Bismillah
saya mempunyai latarbelakang pengajian "agama" yang agak naif. saya tidak melalui satu sistem pendidikan formal "agama" sepertimana kebanyakan "orang agama" lalui.
saya hanya belajar mingguan dan bulanan, mengambil kursus-kursus tambahan selama sebulan, dua bulan dan tiga bulan lebih, menelefon, email dan merujuk secara intensif guru-guru yang membimbing saya
saya mungkin boleh menulis beberapa nama mereka (guru-guru saya)
1. Ust Dr.Attabiq Lutfi, degree Madinah, Master UKM dan PHD UKM
2. Ust Dr. Abd Hamid, degree Al Azhar, Master UM, PHD UM
3. Ust Usman Jakfar, degree Madinah, Master UIA, ongoing PHD (mungkin dah selesai)
4. Ust Urwatul Wusqo, degree Madinah, Master UIA
5. Ust Azzam, Pakistan, Degree Yaman
6. Ust Ismail, Degree Sudan
7. Ust Fairuz, Degree Madinah
8. Tuan Guru Hj. Salleh, Pondok Sik Kedah
9. Tuan Guru (Baba) Hamid, Pondok Seligi, Pasir Putih Kelatan
10. Reference from Zaytuna Institute, Syeikh Hamza Yusuf
11. Reference from Islamonline.net, Syeikh Dr. Yusuf Al Qordowi
pada perbincangan kali ingin saya ingin memberi sedikit ulasan peribadi kepada dua aliran pemikiran yang kini saling serang menyerang antara satu sama lain. Kalau dahulu kita biasa dengar serangan bidaah, sesat,tidak salaf, bidaah fi annar, kini kita mendengar pula golongan ahbash, kafir wahabi, kafir salafi,tidak nusantara dan sebagainya sehingga sebahagian yang lain saling membentak sebahagiannya di dalam forum, debat, seminar yang mereka anjurkan.
kekadang rasa pilu dihati. perbalahan yang telah wujud berpuluh-puluh tahun malahan beratus-ratus tahun tidak juga reda, tapi makin hari makin menjadi jadi.
PERSEKITARAN UNIVERSITI
saya melihat satu aliran yang meng"claim" diri mereka membawa manhaj salaf, mereka ini mempunyai wawasan ilmu yang cukup luas. kajian mereka cukup "meratai" sehingga mereka menjelalah ke setiap cabang ilmu (yang diluar dari kajian ilmu syariah termasuk ekonomi, sosio politik, sains, sosio budaya dll). Hujah mereka cukup kuat dan intelektual, bagaimanapun kadang kala mereka memandang sepi ilmu dan tradisi ilmu yang lahir dari sistem pengajian pondok. Barang diingat, ilmu mereka di universiti diatur mengikut silibus dan disukat (sukatan pelajaran). Mereka tidak melalui displin pengajian pondok yang memahami kitab dari kulit ke kulit. Di universiti mereka mengambil khulasoh dari satu kitab yang tidak diajar habis oleh dosen/pensyarah mereka. Ketika membuat kajian, mereka kadang kala "quote" beberapa perenggan di dalam "banyak kitab" kemudian "memasukkan" di dalam thesis. Kadang kala, hanya google out cut and paste. Kemudian dengan menghafal beberapa perenggan kitab, ayat alQuran dan hadis, mereka sudah pandai berhujah dan berpidato, meng "i'tirod" ulama' ulama' muktabar (seperti imam syafie) dan memudahkan hukum,fatawa dan ijtihad-ijtihad mereka.
Justeru perkara ini dipandang "jijik" oleh intelektual-intelektual pondok dimana mereka menganggap, ulama' ulama' dahulu baik yang dinusantara mahapun ulama' ulama' kemudian menjalani satu displin ilmu yang cukup ketat, menjelajah ke seluruh pelusuk dunia, menghafal ribuan malahan jutaan hadis, menghafal al-Quran, berguru dengan ratusan guru-guru mursyid dan pelbagai lagi jihad mereka menuntut ilmu
mereka juga tidak minhaji dalam uslub dakwah, membawa perkara-perkara baru dalam masyarakat dengan pendekatan yang tidak lunak, tidak ada mahawir (tahap/fasa) dalam dakwah begitu ekslusif sehingga memandang perkara tradisi melayu secara sinis (yang sebenarnya tidak bercanggah dengan adab dan budaya islam, tidak bercanggah dengan syarak) dan dipermain-mainkan sehingga mereka digelar wahabi walaupun Syeikh Wahab sendiri adalah orang yang jujur dalam melakukan tajdid dan tidak berkompromi dengan penjajah pada waktu itu.
mereka mengaku membawa manhaj salaf tetapi tidak membawa manhaj dakwah mereka, hanya tertumpu kepada persoalan fiqh. tidak mengkaji manhaj haraki (feqah gerakan/manhaj dakwah mereka) tidak mengkaji strategi politik mereka.
kita selalu menyelongkar semua persoalan-persoalan feqah yang telah dibincang lama oleh ulama' silam, tanpa kita sedari, masyarakat di depan kita, tidak solat pun, remaja kita berdondang sayang bersepah zina di mana-mana jadi bagaimana membina bina cabang di atas lahan atau batas yang buruk/busuk. tolonglah fahami, kaji tulisan tentang mehwar da'wah, marhalah da'wah, ma'na dakwah.
salah satu sifat Rasulullah yang dibincangkan oleh Ulama harakah adalah waqi'iyah
Rasulullah dan kebanyakan Rasul hidup dalam situasi kaumnya. Kita biasa mendengar perkataan para Rasul Ya Qaumi, Ini Rasulullahi Ilaikum, Ya Abati. Menunjukkan betapa mereka masuk dalam situasi umat, mereka berada bersama kaumnya menuturkan bahasa-bahasa lembut dan lunak. kita semua tahu sirah nabi Allah musa, perintah Allah supaya berkata lembut "qaulan layyinan" dihadapan Firaun yang digelar TOGHUT. Siapa lagi yang lebih toghut sepanjang zaman melainkan Firaun yang menggelar dirinya ROBB "Anna ROBBUKUM Al A'LA" . Dengan orang super zolim inipun Allah masih memerintah Nabi Allah Musa supaya berkata lembut. Adakah kita sebaik Nabi Allah Musa yang digelar Allah Qowiyul Amin, orang yang dapat berbicara dengan Allah (Kalimullah), dan siapa orang yang kita tegur, adakah setoghut Firaun. Allahuakbar
Ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah. Siryah dakwah, Siryah tanzim, Jahar dakwah Siryah tanzim, Jahar dakwah Jahar tanzim. kalaulah tujuan Rasulullah diutusan untuk mengkafirkan dan membidaahkan, pada awal-awal lagi Rasulullah sewaktu di Mekah telah mengkafirkan, mengkhurafatkan, membidaahkan semua manusia di bumi Mekah.
PERSEKITARAN PONDOK
Manakala aliran pondok pula, mereka meng"claim" membawa manhaj ulama' ulama' terkemudian (kholaf). Pelbagai perkara saya tertarik dengan sistem pondok antaranya
1. hormat kepada tuan guru
tuan ibarat ayah mereka (dikalangan guru ada yang digelar tok ayah). wajah bersih tuan guru kadang kala mengingatkan diri yang penuh dosa dan noda. nasihat-nasihat tok ayah yang kadang kala mudah tetapi cukup terkesan. Tuan guru tidak pernah meminta sesen pun duit dari pelajar-pelajar. Saya tegaskan lagi tidak pernah walau sesen pun. Kehidupan cukup sederhana dan hanif. Tuan guru menyampai ilmu tanpa jemu (biasa jemu adalah pelajar-pelajarnya) seawal subuh sehingga selesai solat isya' (dilewatkan sehingga jam 9). Tiap-tiap hari, dan hanya cuti ketika bulan Ramadhan. Disebabkan sikap itu pelajar-pelajar pondok cukup menyayangi guru mereka dan cukup sensitif apabila guru mereka dicerca dan dihina. Mereka juga sanggup "khidmah" kepada Tuan Guru membawa air, bercucuk tanam, membetul rumah atas rasa hormat dan sumbangan ke atas jasa guru mereka.
2. sistem talaki dan bersanad serta syahadah
Di pondok, ada Tuan Guru yang mendapat sanad dan syahadah langsung daripada pengarang kitab. Kitab HIKAM, kitab BAKURAH dsb dipelajari secara bersanad. Mereka juga membiasakan men "dobe' " (menulis setiap perkataan guru) agar tafsiran kitab tidak lari dari kehendak penulis asal (dipanggil musonnih). Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika Tuan Guru mengijazahkan syahadahnya kepada anak murid. Menitik air mata gembira kerana selama hampir setahun akhirnya kitab tadi habis ditalaki.
3. ilmu nahu sorof yang mantap
Di pondok juga, pelajar-pelajarnya menjalani satu displin ilmu bahasa arab yang cukup ketat. Ke semua kitab nahu seperti matan al jurumiah (ini basic) dan kita sorof (matan bina) serta kitab-kitab nahu yang kesemuanya berjumlah berbelas-belas perlu di"master" kan. Tidak hairan kita melihat mereka mengi'rab kitab arab dengan begitu hebat
4. ilmu2 alat yang lain
Selain itu, displin ilmu alat yang lain juga harus di "master" kan . Ilmu seperti balaghah, mantik dan sebagainya dipelajari secara intensif, juga melalui kajian kitab dari kulit ke kulit.
5. belajar sehingga 7-15 tahun baru keluar ke masyarakat
tradisi pendidikan di pondok adalah tradisi pendidikan yang begitu berdisplin. pelajar-pelajar yang baru masuk menjalani pelbagai jenis bentuk pendidikan baik yang formal mahupun tidak formal. Pendidikan formal seperti pendidikan alquran, pendidikan nahu sorof, pendidikan akidah, feqah dan lain-lain lagi, manakala pendidikan tidak formal seperti gotong royong membina pondok, membina tali air, menggali perigi, memasak nasi, membersih surau dan sekitar kawasan pondok. Kedua-dua jenis pendidikan ini harus dijalani oleh seseorang pelajar selama hampir 7 tahun dan kemudian barulah mereka dibenarkan untuk keluar dan memberi pengajian kepada masyarakat.
6. tok guru belajar sehingga 40 tahun
Tuan Guru Hj Salleh yang saya kenal belajar di Mekah al-Mukarramah selama hampir 40 tahun. Beliau sudah ke Mekah sejak dari usia remaja lagi, meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara. Tidak hairan Tuan-Tuan Guru ini mempunyai keluasan pemahaman terhadap ilmu Islam. Bahkan mereka juga boleh membaca pergerakan politik negara dan kadang-kala turut bersama membantu memenangkan gerakan-gerakan Islam walaupun diantara mereka banyak kurang bersetuju dengan pendekatan masing-masing
7. usaha sendiri bangun pondok
Satu lagi perkara yang sangat istimewa di pondok adalah pelajar-pelajarnya cukup tinggi dalam ilmu kemahiran hidup seperti bertukang, bercucuk tanam dan sebagainya. Ilmu pertukangan yang mereka miliki menyebabkan mereka boleh membina dan membangun pondok mereka sendiri tanpa perlu membuka tendenr atau mencari kontraktro luar. Kadang-kadang khidmat pelajar pondok pula digunakan oleh masyarakat tempatan untuk membantu membina rumah-rumah mereka dan walhasil pelajar-pelajar pondok mendapat sedikit wang belanja dari kerja tersebut. Setelah pondok siap, kerja-kerja elektrikal ( internal wiring) juga dilakukan oleh mereka sendiri seperti wiring lampu,wiring power point dan wiring kipas. Setelah itu sistem piping ke semua pondok-pondok juga di engineer oleh mereka. Di pondok tempat saya belajar, mereka membuat sistem paip mereka yang bersumberkan dari air bukit berhampiran. Mereka menuju kepuncak bukit, membuat sedikit empangan lalu mereka membina sistem paip dari atas bukit dan mengumpulkannya di dalam satu tangki besar di kawasan pondok. Mereka mengetahui jenis-jenis dan kekuatan paip yang mesti digunakan mengikut jarak agar tekanan air yang betul dapat membawa air hingga ke bawah tanpa perlu sistem janakuasa yang besar.
8. begitu menghormati ilmu, wudhuk, susunan kitab , AlQuran diatas, Hadis,
diikuti kitab-kitab muktabar, buku-buku rujukan, dan buku-buku catatan
sewaktu awal belajar di pondok, saya ditegur oleh rakan sepondok saya (orang lama di sana dan merupakan setiausaha majlis syura). kesalahan saya adalah meletakkan pensel di atas kitab. dari situ saya begitu berhati-hati dengan hal tersebut. Mereka juga menegah kita meletakkan buku-buku catatan kelas di atas kitab-kitab pengajian. Di dalam pondok mereka menyusun kesemua rujukan dan sumber-sumber utama Islam secara tertib di rak buku. Di tingkat atas adalah Al-Quran & tafsir Al-Quran, kemudian diikuti Kitab Hadis, selepas itu kitab-kitab ilmu lain seperti aqidah, feqah, tasauf, nahu sorof dan seterusnya.
Begitulah suasana pembelajaran dan tradisi pengajian pondok. Bagaimanapun ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju. Dalam approach pendidikan aqidah, ilmu kalam diangkat sebagai metodologi pengajaran akidah di pondok-pondok. Ilmu kalam mengkehendaki setiap pelajar menguasai Hukum Akal. Saya menyamakan pengajian ini seperti hipotetikal studi di universiti. Dimana ada premis-premis yang dinyatakan sebelum sampai kepada hipotesis.
Penggunaan hukum akal dikatakan perlu dibuktikan dengan hukum naqli yang seperti kaedah. Contohnya ketika menyatakan sifat Allah, tidak sama dengan benda yang paling kecil (dinamakan jauhar firid). Benda yang paling halus di dalam kitab-kitab lama dicontohkan dengan habuk-habuk yang kita lihat tatkala terkena pancaran matahari. Kemudian, ustaz-ustaz mutaakhir ini mencontohkan dengan atom. Tetapi saya maklumkan, Prof. Leon nobel laureate telah menjumpai benda yang paling kecil dan paling halus dinamakan "bottom quark", jadi memahami sains semasa juga membolehkan kita memahami kebesaran Allah, tidak semestinya perlu menekuni kitab-kitab kuning sahaja (dan menyalahkan perkembangan-perkembangan ilmu akidah melalui sains). Kebanyakkan contoh-contoh hukum akal mereka telah dibatalkan oleh hukum sains. Sebagai contoh, Allah tidak boleh disamakan dengan apa-apa juga jirim iaitu bertempat, dan jirim adalah benda yang boleh diletakkan sesuatu sebagai contoh warna diletakkan pada benda. Saya membetulkan ilmu mereka dengan mengatakan, warna tidak terletak pada benda, kehadiran warna adalah disebabkan oleh prisma cahaya, tanpa prisma cahaya warna tidak boleh wujud. Mereka sekali lagi merasa sedikit ketinggalan dalam ilmu-ilmu moden. Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya nyatakan (kerana saya telah menulis hampir satu buku catatan pengalaman di pondok) tetapi cukuplah sekadar ini di dalam blog saya dan mungkin saya akan menulis sebuah buku berkaitan pondok vs bahtera pembaharuan ini di dalam sebuah buku yang lain.
selain itu mereka juga mengkafirkan ibn taimiyyah kerana bagi mereka aqidah ibn taimiyyah telah terbatal tatkala beliau menyatakan "Allah menuruni arasy/singgahsananya seperti aku menuruni membar ini". Saya tidak pasti dari sumber mana perkara ini diambil tetapi sesuatu yang perlu kita ketahui sumbangan syeikul islam ibn taimiyyah di dalam dunia intelektual islam cukup tidak terkira. Ambil sahaja contoh buku fatawa ibn taimiyyah sahaja sudah dijadikan rujukan oleh berjuta-juta doktor falsafah dan professor di dunia ini.
mereka juga agak tidak waqi'iy dalam menurunkan hukum. saya agak terkejut apabila masih terdengar fatwa memakai tie itu haram.
selain itu, cerita-cerita israiliyat terlalu banyak di dalam kitab-kitab mereka. kisah nabi-nabi yang tidak tahu dari sumber mana diceritakan melampau-lampau. kisah-kisah nabi Allah sulaiman, kisah nabi hidir yang boleh menyerupai pelbagai jenis bentuk masih kedengaran. mereka mengatakan bahawa perkara ini benar-benar wujud, tetapi bagi saya selagi tiada nas yang qat'e saya hanya bertawaquf dalam perkara ini. cerita-cerita karamah, walaupun kita mengimani cerita-cerita itu ada dan terjadi dikalangan para sahabat pun, tetapi kadang kala diceritakan keterlaluan sehingga menidakkan sirah Rasulullah saw yang menjalani fasa dakwah penentangan yang begitu dasyat. sebagai contoh kisah seorang wali yang boleh bergerak dari satu tempat (katakan Iraq) ke ke Mekah almukarramah dalam masa satu hari sahaja. Sedangkan kita ketahui hijrah Rasulullah saw sahaja diatur dengan penuh berhati-hati dan berstrategi, dan masih sempat dikejar oleh seorang pembunuh upahan sehingga peristiwa labah-labah menutupi tempat persembunyi Rasulullah dan Abu Bakr semua terakam jelas oleh sejarah. Kalaulah Rasulullah mahu, tentukan baginda Rasul boleh diperjalankan sepertimana beliau diperjalankan dari mekah ke masjid aqsa sehingga diangkat ke sidrah almuntaha
wallahua'lam