Thursday, January 17, 2008

Kisah Hidup 2: Ofis sendiri

Sewaktu sekolah lagi aku idamkan kehidupan bekerja dengan syarikat-syarikat besar, hidup dalam ofis dengan air-cond, tie, meja, komputer. Duit gaji setiap bulan, kereta, rumah dan pergi melancong keluar negeri adalah antara cerita-cerita rakan sekolah bila bercakap tentang abang, kakak, ayah dan ibu mereka masing-masing. Bestnya hidup macam ni. (Yer ke? :))

Kini, cerita tu telah berlalu. Rakan-rakan yang tadinya bercerita, sekarang sudah memiliki kehidupan mereka sendiri. Kalau tidak sama, pasti lebih baik daripada apa yang mereka ceritakan tentang kakak, abang, ayah dan ibu mereka sebelum tadi.

Melihat aku. Allah tidak izinkan untuk 'menikmati' kehidupan seperti itu. Setiap kali berusaha merubah keputusan tadi, setiap kali itulah Allah turunkan ujiannya tanda amaran bahawa jangan cuba melewati keputusan yang telah Aku tentukan. Tetapi Allah tidak sekejam itu. Allah tidak memberi bukan bermaksud itu tidak baik, tetapi Allah hendak kurniakan yang lebih baik. Alhamdulilah, setelah Allah mudahkan urusan pembinaan TC di sebuah tempat di Negeri Sembilan, Allah mudahkan pula urusan pembinaan pejabat urusannya di sebuah lagi tempat di Negeri Selangor pula.



Ofis kecil, tempat urusan TC dan juga dibuka untuk keperluan-keperluan lain berkaitan komputer seperti baik pulih komputer, beli dan jual komputer dan sebagainya. Ofis ni juga digunakan untuk studio grafik. Multipurpose juga kegunaannya.