Assalamualaikum Akhi
Jazakallah kerana hantar sms dan tegur ana, aya beryukur ada ikhwah tegur ana. ana mintak maaf ana tak boleh sms anta. ana reply dari paksi ni je. sms anta berbunyi
" salam akh, macam mana sakit, afwan kalau ana nak beri sikit nasihat, ana tengok musibah yang jadi kat anta ni tak sudah, afwan kalau ana katakan mungkin banyak janji-janji anta pada ikhwah yang anta tak sempurnakan, sikap anta pada manusia, kata-kata anta.walaupun ana tak pertikai dakwah anta yang memang secara peribadi ana kagum pada anta,tapi hal-hal yang bersangkutan janji,sikap anta banyak tak jaga, ana di gunung datuk tempoh hari, ikhwah-ikhwah banyak cerita sikap anta"
jazakallah akhi sebab tegur ana. ana tau ana mmg mudah berjanji dan selalu tak terurus. ana tau lebih labih lagi urusan duit, ana banyak tak bayar hutang MKN. anta pun sama ana tak bayar lagi duit yg anta bagi. MKN terutamanya yg byk ana tak bayar, tapi ana tak ada kekuatan nak cakap one-by one dengan dia. ana harap anta tegur ana lebih detail mengenai sikap ana selain masalah duit ni. pasal janji tu mmg ana akui, selalu termiss janji. sebab ana ni jenis yang byk benda dalam kepala dan laju sgt berfikir.
pasal sikap ana tu mohon tegur lebih detail akhi, ana takut. pasal kata-kata pun ana nak tau apa salah ana kat ikhwah2. jazakallah sebab tegur ana, semoga Allah balas anta.
ana akui ana masih byk kelemahan, masih kurang terurus walaupun ana masih belajar sikit2 untuk improve semua ni. ana dah dapat hint yang ikhwah2 tak puas hati denga ana, sebab minggu lepas ana ada mimpi yang ikhwah2 yang pergi Gng.Dtk datang umah ana naik satu kereta dan marah-marah ana dari luar umah. wallahuaklam.ana mintak maaf kat antum semua.
ana bukan hebat akhi, ana hamba yg lemah. masih muda dalam tarbiyyah. perjalanan hidup ana dan keputusan2 yg ana ambil byk mengajar ana sebenarnya. mengajar mempraktikkan teori. ana mintak maaf dengan anta akhi.
ana harap yang lain pun dapat buat macam anta.
ana sayang anta lillah.
tp ana selalu rasa malu dengan antum. malu sebab ana slalu bwk masalah kat antum.
wassalam akhi,
-msr