
Al-Quds : Agaknya, akhir kehidupan yang menyeksakan selalu menjadi riwayat hidup para elit Israel. PM Israel Ehud Olmert (62) dalam konferensi mendadak bersama wartawan petang ini Isnin (29/10) menyatakan dirinya sedang diserang barah.
Olmert menegaskan, para doktor yang memeriksanya menemukan barah yang menyerang bahagian postratnya. Barah itu akan memaksanya untuk berehat dalam waktu terdekat untuk dimenjalani pembedahan di sebuah hospital di Israel untuk membuang barah yang menyebabkan pembengkakan. Bahkan pembedahan itu memerlukan tiga hari.
Ia menambahkan, dirinya selalu melakukan pemeriksaan doktor untuk jangka setahun. Ia mengaku, sekembalinya dari Rusia, doktor yang memeriksanya menyatakan bahagian postratnya mengalami pembekakan akibat barah Mikroskopi. Ia mengaku pembedahan yang akan dilakukan tidak akan mengancam nyawanya meski harus dibius selama tiga hari.
Berdasarkan undang-undang Israel, selama PM Olmert menjalani pembedahan dan pembiusan tiga hari, jabatan sementara akan dipertanggungjawabkan kepada wakilnya, Hayem Ramon. Saat ini Israel sedang mengalami ketegangan ketenteraan dengab Iran, Suriah dan Gaza.
Barah prostrat yang disebut oleh dunia perubatan sebagai “pembunuh senyam kaum lelaki” ini adalah penyakit barah kedua paling berbahaya setelah barah paru-paru. Prostrat adalah salah organ reproduksi kaum lelaki. (bn-bsyr)
http://www.palestine-info.co.uk/en/