Saturday, January 29, 2011

Monday, January 24, 2011

Mimpi Nabi

Semalam dalam metro sewaktu pulang kerja. Aku menaiki bas menuju Subang. Sewaktu mengambil tempat didalam bas kelihatan seorang lelaki bule berambut ala ala punk, warna perang tercacak di tengah, baju ketat dan duduk sebelah wanita berkerudung biasa dan berbaju kurung. Badannya sedikit gempal. Aku mengambil tempat betul-betul dihadapan mereka berdua.

..tidak hirau dengan kelibat mereka...aku melempar pandangan keluar melihat suasana malam Kuala Lumpur. Baru lepas hujan, jalan ya robbi, hanya tuhan yang tahu. sok sek punk dengan wanita berkerudung dibelakang kadang-kadang menggangu, cerita tentang bas mana yang laju...gelak-gelak manja...Kakak biasa naik bas apa" tanya si lelaki bule, ternyata dia orang Malaysia lalu dibalas oleh wanita sebelahnya dengan slang jawa, ternyata yang perempuan asli Indonesia. Si lelaki menghormati si wanita yang sedikit berumur, mungkin mereka duduk di kejiranan yang sama.

Awalnya aku tidak hirau sehinggalah cerita ini menusuk ke lubang telingan. kakak pernah mimpi Nabi Muhammad... (cerita ini terhenti disini sebab dah tak ingat, inilah akibat menangguhkan pengajaran tuhan...cuma yang pasti disisi manusia ada Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)

Saturday, January 08, 2011

Mengenali tanda kelemahan iman dan cara memperbaharuinya?

Mengenali tanda kelemahan iman dan cara memperbaharuinya?
Oleh: Dr. Ahmad Solah

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita untuk memperbaharui iman, kembali merenung tentang hubungannya dengan Allah dan mengembalikan ruh kepada perasaan keimanan.

Beribu-ribu sebab yang memerlukan kita merasa bimbang imannya mulai lemah, hatinya mulai berkarat dan ruhnya mulai tunduk kepada tarikan duniawi, masalah amal dan hidup, konflik manusia, hawa nafsu, pintu-pintu syaitan, keinginan dan syahwat tubuh dan fitnah-fitnah dunia. Semua ini mengajak orang mukmin merasa bimbang tentang imannya supayatidak lenyap atau pudar dari sisinya.

Wahai saudara yang dimuliakan..Adakah anda tidak merasa bimbang tentang imanmu?Adakah benar Rasulullah saw juga bimbang tentang imannya?Rasulullah saw sering berdoa:

“Wahai Allah yang boleh membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas jalan agamaMu”.

Baginda juga memohon Allah memelihara hala tuju perasaannya supaya tidak menyimpang dari hala tuju yang ditentukan Allah menuju kepada yang tertinggi. Doa baginda:

“Wahai Allah yang menguruskan hati, uruskanlah hati kami di atas ketaatan kepadaMu”.

Rasulullah juga berdoa pada siang dan malam di dalam zikirnya di waktu siang dan malam:

“Wahai Allah, sesungguhnya saya berlindung kepadaMu daripada kekufuran dan kefakiran”.

Adakah anda mengetahui bahwa Umar bin al-Khattab r.a yang telah memisahkan imannya antara yang hak dan batil, syaitan cabut lari dari menghampirinya dan terdapat garisan hitam di wajahnya lantaran banyak menangis kerana takutkan Allah. Adakah anda mengetahui bahawa beliau pernah mengecam dirinya kerana kekurangan iman?

Diriwayatkan dari Umar binb al-Khattab r.a bahawa beliau pernah berkata kepada para sahabatnya:

“Marilah kita tambahkan iman”.

Hal ini menjadi kebiasaan kepada sahabat untuk melakukannya..Abdullah bin Mas’ud r.a berdoa dengan berkata:

“Wahai Allah, tambahkan kami keimanan, keyakinan dan kefaqihan”.

Abu Darda’ r.a juga berkata:

“Seorang hamba yang diberikan kefaqihan, maka ia sentiasa memelihara imannya dan tidak menguranginya”.

Iman bertambah dan berkurang

Secara semulajadi iman boleh bertambah dan berkurang. Hal ini bukan satu kelemahan bagi manusia, bahkan ia adalah tabiat manusia dan sunnah kehidupan. Sabda nabi saw:

“Sesungguhnya hati anak Adam semuanya antara “dua jari dari jari jemari Allah”, seperti satu hati yang ditadbir dan diurus mengikut kehendakNya”.

Riwayat Abu Jaafar al-Khatami dari bapanya dari datuknya Umair bin Hubaib berkata: “Iman bertambah dan berkurang. Ada yang bertanya: Sebab apa iman bertambah dan berkurang?. Lalu beliau menjawab: Apabila kita mengingatiNya, bertahmid dan bertasbih kepadaNya, maka iman akan bertambah. Apabila kita melupakanNya, lalai dan cuai dari mengingatiNya, maka imannya akan berkurang”.

Firman Allah: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya)”. (Al-Anfal: 2)

“yaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: "Sesungguhnya manusia Telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, Karena itu takutlah kepada mereka", Maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: "Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung". (Ali-Imran: 173)

“Dia-lah yang Telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang Telah ada)”. (Al-Fath: 4)

Tanda kelemahan iman
Tugas syaitan ialah menyerang iman manusia dengan tujuan untuk melemahkan tenaga keimanan dan mengkucar-kacirkan hubungannya dengan Allah. Lalu ia akan menjadi malas dan merasa berat. Antara tandanya ialah:

1. Merasa malas untuk menunaikan solat secara berjamaah yang merupakan salah satu sifat orang munafik berdasarkan firman Allah: “dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas”. (An-Nisa’: 142)

2. Begitu liat untuk bangun menunaikan solat subuh. Sabda nabi saw: “Melaksanakan dua rakat solat subuh lebih baik daripada dunia dan segala isinya”.

3. Tidak khusyuk di dalam solat dan banyak memikirkan kesibukan dunia dan mengingini kehidupan. Sabda nabi saw: “Tidaklah seorang muslim yang menghadirkan hatinya semasa solat fardu, dengan mengelokkan wuduknya, khusyuk dan rukuknya melainkan solatnya itu akan menghapuskan dosanya yang kecil selagi tidak melakukan dosa besar. Hal ini berlaku sepanjang masa”. (Muslim)

4. Meninggalkan amalan-amalan sunat dan solat nawafil.

5. Menjauhkan diri dari al-Quran. Firman Allah: “Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Quran itu sesuatu yang tidak diacuhkan”. (Al-Furqan: 30)

6. Seorang muslim terjerumus ke dalam maksiat dan terus tenggelam di dalamnya.

Peringatan
Kekurangan dan kelemahan iman tidak berlaku secara mengejut dan tiba-tiba, tetapi kekejian syaitan menjadinya melakukan muslihat dan helah kepadamu untuk melepaskan senjata satu demi satu sehingga iman menjadi lemah dan tidak berdaya, gerakan anda menjadi berat dan sukar kerana seluruh kekuatan iman kini telah mulai lemah dan malas.

Justeru perhatikanlah disebalik anda, ke atas diri anda dan tanyalah dengan bersungguh-sungguh: Bagaimana boleh berlaku? Bilakah berlaku? Syaitan berusaha memisahkan seorang muslim yang kuat ibadah dengan melakukan serangan yang pertama ke atas senjata solat-solat sunat yang merupakan benteng yang kukuh yang memelihara solat fardu. Seorang muslim itu mulai rasa memadai dengan solat jamaah tanpa bersedia dengan solat-solat sunat rawatib.

Setelah Berjaya menggugurkan senjata ibadah-ibadah sunat, maka syaitan meneruskan serangannya kepada kekusyukan di dalam solat untuk merosakkan ‘perbualan imani’ yang unggul antaramu dan Tuhanmu.

Justeru yang tinggal di dalam solat adalah jasad sahaja tanpa ruh. Seterusnya syaitan mula menyerang muslim dengan merasa malas dan berat untuk menyudahkan solat dan diikuti dengan sikap berpuas hati solat hanya di rumah dengan alasan: “saya penat sekarang”. Hal ini berlaku beberapa ketika sehingga menjadi seronok dan kebiasaan…

Lebih banyak menggunakan sejadah untuk solat fardu di rumah selepas syaitan Berjaya menggugurkan tugasnya untuk melaksanakan amalan-amalan sunat. Lebih banyak menunaikan sujud sahwi selepas syaitan Berjaya meragu-ragukan bilangan rakaat atau melupakan doa qunut.

Kini syaitan telah Berjaya melepaskan pukulannya di dalam hatimu yang menyebabkan anda tidak tidak lagi menunaikan solat subuh berjamaah, berzikir dan membaca al-Quran secara harian. Oleh itu tiada jalan keluar untuk anda melainkan segera memperbaharui iman anda.

Langkah memperbaharui iman

Alangkah baik anda mengenali dan menentukan penyakitmu, kemudian menetapkan jalan untuk mengubatinya. Inilah satu-satunya anda telah menentukan setengah jalan tersebut. Menurut Hassan al-Basri rahimahullah: “Seorang hamba itu masih berada di dalam kebaikan selagi mengetahui sesuatu yang akan merosakkan amalannya”. Seorang ahli zuhud Mekah Wahib bin Ward pernah berkata: “Sesungguhnya di antara kesejahteraan diriku ialah aku mengetahui perkara yang merosakkannya”.

Keazaman dan tekadmu akan menjadikanmu telah mempunyai setengah dari jalan untuk merawat imanmu. Manakala setengah jalan lagi adalah perkara berikut:

1. Duduk bersama orang soleh

Menurut ahli psikologi bahawa akhlak laku berada di dalam kumpulan berbeza dengan akhlak ketika berseorangan. Ianya bertepatan dengan sabda nabi saw: “Syaitan bersama dengan manusia yang berseorangan sedang dia yang kedua atau lebih”.

Justeru, manusia yang berada di tengah-tengah kumpulan lebih bersedia untukberjalan bersama kumpulan, bahkan menggalakkan dirinya untuk saling berlomba dan mengatasi orang yang bersamanya, dan ketika persahabatan yang dibina di atas asas yang soleh dan matlamatnya ialah ketaatan kepada Allah akan memudahkan seseorang untuk memenuhkan imannya secara berterusan tanpa bersusah payah lagi.

Ketika individu berseorangan tanpa sahabat yang soleh tentulah dunia akan menyerangnya dari semua tempat, syahwat akan memenuhinya dan hawa nafsu akan berselisih dengannya dan melemahkan kandungan iman yang berhubung dengan langit.

Sabda nabi saw: “Kalian hendaklah bersama jamaah dan jauhilah dari perpecahan, kerana syaitan suka kepada orang yang berseorangan sedang dialah yang kedua dan lebih. Barangsiapa yang mencintai syurga maka hendaklah beriltizam dengan jamaah. Orang yang suka dengan
kebaikannya dan bencikan keburukannya, maka dia benar-benar seorang mukmin”. (Tirmizi) Menurutnya hadith sahih gharib.

Sabda Rasulullah saw juga:

“Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih dari kumpulannya”. (Abu Daud)

2. Penyertaan di dalam amal

Ketika anda merasa sukar untuk menjalan sesuatu perkara atau perintah, carilah orang yang boleh membantu anda melaksanakannya..Ini adalah penyelesaian ketika kekuatan imanmu menjadi lemah untuk mengangkat selimut di kala azan subuh atau mengerjakan solat berjamaah.

Berpakatlah bersama sahabat yang cergas di dalam ibadatnya untuk menolongmu melalui perhubungan telefon atau melalui rumah sehingga keimanan kembali kuat. Firman Allah:
“dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa,…”. (Al-Maidah: 2)

3. Seruan orang lain

Proses menanamkan nilai murni memerlukan empat peringkat. Pertama pengaruh informasi, kemudian pengaruh fikiran yang menjadikan nilai bertindak balas dengan akal, kemudian peringkat perlaksanaan wasilah amali yang mengikat nilai dengahn reality, kemudian peringkat yang akhir ialah peringkat terbina nilaian, iaitu peringkat di mana anda menyeru orang lain supaya menghiasi diri dengan nilai murni atau akhlak mulia. Apabila telah sampai kepada peringkat ini, sudah pasti menjadi sungguh mudah untuk melaksanakan tugas menyeru orang lain dan menyampaikan nasihat supaya beribadah dan menunaikan solat fardu di masjid, membaca al-Quran dan solat subuh.

4. Pengaruh media ke atas dirimu melalui cd dan buku

Tidak dinafikan bahan media banyak yang mendatangkan pengaruh yang negative kepadamu, namun gunakanlah kebijaksanaanmu untuk mengambil pengaruh yang positif daripada media ke atas dirimu. Dengarilah kaset, cd atau bahan dari internet masa kini yang membicarakan soal kelembatan hati, syurga, hari kaiamat, cintakan Allah, takut dan mengharapkanNya. Bacalah buku-buku berkaitan khusyuk di dalam solat, hidup bersama al-Quran, pahala amalan sunat dan munajat di dalam solat.

Masukkanlah jiwamu ke dalam dunia iman sebahagian dari harimu sehingga anda dapat mengimbangi secara imani dan lebih mampu menghadapi kehidupan tanpa merosakkan imanmu.

5. Mengurangkan perkara yang harus(mubah)

Ketika Islam menegah dari melakukan pemborosan, Islam juga menegah kita daripada perkara harus, kerana pemborosan termasuk perkara harus. Oleh sebab itu bersederhana dalam menggunakan perkara harus akan sentiasa mengingatkan anda kepada Allah. Dunia pasti akan lenyap sekalipun terdapat banyak nikmat dan anda telah menerimanya.

6. Muhasabah diri

Laksanakan pemikiran muhasabah untuk menggalakkan jiwa sentiasa beramal dan beribadah. Lakukan di atas satu helaian kecil setiap minggu dan setiap bulan. Letakkan senarai solat lima waktu secara berjamaah, solat-solat sunat, zikir-zikir, pembacaan al-Quran, puasa sehari dalam seminggu atau dua hari dalam sebulan. Buat satu janji bersama sahabatmu untuk saling mengingat antara satu sama lain agar mengisi helaian muhasabah tersebut. Berilah perhatian sekurang-kurang 75% setiap minggu.

Umar bin al-Khattab r.a pernah berpesan:

“Hisablah dirimu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalanmu sebelum amalanmu ditimbang”.
(Hasibu qobla antuhasabu)

7. Bersungguh-sungguh beribadah dan mujahadah melawan nafsu

Cergas di dalam ibadah, solat-solat sunat, zikir, qiamullail, membaca al-Quran, lawan nafsumu. Katakan kepadanya bukan selalu dan jangan menyerah kepadanya, kerana ia akan memimpin anda kepada sifat malas, tidur dan berehat, dan anda akan mencari alasan setiap masa supaya tertinggal atau terlambat solat subuh atau malas untuk membaca al-Quran. Anda menurutinya sehingga anda menyerah. Apabila nafsu mengajak anda meninggalkan sesuatu ibadah, maka iringi dengan membaca satu juzuk dari al-Quran. Apabila ia melengahkan anda dari solat subuh, maka lakukanlah solat dua rakaat pada tengah malam. Hadapilah nafsu sehingga ia menyerah kapadamu. Ketahuilah, anda termasuk kalangan manusia yang tidak mudah ditundukkan. Firman Allah:

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) kami, benar- benar akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami. dan Sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik”. (Al-Ankabut: 69)

Ingatkah wahai saudaraku yang dikasihi, Iman mempunyai dua sendi, iaitu beriman di dalam hati dan membenarkan di dalam perbuatan atau amalan.

Menurut al-Hassan r.a: “Iman bukanlah dengan angan-angan dan bukan hanya dakwaan, tetapi apa yang terdapat di dalam hati dan dibenarkan (dibuktikan) dengan perbuatan”.

Saudara yang dimuliakan,

Bangkitlah sekarang. Angkatlah kedua tanganmu ke langit dan berdoalah kepada Allah supaya menolongmu di atas ketaatan, mencampakkan iman di dalam hatimu dan menghimpunkan seluruh keazaman dan tekadmu seterusnya teruskan langkahmu kepada Tuhanmu yang mencintaimu dan kamu mencintaiNya..Perbaharuilah imanmu.

Diari Cinta Tarbiyyah Awwalan

Bismillah

Berkesempatan menghirup atmosfera daurah Syeikh Hameed minggu lalu mengimbau memoriku diawal tarbiyyah. Disaat aku diajak bergabung dalam fikrah ini, disaat tanganku disambut oleh murobbiku dengan lafaz sumpah yang aku ucapkan dihadapan seorang Ustaz al-Akh yang bagiku cukup Salam, disaat masa hampir satu darsawarsa yang lalu.

Diwaktu itu, setiap ada kesempatan daurah, para syabab tidak letih dengan ketidakpuasan demi ketidakpuasan. Jemaah ini harus dipenggal, jemaah ini tidak ikhwan, pakcik ini tidak cukup sifat, dakwah ini begitu dan dakwah ini begini mengikut sangka mereka. Waktu itu aku ikut andil menyampai hujah demi hujah, kritik demi kritik sehingga kadang kala terselit riak demi riak, bangga demi bangga, inilah asabiquna awallun yang dibangkitkan oleh Allah di bumi Malaysia. Inilah ruh al-jadid yang mengalir dalam batang tubuh umat.

Kini, setelah 10 tahun, aku mendengarnya kembali. Tetapi kali ini aku hanya mendengar dari jauh, tersenyum kerana bagiku cukuplah bicara. Hati dan otak ini telah sendat dengan bicara. Aku ingin membawa amal dihadapan Allah. Aku ingin penat dengan 'amal.

Saudaraku yang sama-sama mencari redha Allah

Bicara Syeikh bagiku adalah bicara yang telah aku dengar hampir saban waktu di dalam fikrah ini, bicara tahdimul fikrah, bicara menghadam fikrah. Tetapi yang cukup mengesankan diriku adalah taujihat-taujihat robbani yang menyentuh hati dan perasaan. Sehingga tidak sedikit air mataku gugur menginsafi kekhilafan dan keterlanjuranku selama ini. Juga tersentuh dengan kesungguhan beliau memimpin dan meluruskan niat para pendukung fikrah ini di bumi tercinta.

Syeikh Hameed mengingatkan bahawa tarbiyyah itu berada pada satu horizontal dimana disatu hujung menyeimbangi satu hujung yang lain. Satu dinamakan tarbiyyah takwiniyah yang diwaktu yang lain para ikhwah menyebutnya dengan dakwah khosoh, dan satu tarbiyyah ijtima'iyah yang dalam satu ruang para ikhwah akan menyebutnya dengan dakwah 'ammah harakah zohiroh.

Kedua-dua aktiviti dakwah ini harus seimbang. Tidak boleh nanti misalnya ada seorang al-akh yang konsentrasi dengan aktivitas takwin tajnid tanfiz, membina, memenuhkan sof ini dengan tentera Allah yang tangguh tetapi kemudian tatkala diajak/diqororkan untuk menjadi penyanyi nasyid misalnya,dia engan, terus beliau ini dicop tidak ikhwan kerana tidak seimbang 'amal khos dan 'amal 'amnya.

Tetapi disaat yang lain, apabila seorang qiyadah yang mengepalai puluhan NGO, memegang jawatan didalam partai-partai tertentu, tetapi langsung tidak membina manusia, tidak ada binaan, dan tidak terbina , tidak ada seorangpun yang boleh mengangkat bicara denganya. Malah bagi sesetengah inilah ikhwan sejati.

Jadi mana keadilan?

Apabila 'ado dakwah yang memenuhi sof-sof tentera itu harus berubah, para qiyadahnya juga harus siap untuk berubah.

Harus adil meletakkan qoror. Tatkala jamaah menyorakkan yel-yel TARBIYYAH AWALLAN semua harus ikut andil membina "maksud tarbiyyah" ikhwan yang sebenar ini disetiap peringkat.

Saudaraku yang sama-sama mencari redha Allah

Diriku sangat yakin kedua-dua al-akh tadi ikhlas menjayakan program Allah. Kedua-duanya mengalami pengalaman tarbiyyah yang berbeza-beza walaupun kedua-duanya harus berubah. Tetapi nasihatku, berlaku adillah dalam meletakkan andaian bahawa ini ikhwan dan ini tidak ikhwan. Ini cara jemaah dan ini tidak cara jemaah. Di dalam kondisi di Malaysia sekarang, jemaah harus bijak menangani kepelbagaian tarbiyyah yang telah dilalui puluhan tahun oleh peribadinya. Yang bawah harus bijak menerima pengalaman tarbiyyah yang diatas, begitu juga yang diatas harus bijak menyelami hati dan perasaan serta pengalaman yang dibawah. Sekiranya ada suasana ini, diriku yakin, kita akan menjadi jemaah satu hati yang dianjurkan oleh Syeikh Ahmad Ar Rasyid.

Sekian
Wallahua'lam

Friday, September 24, 2010

Kes tanah Masjid Babri ditunda

2010/09/24

Penganut Hindu sudah letak berhala sambut 'kemenangan'

AYODHYA: Mahkamah India menangguhkan keputusan sama ada tapak Masjid Babri diserahkan kepada penganut Hindu bagi pembinaan Kuil Dewa Rama atau dikembalikan kepada umat Islam bagi membolehkan pembinaan semula rumah ibadat abad ke-16.

Mahkamah Agung memberi arahan itu dan akan mendengar rayuan status kawasan itu pada 28 September.

Apapun, penganut Hindu sudah membuat persiapan meraikan kemenangan. Dari jauh, kelihatan khemah berwarna putih yang menempatkan sebuah berhala bersaiz sederhana.
Tiada yang luar biasa dengan berhala itu jika dibandingkan dengan beribu-ribu lagi tempat suci penganut Hindu di bandar ini yang terkenal dengan kuilnya.

Tapak Masjid Babri di Ayodhya, 550 kilometer ke timur New Delhi, menjadi medan pertelagahan lebih 150 tahun lalu, apabila penganut Hindu mendakwa, masjid yang dibina pada 1528 oleh Maharaja Babur, didirikan di atas tempat kelahiran Dewa Rama.

Konflik tercetus pada 1949, apabila patung Rama diletakkan di dalam masjid. Penganut Hindu menuntut kebenaran beribadah di dalamnya, tetapi umat Islam membantah. Pada 1950, pertelagahan dibawa ke mahkamah.

Bagaimanapun, di kuil sementara yang dibina di atas sisa runtuhan masjid berkenaan adalah pusat pertelagahan agama yang menggegarkan India moden, selain menyebabkan keganasan berulang kali antara penganut Hindu dan Islam.

Pihak yang kalah dalam kes ini masih boleh merayu, sekali gus bermakna penyelesaian muktamad mungkin mengambil masa bertahun-tahun lagi apabila kebanyakan pihak yang membuat tuntutan kali pertama sudah meninggal dunia.

India terus dilanda kebimbangan, walaupun tiada isyarat keganasan kaum pada 1992 yang mengorbankan 2,000 orang dan tunjuk perasaan di Gujarat pada 2002 menyebabkan 1,000 orang maut akan berulang. AP

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KestanahMasjidBabriditunda/Article

Tuesday, September 21, 2010

Red Sea 'could have parted' for Moses

Moses might not have parted the Red Sea, but a strong east wind that blew through the night could have pushed the waters back in the way described in biblical writings and the Koran, U.S. researchers reported on Tuesday - Reuters

Computer simulations, part of a larger study on how winds affect water, show wind could push water back at a point where a river bent to merge with a coastal lagoon, the team at the National Center for Atmospheric Research and the University of Colorado at Boulder said.


"The simulations match fairly closely with the account in Exodus," Carl Drews of NCAR, who led the study, said in a statement.

"The parting of the waters can be understood through fluid dynamics. The wind moves the water in a way that's in accordance with physical laws, creating a safe passage with water on two sides and then abruptly allowing the water to rush back in."

Religious texts differ a little in the tale, but all describe Moses leading the Israelites out of Egypt ahead of a pharaoh's armies around 3,000 years ago. The Red Sea parts to let Moses and his followers pass safely, then crashes back onto the pursuers, drowning them.

Drews and colleagues are studying how Pacific Ocean typhoons can drive storm surges and other effects of strong and sustained winds on deep water.

His team pinpointed a possible site south of the Mediterranean Sea for the legendary crossing, and modeled different land formations that could have existed then and perhaps led to the accounts of the sea appearing to part.

The model requires a U-shaped formation of the Nile River and a shallow lagoon along the shoreline. It shows that a wind of 63 miles per hour, blowing steadily for 12 hours, could have pushed back waters 6 feet deep.

"This land bridge is 3-4 km (2 to 2.5 miles) long and 5 km (3 miles) wide, and it remains open for 4 hours," they wrote in the Public Library of Science journal PLoS ONE.

"People have always been fascinated by this Exodus story, wondering if it comes from historical facts," Drews said. "What this study shows is that the description of the waters parting indeed has a basis in physical laws."

Details of the model described can be seen at https://www2.ucar.edu/news/parting-waters-computer-modeling-applies-physics-red-sea-escape-route and http://www.plosone.org/article/info%3Adoi%2F10.1371%2Fjournal.pone.0012481.

(Editing by Jerry Norton)

source: http://uk.news.yahoo.com/22/20100921/tsc-environment-us-redsea-011ccfa.html

Tuesday, September 14, 2010

Dollar falls, gold soars on global economy jitters

AFP

LONDON (AFP) - – The dollar fell against the euro and gold prices rose as investors took stock of global economic prospects and sought refuge in assets seen as safe havens.

The US currency also tumbled against the yen and the Swiss Franc which -- like gold -- attracts investors as a sure bet in times of trouble.

The euro in late day trade was up to 1.3018 dollars from 1.2880 on Monday.

The dollar meanwhile was trading at 83.04 yen against 83.64 on Monday. But at one point the greenback plunged to 82.93 yen, its lowest reading since May 1995, after Prime Minister Naoto Kan easily overcame a challenge to his party leadership from veteran powerbroker Ichiro Ozawa.

The news led traders to buy the yen as they considered a win for Kan meant that any immediate intervention on the currency markets to stem the yen's rise was unlikely.

The dollar also fell to 0.9944 Swiss francs from 1.0076 on Monday.

The price of gold rose to 1,270.00-1,271.00 dollars an ounce

"Renewed sovereign debt concerns" have driven up gold, said Robin Bhar, senior metals analyst at Credit Agricole bank.

Fears of a resurgent eurozone debt crisis are likely to stunt European economic growth prospects this year, the EU warned on Monday.

"The global recovery is still expected to be uneven and is surrounded by major uncertainties," the European Commission said in its autumn forecast, citing "the resurfacing of global imbalances, high debt levels and lingering tensions in sovereign-debt markets."

Gold, whose two main drivers are jewellery and investment buyers, is also regarded as a good store of value in times of high inflation.

In another development, metals consultancy GFMS predicted that gold was set to reach a record high above 1,300 dollars an ounce this year.

"I think we could easily see gold spike comfortably above 1,300 dollars before the year's out," GFMS chairman Philip Klapwijk said in the independent group's latest annual survey of the precious metal.

"We'll probably get a fair bit of profit taking as we head into the New Year but I wouldn't take that as a sign that the party's over -- further gains in 2011 are far from out of the question."

The euro began the day by losing ground against the dollar after data showed a collapse in German investor confidence.

The euro stumbled as the ZEW institute's sentiment indicator for Europe's biggest economy plunged 18.3 points to minus 4.3 points in September -- its fifth consecutive monthly drop and its second unexpectedly sharp loss in a row.

Tuesday's survey "reflects the idea that growth in Germany is expected to fall back significantly during the next six months, following the exceptionally strong growth seen in the first half of the year," said ABN AMRO bank economist Aline Schuiling.

But sentiment shifted later in the day as the dollar came under pressure on macroeconomic concerns.

While US retail sales were reported to have risen for the second straight month in August, economists at Briefing.com warned that sales were "likely to remain weak for quite a while given the current trends in employment, and the negative wealth impact for depressed prices for homes and stocks."

In London on Tuesday, the euro changed hands at 1.3018 dollars against 1.2880 dollars on Monday, 108.07 yen (107.74), 0.8361 pounds (0.8347) and 1.2942 Swiss francs (1.2974).

The dollar stood at 83.04 yen (83.64) and 0.9944 Swiss francs (1.0076).

The pound was at 1.5572 dollars (1.5428).

Wednesday, September 08, 2010

AS tak dapat halang gereja bakar Quran

AS tak dapat halang gereja bakar Quran

2010/09/09

Tindakan boleh timbul kemarahan global


CARDINAL Theodore McCarrick (tengah) dan presiden Persatuan Islam Amerika Utara Dr Ingrid Mattson (kanan) serta beberapa pemimpin agama lain mengutuk meningkatnya sikap tidak tolerans terhadap Islam di sidang akhbar di Washington, semalam.

GAINESVILLE: Amerika Syarikat mendakwa tidak mempunyai kuasa menghalang sebuah gereja di Florida daripada membakar beratus-ratus al-Quran sempena ulang tahun 11 September walaupun bimbang ia boleh mencetuskan kemarahan masyarakat Muslim seluruh dunia.

Rumah Putih berkata ia berkongsi kebimbangan pemimpin tentera bahawa langkah oleh sebuah kumpulan pelampau Amerika Syarikat itu boleh mencetuskan kemarahan dari seluruh dunia Islam dan membahayakan nyawa tentera Amerika Syarikat.

“Ia meletakkan tentera kita dalam bahaya. Jelas sekali sebarang aktiviti serupa yang akan membahayakan tentera kita menjadi kebimbangan pentadbiran,” kata jurucakap Rumah Putih, Robert Gibbs.

Beliau mengulangi kenyataan oleh komander NATO dan pegawai tertinggi Amerika Syarikat di Afghanistan, Jeneral David Petraeus yang memberi amaran bahawa membakar kitab suci Islam itu akan membantu propaganda pemberontak di negara bergolak itu.

“Ia akan membahayakan tentera dan boleh membahayakan usaha kita secara keseluruhan,” kata Petraeus kepada akhbar The Wall Street Journal dalam komen yang disokong oleh ketua NATO, Anders Fogh Rasmussen.

Diplomat tertinggi Amerika Syarikat, Hillary Clinton mengutuk rancangan gereja itu yang disifatkan beliau sebagai perbuatan yang tidak menghormati dan memalukan.
Namun sebilangan kecil gereja Florida berikrar untuk menandakan ulang tahun kesembilan 11 September Sabtu ini dengan membakar al-Quran sebagai cara memperingati hampir 3,000 yang terbunuh akibat serangan al-Qaeda.

Walaupun pihak bomba menolak permohonan beberapa minggu lalu daripada seorang paderi, Terry Jones bagi mengadakan majlis pembakaran secara terbuka, polis tidak boleh campur tangan sehingga mereka betul-betul membakar Quran terbabit.

Malah penangkapan juga tidak boleh dibuat kerana ia bertentangan dengan ordinan tempatan di mana kes seperti itu hanya akan dikeluarkan denda dan amaran.

Jones berkata membakar al-Quran bertujuan memperingati mereka yang dibunuh dengan kejam pada 11 September dan untuk memberi amaran kepada kumpulan radikal Islam.

Langkah berkenaan menyusul tercetusnya sentimen Islamofobia berikutan rancangan membina sebuah pusat kebudayaan Islam di New York yang berhampiran dengan Ground Zero, tapak di mana pernah menyaksikan berdirinya Pusat Dagangan Dunia sebelum ia musnah dalam serangan 2001 berkenaan. – AFP

source:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AStakdapathalanggerejabakarQuran/Article

Tuesday, August 31, 2010

How to Catch a Liar

Are you being lied to? Find out how you can tell.

1. How is the person speaking?
Although a change in voice can be the tip-off to a lie, experts say that to be sure, you should also pay attention to a person's speech rate and breathing pattern -- if either speeds up or slows down, chances are you're not hearing the whole truth.

2. What is the person saying?
Liars tend to avoid exclusionary words like "but," "nor," "except," and "whereas," because they have trouble with complex thought processes. Liars are less likely to use the words "I," "me," and "mine." In their attempts to distance themselves psychologically from their tall tales, liars will tend to communicate using fewer personal pronouns.

3. Is his face giving it away?
You may think disguising your true feelings is easily accomplished with the help of a smile, but the expressions that flash across your face will give away what you're really thinking -- whether you know it or not. Experts advise paying close attention to the micro-expressions that a face can't hide. These clues are often so difficult to detect that even trained experts have trouble discerning them.

PLUS: 13 Things Your Bartender Won't Tell You

4. How is the person smiling?
A smile can sometimes mask a person's true feelings. Pay close attention to how a person smiles as well as other facial movements. You may be able to detect the emotions he or she is trying to hide -- such as fear, anger, and disgust. A true smile will incorporate both a person's lips and eyes.

5. Does the body language follow the story?
It's more important to examine a person's entire demeanor, as there's no one feature that's apt to give away a liar. Honesty is characterized by features that are in sync with one another -- so besides posture, note the fit between face, body, voice, and speech.

PLUS: 20 Secrets Your Waiter Won't Tell You

6. Is your subject behaving uncharacteristically?
Experts believe changes in a person's baseline -- how she generally conducts herself -- are worthy of your attention. You should weigh rate of speech, tone of voice, posture, and hand gestures against what you know, along with the context of the situation.

7. Is the question simple or embarrassing?
It's normal for someone to look away when asked a difficult question. But when someone avoids your gaze when asked a simple question, you should be suspicious.

Adapted from Quiz: Can You Spot a Liar?

source: http://shine.yahoo.com/channel/life/how-to-catch-a-liar-2300810/#poll-C926B9A6965B11DF88C4EE5DB10B4572

Wednesday, August 25, 2010

FELDA diperintah bayar RM11 juta kepada 354 peneroka

FELDA diperintah bayar RM11 juta kepada 354 peneroka


2010/08/26
PUTRAJAYA: Felda tiada pilihan kecuali membayar RM11 juta ganti rugi kepada 354 peneroka sebagai bayaran bagi buah kelapa sawit selepas Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya supaya mahkamah yang sama menyemak semula keputusannya pada 19 Januari lalu yang tidak membenarkan agensi itu merayu.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sherif, yang mengetuai panel tiga hakim, menolak permohonan FELDA berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang mengetepikan permohonan FELDA membuat rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu supaya agensi itu membayar RM7.8 juta ganti rugi dan faedah kepada peneroka itu.

Panel hakim, yang turut terdiri Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Hashim Yusoff dan Datuk Seri Md Raus Sharif, mendapati mahkamah itu tidak dapat membenarkan permohonan itu kerana ia tidak mempunyai bidang kuasa menyemak semula keputusan awalnya.

Mahkamah juga memerintahkan Felda membayar kos perundangan sebanyak RM20,000.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu memerintahkan FELDA membayar RM7.8 juta bersama faedah kepada peneroka itu selepas peguam agensi itu gagal hadir di mahkamah semasa saman itu didengar, dan mahkamah membuat keputusan memihak kepada peneroka selepas mendengar keterangan saksi-saksi mereka.

Jumlah itu kemudiannya meningkat kepada RM11 juta bersama faedah terkumpul. Setiap peneroka dianggarkan akan menerima RM30,000 sebagai ganti rugi.

Mereka menyaman FELDA bagi menuntut antara RM20,000 dan RM30,000 setiap seorang sebagai ganti rugi am kerana mendakwa agensi itu telah memberikan nilai yang rendah terhadap mutu buah kelapa sawit yang mereka hasilkan antara 1996 dan 2002 sehingga menyebabkan kerugian kepada mereka.
Mereka menamakan FELDA, pengurus FELDA Kemahang 3 Ibrahim Ismail (yang telah meninggal dunia) dan FELDA Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.

Seramai 100 peneroka hadir di mahkamah hari ini.

Mereka diwakili sepasukan peguam diketuai Wan Rohimi Wan Daud manakala Felda diwakili peguam Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin. - Bernama

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/FELDAdiperintahbayarRM11jutakepada354peneroka/Article

Wednesday, June 02, 2010

Israel attacks Gaza aid fleet

Israel attacks Gaza aid fleet




Al Jazeera's report on board the Mavi Marmara before communications were cut

Israeli forces have attacked a flotilla of aid-carrying ships aiming to break the country's siege on Gaza.

At least 19 people were killed and dozens injured when troops intercepted the convoy of ships dubbed the Freedom Flotilla early on Monday, Israeli radio reported.

The flotilla was attacked in international waters, 65km off the Gaza coast.

Avital Leibovich, an Israeli military spokeswoman, confirmed that the attack took place in international waters, saying: "This happened in waters outside of Israeli territory, but we have the right to defend ourselves."

Footage from the flotilla's lead vessel, the Mavi Marmara, showed armed Israeli soldiers boarding the ship and helicopters flying overhead.

Al Jazeera's Jamal Elshayyal, on board the Mavi Marmara, said Israeli troops had used live ammunition during the operation.


The Israeli military said four soldiers had been wounded and claimed troops opened fire after "demonstrators onboard attacked the IDF Naval personnel with live fire and light weaponry including knives and clubs".

Free Gaza Movement, the organisers of the flotilla, however, said the troops opened fire as soon as they stormed the convoy.

Our correspondent said that a white surrender flag was raised from the ship and there was no live fire coming from the passengers.

Before losing communication with our correspondent, a voice in Hebrew was clearly heard saying: "Everyone shut up".

Israeli intervention

Earlier, the Israeli navy had contacted the captain of the Mavi Marmara, asking him to identify himself and say where the ship was headed.

Shortly after, two Israeli naval vessels had flanked the flotilla on either side, but at a distance.

Organisers of the flotilla carrying 10,000 tonnes of humanitarian aid then diverted their ships and slowed down to avoid a confrontation during the night.

They also issued all passengers life jackets and asked them to remain below deck.

Al Jazeera’s Ayman Mohyeldin, reporting from Jerusalem, said the Israeli action was surprising.

"All the images being shown from the activists on board those ships show clearly that they were civilians and peaceful in nature, with medical supplies on board. So it will surprise many in the international community to learn what could have possibly led to this type of confrontation," he said.

Meanwhile, Israeli police have been put on a heightened state of alert across the country to prevent any civil disturbances.

Sheikh Raed Salah,a leading member of the Islamic Movement who was on board the ship, was reported to have been seriously injured. He was being treated in Israel's Tal Hasharon hospital.

In Um Al Faham, the stronghold of the Islamic movement in Israel and the birth place of Salah, preparations for mass demonstrations were under way.

Protests

Condemnation has been quick to pour in after the Israeli action.

Mahmoud Abbas, the Palestinian president, officially declared a three-day state of mourning over Monday's deaths.

Turkey, Spain, Greece, Denmark and Sweden have all summoned the Israeli ambassador's in their respective countries to protest against the deadly assault.
Worldwide outrage has followed the deadly Israeli attack of Gaza aid convoy [AFP]

Thousands of Turkish protesters tried to storm the Israeli consulate in Istanbul soon after the news of the operation broke. The protesters shouted "Damn Israel" as police blocked them.

"(The interception on the convoy) is unacceptable ... Israel will have to endure the consequences of this behaviour," the Turkish foreign ministry said in a statement.

Ismail Haniya, the Hamas leader in Gaza, has also dubbed the Israeli action as "barbaric".

Hundreds of pro-Palestinian activists, including a Nobel laureate and several European legislators, were with the flotilla, aiming to reach Gaza in defiance of an Israeli embargo.

The convoy came from the UK, Ireland, Algeria, Kuwait, Greece and Turkey, and was comprised of about 700 people from 50 nationalities.

But Israel had said it would not allow the flotilla to reach the Gaza Strip and vowed to stop the six ships from reaching the coastal Palestinian territory.

The flotilla had set sail from a port in Cyprus on Sunday and aimed to reach Gaza by Monday morning.

Israel said the boats were embarking on "an act of provocation" against the Israeli military, rather than providing aid, and that it had issued warrants to prohibit their entrance to Gaza.

It asserted that the flotilla would be breaking international law by landing in Gaza, a claim the organisers rejected.

Monday, May 24, 2010

Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa...

Ini kesan kemenangan tanpa pembinaan diperingkat sya'bi

Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I City?
http://iskandar56100.blogspot.com/

Ketika di dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke rumah, saya telah mendapat panggilan telefon dari Setiausaha PAS Selangor, Sdra Khairuddin Othman, memberitahu bahawa seorang ahli Parlimen mendakwa Mesyuarat Exco telah meluluskan 10 lesen judi untuk I City dekat Shah Alam. YB itu mempersoalkan peranan Exco-Exco PAS. Kenapa tidak membangkang?

Di sini saya ingin menjelaskan Mesyuarat Exco tidak pernah meluluskan lesen-lesen judi untuk I City. Untuk sebulan lepas, Exco ada membincang tentang judi tetapi bukan untuk meluluskan lesen-lesen judi. Lesen judi adalah kuasa kerajaan Persekutuan.

Saya pun hairan macam mana ada yang membuat pelbagai andaian walhal minit-minit adalah rahsia. Ianya dimusnahkan selepas mesyuarat. Sebelum ini ada seorang ahli Parlimen mendakwa bahawa Exco PAS Selangor Dato Hasan Ali tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat. YB itu bercakap seolah-olah dia hadir di dalam mesyuarat. Begitulah manusia!

Berbalik kepada judi, saya ada bangkitkan tentang kedai nombor yang dilanggani umat Islam. Ini selepas PAS Pandan telah membuat Ops Kasih di luar kedai nombor Angsana Hilir.

Menteri Besar pula telah mencadangkan agar lesen premis tidak diberi oleh PBT kepada kedai-kedai di kawasan majoriti Islam. Menteri Besar juga mencadangkan agar tidak ada lagi lesen premis baru untuk kedai nombor atau kedai ekor.

Tidak ada agenda untuk meluluskan lesen judi tambahan. Cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan hingga jam 3 pagi pun ditentang oleh Exco-Exco PAS ini pula 10 lesen judi baru di Shah Alam atau dengan lebih tepat lagi I City.

Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa. Apa tidaknya lesen judi memang dari Persekutuan tetapi lesen premis dari PBT. Kalau PBT tidak memberinya maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor. Kalau semua ahli-ahli Majlis sepakat untuk tidak membenarkan lesen premis maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor.

Ketika kita menentang judi bolasepak, kita ditempelak oleh UMNO yang berkata, 'Bila nak tutup kedai ekor di Selangor'. Memang payah untuk menjawab. Tapi hidup ini bukan mudah.

Inilah juga realiti demokrasi. Itu sebab ada yang berkata demokrasi tidak syar'ie. Tapi kita tidak beriman dengan demokrasi. Ianya sebagai satu jalan untuk mendapatkan kuasa, walaupun sedikit kuasa Telah ada banyak keuntungan kepada umat Islam dan perkembangan Islam di Selangor. Adakah ahli-ahli mahu kita mengangkat kaki dan menjadi penonton sahaja? Adakah saya bercakap seperti UMNO? Menghalalkan cara? Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Tapi PAS tetap menentang arak dan judi. Exco, ADUN dan ahli Majlis bercakap dengan lantang tentangnya. Kita bukan seperti UMNO yang membisu tentang perkara-perkara itu. Atau menghalalkannya.

Ingat kes rampasan arak di 7-11? Siapa yang bersuara kalau tidak PAS. Atau kuasa diberi kepada pegawai-pegawai Masjid untuk menangkap orang Islam meminum arak di khalayak ramai. Bukankah Exco PAS mengumumkannya? Tetapi ada pula orang PAS termasuk YB yang tidak setuju.

Setiap parti ada matlamat masing-masing. DAP mahu pilihanraya kerajaan tempatan walaupun ia tidak pernah ada dalam manifesto PAS. Akhirnya cadangan itu diluluskan oleh sidang DUN Selangor. PAS pun ada matlamat.

Pernah saya tulis sebelum ini, saya kagum dengan politik baru di Britain. Walaupun saya tinggal hampir 10 tahun di sana dan membenci Konservatif seperti membenci UMNO tetapi kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat patut membuka mata kita. Ia persefahaman dan pakatan yang penuh tolak ansur.

Contohnya ia memberi kebenaran kepada ahli-ahli Parlimen Liberal Demokrat untuk tidak mengundi menyokong kerajaan dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan manifesto mereka. Walaupun ketua Liberal Demokrat, Nick Clegg, adalah Timbalan Perdana Menteri namun mereka boleh tidak menyokong kerajaan. Dua perkara tersebut adalah tenaga nuklear dan yuran IPT.

Ada banyak lagi yang membuka mata kita. Begitulah kematangan politik di sana.


Iskandar Abdul Samad
ADUN Chempaka.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26741:-betulkah-selangor-luluskan-10-lesen-judi-untuk-i-city&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Friday, May 21, 2010

'Boleh kritik di Sudut Pidato'

'Boleh kritik di Sudut Pidato'


2010/05/22

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi memberi jaminan tiada tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang memberikan pandangan kritis, termasuk mengkritik dasar kerajaan atau universiti, ketika berpidato di Sudut Pidato institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pandangan mahasiswa sekali pun berbeza dengan dasar harus dihormati kerana mereka mungkin ada pertimbangan dan rasional tersendiri dalam menilai suatu perkara atau isu.

Justeru, beliau mengingatkan pihak universiti tidak bersikap terlalu `keras’ dalam membuka peluang berpidato itu dan jangan sewenang-wenang mengenakan tindakan tata tertib serta melabel mahasiswa yang meluahkan pandangan berbeza sebagai golongan berhaluan kiri mahu pun antikerajaan.

“Saya memberi jaminan pihak universiti tidak akan, malah mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan, selagi mahasiswa yang berpidato tiada melakukan perbuatan menghasut yang jelas melanggar undang-undang.

“Kita mesti menghidupkan budaya berfikiran kritis di kampus, satu daripada tujuh kemahiran insaniah yang penting untuk dikuasai oleh mahasiswa sebagai pemimpin pelapis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kebimbangan dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan tidak berminat berpidato adalah antara sebab Sudut Pidato di IPTA mendapat sambutan dingin mahasiswa.

Perkara itu didedahkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mendakwa pihak Hal-Ehwal Pelajar (HEP) IPTA juga akan menganggap mahasiswa yang berpidato isu sensitif sebagai penyokong pembangkang.
Dalam konteks ini, Saifuddin turut menasihatkan pihak universiti tidak mengenakan pelbagai syarat yang boleh menyebabkan mahasiswa berasa dikekang untuk berpidato.

Sebagai contoh, beliau berkata, universiti tertentu mensyaratkan mahasiswa mendaftar diri, malah ada yang meminta teks ucapan untuk tujuan saringan, sebelum mereka dibenar menggunakan Sudut Pidato.

“Semua ini tidak perlu, sebaliknya pihak universiti harus memberi sedikit kepercayaan bahawa mahasiswa akan bertanggungjawab (ketika berpidato).
Mahasiswa boleh mengeluarkan pandangan berbeza dan pendapat mereka itu boleh dibalas balik oleh mahasiswa lain yang tidak bersetuju melalui pentas Sudut Pidato,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak berhasrat untuk mengeluarkan pekeliling khusus atau mengadakan perjumpaan khas dengan IPTA.

sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan mahasiswa dan pentadbir universiti selaras kuasa autonomi yang diberikan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian itu akan bekerjasama dengan kerajaan Perak untuk membangunkan bandar raya Ipoh sebagai sebahagian daripada hub pendidikan tinggi di negara ini.

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BolehkritikdiSudutPidato_/Article

Thursday, May 20, 2010

Bayi tiga bulan maut tercekik susu

Bayi tiga bulan maut tercekik susu
Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my
2010/05/20




NOOR SARIMA menunjukkan gambar Aqil Adam yang meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat jagaan, semalam.


Doktor sahkan mangsa alami pendarahan otak

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tidak menyangka perasaan berat hati dan tangisan anak sulung berusia tiga tahun ketika dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak di Taman Impian Emas di sini, petanda beliau kehilangan bayi yang juga anak bongsunya berusia tiga bulan selepas dipercayai mati akibat tersedak susu.

Lebih menyedihkan Noor Sarima Ruslan, 28, bayinya, Aqil Adam Azrul sempat dua kali bernafas ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran pusat jagaan berkenaan, walaupun sebelum itu dia dimaklumkan sudah tidak bernafas.
Noor Sarima ketika ditemui Berita Harian di rumahnya, berkata Isnin lalu, anak sulungnya, Amirul Adam menangis ketika dihantar ke pusat jagaan itu pada sebelah pagi seperti baru pertama kali berada di situ tetapi beliau membuang segala prasangka buruk dan menganggapnya perkara biasa.
Sangkaan itu menjadi kenyataan apabila menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 2 petang sebelum bergegas ke sana.

“Ketika sampai, saya dapati Aqil Adam dalam keadaan lemah manakala muka dan bibirnya pucat, sebelum saya membawanya ke klinik berhampiran.

“Doktor kemudian memberikan bantuan pernafasan, selepas lebih 10 minit, beliau menyatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan lewat dihantar untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, beliau diberitahu seorang penjaga di situ kejadian berpunca akibat anaknya dihempap bayi lain di pusat jagaan berkenaan.
“Seorang lagi penjaga mendakwa dia meninggal anak saya untuk membuat susu sebelum datang semula dan mendapati bayi saya tidak lagi bernafas. Saya tidak tahu mana yang betul... laporan bedah siasat hospital pula menyatakan anak saya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, “ katanya.

Sementara itu, suami Noor Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata beliau tidak akan lagi menghantar anaknya ke mana-mana pusat jagaan selepas ini, kerana trauma dengan kejadian yang menimpa.

“Apa yang saya kesalkan ialah tindakan pusat jagaan yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil untuk mendapatkan rawatan segera selepas tidak sedarkan diri akibat dihempap bayi lain, ” katanya.

Tuesday, May 18, 2010

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

BERITA OF THE DAY , macam battle of the day

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran


2010/05/19
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat.

source: BHONLINE

Wednesday, May 12, 2010

The UK's coalition challenge




Brown goodbye

Standing outside the prime minister's residence on Tuesday, alongside his wife Sarah, Brown wished "the next prime minister well as he makes the important choices for the future".
Brown wished Cameron well as he left office on Tuesday [EPA]

"Only those who have held the office of prime minister can understand the full weight of its responsibilities and its great capacity for good," he said.

Brown said he had "loved the job, not for its prestige, its titles and its ceremony, which I do not love at all", but "for its potential to make this country I love fairer, more tolerant, more green, more democratic, more prosperous, more just - truly a greater Britain".

After his farewell remarks, he went to Buckingham Palace where Queen Elizabeth II accepted his resignation.

He then went to Labour's headquarters, where he told staff that his deputy, Harriet Harman, would serve as interim Labour leader until the party formally chooses a new leader.

Mahar Cinta

Tuesday, May 11, 2010

Tiada Kata Secantik Bahasa

Thursday, April 29, 2010

Poem (pom)

That's why odissies (i might wrong with the spelling)
in one of the shakepears place said to the Greeks

it is by our weakness the TROYS stand NOT
by their strength

and that's the reality

it is by the weakness of the people of TRUTH
the people of falsehood stand
NOT by their strength
because falsehood has NO strength
but when the people of TRUTH are weak
then a rabbit (from AR RUMI poem)
can hold a lion captive

Hamza Yusuf

Wednesday, April 28, 2010

Bahtera Perubahan VS Tradisi Pondok

Bismillah

saya mempunyai latarbelakang pengajian "agama" yang agak naif. saya tidak melalui satu sistem pendidikan formal "agama" sepertimana kebanyakan "orang agama" lalui.
saya hanya belajar mingguan dan bulanan, mengambil kursus-kursus tambahan selama sebulan, dua bulan dan tiga bulan lebih, menelefon, email dan merujuk secara intensif guru-guru yang membimbing saya

saya mungkin boleh menulis beberapa nama mereka (guru-guru saya)

1. Ust Dr.Attabiq Lutfi, degree Madinah, Master UKM dan PHD UKM
2. Ust Dr. Abd Hamid, degree Al Azhar, Master UM, PHD UM
3. Ust Usman Jakfar, degree Madinah, Master UIA, ongoing PHD (mungkin dah selesai)
4. Ust Urwatul Wusqo, degree Madinah, Master UIA
5. Ust Azzam, Pakistan, Degree Yaman
6. Ust Ismail, Degree Sudan
7. Ust Fairuz, Degree Madinah
8. Tuan Guru Hj. Salleh, Pondok Sik Kedah
9. Tuan Guru (Baba) Hamid, Pondok Seligi, Pasir Putih Kelatan
10. Reference from Zaytuna Institute, Syeikh Hamza Yusuf
11. Reference from Islamonline.net, Syeikh Dr. Yusuf Al Qordowi

pada perbincangan kali ingin saya ingin memberi sedikit ulasan peribadi kepada dua aliran pemikiran yang kini saling serang menyerang antara satu sama lain. Kalau dahulu kita biasa dengar serangan bidaah, sesat,tidak salaf, bidaah fi annar, kini kita mendengar pula golongan ahbash, kafir wahabi, kafir salafi,tidak nusantara dan sebagainya sehingga sebahagian yang lain saling membentak sebahagiannya di dalam forum, debat, seminar yang mereka anjurkan.

kekadang rasa pilu dihati. perbalahan yang telah wujud berpuluh-puluh tahun malahan beratus-ratus tahun tidak juga reda, tapi makin hari makin menjadi jadi.

PERSEKITARAN UNIVERSITI

saya melihat satu aliran yang meng"claim" diri mereka membawa manhaj salaf, mereka ini mempunyai wawasan ilmu yang cukup luas. kajian mereka cukup "meratai" sehingga mereka menjelalah ke setiap cabang ilmu (yang diluar dari kajian ilmu syariah termasuk ekonomi, sosio politik, sains, sosio budaya dll). Hujah mereka cukup kuat dan intelektual, bagaimanapun kadang kala mereka memandang sepi ilmu dan tradisi ilmu yang lahir dari sistem pengajian pondok. Barang diingat, ilmu mereka di universiti diatur mengikut silibus dan disukat (sukatan pelajaran). Mereka tidak melalui displin pengajian pondok yang memahami kitab dari kulit ke kulit. Di universiti mereka mengambil khulasoh dari satu kitab yang tidak diajar habis oleh dosen/pensyarah mereka. Ketika membuat kajian, mereka kadang kala "quote" beberapa perenggan di dalam "banyak kitab" kemudian "memasukkan" di dalam thesis. Kadang kala, hanya google out cut and paste. Kemudian dengan menghafal beberapa perenggan kitab, ayat alQuran dan hadis, mereka sudah pandai berhujah dan berpidato, meng "i'tirod" ulama' ulama' muktabar (seperti imam syafie) dan memudahkan hukum,fatawa dan ijtihad-ijtihad mereka.

Justeru perkara ini dipandang "jijik" oleh intelektual-intelektual pondok dimana mereka menganggap, ulama' ulama' dahulu baik yang dinusantara mahapun ulama' ulama' kemudian menjalani satu displin ilmu yang cukup ketat, menjelajah ke seluruh pelusuk dunia, menghafal ribuan malahan jutaan hadis, menghafal al-Quran, berguru dengan ratusan guru-guru mursyid dan pelbagai lagi jihad mereka menuntut ilmu

mereka juga tidak minhaji dalam uslub dakwah, membawa perkara-perkara baru dalam masyarakat dengan pendekatan yang tidak lunak, tidak ada mahawir (tahap/fasa) dalam dakwah begitu ekslusif sehingga memandang perkara tradisi melayu secara sinis (yang sebenarnya tidak bercanggah dengan adab dan budaya islam, tidak bercanggah dengan syarak) dan dipermain-mainkan sehingga mereka digelar wahabi walaupun Syeikh Wahab sendiri adalah orang yang jujur dalam melakukan tajdid dan tidak berkompromi dengan penjajah pada waktu itu.

mereka mengaku membawa manhaj salaf tetapi tidak membawa manhaj dakwah mereka, hanya tertumpu kepada persoalan fiqh. tidak mengkaji manhaj haraki (feqah gerakan/manhaj dakwah mereka) tidak mengkaji strategi politik mereka.

kita selalu menyelongkar semua persoalan-persoalan feqah yang telah dibincang lama oleh ulama' silam, tanpa kita sedari, masyarakat di depan kita, tidak solat pun, remaja kita berdondang sayang bersepah zina di mana-mana jadi bagaimana membina bina cabang di atas lahan atau batas yang buruk/busuk. tolonglah fahami, kaji tulisan tentang mehwar da'wah, marhalah da'wah, ma'na dakwah.

salah satu sifat Rasulullah yang dibincangkan oleh Ulama harakah adalah waqi'iyah
Rasulullah dan kebanyakan Rasul hidup dalam situasi kaumnya. Kita biasa mendengar perkataan para Rasul Ya Qaumi, Ini Rasulullahi Ilaikum, Ya Abati. Menunjukkan betapa mereka masuk dalam situasi umat, mereka berada bersama kaumnya menuturkan bahasa-bahasa lembut dan lunak. kita semua tahu sirah nabi Allah musa, perintah Allah supaya berkata lembut "qaulan layyinan" dihadapan Firaun yang digelar TOGHUT. Siapa lagi yang lebih toghut sepanjang zaman melainkan Firaun yang menggelar dirinya ROBB "Anna ROBBUKUM Al A'LA" . Dengan orang super zolim inipun Allah masih memerintah Nabi Allah Musa supaya berkata lembut. Adakah kita sebaik Nabi Allah Musa yang digelar Allah Qowiyul Amin, orang yang dapat berbicara dengan Allah (Kalimullah), dan siapa orang yang kita tegur, adakah setoghut Firaun. Allahuakbar

Ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah. Siryah dakwah, Siryah tanzim, Jahar dakwah Siryah tanzim, Jahar dakwah Jahar tanzim. kalaulah tujuan Rasulullah diutusan untuk mengkafirkan dan membidaahkan, pada awal-awal lagi Rasulullah sewaktu di Mekah telah mengkafirkan, mengkhurafatkan, membidaahkan semua manusia di bumi Mekah.

PERSEKITARAN PONDOK

Manakala aliran pondok pula, mereka meng"claim" membawa manhaj ulama' ulama' terkemudian (kholaf). Pelbagai perkara saya tertarik dengan sistem pondok antaranya

1. hormat kepada tuan guru

tuan ibarat ayah mereka (dikalangan guru ada yang digelar tok ayah). wajah bersih tuan guru kadang kala mengingatkan diri yang penuh dosa dan noda. nasihat-nasihat tok ayah yang kadang kala mudah tetapi cukup terkesan. Tuan guru tidak pernah meminta sesen pun duit dari pelajar-pelajar. Saya tegaskan lagi tidak pernah walau sesen pun. Kehidupan cukup sederhana dan hanif. Tuan guru menyampai ilmu tanpa jemu (biasa jemu adalah pelajar-pelajarnya) seawal subuh sehingga selesai solat isya' (dilewatkan sehingga jam 9). Tiap-tiap hari, dan hanya cuti ketika bulan Ramadhan. Disebabkan sikap itu pelajar-pelajar pondok cukup menyayangi guru mereka dan cukup sensitif apabila guru mereka dicerca dan dihina. Mereka juga sanggup "khidmah" kepada Tuan Guru membawa air, bercucuk tanam, membetul rumah atas rasa hormat dan sumbangan ke atas jasa guru mereka.

2. sistem talaki dan bersanad serta syahadah

Di pondok, ada Tuan Guru yang mendapat sanad dan syahadah langsung daripada pengarang kitab. Kitab HIKAM, kitab BAKURAH dsb dipelajari secara bersanad. Mereka juga membiasakan men "dobe' " (menulis setiap perkataan guru) agar tafsiran kitab tidak lari dari kehendak penulis asal (dipanggil musonnih). Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika Tuan Guru mengijazahkan syahadahnya kepada anak murid. Menitik air mata gembira kerana selama hampir setahun akhirnya kitab tadi habis ditalaki.

3. ilmu nahu sorof yang mantap

Di pondok juga, pelajar-pelajarnya menjalani satu displin ilmu bahasa arab yang cukup ketat. Ke semua kitab nahu seperti matan al jurumiah (ini basic) dan kita sorof (matan bina) serta kitab-kitab nahu yang kesemuanya berjumlah berbelas-belas perlu di"master" kan. Tidak hairan kita melihat mereka mengi'rab kitab arab dengan begitu hebat

4. ilmu2 alat yang lain

Selain itu, displin ilmu alat yang lain juga harus di "master" kan . Ilmu seperti balaghah, mantik dan sebagainya dipelajari secara intensif, juga melalui kajian kitab dari kulit ke kulit.

5. belajar sehingga 7-15 tahun baru keluar ke masyarakat

tradisi pendidikan di pondok adalah tradisi pendidikan yang begitu berdisplin. pelajar-pelajar yang baru masuk menjalani pelbagai jenis bentuk pendidikan baik yang formal mahupun tidak formal. Pendidikan formal seperti pendidikan alquran, pendidikan nahu sorof, pendidikan akidah, feqah dan lain-lain lagi, manakala pendidikan tidak formal seperti gotong royong membina pondok, membina tali air, menggali perigi, memasak nasi, membersih surau dan sekitar kawasan pondok. Kedua-dua jenis pendidikan ini harus dijalani oleh seseorang pelajar selama hampir 7 tahun dan kemudian barulah mereka dibenarkan untuk keluar dan memberi pengajian kepada masyarakat.

6. tok guru belajar sehingga 40 tahun

Tuan Guru Hj Salleh yang saya kenal belajar di Mekah al-Mukarramah selama hampir 40 tahun. Beliau sudah ke Mekah sejak dari usia remaja lagi, meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara. Tidak hairan Tuan-Tuan Guru ini mempunyai keluasan pemahaman terhadap ilmu Islam. Bahkan mereka juga boleh membaca pergerakan politik negara dan kadang-kala turut bersama membantu memenangkan gerakan-gerakan Islam walaupun diantara mereka banyak kurang bersetuju dengan pendekatan masing-masing

7. usaha sendiri bangun pondok

Satu lagi perkara yang sangat istimewa di pondok adalah pelajar-pelajarnya cukup tinggi dalam ilmu kemahiran hidup seperti bertukang, bercucuk tanam dan sebagainya. Ilmu pertukangan yang mereka miliki menyebabkan mereka boleh membina dan membangun pondok mereka sendiri tanpa perlu membuka tendenr atau mencari kontraktro luar. Kadang-kadang khidmat pelajar pondok pula digunakan oleh masyarakat tempatan untuk membantu membina rumah-rumah mereka dan walhasil pelajar-pelajar pondok mendapat sedikit wang belanja dari kerja tersebut. Setelah pondok siap, kerja-kerja elektrikal ( internal wiring) juga dilakukan oleh mereka sendiri seperti wiring lampu,wiring power point dan wiring kipas. Setelah itu sistem piping ke semua pondok-pondok juga di engineer oleh mereka. Di pondok tempat saya belajar, mereka membuat sistem paip mereka yang bersumberkan dari air bukit berhampiran. Mereka menuju kepuncak bukit, membuat sedikit empangan lalu mereka membina sistem paip dari atas bukit dan mengumpulkannya di dalam satu tangki besar di kawasan pondok. Mereka mengetahui jenis-jenis dan kekuatan paip yang mesti digunakan mengikut jarak agar tekanan air yang betul dapat membawa air hingga ke bawah tanpa perlu sistem janakuasa yang besar.

8. begitu menghormati ilmu, wudhuk, susunan kitab , AlQuran diatas, Hadis,
diikuti kitab-kitab muktabar, buku-buku rujukan, dan buku-buku catatan

sewaktu awal belajar di pondok, saya ditegur oleh rakan sepondok saya (orang lama di sana dan merupakan setiausaha majlis syura). kesalahan saya adalah meletakkan pensel di atas kitab. dari situ saya begitu berhati-hati dengan hal tersebut. Mereka juga menegah kita meletakkan buku-buku catatan kelas di atas kitab-kitab pengajian. Di dalam pondok mereka menyusun kesemua rujukan dan sumber-sumber utama Islam secara tertib di rak buku. Di tingkat atas adalah Al-Quran & tafsir Al-Quran, kemudian diikuti Kitab Hadis, selepas itu kitab-kitab ilmu lain seperti aqidah, feqah, tasauf, nahu sorof dan seterusnya.

Begitulah suasana pembelajaran dan tradisi pengajian pondok. Bagaimanapun ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju. Dalam approach pendidikan aqidah, ilmu kalam diangkat sebagai metodologi pengajaran akidah di pondok-pondok. Ilmu kalam mengkehendaki setiap pelajar menguasai Hukum Akal. Saya menyamakan pengajian ini seperti hipotetikal studi di universiti. Dimana ada premis-premis yang dinyatakan sebelum sampai kepada hipotesis.

Penggunaan hukum akal dikatakan perlu dibuktikan dengan hukum naqli yang seperti kaedah. Contohnya ketika menyatakan sifat Allah, tidak sama dengan benda yang paling kecil (dinamakan jauhar firid). Benda yang paling halus di dalam kitab-kitab lama dicontohkan dengan habuk-habuk yang kita lihat tatkala terkena pancaran matahari. Kemudian, ustaz-ustaz mutaakhir ini mencontohkan dengan atom. Tetapi saya maklumkan, Prof. Leon nobel laureate telah menjumpai benda yang paling kecil dan paling halus dinamakan "bottom quark", jadi memahami sains semasa juga membolehkan kita memahami kebesaran Allah, tidak semestinya perlu menekuni kitab-kitab kuning sahaja (dan menyalahkan perkembangan-perkembangan ilmu akidah melalui sains). Kebanyakkan contoh-contoh hukum akal mereka telah dibatalkan oleh hukum sains. Sebagai contoh, Allah tidak boleh disamakan dengan apa-apa juga jirim iaitu bertempat, dan jirim adalah benda yang boleh diletakkan sesuatu sebagai contoh warna diletakkan pada benda. Saya membetulkan ilmu mereka dengan mengatakan, warna tidak terletak pada benda, kehadiran warna adalah disebabkan oleh prisma cahaya, tanpa prisma cahaya warna tidak boleh wujud. Mereka sekali lagi merasa sedikit ketinggalan dalam ilmu-ilmu moden. Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya nyatakan (kerana saya telah menulis hampir satu buku catatan pengalaman di pondok) tetapi cukuplah sekadar ini di dalam blog saya dan mungkin saya akan menulis sebuah buku berkaitan pondok vs bahtera pembaharuan ini di dalam sebuah buku yang lain.

selain itu mereka juga mengkafirkan ibn taimiyyah kerana bagi mereka aqidah ibn taimiyyah telah terbatal tatkala beliau menyatakan "Allah menuruni arasy/singgahsananya seperti aku menuruni membar ini". Saya tidak pasti dari sumber mana perkara ini diambil tetapi sesuatu yang perlu kita ketahui sumbangan syeikul islam ibn taimiyyah di dalam dunia intelektual islam cukup tidak terkira. Ambil sahaja contoh buku fatawa ibn taimiyyah sahaja sudah dijadikan rujukan oleh berjuta-juta doktor falsafah dan professor di dunia ini.

mereka juga agak tidak waqi'iy dalam menurunkan hukum. saya agak terkejut apabila masih terdengar fatwa memakai tie itu haram.

selain itu, cerita-cerita israiliyat terlalu banyak di dalam kitab-kitab mereka. kisah nabi-nabi yang tidak tahu dari sumber mana diceritakan melampau-lampau. kisah-kisah nabi Allah sulaiman, kisah nabi hidir yang boleh menyerupai pelbagai jenis bentuk masih kedengaran. mereka mengatakan bahawa perkara ini benar-benar wujud, tetapi bagi saya selagi tiada nas yang qat'e saya hanya bertawaquf dalam perkara ini. cerita-cerita karamah, walaupun kita mengimani cerita-cerita itu ada dan terjadi dikalangan para sahabat pun, tetapi kadang kala diceritakan keterlaluan sehingga menidakkan sirah Rasulullah saw yang menjalani fasa dakwah penentangan yang begitu dasyat. sebagai contoh kisah seorang wali yang boleh bergerak dari satu tempat (katakan Iraq) ke ke Mekah almukarramah dalam masa satu hari sahaja. Sedangkan kita ketahui hijrah Rasulullah saw sahaja diatur dengan penuh berhati-hati dan berstrategi, dan masih sempat dikejar oleh seorang pembunuh upahan sehingga peristiwa labah-labah menutupi tempat persembunyi Rasulullah dan Abu Bakr semua terakam jelas oleh sejarah. Kalaulah Rasulullah mahu, tentukan baginda Rasul boleh diperjalankan sepertimana beliau diperjalankan dari mekah ke masjid aqsa sehingga diangkat ke sidrah almuntaha

wallahua'lam