Wednesday, April 01, 2009

Nilai kita

Bismillah

Assalamualaikum wbt. saudaraku yang sedang berusaha mencari kemuliaan di sisi Allah. Kita mungkin sekarang selesa dengan kerjaya masing-masing, ada yang telah memiliki segala kemudahan hidup yang dahulu hanya kita impi-impikan. Kita dah selesa dengan gaji bulanan, kita dah selesa dengan rumah penginapan, kita dah selesa dengan motor kenderaan, kita juga telah selesa dengan masing-masing pasangan. Aduh lengkapnya duniaku...

Mungkin masa masa ini, kita sibuk ke Machine Teller mengeluar duit untuk pelbagai keperluan utama. Seperti satu minda yang telah distrukturkan, gaji pertama yang nilainya beribu-ribu ini wajib diperuntukan untuk sekian banyak senarai keperluan dan kehendak dunia kita. Sekian duit untuk kereta, sekian duit untuk rumah, sekian duit untuk motor, sekian duit untuk sewa, api air, sekian duit untuk telefon, peti sejuk dan set TV baru, sekian duit untuk makan minum, sekian duit untuk melancong dengan keluarga, sekian duit untuk servis motor dan kereta, sekian duit untuk baju dan baja...dan senarainya berterusan sehingga kita mati.

Saya ingin mengajak saudara saudara terbang ke satu daerah lain. Daerah yang serba kekurangan, daerah yang serba daif, daerah yang dipenuhi darah dan airmata, daerah yang dipenuhi keringat, tekad yang bulat. Daerah yang dipenuhi manusia yang terus berjuang untuk memenuhi keperluan akhiratnya. Daerah ini dipenuhi dengan manusia yang gaji bulanannya hanya bernilai seringgit. Tetapi manusia yang bernilai seringgit ini terus berfikir bagaimana menggunakan wangnya untuk mengangkat agamanya, untuk mengangkat iman saudaranya, untuk memerdekkan negerinya daripada taghut sang penguasa, untuk berfikir bagaimana memenuhi daurah disetiap belahan benua, bagaimana membina manusia disetiap ceruk, rantau dan desa, bagaimana mengangkat nilai diri disisi Allah Tuhan yang Esa. Inilah manusia yang duduk di daerah yang dinamakan dakwah dan dijihad.

Mereka ini menyelesaikan keperluan agama itu menjadi priority utama daripada memikirkan keperluan dunia.

Saudaraku, mereka kini sedang berjuang memenangkan manusia bertaqwa menjadi imam masyarakatnya. Walaupun di daerah serba kurang sempurna, mereka tetap mengharap kemenangan daripada Tuhannya. Bantulah mereka memenangkan keadilan dan membunuh kebatilan. Bantulah mereka untuk sejahtera.

Asadullah
Anggota

p/s kami memerlukan dana sebanyak RM8000 lagi. setiap sumbangan dimasukkan ke akaun
MOHAMMAD RIDWAN HIDAYAT -
CIMB Islamic 1215-0001829-20-7
Tolong sebarkan kepada saudara-saudara yang lain.