Tuesday, December 09, 2008

Jorn Utzon: ilmu vs politik

Jorn Utzon: Ilmu vs Politik
oleh: Asadullah

Saya terlihat satu artikel dari anwaribrahimblog.com yang memetik berita daripada New York times bertajuk "Jorn Utzon, 90, Dies; Created Sydney Opera House" lantas menarik perhatian saya untuk membacanya dengan lebih lanjut.

Jorn Utzon adalah pereka bentuk bangunan Sydney Opera House yang rekaannya menlangkaui zaman. Tetapi sayang, legasi beliau cuba dihapuskan oleh politikus Australia pada waktu itu, sewaktu beliau gagal menyiapkan Opera House mengikut "budget" yang telah diluluskan. Rasanya tak perlulah saya ceritaka di sini sebab musababnya, anda perlu mengikuti sendiri artikel tersebut untuk mengetahui dengan lebih lanjut

Sebenarnya pengenalan pertama saya tentang Jorn (baca yon) Utzon ini adalah ketika saya melihat satu rancangan di History Channel (kalau tak silap saya). Ketika itu saya begitu kagum dengan ke' sarjanaan', ke 'ilmuan'& ke 'sungguhan' beliau di dalam bidang arkitektur bangunan sehingga tak lepas tangan saya menulis fakta-fakta penting tentang beliau sepanjang menonton rancangan tersebut.

Jika melihat artikel tersebut, penulis mengatakan geometri rekabentuk bahagian luar Sydney opera house yang diistilahkan sebagai "sail-like roofs" adalah terilham daripada "sections of an orange". Tetapi bagaimana pula rekabentuk bahagian dalaman opera house tersebut? Tidak diceritakan.

Daripada rancangan yang saya tonton,enginer dan arkitek mengatakan bahagian dalaman opera house yang direka oleh Utzon cukup unik dan kompleks. Sehingga sewaktu beliau menghilangkan diri dan meninggalkan Australia, dan hanya rekabentuk luaran sahaja yang siap, enginer dan arkitek tempatan yang menyambung kerja2 Utzon menghadapi kesukaran menyiapkannya mengikut 'blueprint' yang telah dihasilkan oleh Utzon.

idea utama Utzon ketika merekabentuk bahagian dalaman Sydney Opera House tercetus sewaktu beliau sedang merenung jauh ke arah laut di atas sebuah bukit di pesisir pantai Denmark. Sewaktu merenung, beliau melihat kecantikan sinar matahari dari riak-riak air laut. Permerhatian ini membawa kepada terhasilnya konsep utama rekabentuk dalaman Sydney Operah House. Formula bagi konsep tersebut adalah,

matahari memancarkan cahayanya ke permukaan air laut. Cahaya itu kemudiaanya ter-refleksi ke mata beliau yang sedang melihat. Maka "blend of sun and sea reflection" ini menjadi konsep refleksi bunyi dan refleksi sudut pandang di dalam dewan tersebut.

Sehingga kini, arkitek seni mengatakan ada ketempangan dalam refleksi bunyi di dalam dewan tersebut yang tidak akan dapat diselesaikan oleh sesiapa melainkan Jorn utzon.

Apa yang hendak saya kongsikan di sini adalah bagaimana Kesarjanaan Ilmu itu tidak dapat dilupakan sejarah. Walaupun sejarah Jorn Utzon cuba dipadamkan, dicalarkan, dihapuskan oleh ahli politik Austrila pada ketikai itu disebabkan kegagalan beliau menyiapkan projek tersebut, dunia akademi terus menyanjungi dan menghargai sumbangan beliau di dalam bidang seni dan rekabentuk bangunan. Penghargaan demi penghargaan beliau terima sehinggalah terakhir Universiti of Sydney, universiti tempatan yang ahli politiknya memusuhi beliau, menganugerahkan beliau dengan pangkat honorary doctorate.

Kesimpulannya, jadilah kita seorang tokoh, jadilah kita seorang sarjana dan jadilah kita seorang pejuang yang mengangkat ilmu dalam perjuangannya. Jangan kita jadi "tong drum". Orang lihat kita bising di luar, tetapi kosong dan berkarat di dalam.