Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Wa solatu wa salamu a’la rasulillah
Muqaddimah
Amma ba’ad. Ikhwatilkiram. Tertulis dalam kitab Allah sebuah qonun yang mewajibkan untuk kita ber ‘istighfar’. Qonun ini termaktub, ketika seruan Nabi Hud kepada kaumnya A’ad. Hud memerintahkan kaumnya supaya beristighfar terus kemudiaanya memohon taubat kepada Allah supaya nanti Allah tambahkan kekuatan di atas kekuatan sedia ada, dan terakhir palingkanlah diri daripada orang mujrimin.
Satu saran yang hebat serta tersembunyi satu formula kekuatan yang luar biasa. Formula kekuatan ini bukan bermula dari kaedah persiapan material yang menggalaukan, bukan juga daripada metodologi kemajuan pasukan bola sepak Malaysia sehingga bertahun-tahun membina fizikal, berlatih tetapi akhirnya dikalahkan oleh Negara yang tidak punya padang permainan, dikalahkan oleh Negara yang sedang berperang dan bergolak malah lebih mengaibkan dikalahkan oleh pasukan bawah umur Negara se asean.
Kalau bukan persiapan material dan fizikal, persiapan apa lagi yang bisa kita bina kekuatan kita. Jawapannya adalah persiapan istighfar. Istighfar kepada Robb kita. Istighfar dengan sebenar-benar istighfar. Bukan istighfar yang kemudiannya menyebabkan kita beristighfar kembali ke atas ucapan istighfar kita yang lalu-atsar ulama’- Istighfarnya seorang mukmin yang memandang dosa kecilnya seperti gunung yang bakal menghempapnya, bukan istigfarnnya orang mujrim yang memandang maksiatnya hanya ibarat seekor lalat yang hinggap dihidung. Padahal, orang mukmin yang bening hatinya, ketika lalat itu hinggap berulang kali dihidung, dia merasakan hina dina dihadapan zat Sang Maha Pencipta. Jijiknya, kotornya dia sehingga lalat yang ketahuan mengurung najis itu kemudian mengurungi dia. Allahurobbi.
Terus apa lagi. Setelah istighfar itu, perlulah dilanjutkan dengan taubat kepada Allah swt. Tuubu ila Allahi taubatan nasuha. Bertaubatlah kepada Allah dengan Taubat yang sebenar-benarnya (taubat nasuha). Jelas sekali perintahnya, bertaubat dengan sebenarnya. Bukan taubatnya pelakon, di layar tv menangis teresak-esak melakonkan watak muslimah sejati, namun dibelakang layar, dialah wanita jalang yang penuh dosa dan noda. Penuhilah syarat2 taubat seperti 1)Berazam bersungguh2 meninggalkan maksiat tersebut 2) Keluarlah/hijrahlah dari lingkungan yang menyebabkan kita terjerumus/terjebak/terperangkap ke lembah maksiat lagi 3) dampingilah orang2 yang bersih akhlaqnya dan jauhilah sahabat2 syaitan yang hanya menjahannam kita ke jurang neraka.
Nah setelah itu barulah Allah menambah kekuatan atas kekuatan kamu (quatan ila quwatikum). Kalau orangnya kuat berdakwah dan mujahadah di jalan Allah, perhatikanlah dakwah dan mujahadahnya setelah beristighfar dan bertaubat, kalau orangnya kuat beribadah perhatikanlah kemurniannya dan kekhusyukkan ibadahnya. Bahasanya quatan (ada tanwin) menunjukkan bentuk nakirah atau umum, kekuatan apa sahaja (yang baik) yang dimiliki sebelumnya oleh orang yang beristighfar dan bertaubat.
Dan yang terakhir, terus berpaling daripada orang2 mujrimin, kerana Allah seolah-olah memberi amaran, sekuat mana istighfar dan bertaubat harus konsisten kemudiaanya menjauhi/berpaling daripada orang2 mujrimin ini kerana mereka ini pasti melalaikan kita.