Suara bisik-bisik itu suatu masa amat halus, tetapi sekarang sudah berdekah-dekah. “Aphal anwar gelojoh sangat nak jadi Perdana Menteri. Tunggulah PRU satu lagi”.
Saya tidak boleh membaca hati dan gerak tingkah laku manusia. Namun saya sudah biasa memandang positif kesan dari setiap perbuatan. Pada satu sisi memang kita nampak anwar tidak sabar-sabar lagi untuk masuk ke ruang pejabat Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya sehingga lupa perjuangan, sehingga lupa pengorbanan dan dilihat kemaruk pangkat.
Tapi sebentar. Pada hemah saya yang begitu minat mengikuti “angin” perubahan anwar bahawa anwar (sekarang) bukan potikus. beliau mahu dikenang sejarah sebagai seorang pejuang negara yang praktis dan idealis, sebaris dengan tokoh negarawan yang sering ditelaahnya seperti Ali Jinnah, Gandi dan Bapak Soharta (awal).
Kita lihat konsekuensi dari tindak tanduknya mengumumkan “kita akan ke Putrajaya” pada 16 September lepas. Semacam cacing kepanasan, tak tentu arah Pak Lah dan kabinetnya dibuat anwar. Satu demi satu perubahan, pertukaran, penurunan dibuat. Sabah dan Sarawak mendapat habuan yang masyarakatnya kehendaki sejak hampir setengah dekat yang lalu, minyak tak lagi naik sesuka hati, surat khabar tak banyak tidak dah mula ada isi, wartawan tak lagi takut melapor, dewan rakyat subur, suara ada ruang didengar, nelayan sudah mula ke laut, penduduk lembah klang tak lagi merungut, rasuah takut, islam bukan lagi lalang, cina India bukan lagi orang dagang. Lebih dekat orang bukan islam dengan orang islam.
Inilah percaturan anwar, biar saya dicemoh tapi rakyat sudah juara. Suara rakyat suara keramat. Selagi pemimpin bersama suara rakyat, pemimpin selamat. Dan insyaAllah, pemimpin yang selamat ada “tali” nilai yang mereka pegang, ada dasar tempat mereka berpijak dan ada langit tempat mereka mendongak.