Tuesday, March 20, 2007

Pemuda **** terjun dengan labu-labunya di kutub utara

Ini ceritera raja lawak terbaru. Kisah Pemuda **** yang bercita-cita mulia untuk menjadi kumpulan manusia pertama terjun di kutub utara sambil membawa bendera negaranya. Kalau terjun itu boleh ala-ala pahlawan melayu purbakala, pasti dibawanya keris dan tanjak bersama.

Ada dua soalan yang ingin diajukan disini. Pertama dan paling utama, siapakah mereka yang ikut serta dalam misi penerjunan ini, dan yang kedua... nak buat apa terjun...nak tunjuk berani...
Siapakah mereka?
Mereka yang ikut serta dalam misi penerjunan kutub utara seramai 10 orang itu adalah pelajar2 automotif kolej TEKAT di sebuah hentian Bas di daerah bernama Kajang, Selangor (ada ke tidak daerah dan nama kolej ni dalam negara terbabit saya pun tak pasti--dengar orang kata) . Mereka bukan Mat Rempit (seperti yang keluar dalam berita sebuah televisyen swasta bernama TV3 dalam negara terbabit) tapi mereka adalah pelajar kolej TEKAT. Kolej Tekat ini adalah kolej MLVK yang menawarkan sijil kemahiran asas automatif. Rasanya kolej ni owner dia Ca Ya Nun Alif...Hai kaya la korang dapat sental duit senang2...Satu lagi, tak tahu pula ada auku/undang2 kolej dan universiti baru menyatakan pelajar boleh menyertai parti politik/sayap/kepak parti politik...sendal betul

Pelajar-pelajar yang diambil dari pelbagai latar belakang. Ada yang SPM dapat SAP sahaja, ada yang baru tamat tingkatan tiga, dan ada yang tak pernah sekolah langsung.

Mereka ini dipungut dalam satu ceramah umum Pemuda **** disetiap negeri. Mereka dijanjikan dengan kemudahan itu dan ini, sijil itu dan ini, makan itu dan ini. Tapi sebenarnya jauh panggang dari api. Apa yang dijanjikan hanya mengelabukan mata hitam mereka sahaja. Mereka ditipu. Asrama sudah layak dipanggil sarang tikus. 30 orang berhimpit dalam satu dorm. Bilik air hanya ada dua dalam satu tingkat. Duit elaun RM70 shj, padahal sebelum ini dijanjikan dengan angka yang lebih lumayan, kelas tak sempurna...alih-alih menjadi baru* Pemuda **** untuk setiap program mereka...Diangkut la mereka oleh seorang yang berpangkat datuk ke PWTC, KLCC, MDC dan semua CC yang ada kat negara terbabit....

Kehidupan pelajar tak keruan...hidup berpuak-puak ikut negeri, Sabah VS Kedah...Baru beberapa minggu lepas...geng Sabah dan Kedah ni bergaduh...ingatkan masalah dunia ke, masalah aqidah ke, masalah perang antara Jalut dan Talut ke, perang ke atas Yahudi Internasional ke...bukan...bukan ini yang mereka permasalahkan...Gaduh sebab orang kedah "tackle" sepupu orang Sabah...ya Robbi sampai berparang, bergolok...nasib baik tak ada yang mati...

Pelajaran disana jadi secondary, yang penting budak2 ikut program...Program agama memang tak ada langsung...Ingat lagi cerita mad'u DF (dia ada dlm kesepuluhan orang yang akan terjun) "Abg masa saya kat sana, cikgu tanya siapa yang sembahyang...saya seorang saje yang sembahyang dari 10 orang tadi"...Nah tengok musibah

Tapi Alhamdulilahlah, kerana niat NAK TERJUN DAN TAKUT MATI mereka sembahyang, sebab cikgu kata "Kamu diatas tu tak ada siapa yang boleh tolong melainkan Allah"

Apa moral dari cerita diatas...Moralnya adalah budak2 tu baik (baca innocent), org yang membantu program ni baik...tapi ada segelintir tangan kotor pengamal politik busuk ni hanya mementingkan keberlangsungan politik mereka shj, kebajikan anak2 bangsa secara juz'i tidak dipandang...
Nak tunjuk berani...
Dalam berita 20/03/07 lepas, dlm berita TV3 negara terbabit, KJ (bukan nama sebenar, merupakan jelmaan Hang Tuah-sebab setia kepada pemimpin-, konon cerita) cabar org yang memperlekehkan program ni utk terjun...Satu saya nak maklumkan, kemungkinan...kalau cabaran KJ itu dijawab oleh Angkatan Mujahidin Malaysia--negara jiran (kalau masih ada), Ahli PAKEDA (yang dlm perjuangan asli-amar maaruf nahi mungkar), Persatuan Silat...pastilah mereka kata "Baik kita tunjuk berani dengan menghantar bantuan satu batilion askar/anggota sukarelawan/anggota "tunjuk berani" ke negara2 Islam yang mengalami konflik berdarah seperti di selatan Thai, di Iraq dan dimana sahaja belahan bumi Islam yang diratah dan dilanyak oleh makar iblis dan syaitan berupa manusia..
waAllahua'lam