1. Mudah terasa walaupun pada perbuatan atau perkataan yang kecil. Tetapi kemudian cepat reda kembali perasaan tersebut dengan syarat orang "kedua" (yang mengajukan perkataan/perbuatan tadi) itu memberikan respon yang positif (cukup dengan senyuman).
2. Mampu berfikir ketika under pressure tetapi kemudiannya menjadi pasif, senyap dan murung. Satu masalah (benda yang membebankan kepala otak sendiri walaupun mungkin tidak pada orang lain) akan "calm down/ back to normal/ reda" dalam masa 1 minggu (mengikut pengalaman lepas).
3. Kadangkala memandang sesuatu perkara itu terlalu detail (ada kaitan dengan perkara 1.). Benda yang seharusnya bersifat umum (con: perkataan yang umum, lawak santai, bual kosong) tetapi akan jadi sangat sensitif jika hal itu menyinggung kredibiliti dan akhlak seorang muslim, atau perkara itu seperti menyindir, dan dilafazkan dengan gaya sombong dan bongkak.
4. Mudah merungkaikan idea, permasalahan, pengalaman dalam bentuk penulisan. Walaupun kadangkala sukar difahami oleh orang lain tetapi bagi aku itu adalah luahan hati sendiri yang bertujuan untuk meringankan beban otak. Kalau ada yang tak faham itu tidak jadi masalah. 'Ala kulli hal, setakat ini orang lain faham message yang ingin aku disampaikan melalui penulisan.
5. Mudah menghafal hadith (tak masuk bakul sendiri ke ni, takpelah). Perkataan di "sort" melalui jalan cerita (ini berdasarkan pengalaman sederhana menghafal 17 hadith dalam masa 17 minggu @ 4 bulan lebih).
6. Mudah menghafal AlQuran (tetapi cepat pula lupa-lemah long term memory). Ini juga menggunakan teknik "plain sorting" (hafal maksud ayat, mendapat gambaran secara keseluruhan bagi maksud ayat, dan hafalan tidak berlagu). Setelah itu barulah dilagukan.
7. Mudah berbicara dalam majlis yang mampu "dikuasai" seperti ketika memberikan ceramah, taalim, hlqh, d'wh fardhiyah, ketika seseorang mengadu masalah dan meminta nasihat. Tetapi menjadi pendiam dan pasif pada majlis sembang2, borak2, kenduri kendara dengan Qurba atau berborak dengan geng hu ha.
8. Suka mengambil perkataan/ kata2 / ayat dalam buku, majalah, AlQuran di mana ayat atau perkataan tadi memberi kesan (perubahan, ilmu, motivasi) dalam diri. Cuma masalahnya kadangkala perkataan ini ditulis pada lembaran yang tidak ditata dengan baik (berselerak dan tak centralize).
9. Lemah pada soalan exam dan suasana exam yang skema (masuk dewan, kad matrik, jam, air cond sejuk, row row row your boat). Exam yang memerlukan konsep dihafal untuk kemudiannya boleh gebang dalam menjawab soalan. Exam yang perlu hafal bagaimana bentuk soalan (kira2, code ect), pattern soalan yang kadang kala sengaja direka bentuk untuk menyukarkan lagi keadaan yang pada dasarnya mudah. Tetapi cukup cemerlang (semuanya dikembalikan pada Allah) dengan eksperimen, research, mencari bahan (pengalaman EDX, PAAC-study co, proceedings, penulisan skrip).
Setakat ini....