Gambar 1: Keputusan negeri tempat saya mengundi.
Tamat sudah PEMILU Malaysia ke-12 dengan keputusan-keputusan yang cukup membangkitkan semangat dan rasa kepuasan yang luar biasa. Keputusan-keputusan ini seolah-olah menggambarkan perasaan yang telah lama terbuku dalam hati pengundi-pengundi, dan ianya dilampiaskan dalam PEMILU kali ini.
Sorakan demi sorakan kendengaran sewaktu satu demi satu kerusi Parlimen dan Negeri diumumkan jatuh ke tangan pakatan pembakang. Saya turut merasai 'feel' tersebut sewaktu menonton keputusan pilihanraya di sebuah kedai mamak. Sampai jam 3 pagi, suasana tersebut masih terasa sehinggalah astro awani melabuhkan tirainya.
Sorakan demi sorakan kendengaran sewaktu satu demi satu kerusi Parlimen dan Negeri diumumkan jatuh ke tangan pakatan pembakang. Saya turut merasai 'feel' tersebut sewaktu menonton keputusan pilihanraya di sebuah kedai mamak. Sampai jam 3 pagi, suasana tersebut masih terasa sehinggalah astro awani melabuhkan tirainya.
Gambar 2: Ini wakil parlimen saya. Dr Mariah.
Bagi saya ini satu signal kepada pemerintah bahawa kuasa di tangan rakyat. Rakyat yang menentukan siapa wakilnya dan rakyatlah 'boss' yang mampu memberikan kuasa kepada wakilnya dan bukan sebaliknya.
Signal lain kepada pemerintah bahawa golongan muda sudah mula kritikal terhadap perubahan dan pola politik dalam negara. Setiap dakwaan pemerintah jika tidak sampai kepada hujah intelektual bak kata Prof Dr. Agus UKM, akan di 'bakul sampahkan' oleh golongan ini. Golongan muda tidak makan kepada propaganda taktikal sebaliknya lebih melihat persembahan intelektual.
Gambar 3: Wakil DUN saya.
Kematangan politik demokrasi rakyat Malaysia juga terserlah di dalam PEMILU kali ini. Walaupun disoggokkan dengan berita berat sebelah hampir setiap hari sepanjang tempoh berkempen, rakyat Malaysia masih tetap mencari media-media alternatif bagi setiap berita yang disampaikan di dalam media-media arus perdana.
Keterbukaan medium maklumat dan arus balik adalah faktor pemangkin kejayaan pakatan pembakang kata seorang Dr. Fakulti Sains Politik UM. Siapa yang cepat menangkap media terbuka akan lebih diterima daripada mereka yang masih mengamalkan media konservatif.
Ayuh rakyat Malaysia, teruskan momentum dan kematangan ini, tunjukkan kepada dunia bahawa kita adalah pengamal demokrasi sebenar. Ramai sarjana-sarjana politik Islam, tokoh-tokoh ulama dunia tersohor dan termasuk di dalam daftar ini adalah Dr. Yusuf Qordowi menyeru umat Islam untuk mendokong demokrasi buat masa ini kerana sistem inilah yang lebih dekat dengan Islam berbanding sistem-sistem politik lain yang lebih bersifat diktatorial dan berfahaman keras.
Bagi pejuang-pejuang demokrasi bersikap benarlah di dalam kebijakan-kebijakan politik tuan puan. Bersikap benarlah di dalam janji-janji yang telah tuan puan taburkan. Bersikap benarlah dalam berakhlaq sesama manusia dan yang paling utama bersikap benarnya dengan Tuan punya Alam ini supaya keberkahan kemengan tuan puan kekal sehingga suara kebenaran itu adalah suara yang tertinggi.