Baru-baru ini kecoh isu doa tunjukkan jalan lurus & kemudian doa mudharat Tuan Guru Nik Aziz kepada Datuk Seri Najib Tun Razak, dan selang beberapa hari selepas itu tuan guru menyifatkan datuk seri najib adalah pemimpin islam yang berani apabila mengambil inisiatif untuk menyelesaikan konflik selatan Thai.
Nah, dua peristiwa ini telah menyebabkan media-media arus perdana menuduh pemimpin berpengalaman ini sebagai tidak konsisten di dalam kenyataan beliau.
Secara peribadi, saya tidak lihat bahawa dua statement ini berlawanan Sebagai seorang muslim mukmin, kita di ajar untuk menyatakan yang haq itu haq, dan yang batil itu batil.
Dalam isu doa, tuan guru mungkin melihat datuk seri najib telah melakukan kebatilan dan kezaliman apabila menidakkan haq rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak.
Di awal isu ini, saya masih ingat lagi beberapa pemimpin kabinet BN dan termasuk juga pemimpin-pemimpin diperingkat persekutuan daripada kelantan sendiri (seperti Tok Pa dan Awang Adek) menafikan haq rakyat kelantan untuk mendapatkan royalti minyak kerana berlaku minyak digali di kawasan bertindih (JDA), di luar beberapa batu nautika perairan kelantan dan sebagainya.
Setelah beberapa inisiatif diambil sendiri oleh pemimpin-pemimpin kerajaan negeri (seperti datuk husam) membuat lawatan ke tempat eskavasi minyak, dan juga mendedahkan beberapa dokumen penting perjanjian petronas dengan kerajaan pusat dan syarat-syarat yang dikenakan akhirnya terbukti bahawa kelantan berhaq untuk mendapatkan royalti minyak.
Bagaimanapun, kekecewaan terus melanda pemimpin-pemimpin kerajaan negeri apabila datuk seri najib mengumumkan bahawa hanya bayaran wang ehsan yang akan diberikan kepada kelantan dan itu pun melalui JKKK.
Umum semua mengetahui kesengsaraan yang dialami bekas kerajaan PAS terengganu apabila hak royalti ini di tukar kepada wang ehsan di zaman pemerintahan tun mahathir. Wang tidak sampai kepada negeri malahan hanya diberikan kepada jawatan kuasa persekutuan yang ada di terengganu pada waktu itu yang rata-ratanya adalah daripada UMNO barisan nasional.
Datuk Najib cuba memalingkan fakta dengan mengatakan wang ehsan adalah sama dengan wang royalti, tetapi ahli-ahli parlimen pakatan (seperti Dzulkifli Ahmad, Kuala Selangor) siang2 lagi menyanggah penyelewengan tersebut dengan mendedahkan beberapa klausa dalam surat undang2 yang dibuat sendiri oleh tengku razali (bekas pengerusi Petronas) dan Tun salleh abbas di mana tidak ada satu pun menyatakan wang ehsan malah secara jelas disebut wang royalti.
Peristiwa lain yg turut meruntun hati tuan guru adalah apabila haq pendaratan minyak juga dinafikan oleh kerajaan pusat apabila minyak didaratkan di Thailand.
Apabila peristiwa demi peristiwa ini berlaku menyebabkan tuan guru nik aziz begitu pedih hati dan sebagai seorang yang sudah berumur beliau tentunya lebih mudah terasa dan cepat terluka.
Pada hemat saya tuan guru bukanlah seorang yang pesimis. Saya pernah beberapa kali berdialog dengan beliau, dan beliau seorang manusia biasa yang berprinsip dan tegas dalam berpendirian. dan beliau juga seorang yang cukup positif melihat perubahan dan kemajuan.
Dalam peristiwa lawatan datuk najib ke narathiwat baru-baru ini, ini adalah satu langkah positif yang diusahakan oleh datuk najib, dan langkah seperti ini harus di puji. Kita tahu bagaiman a kritikalnya pergolakkan di selatan Thai dan satu usaha internasional harus digembeling oleh rakan-rakan negara islam yang lain untuk menyelesaikannya dan usaha ini telah dirintis oleh datuk seri najib sendiri, dan ini adalah suatu yang luar biasa. Sekali lagi ia harus di puji.
Mentelah yang memuji itu adalah "rakan" politik yang berbeza fahaman terus beliau dikritik dan dicemuh dari pelbagai pihak.