Khidmat PUNB mengecewakan
Rabu, 30 Disember 2009
KAMI ialah lepasan universiti yang berjaya dengan perniagaan sendiri dalam bidang pembinaan, pendawaian elektrik dan kontraktor kepada syarikat telekomunikasi negara.
Namun, kebelakangan ini syarikat mengalami masalah seperti pembayaran lewat dan kurang kerja.
Dalam pada itu galakan, insentif dan kemudahan perundingan yang disediakan agensi kerajaan membuatkan kami terpanggil untuk mengadu nasib.
Kami ke PUNB hanya untuk mendapat khidmat nasihat. Pelbagai alasan diberi kakitangan terbabit termasuk sibuk dan pegawai tiada. Ada pula yang memberikan penerangan melalui telefon kerana tiada masa untuk bersemuka.
Mungkin ini tidak menggambarkan PUNB secara keseluruhan kerana saya yakin pengarah dan pemegang sahamnya ialah mereka yang mempunyai gagasan melahirkan seramai mungkin usahawan.
Namun, kejadian yang kami alami memberi persepsi negatif kepada PUNB.
ASADULLAH,
Kuala Lumpur.
source: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20091230013329/Article/index_html
Teks asal: Terima Kasih PUNB
pendawaian elektrik dan merupakan kontraktor kepada salah sebuah syarikat telekomunikasi negara.
Kebelakangan ini syarikat mengalami masalah seperti pembayaran lewat oleh pihak klien, kurang kerja dan sebagainya.
Galakkan dan dorongan kerajaan beserta insentif dan kemudahan perundingan yang disediakan oleh agensi-agensi
di bawah mereka membuatkan kami terpanggil untuk mengadu nasib.
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah PUNB tetapi maaf kami katakan, kami agak kecewa dengan sikap petugas2 mereka.
Bermula daripada penjaga kaunter sehinggalah kepada pegawai2nya.
Kami katakan kami bukanlah ingin meminjam wang tetapi sekadar ingin mendapatkan sedikit khidmat nasihat supaya kami boleh
berhadapan dengan masalah ini tetapi mereka dengan penuh tidak bersungguh memberi alasan sibuk, pegawai tiada dan ada yang
hanya ingin memberikan penerangan melalui telefon sahaja dan tidak dapat menyediakan masa walaupun di ajak untuk bersemuka
sebentar.
Mungkin ini tidak menggambarkan sikap sebenar PUNB secara keseluruhan kerana saya yakin para pengarah dan stakeholder yang
terlibat secara langsung dengan PUNB adalah mereka-mereka yang mempunyai gagasan dan idealisme yang tinggi iaitu ingin
membantu dan melahirkan seramai mungkin usahawan yang berkompetensi di negara ini. Tetapi peristiwa ini boleh memberikan
persepsi negatif kepada keseluruhan PUNB
Saya sangat berharap pihak PUNB dapat membaiki keadaan ini.
Asadullah
Keramat