Tuesday, May 28, 2013
Berkelana ke Australia
Tahun lepas berkesempatan menjejakkan kaki ke bumi Australia menziarahi isteri tercinta dan juga saudara-saudara seagama yang sangat dirindui. Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi asing yang jarakkan ribuan kilometer.
Saat turun dari flight kelihatan 2 orang wajah orang asia yang sedang memegang mop dan penyapu. Dari perbualan yang sempat ditangkap oleh telinga, sangat pasti mereka adalah orang Indonesia. Subhanallah...warga Indonesia di mana-mana. Ternyata mereka gigih mencari rezeki kerana itulah keperluan mereka saat ini. Semoga Allah merahmati dan menyayangi masyarakat Indonesia yang berhati mulia mencari rezeki yang halal buat isteri, anak-anak, ibu ayah, sanak keluarga dan semua warganya.
Melihat Sydney dan segala kemudahannya, bagiku persis Kuala Lumpur. Jadi tidak ada banyak keistimewaan. Kemudian kami berangkat menuju Newcastle menggunakan keretapi. Perjalanan yang mengambil masa hampir 5 jam.
Newcastle sebuah "bandar kampung" yang sangat permai. Ketika sampai, ada kabus putih menyelubungi daerahnya. Baru terasa seperti diluar negara. Tetapi itu tidak lagi membuatkan Australia begitu istimewa bagiku.
Sesuatu yang istimewa itu rupanya dapat kurasakan menjelang subuh keesokkannya. Saat aku sujud ditikar sejadah menyempurnakan solat subuh. Subhanallah. Sujud dibumi Australia. Seperti ada aliran listrik mengikut bersama derasnya aliran darah.
Mungkin beginilah rasanya komuniti Muslim pema yang menyebarkan kalimah tauhid dibumi ini. Sujud dibumi Australia. Jujur, memang aku tidak dapat lagi membendung air mata.
Saat itu aku mengimpikan untuk meninggalkan bekas sujud di setiap belahan dunia. Semoga Allah perkenankan. Amin
