Bismillah
Berkesempatan menghirup atmosfera daurah Syeikh Hameed minggu lalu mengimbau memoriku diawal tarbiyyah. Disaat aku diajak bergabung dalam fikrah ini, disaat tanganku disambut oleh murobbiku dengan lafaz sumpah yang aku ucapkan dihadapan seorang Ustaz al-Akh yang bagiku cukup Salam, disaat masa hampir satu darsawarsa yang lalu.
Diwaktu itu, setiap ada kesempatan daurah, para syabab tidak letih dengan ketidakpuasan demi ketidakpuasan. Jemaah ini harus dipenggal, jemaah ini tidak ikhwan, pakcik ini tidak cukup sifat, dakwah ini begitu dan dakwah ini begini mengikut sangka mereka. Waktu itu aku ikut andil menyampai hujah demi hujah, kritik demi kritik sehingga kadang kala terselit riak demi riak, bangga demi bangga, inilah asabiquna awallun yang dibangkitkan oleh Allah di bumi Malaysia. Inilah ruh al-jadid yang mengalir dalam batang tubuh umat.
Kini, setelah 10 tahun, aku mendengarnya kembali. Tetapi kali ini aku hanya mendengar dari jauh, tersenyum kerana bagiku cukuplah bicara. Hati dan otak ini telah sendat dengan bicara. Aku ingin membawa amal dihadapan Allah. Aku ingin penat dengan 'amal.
Saudaraku yang sama-sama mencari redha Allah
Bicara Syeikh bagiku adalah bicara yang telah aku dengar hampir saban waktu di dalam fikrah ini, bicara tahdimul fikrah, bicara menghadam fikrah. Tetapi yang cukup mengesankan diriku adalah taujihat-taujihat robbani yang menyentuh hati dan perasaan. Sehingga tidak sedikit air mataku gugur menginsafi kekhilafan dan keterlanjuranku selama ini. Juga tersentuh dengan kesungguhan beliau memimpin dan meluruskan niat para pendukung fikrah ini di bumi tercinta.
Syeikh Hameed mengingatkan bahawa tarbiyyah itu berada pada satu horizontal dimana disatu hujung menyeimbangi satu hujung yang lain. Satu dinamakan tarbiyyah takwiniyah yang diwaktu yang lain para ikhwah menyebutnya dengan dakwah khosoh, dan satu tarbiyyah ijtima'iyah yang dalam satu ruang para ikhwah akan menyebutnya dengan dakwah 'ammah harakah zohiroh.
Kedua-dua aktiviti dakwah ini harus seimbang. Tidak boleh nanti misalnya ada seorang al-akh yang konsentrasi dengan aktivitas takwin tajnid tanfiz, membina, memenuhkan sof ini dengan tentera Allah yang tangguh tetapi kemudian tatkala diajak/diqororkan untuk menjadi penyanyi nasyid misalnya,dia engan, terus beliau ini dicop tidak ikhwan kerana tidak seimbang 'amal khos dan 'amal 'amnya.
Tetapi disaat yang lain, apabila seorang qiyadah yang mengepalai puluhan NGO, memegang jawatan didalam partai-partai tertentu, tetapi langsung tidak membina manusia, tidak ada binaan, dan tidak terbina , tidak ada seorangpun yang boleh mengangkat bicara denganya. Malah bagi sesetengah inilah ikhwan sejati.
Jadi mana keadilan?
Apabila 'ado dakwah yang memenuhi sof-sof tentera itu harus berubah, para qiyadahnya juga harus siap untuk berubah.
Harus adil meletakkan qoror. Tatkala jamaah menyorakkan yel-yel TARBIYYAH AWALLAN semua harus ikut andil membina "maksud tarbiyyah" ikhwan yang sebenar ini disetiap peringkat.
Saudaraku yang sama-sama mencari redha Allah
Diriku sangat yakin kedua-dua al-akh tadi ikhlas menjayakan program Allah. Kedua-duanya mengalami pengalaman tarbiyyah yang berbeza-beza walaupun kedua-duanya harus berubah. Tetapi nasihatku, berlaku adillah dalam meletakkan andaian bahawa ini ikhwan dan ini tidak ikhwan. Ini cara jemaah dan ini tidak cara jemaah. Di dalam kondisi di Malaysia sekarang, jemaah harus bijak menangani kepelbagaian tarbiyyah yang telah dilalui puluhan tahun oleh peribadinya. Yang bawah harus bijak menerima pengalaman tarbiyyah yang diatas, begitu juga yang diatas harus bijak menyelami hati dan perasaan serta pengalaman yang dibawah. Sekiranya ada suasana ini, diriku yakin, kita akan menjadi jemaah satu hati yang dianjurkan oleh Syeikh Ahmad Ar Rasyid.
Sekian
Wallahua'lam