Monday, April 26, 2010

For Bisnes Awani

Bismillah

Saya menerima email daripada sdr. zulkapli pemberita dari bisnes awani, meminta saya menerangkan details perniagaan saya.

Berikut adalah email balas saya kepada beliau, menerangkan latar belakang perniagaan saya dan tips-tips kepada bakal usahawan khususnya usahawan belia muslim

Tajuk: Sejarah Perniagaan Saya
Penulis: Asadullah

Nama Saya ------------------------------------------- dilahirkan di Kuala Lumpur dan sekarang ibu bapa saya menetap di Gemas N.S . Setelah tamat pengajian ijazah pertama, saya sempat bekerja di salah sebuah syarikat minyak terbesar negara tetapi mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Hasil simpanan dari wang pekerjaan, saya mulakan perniagaan saya.

Saya mula membina perniagaan membaiki computer di pangsapuri kediaman saya di bangi, Selangor. Waktu itu saya sedang menyambung pelajaran di salah sebuah university tempatan. Di sebabkan mode pelajaran adalah “full time research” jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah sambil membaiki computer customer (yang kebanyakkannya adalah pelajar university itu sendiri). Tidak lama beroperasi, perniagaan saya mendapat tentangan penduduk setempat dan rumah(kedai) saya juga dimasuki pencuri. Saya kehilangan laptop (yang mengandungi thesis saya), beberapa alatan membaiki computer dan juga motorsikal saya.

Saya hampir putus asa setelah itu. Tetapi sebagai seorang yang telah nekad untuk menjadi usahawan saya tabahkan diri dan terus melangkah. Inilah cirri/artribut pertama yang perlu ada dalam diri mereka yang bergelar usahawan iaitu kekuatan ketahanan dalaman (internal strength). Sebagai seorang muslim, saya bersyukur Islam telah meletakkan asas-asas pembinaan dalaman yang kuat. Keyakinan saya itulah menyebabkan saya mampu berfikir secara rasional dan terus merangka strategi kehadapan. Inilah pula nilai kedua yang perlu ada kepada seorang usahawan. Mereka mesti mempunyai kekuatan mental supaya mereka dapat berfikir secara waras dan rasional didalam situasi yang kritikal dan tertekan.

Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk membawa perniagaan ini ke kampong halaman saya. Maka beralihlah operasi perniagaan saya ke Gemas NS. Di sana saya hanya menumpukan kepada servis mudah yang tidak memerlukan kemahiran baik pulih seperti percetakan, fotokopi, jual beli computer siap dan internet. Ini disebabkan saya tidak berada sepenuhnya di kampong tetapi hanya menggajikan seorang penduduk kampong untuk menjalankan operasi harian di kedai tersebut, manakala ayah saya bertindak sebagai pengurus kedai. Alhamdulilah kedai di sana masih beroperasi sehingga sekarang, daripada sebuah kedai sebesar 10 ft x 10 ft (sewaan daripada gerai majlis daerah) kini kami beroperasi di premis sendiri yang berukuran 20 ft x 60 ft.

Tetapi bagaimana pula situasi saya. Sewaktu perniagaan ini dibawa ke kampong, saya masih berada di Bangi meneruskan pengajian saya. Dalam waktu yang sama, seorang rakan saya telah menawarkan saya untuk menguruskan perniagaan beliau itu jualan kopi tongkat ali. Pada awalnya beliau menjanjikan pelbagai keistimewaan kepada saya. Dari hari ke sehari keadaan berubah menjadi lebih teruk. Bermula sebagai seorang pengurus, saya sendiri turun membantu pekerja membuat jualan kopi. Kami membuat jualan sehingga ke Melaka. Adakala terpaksa bermalam di masji-masjid sekitar Melaka kerana keadaan kerja yang memaksa. Jika tidak kami tidak akan mendapat sebarang pulangan. Ada juga situasi kami dicaci pemilik kedai makan atau restoran dengan mengatakan kopi kami tak sedap, dah terlalu banyak produk kopi di pasaran dan bermacam-macam lagi cacian dan makian. Kami juga mendapat ancaman bunuh pemilik restoran kerana tidak mahu membayar kopi kami. Lama kelamaan, perniagaan ini semakin merosot disebabkan beberapa factor, pertama cara majikan menguruskan dan mengambil hati pekerjanya sekadar melepas batuk ditangga, factor kedua kedudukan kewangan syarikat yang tidak stabil factor ketiga operasi syarikat yang terus “gearing” dan tidak bermula dari bawah dan factor terakhir, key worker (pekerja utama) syarikat berhenti kerana tidak tahan dengan situasi yang menekan.

Saya terus berbincang dengan rakan (atau bekas majikan) saya. Dan akhirnya beliau meminta bantuan saya mencari penyelesaian untuk membayar sewa premis perniagaannya. Akhirnya penyelesaian tercipta, dimana saya memulakan perniagaan membaiki computer di sebahagian premis berkenaan, dan sebahagian lagi disewakan kepada orang lain.

Maka bermulalah episode keusahawanan saya yang seterusnya. Bermula dari kecil saya melakukan baik pulih computer untuk residen sekitar premis tersebut sambil saya meneruskan pengajian yang telah tertangguh hampir 2 semester disebabkan komitmen saya dengan syarikat rakan saya. Hari demi hari perniagaan saya berkembang dan sehinggalah sekarang, premis yang dahulunya kosong dan berhabuk, kini sudah mempunyai stok jualan alat ganti computer dan berhawa dingin. Beberapa factor yang mendorong kejayaan saya adalah saya memanfaatkan budaya melayu yang sudah sebati dalam diri saya ini kerana hampir 99% penduduk ditempat saya adalah orang melayu. Orang melayu suka berbudi dan berbahasa, jadi sewaktu menjalankan perniagaan saya akan mudah dibawa berbincang, akan mudah menawar harga (selagi tidak turun dari harga kos) bersikap terus terang dan terbuka dengan semua kerja saya. Saya mempunyai seorang rival berhampiran kedai, rival ini adalah seorang berketurunan lain. Saya pada awalnya bersangka baik pada beliau, tetapi setelah terjadi satu kejadian baru saya mengetahui bahawa dia akan memburukan saya sewaktu ada pelanggan lain melanggan perkhidmatan beliau. Kisah ini berlaku kepada salah seorang pelanggan saya. Beliau membaiki komputernya di kedai saya. Komputer itu pada awalnya langsung tidak dapat dioperasi. Setelah siap dibaiki, beliau membawa kerumah dan mencuba aplikasi internet. Malangnya internet tidak dapat diakses dan internet sebenarnya perlu dilakukan beberapa konfigurasi ringkas. Pelanggan tidak berpuas hati (kerana tidak mengetahui punca sebenar) dan terus membawa komputernya ke kedai rival. Dari situ rival memburukkan saya “bertong-tong” sehingga pelanggan mempercayainya. Setelah siap pelanggan menggunakan komputernya dan internet dapat diakses. Setelah beberapa hari, internet tidak dapat diakses, pelanggan memanggil kembali rival untuk membetulkannya, dan rival mengenakan charge berikutnya, kemudian selang beberapa hari internet tidak dapat diakses lagi, dan rival meminta untuk mengganti modem dan sebagainya. Nah, bermula dari situlah kebenaran terserlah dan saya dipanggil oleh pelanggan dan pelanggan menceritakan semuanya kepada saya. Lalu saya mengatakan “bukan saya yang menguasai kebenaran tetapi kebenaran itu dikuasai oleh Yang Maha Benar, maka setiap yang benar akan diserlahkan olehNya”. Beliau meminta maaf dan kini beliau menjadi rakan kongsi saya dalam perniagaan.

Dari hari kesehari saya mula mencambahkan bidang perniagaan saya. Saya kini bersama ayah dikampong sedang mengusahakan ternakan keli secara kecil kecilan dan alhamdulilah kini sudah dapat membina kolam yang agak besar berbanding dahulu hanya menggunakan poli tank. Ikan pula sudah beberapa kali di harvest. Dan kini saya memikirkan untuk mengkomersialkannya. Tetapi disebabkan masalah modal saya menangguhkan dahulu niat tersebut.

Bidang ternakan dan agriculture adalah satu bidang yang mempunyai prospek yang besar dan saiz pasaran yang luas. Bukan sahaja di dalam Negara malahan di luar Negara. Saya berharap aka nada agensi-agensi kerajaan di bawah kementerian asas tani dapat membantu saya member khidmat nasihat dan suntikan modal dalam mengembangkan perniagaan ini. Saya mengakui saya mempunyai pengetahuan yang cetek berkenaan bidang ini tetapi saya minat untuk mendalaminya.

Perkembangan seterusnya adalah saya kini, bersama seorang pakcik sedang membangunkan semula syarikat telekomunikasi beliau yang hampir-hampir ingin dibubarkan. Syarikat ini telah berjaya memenangi kontrak penyelenggaran selama 2 tahun daripada sebuah syarikat telekomunikasi Negara dan kini dalam rangka untuk diversifikasi cabang-cabang perniagaan lain yang berasaskan telekomunikasi. Telekomunikasi adalah jurusan pengajian saya sewaktu di IPT dahulu dan saya tidak mempunyai masalah mengetahui teknikaliti operasi. Tetapi yang menjadi masalah, perniagaan ini memerlukan sales bulanan yang tinggi bagi menampung overhead (expenditure) syarikat. Sales untuk perniagaan seperti ini tidak sama dengan dengan sales perniagaan secara retail walaupun mungkin konsep cash flow sama. Oleh yang demikian, seseorang perlu kuat secara mental menghadapi masalah-masalah seperti payment lambat, tiada projek dari client, atau client tidak mahu membayar perkhidmatan yang telah disempurnakan kerjanya. Pihak client yang kebanyakkan adalah GLC perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan setiap payment diselesaikan segera agar kontraktor-kontraktor dapat mengurus kos operasi syarikat dengan lebih baik dan efisyen.

Terakhir. Sebagai menjalankan tanggungjawab social saya, saya menubuhkan sebuah syarikat training & consultancy, khususnya membina motivasi anak-anak muda supaya lebih berkarisma dan matang. Syarikat ini tidak berasaskan keuntungan malahan kadang-kala saya hanya memberikan khidmat kaunseling secara percuma dan cuma mengharapkan komitmen peserta untuk hadir dan terus membawa visi ini setelah selesai program.

Kesimpulannya saya amat berterima kasih kepada Allah kerana menganugerahkan saya potensi ini yang sebenarnya diwarisi juga oleh junjungan besar Muhammad saw. Beliau adalah model saya dalam berniaga. Malahan saya kini mengkaji model-model kejayaan atau model-model pemikiran (thinking model) Rasulullah dan sahabat seperti Abdul Rahman b Auf dalam perniagaan. Saya pernah terdengar satu riwayat. Abdul Rahman b Auf ketika berniaga beliau akan melabelkan setiap produk itu secara persis (tepat). Sebagai contoh, jika beliau menjual bijirin / kurma beliau akan melabelkannya mengikut kesegaran bijirin/kurma tersebut sama ada masih baru, atau sudah 1 hari disimpan, atau sudah 5 hari disimpan ataupun sudah seminggu disimpan. Ini contoh kejelasan (transparency) yang cukup bagus dalam perniagaan. Ianya akan membina kepercayaan antara pembeli dan penjual.

Saya juga berterima kasih kepada ayah dan amat bertuah kerana ayah juga mempunyai sifat keusahawanan. Malahan saya track balik keturunan saya, datuk juga seorang usahawan dan banyak legasi-legasi perniagaan yang beliau wariskan tinggal lagi ianya diturunkan kepada orang yang tidak amanah.

Sekian, terima kasih


Atribut/ Ciri-ciri seorang usahawan
1. Internal strength
2. Calmness
3. Able to convice people
4. Mental strength – can work and think under pressure
5. Haris 'ala waqtihi
6. Accounting & management skills