Sewaktu saudara menyampaikan kuliah saya betul2 memasang telinga kerana pada saya saudara adalah bekas pimpinan mahasiswa yang (pada awalnya) mengambil gerakan Islam sebagai idealisme dan mabda' perjuangan. Kecenderungan saudara terhadap perbicaraan gerakan saya amati satu persatu.
Satu kenyataan daripada saudara bermaksud "Perjuangan harus diasaskan kepada tradisi ilmu, kefahaman Islam dan kefahaman masyarakat secara menyeluruh" begitu mengesankan.
Saya nampak saudara dan banyak lagi rakan politik di Malaysia sudah secara baik menyuburkan tradisi ilmu sebagai hujah bercakap, mahasiswa sekarang pun pada telahan saya walaupun tidak mampu membawa massa kejalanan tetapi mereka kritis dalam penulisan di blog, surat khabar, novel, buku sehingga menjadi api dalam sekam yang cukup menggusarkan pemerintah.
Begitu juga dalam memahami warna dan latarbelakang rakyat yang pelbagai. Sudah tahu meletakkan keadilan sebagai "garis tengah" untuk memimpin masyarakat majmuk.
Bagaimanapun persoalan saya adalah, bagaimana seharusnya pimpinan itu meletakkan “teras” rujukan dan perjuangannya? Kalau mengikut formula saudara teras tersebut haruslah “kefahaman Islam” yang mendasar dan membumi. Tetapi dalam banyak pidato dan ceramah umum saudara, ada kedapatan kenyataan2 yang seolah-olah berkompromi dengan perbicaraan “teras” ini.
Saya merujuk kepada wawancara wartawan BBC dengan saudara seputar topik “Racial Bias” di Malaysia. Berikut adalah cuplikan wawancara tersebut:
bbc:
you lead with a liberal moderate progressive view of islamic , but if you bring in people along , bring ethnic malays along into your alliance using religion don’t you risk that other understanding of islam will be just beneath the surface, there will be much more islamic state of malaysia something that enormous chinese are afraid of.
anwar:
well, we must encourage the series of conversation, i don’t suggest that my brand, my understanding should be accepted , we should allow for this variation, where do we draw the line, dont compel others to accept your view, thats why people do ask me, anwar you said you quite tolerance why is it that you work with people who demand to setup an islamic state,
i said why we deny people just talking about it???….
Saya ulangi “why we deny people just talking about it” . Kenyataan ini begitu menggusarkan saya. Seolah-olah saudara menganggap rakan saudara hanya bercakap (and just let them talk) dan cita-cita itu tidak mungkin dilaksanakan dalam sebuah negara yang masyarakatnya berbilang kaum.
Saya tak nampak dasar dan “teras” itu boleh dikompromi. Menegakkan semula daulah, khilafah, dan negara beraqidah adalah “teras” dan “dasar” perjuangan Nabi Al-Amin. Mengapa kita mempunyai cita-cita yang menyimpang dari manusia yang lebih dicintai Allah ini.
Bagi saya, kita boleh mengambil “garis tengah” keadilan apabila berhubung dengan manusia yang lain akidah dengan kita tetapi “teras” kita perlu jelas supaya perjuangan, hujah, pemikiran, pembacaan akan lebih banyak menumpu kepada politiknya Al-Amin daripada cuba mencipta jalan (politik) ciptaan sendiri. Wallahu ta’ala a’lam