Bismillah
Terdengar iklan dekat ikim tadi tentang sebuah buku terbaru ikim berkaitan isu Allah. Saya dah beberapa kali nak komen isu ni tetapi tak jadi sebab rasa isu ini terlalu remeh
Sewaktu isu ini diutarakan dalam resensi pagi di radio ikim oleh Ust Zamri dan Zarita, saya meng 'sms' mereka untuk menyatakan pandangan saya. Malangnya sms itu dibaca secara tidak adil dan hanya separuh sahaja yang dibacakan.
Kalau saya masih ingat sms itu berbunyi begini
"Isu penyalahgunaan nama Allah telah lama berlaku. Di dalam AlQuran yahudi memproklamir Uzair Ibn Allah (9:30), Nasoro menyatakan Isa Ibn Allah (9:30), dan masyarakat musyrik Quraisy juga mengetahui Robba Haza AlBait juga Allah. Rasulullah saw tidak melarang(menegah/membantah) penggunaannya tetapi meluruskan pemahaman tauhid (uluhiyah) tentangNya"
tetapi hanya dibaca separuh seperti berikut (sehingga)...Rasulullah saw tidak melarang pengunaanya. (full stop)
lalu dikomentar oleh sang pembicara
betul Rasulullah tidak melarang tetapi Rasulullah berdakwah,menentang kebatilan...
La haula wala quwah ila billah. Astaghfirullah hal azim
bukankah berdakwah menentang kebatilan itu sama meluruskan pemahaman tauhid tentangNya. Rasulullah seperti banyak diungkap oleh ulama gerakan islam mempunyai mahawir mahawir (mehwar / tahapan tahapan dalam berdakwah). Kita sedia maklum 13 tahun peringkat makiyah adalah pelurusan pemahaman tentang akidah dan 10 tahun berikutnya adalah penerapan syariat dan undang-undang kepada orang yang beriman. Allahurobbi.
Seolah-olah sang pembicara melihat saya tidak tegas melihat sirah. seolah-olah Rasulullah itu tidak menentang secara harfiah dan hanya pendekatan diplomatik.
bukan itu yang saya maksudkan. Rasulullah mempunyai approach dakwah yang cukup minhaji (bersistem). Beliau tidak menentang keras penyembahan berhala atau merobohkan semua berhala di Mekah (diawal period Islam). Walaupun baginda tahu diantara tuhan-tuhan musyrik Quraisy dinamakan mereka Allah.
Malahan sewaktu baginda dapat berhaji(dan ziarah) dalam masa 10 tahun masa damai sepanjang perjanjian hudaibiyah, baginda tetap bertawaf di baitulhi alharam yang masih dipenuhi berhala.
tetapi, lihat sendiri, sewaktu fathul mekah, dan sewaktu islam benar-benar menang, orang musyrik quraisy yang kini berbondong-bondong memeluk islam sendiri yang memusnahkan berhala warisan mereka dan kini mereka mentauhidkan hanya satu Allah Robb Al-'Alamin
Jadi sebenarnya, di dalam persoalan nama Allah ini, masyarakat Quraisy pada waktu itu ,secara rububiyah mereka mengetahui ada satu kuasa tuhan yang super power, yang memberikan makan,memberi keamanan, memberi rezeki, tetapi secara ulihiyahnya mereka kafir, mereka syarikatkan tuhan yang berkuasa itu dengan bentuk-bentuk wakil mereka dibumi seperti patung, manusia, pokok dan sebagainya.
Justeru bersikap benarlah dalam bertindak. Ini peluang dakwah yang luas yang harus dimanfaatkan. Saya ingat lagi, selepas komentar itu. Selang beberapa hari selepasnya terpampang didada akhbar sebuah gereja dibakar, kemudian hari-hari berikutnya, lagi gereja dibakar, kemudian masjid pula sehingga menjadi isu antarabangsa. Saya sempat membuka aljazeera, dan beberapa channel berita antarabangsa yang lain seperti BBC, Fox, ABC News dll, semua masyarakat dunia khuatir dengan situasi di Malaysia.
Sebenarnya inilah natijah daripada sebuah kebodohan. Kita lihat kebodohan masyarakat barat melarang pembinaan menara masjid, melarang penggunaan niqob, melarang pemakaian hijab, membunuh wanita muslimah di dalam mahkamah di German. Ini semua hasil sebuah kebodohan. Emosi menguasai Rasionaliti.
Kita marah apabila di dalam sesebuah negara bukan Islam, kebebasan agama diregut, tetapi apabila ianya berlaku dinegara kita, kita bertindak sama perangai dengan orang-orang barat yang bodoh tadi.