Wednesday, February 04, 2009

Allah Maha Tahu - Siapa yang Membuat Makar

Allahumma arinal haqo haq , wa arinal bathila bathil. Ya Allah Tunjukkalah yang haq itu haq , dan yang batil itu batil. Pandangan saya

1. Tak perlu risau hilang kuasa, kerana kita berjuang untuk menegakkan kalimah Allah. Buat apa ada kuasa, jika Islam diperlekehkan. Bagi sahaja pada mereka yang gila kuasa, gila kaum. Saya percaya tuan telah melakukan yang terbaik dengan mengangkat keadilan manusia itu utama bukan keadilan kaum. Haq manusia itu utama bukan haq kaum.

2. Rakyat tahu, alternatif terbaik adalah gerakan Islam. Parti yang basisnya nasionalis, kepuakan, semangat sahaja, nilai sahaja tidak akan bertahan lama.

3. Dua yang masuk itu ada pertuduhan di Mahkamah, satu tuduhan rasuah dan satu tuduhan seks. Tak apa da'e Islam, biar kita bersihkan perjuangan daripada tahi, dan biar tahi itu terpalit di muka yang menerimanya. Busuk tahi itu tidak akan hilang sehingga kering basahnya. Masa itu tahi itu akan dikupil dan dihilangkan.

4. Seorang lagi bukan pejuang, tapi algojo yang makan suap. Biarlah perut dia bunting dengan duit suap.

5. Yang penting dai Islam, alternatif sekarang adalah gerakan Islam. Kita akan menguasai pemerintahan setelah kita menguasai sha'bi (masyarakat). AlQoidah As Sya'biah, masyarakat pendokong yang bukan seperti lalang. Merekalah objek dakwah kita. Mereka menentukan tertegaknya daulah dan khilafah. Hamas, Turki , Indonesia dan mencontohkan dan memodelkan strateginya, baik kita belajar daripada mereka.

wallahu'alam