mempunyai proksi politiknya di luar. Setiap satu akan memastikan kemenangan kumpulan mereka bagi meraih persepsi umum dalam pilihanraya umum MALAYSIA. Pelajar-pelajar yang pro-pembakang rata-rata tidak mahu bercerita tentang pilihanraya secara publik kerana terlalu sensitif...takut dikenal pasti.

Senario 2:
Satu kereta naza keluar dengan laju dari sebuah kolej kediaman menuju ke jalan besar. Nampaknya ada 2 jantina berbeza dalam kereta lelaki dan perempuan. Dalam masa yang sama 2 jantina berbeza dilihat sedang duduk berdua-duan di fakulti sedang studi gamaknya. Tapi yang pasti dan paling jelas kedengaran adalah hilai ketawa, gelak hantu, lagu raya, lagu siti nurhaliza. 2 jantina berbeza juga jelas bersepahan di kedai-kedai makan sekitar UKM ketika menanti buka puasa, menyorot ganas diantara satu sama lain seolah-olah ada dendam nafsu yang tak dapat dilampiaskan lagi.

Kesimpulannya:
Biasanya saya diajar untuk membuat satu triangulasi daripada dapatan sesuatu bacaan literatur. Saya juga diajar untuk tidak sekadar melaporkan tetapi mensintesis setiap pemerhatian supaya kajian yang dihasilkan mempunyai nilai dan kualiti ilmiah yang tinggi

Berdasarkan ilmu tersebut, saya ingin mengtringulasi dan mensintesiskan dua senario diatas. Senario itu berlaku hampir serentak, sama hari sama waktu. Apa yang jelas terdapat 2 situasi berbeza berlaku kepada pelajar di universiti yang sama UKM. Seorang bermati-matian berjuang menegakkan keadilan yang kalau terkorban, perjuangannya dianggap syahid besar, manakala seorang lagi bermati-matian meruntun syahwat yang tak sudah-sudah. Mengapa hal ini terjadi? Secara peribadi, hal itu terjadi disebabkan perspektif atau cara pandang tentang kehidupan yang berbeza. Yang seorang mempunyai matlamat ilmiah yang jelas, dan yang seorang lagi mempunyai matlamat nafsu yang kabur. Saya mengatakan ilmiah yang jelas kerana mereka ini membaca, dan mereka menjiwai pembacaan mereka sehingga mereka mempunyai perspektif prinsip yang tersendiri. (Hal ini diluar perbincangan senario membodek, mengangkat mengampu dan sebagainya). Manakala nafsu yang kabur pula kerana mereka ini juga membaca dan juga menjiwai pembacaan tetapi kenapa mengapa masih berkubang dalam nafsu, rupanya bacaan mereka kotor.

Walaubagaimanapun, kepada mereka yang tega dalam perjuangan tadi elakkan daripada syok sendiri. Kita bercerita tentang perjuangan, tetapi dalam masa yang sama ramai lagi yang tak sedar kamu sedang berjuang dan tak tahupun berjuang sebab apa. Sama saja, yang gabung atau tak gabung. Muncul, kecoh, gocoh, heboh masa pilihanraya saja, lepas tu senyap sunyi sepi. Yang kata mahasiswa tadi terus hanyut dalam nafsu. Tak pernah pun ada inisiatif menyediakan bahtera untuk menyelematkan mereka. Kalau ada pun, bahtera angkuh yang pelayarannya cukup juak, khidmatnya cukup riak, kata-katanya penuh sindiran, amal nasihatnya terpalit bosan

Bagi mereka yang hanyut tadi hidup mesti diteruskan, aku aku, selagi belum kepenghujung hayat, berenangnya itu satu nikmat...

kata mereka: apa aku penduli janji pangkah dan boleh stay kolej/ kamsis.