oleh: Asadullah
Enak sekali manusia hidup hanya memikirkan diri sendiri. Tatkala sukar, mereka menjadikan alasan-alasan ziarah untuk bertemu saudaranya demi memenuhi 'kebutuhan' peribadi. Selesai 'butuh' itu dia menghilang tanpa berita. Hilang beruzlah katanya. Kemudian muncul lagi dengan alasan yang sama "ana pulang ni untuk ziarah antum semata-mata". Kemudian hilang lagi tanpa pesan (sms atau tel).
D'wh ini punya sistem terbina dibelahan bumi manapun antum berada manhaj robbaninya tetap sama. Ada insan yang harus dihormati selayak seorang sohib, ustaz, walid dan syeikh. Jangan kurang ajar datang dan pergi sesuka hati dalam dakwah. Kalau sekadar menompang nikmat ukhwah, sila mundur dari jalan ini. Jalan ini tidak menjanjikan apa2 nikmat dunia melainkan amanah yang besar harus dipikul bagi sesiapa yang beriltizam dengan jalannya.
Dakwah ini hanya menerima mereka yang betul2 ikhlas di dalam agamanya, menyudutkan kepentingan peribadi walaupun ia merupakan keperluan khusus. Mengangkat saudaranya yang lain lebih daripada dirinya sendiri. Mempunyai akhlak adab dan tertib.
Ya Allah engkau mengetahui hati-hati yang ikhlas ini berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban da'wahmu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalanNya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabanimu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman keyakinan dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan pengetahuan yang benar tentangMu. Matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan ini.