Wednesday, February 27, 2008

Penyampai media perlu berintegriti dan bermaruah

Penyampai media perlu berintegriti dan bermaruah
oleh: Asadullah

Barack obama dan hilary berkempen bagi 'kerusi' presiden di US bagi calon demokrat. Kedua-dua ucapan, kempen, manifesto mereka boleh diikuti secara jelas dihampir seluruh station media dalam negara mahupun media antarabangsa. Walaupun mewakili sayap parti yang berbeza di dalam demokrat (mc cain sebagai calon tunggal replubikan), ini tidak membuatkan pengamal media di negara tersebut condong kepada mana-mana aliran berkempen sebaliknya kritikal dalam memberi maklumat kepada masyarakat di Amerika Syarikat.

Kalau ada berita yang menjatuhkan imej, manifesto, ucapan antara mereka adalah bersumber daripada kelompok berkempen dari kedua-dua blok parti semata-mata dan tidak pernah dibangkitkan atau diapi-apikan oleh pengamal media negara tersebut.

Senario itu jauh berbeza di negara kita. Saya juga menyampaikan kekecewaan saya bersama rakan-rakan media (tidak professional) yang kebanyakkannya orang asing dari beberapa negara lain. Mereka sependapat bahawa kandungan berita arus perdana tidak kritikal dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

Berita daripada 'bekas' parti pemerintah diangkat sehingga tidak ada cacat cela dan berita daripada parti pesaing di lecehkan sehingga kadang-kadang menyampaikan berita yang tidak benar, memutarbalikkan ucapan dan mengandungi unsur hasutan yang melampau supaya rakyat membeci parti pesaing.

Di sini saya menyeru pengamal media di negara ini supaya menerapkan sedikit rasa harga diri dengan bersikap lebih professional supaya kita boleh melonjakkan imej media negara ini sebaris dengan media-media antarabangsa yang lain.

Asadullah
UKM

p/s artikel di pos kepada news at TV3