Bismillah. Saya lebih cenderung mengatakannya apa yang berlaku pada saya sekarang sebagai keajaiban Allah swt dalam mengatur alam dan pemerintahanya, manusia dan sekelian jumlah penciptaanNya. Saya terasa diatur, Alhamdulillah.
Bermula dengan perjalanan kehidupan yang tidak ada arah, akhirnya ada satu jalan perjuangan yang sampai mati pun hati ini tidak akan berubah cinta padanya. Jalan kehidupan yang kalaupun ada seribu nyawa, mati dan hidup balik tetap akan ku pilih jalan ini.
Kita mulakan dengan cita-citaku yang nombor wahid.Dah tentu tak ada orang berpeluang lihat diariku dan kalau adapun pasti tak dapat membaca maksud tersirat yang disedang dilakar jalan ceritanya dalam diari itu. Tapi pernah masa sekolah Emak baca diari tu, malu rasanya..manalah nak letak muka ni :-)..Tapi mak dari dulu sampai sekarang memang tak henti-henti nasihat dan kata-kata semangatnya, bila dia dah terbaca..malam tu sebelum dia masuk tidur, dia ke biliku sambil memulakan curhat seperti biasa...ya Allah rasa lega lepas tu, rasa lapang benda yang serabut dalam otak bila ada teman bicara yang sentiasa tak jemu beri perangsang pada Arjuna tunggal ini.
Ok ok, cita pertama itu adalah untuk berjaya dalam profession dakwah. Yap dakwah adalah profession dimana pangkat dan gajinya tak mampu dibayar oleh sesiapa pun majikan dimuka bumi Allah ni. Untuk itu, aku perlu membekalkan diri dengan ilmu dan pengalaman dakwah...Ilmu untuk menjaga sempadan dan displin keilmuan lebih2 lagi yang kita belajar ini adalah Wahyu Allah dan kalam Rasul Al-Amin, manakala pengalaman dakwah untuk lebih mahir bila berhadapan dengan qodoya ummah dan tahu mana proses hulul yang terbaik, tahu mana kawan dan lawan, tahu mana yang perlu dan yang boleh dikemudiankan dan begitulah proses dakwah yang memerlukan pengalaman medan bukan hanya pandai berbicara dipentas-pentas tersedia tetapi kekok berjalan diatas pentas kehidupan yang sebenar. Ada beberapa target sekolah & universiti yang perlu diselesaikan masyarakat pelajarnya, sehinggalah semarak tarbiyyah terasa disana dan sehinggalah mereka cenderung untuk memilih orang mutaqqin menjadi pimpinan mereka bukan orang yang mempunyai agenda peribadi dan kepentingan sendiri. Target fadiyah juga dalam proses. Setakat ini objek dakwah dah masuk lubuk cuma tunggu masa untuk menformalkan pertemuan. Dan terakhir dalam berjaya dalam profession dakwah ini adalah target bait…Target membina rumahtangga islam yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Rumahtangga yang masalah ummi hanyalah dakwah, masalah abi hanyalah dakwah, masalah Qudwah, Qiblah, Qayyum, Qisti, Qarni,Qasrin, Qamr, Qassam adalah dakwah..to be continued