Tuesday, August 29, 2006

DatukK Siti VS Mawi Ina...siapa untung





Untung adalah yahudi dan hindu estrimisdan yang rugi adalah umat Islam

Aqidah umat islam diratah cukup rakus daripada 2 events iniSiti yang semasa aqad nikah cukup ayu berbaju putih labuh dan bertudung litup, tetapi ketikaacara persandingan boleh membuka tudung dan memakai gaun sehingga menampakkan sebahagian leher dan dada"Seolah olah" menggambarkan petang semalam aku beriman kerana rumahMu yaAllah, pagi hari ini aku kufur sekejap semata-mata untuk peminat tercinta, sultan2,para pembesar suami tersayang...Begitulah gambaran umat Islam daripada majlis siti tadi...Bukannya saya seorang yang estrimis agamatetapi saya adalah orang yang cukup sensitif dengan maruah agama...Kan cantik kalau tudung itu bukanhanya pakaian islam untuk memuliakan adat, tetapi pakaian taqwa untuk memuliakan islam dan adat.

Mawi dan ina dipertemukan semalam dengan tidak semena-mena (untuk lawan populariti acara pernikahana datuk k dan ct di tv3 katanya)...ketika berjumpa ina bersalam dengan mawi sambil cium tangan si abang...satu momen yang dramatik untuk memberitahu satu malaya bahawa mereka sudah berbaik semula.

Ini satu lagi musibah. Masakan mungkin dua jiwa yang tidak punya ikatan yang sah tetapi perpisahan mereka seoalah-olah mereka telah melayari bahtera kehidupan selama puluhan abad...dan seolah-olah satu dosa besar yang perlu dijernihkan... kot mana pun mereka perlu disatukan atas dasar kemanusiaan. Sekali lagi saya bukanlah qodi yang mampu menghukum, tetapi sepanjang pengetahuan saya tidak ada satu ikatan robbani jika 2 insan bernama lelaki dan wanita hanya diputuskan dalam "acara" pertunangan.

Tetapi cerita2 begini akan tetap menjadi sejarah Malaysia yang akan diulang dan diulang untuk kesekian generasi...baca doa, boleh menyanyi,pakai tudung boleh buka,tunang boleh salam akan menjadi satu genre yang akan mewarnai budaya dan adat resam melayu..apa yang haram bagi agama itu sudah nampak halal dek gerakan sosialisasi seperti ini. Dan inilah yang menjadi impian setiap orang, inilah matlamat yang telah tertanam didalam benak dan fikiran setiap anak kecil apabila mereka dewasa mereka ingin menjadi seperti mawi dan siti...bagi ibu bapa pula inilah cita-cita mereka untuk melihat anak bahagia seperti apa seperti mawi dan siti.

Bukan seperti A'isyah gadis genit yang pintar sewaktu kecilnya sehingga menjadi ummahatul mukmininyang disegani oleh para sahabat dan sohabiah...Bukan seperti mus'ab pemuda tampan kaya bermegah ketika zaman jahiliyyahnya tetapi cukup hiba dikala Rasulullah melihat kematiannya yang serba kekurangan.