Sewaktu di kampong, saya seperti biasa meneruskan kebiasaan masa libur dengan menonton TV. Kalau rumah sewa di bangi ni manalah ada TV, buku melambaklah.
Rancangan2 yang memang tak lepas di tonton adalah daripada channel 555-history channel, 554-discovery sc,553- Nat Geo, 552- TViq dan 551-discovery channel. Justeru menonton juga saya displinkan seperti mana waktu menelaah. Biar kita menonton dalam waktu yang sama menambah ilmu dan wawasan berfikir kita. Saya tak lazimkan tabiat menonton saya dengan melihat filem atau cerita2 lawak. Tetapi kadang2 tak dinafikan terlepas juga. Walaubagaimanapun masih lagi bertapis jika “terlihat” filem atau cerita2 lawak. Misal senarionya begini, saya pernah buka siaran TV3. Biasanya setelah bulletin utama pasti ada siaran2 lain menyusul. Kebetulan, siaran berikutnya adalah filem “the last samurai”. Saya pernah terdengar kata rakan bahawa filem ini bagus. Terus saya akan menanti siarannya sehingga selesai dan terbukti banyak mesej2 yang baik dari filem ini. Kalaulah tunggu saya beli cdnya, rasa sampai kiamat pun tak terbeli.
Kebetulan, semalam saya berkesempatan menonton satu rancangan di Nat Geo bertajuk “Science of Interrogation” satu rancangan yang memaparkan bagaimana pihak polis menyelesaikan kes-kes pembunuhan dengan mengumpulkan bukti2 daripada suspek pembunuhan melalui sesi interogasi (interrogation). Bukti-bukti ini diistilahkan sebagai “deception cues” atau klue-klue pembohongan.
Kenapa mencari klue pembohongan, kenapa tak dicari klue sebenar? Kita sedia maklum yang namanya penjenayah pasti tidak akan mengakui kesalahan jenayah yang telah mereka lakukan kecuali mereka menyerah diri langsung ke pihak berkuasa. Sekiranya tidak mereka adalah suspek yang sedaya upaya akan mengelak diri daripada berhadapan dengan pihak berkuasa.
Dalam menentukan “deception cues” ada beberapa atribut yang digunakan oleh unit forensic iaitu 1) verbal cues 2) face expression 3) denial cues. “Verbal cues” adalah seperti percakapan yang tergagap-gagap, tersekat-sekat atau tidak lancar. Jika ini berlaku kepada suspek sewaktu diinterogasi maka atribut pertama di dalam deception cues disempurnakan, dan hanya perlu diawasi 2 lagi atribut iaitu face expression dan denial cues.
Face expression boleh dicam daripada pergerakan suspek seperti muka yang suka menunduk, posisi kedudukan sentiasa berubah dan tangan yang bermain-main. Sekirannya ini berlaku, pergerakkan ini menunjukkan ketidakselesaian suspek ke atas soalan2 yang dikemukan dan suspek
Terakhir adalah “denial cues”. Klue yang seterusnya ini boleh dikesan sekiranya suspek menekankan perkataan2 berikut “believe me”, “I’m not lying”, “I’m not doing it”. Sekiranya klue terakhir ini dipenuhi maka lengkaplah 3 atribut untuk membuktikan seseorang itu di dalam stage “deception cues”.
Mari kita ikuti kisah sebenar yang dibawa di dalam rencana ini untuk membuktikan kes “deception cues”. Kes ini adalah kes seorang kanak2 bernama Ann Marie yang telah didera sehingga mati. Terdapat kesan hantukan dikepala mangsa, kemudian kesan kulit melepuh dan terbakar daripada putung rokok, bibir mangsa membengkak dan beberapa kesan lain yang cukup menyayat hati saya ketika menontonnya.
Suspek bagi kes ini adalah ibu tiri mangsa yang namanya tidak sempat saya catatkan. Sewaktu mula-mula di interogasi mangsa tidak menunjukkan apa2 “emosi” ketika diajukan berita Ann Marie ditahan di hospital untuk rawatan. Tiada emosi adalah clue yang cukup penting untuk menunjukkan suspek adalah orang yang terlibat samaada langsung atau tidak langsung di dalam kes ini.
Interogasi yang berlangsung bukanlah seperti tipikal interogasi polis yang kita lihat dikaca televisyen atau apa yang kita dengar. Perlu keras dan menyeksakan. Interogasi ini berlangsung dalam beberapa fasa. Fasa pertama adalah fasa yang dinamakan sebagai “Phase to establish subject behavior/baseline behavior”. Semasa fasa ini, Lieutenant Lauria, pegawai polis yang terlibat di dalam kes Ann Marie telah memanggil ibu tiri mangsa dan mengajak beliau untuk makan bersama. Semasa makan Lientenant Lauria membina perhubungan atau apa yang diistilahkan sebagai “develop relationship” dengan suspek seperti menanyakan kegemaran suspek, nama college dan sebagainya. Membina perhubungan ini penting supaya suspek memberikan gambaran sebenar sikap mereka, sejarah latarbelakang kehidupan mereka dan juga supaya suspek tidak merasa seperti satu suasana penyiasatan yang cemas dan menekan.
Fasa kedua, pihak polis sudah mula menyentuh isu-isu yang berkaitan langsung dengan kejadian pembunuhan. Soalan-soalan yang ditanya adalah seperti “where are you in that day”. Dalam kes Ann Marie, ibu tiri mangsa berada bersama mangsa pada malam itu, jadi L. Lauria menanyakan suspek soalan berbentuk emosi berikut “Terdapat kesan lebam dan, pukulan pada mangsa, siapa yang melakukannya?” Ibu tiri mangsa secara tergesa-gesa mempertahankan dirinya dengan menyatakan “I don’t know, she did herself”. Perbuatan ini juga diistilahkan seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, iaitu “denial cues”. Biasanya penjenayah akan menafikan berbuatannya dengan bersungguh-sungguh dan tergesa-gesa. Ibu tiri Ann Marie
Fasa ketiga ialah “challenge phase” (fasa mencabar). Dalam kes ini, L. Lauria mencabar ibu tiri Ann Marie dengan mengatakan, “Saya tak percaya Ann Marie melakukan perbuatan itu sendiri, sebab hasil forensic menunjukkan beliau dipukul”. Semasa soalan ini diajukan suspek menyatakan “Yes, I agreed”. Sekali lagi “deception clue” terbukti. Fakta2 verbal mangsa tidak konsisten dan berubah-rubah. Penyataan “Yes, I agreed” juga seolah-olah menggambarkan suspek berada ditempat kejadian dan mengalami sendiri peristiwa itu. Seterusnya L. Lauria menggunakan “theme” untuk sekali lagi menyentuh emosi suspek. Dialog berikut “You are a good person”, “Kamu adalah seorang ibu yang baik kamu tidak mungkin melakukan hal ini” adalah merujuk kepada theme yang dimaksudkan. Soalan ini akan membuka kepolosan data daripada suspek Semasa soalan ini diajukan suspek langsung menangis dan menyatakan “I don’t know, I just push her to the toilet, and that might injured here”. Dasshhh…another breakthrough…Suspek secara terperinci menyatakan tempat kejadian berlaku. L. Lauria terus melakukan lawatan ke rumah suspek dan bahagian rumah yang tidak ditinggalkan beliau adalah “toilet”.
Daripada dialog di atas sekali lagi suspek menyatakan beliau ada ditempat kejadian, beliau tahu kejadian itu berlaku dan beliau melakukan perbuatan itu tetapi bukan kuat “I just…” atau saya cuma menolaknya ke tandas dan dia terjatuh.
Semasa lawatan dilakukan oleh L.Lauria, di dalam tandas rumah suspek terdapat rambut kanak-kanak perempuan yang terlekat pada pita gam yang kuat, ashtray rokok juga ada di dalam tandas serta kesan retak pada mangkuk tandas. Hasil lawatan itu diterangkan kepada suspek. Suspek menyatakan bahawa Ann Marie selalu bermain dengan barang-barang tersebut. Tetapi L. Lauria mencabar dengan mengatakan “kids don’t play with that staff”. Seterusnya L. Lauria menggunakan emosi sekali lagi dengan menyatakan bahawa Ann Marie telah mengalami kegagalan otak. Dengan tidak semena-mena suspek menangis teresak-esak mungkin kerana beliau sudah di dalam scene pembunuhan dan sekarang menginsafi perbuatannya. Inilah key failure bagi suspek. Suspek seterusnya membuat pengakuan berikut “I killed that little girl”.