Wednesday, January 17, 2007

Tahun baru

Alhamdulilah. Allah izinkan saya untuk terus bernafas dlm udara zaman 1429 (semasa artikel ini ditulis masih berbaki 13 hari). Syukur Alhamdulilah.

Tahun baru ini, dimulakan dengan bencana alam yg paling buruk dalam sejarah Malaysia (ini hanya andaian, tidak ada fakta untuk memperkuat hujah). Mana tidaknya, 80,000 lebih mangsa banjir di JOHOR dipindahkan pada gelombang pertama meningkat kepada 100,000 mangsa pada banjir gelombang kedua.

Saya masih ingat angka-angka ini ketika tsunami melanda Acheh beberapa tahun yang lalu. Pada waktu itu kita hanya menjadi penonton pada satu momen dalam sejarah dunia. Pada waktu itu kita hanya memandang dengan pandangan jauh.

Hari ini, saya mengalirkan air mata. Waktu sedang asyik dengan "roti nan" dan "teh tarik" , tiba-tiba perut jadi sebu untuk menelan itu semua. Saya dipertontonkan dengan rintihan hiba seorang ibu muda yang merupakan salah seorang mangsa banjir di kota tinggi Johor.

"Cukuplah dengan bencana ini, saya dah tak tahan lagi. Kami seperti baru hidup. Perabot, barang2 semua habis. Kami merancang hendak beli perabot, selepas banjir pertama..tak sempat dengan perancangan itu, kami di landa banjir yang kedua..Saya kata cukuplah, biar kami tidur dilantai..kami tak kan beli perabot lagi"

Ini antara maksud kata2 ibu muda itu (banyak saya "repharse"). Rasanya inilah simulasi Allah pada manusia tentang hakikat dunia. Suatu masa kamu melihat tanaman kamu subur dan sudah sampai masa untuk dituai, tetapi dengan keputusan Allah, ladang yang subur tadi menjadi rata dan menguning, seolah-olah tidak pernah tumbuh apa2 tumbuhan pun sebelumnya.

Saya cuba mem"prinsip"kan hakikat perjalan kehidupan saya seperti itu. Hidup biar ringkas tetapi ilmu biar sarat. Terngiang kata-kata seorang Akhuna Ust Salam, semoga Allah merahmatinya "Kita mesti bersedia untuk pindah".

Makna yang cuba saya selami dari kata2 itu hanya terjawab setelah melihat kehidupan beliau dan keluarganya. Makna yang demikian juga, tergambar dengan kehidupan beberapa lagi ikhwah sanjungan...Rumah lapang tidak bersofa, disuatu sudut kecil tersusun deretan almari yang sarat dengan buku, radio mono di atas meja bulat pada suatu sudut yang lain pula..bersempah di atasnya kaset-kaset izzatul islam, sautul harakah, ruhul jadid dan sekali sekala terpandang kaset raihan dan hijaz yang lama-lama, jarang sangat nampak UNIC, IN-TEAM, DE HEARTY, SAUJANA dan yang seangkatan dengannya. Diluar kereta "porsche" tinggalan ortu yang jadi kenderaan belasahan tika menjelang program mega "daurah" dan konsert ta'lim

Ini semua padangan2 indah sebuah rumah keluarga dakwah. Disuatu perbincangan lain, ikhwah punya pabrik, punya ladang, punya perusahaan, punya kedai, punya sekolah yang semua ini adalah strategi ekonomi milik bersama bukan perorangan. Harta dan kekayaan milik dakwah..bukan dipaksa tetapi dengan rela hati kerana kita bukan komunis yang mendera rakyat utk hidup menderita tetapi kerajaan kaya raya.

Adakah tinggal keluarga abu bakr diluar sana yang sanggup menyerahkan pemilikan mutlak kehidupan mereka di"tangan" Allah dan RasulNya. Kalau tidak setanding itu pun, masihkah tersisa cita-cita dalam diri antum untuk hidup seperti itu. Saya masih mencari cerita ini di bumi tercinta MALAYSIA, tapi ianya hanya gambaran idealis yang tak sanggup di tempuh secara benar. Ya Allah kurniakan kepadaku keluarga yang hanya mencintai Allah dan Rasul, keluarga yang seluruh kehidupan hanya milik umat, keluarga yang laparnya kerana umat, tangisnya kerana umat, pedih perutnya kerana umat. Ya Allah kurniakanlah aku dengan keluarga "idealis" ini agar dapat aku rasai secebis nikmat yang pernah dilalui keluarga Abu Bakr, keluarga Amar, Keluarga Fatimah dan Ali.