Diharap dari benih awal yang ditempatkan dalam batas subur dapat bercambah menjadi pohon yang baik.
Ramai yang bertanya bagaimana boleh tercapai sehingga sebegini. Saya sudah biasa dengan soalan-soalan seperti ini, walaupun sudah mengerti tetap melayani. Biasanya saya akan terus mulakan cerita bahawa semua ini adalah kemudahan dari Allah. Saya tidak banyak berusaha. Terus terang saya dan secara jujur saya tidak mengurus sehingga jadi begini, tetapi Allah mudahkan.
Ungkapan itu terlalu idealistik bagi sesetengah orang. Ya memang idealistik dan tidak realistik kerana orang yang mengalami sahaja akan merasai bagaimana kemudahan yang begitu banyak Allah buka bagi mereka yang meletakkan dirinya dalam perancangan Allah. Faham!! susah nak dijelaskan. Hidup di bawah perancangan Allah sebuah prinsip yang saya pegang sejak kenal tentang erti hidup dan amanah yang perlu diselesaikan.