Isu 16 Sept kembali bergema tidak kira di dewan rakyat atau di dewan orang ramai, semua kembali soksek pasal 16 sept dan orang menjadi sumpahan tidak lain dan tidak bukan Anwar Ibrahim
Bagi saya (yang sebenarnya lebih tidak berpatisan) berpendapat ini adalah salah satu strategi daripada beratus-ratus strategi dalam peperangan. Perang saraf, kita biasa dengar taktik ini digunakan dalam sejarah peperangan manusia. Rasulullah sewaktu perang Uhud pernah didakwa wafat sebelum ianya disangkal oleh sahabat bernama Ubaidah (kalau tidak silap saya) dan propaganda itu betul-betul mengkucar-kacirkan sof perang kaum Muslimin.
Russia juga pernah melancakkan perang saraf kepada Britain yang didakwa menyorok dan memberi perlindungan kepada Hitler setelah usai Perang Dunia II.
Jadi ini sejarah peperangan di zaman mulkan jabariyan (diktatorship). Kemudian dunia berubah kepada sistem demokrasi berparlimen yang kuasa esekutif ditentukan melalui peti undi. Kuasa-kuasa pemerintah akan diangkat jika mewakili suara mejoriti masyarakat negaranya. Nah, terjadilah selepas itu babak-babak perang saraf baru pasca perang dunia kedua.
Saya ingat lagi ketika kerajaan revolusi Islam naik disebabkan perang saraf yang mengaitkan kerajaan pemerintah bersengkokol dengan Yahudi.
Kerajaan BJ Habibi jatuh disebabkan kaitan dengan Pembelian Sukhoi, kronisme dan penipuan dalam pentadbiran ekonomi
Manakali di Malaysia, pasca PRU ke 12 Anwar melihat Pakatan Rakyat mempunyai potensi membentuk kerajaan kerana parti pemerintah hanya berkelebihan dengan 32 kerusi parlimen. lalu dilancarkanlah perang saraf 16 september (dengan mengatakan beberapa ahli parlimen yang melompat parti dan menyerti Pakatan Rakyat)
Walaupun mengaitkan Institusi Agong dan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dalam usaha membentuk kerajaan 16 september, tetapi hakikatnya Anwar tidak meneruskan strateginya selagi perkara-perkara berkaitan perlembangan diteliti dengan sedalam-dalamnya. Jadi 16 september berkubur...
Tup tup selepas itu, muncul pula kerajaan Perak tanpa melalui proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri, beberapa ADUN (yang beberapa hari hilang) telahpun mengadap sultan dan menyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional, lalu tertubuh kerajaan yang disebut-sebut oleh ramai pihak sebagai kerajaan Mahkamah itu.
Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Dato Seri Najib yang merupakan pengerusi badan perhubungan negeri dan juga dianggap tulang belakang kepada pembentukan kerajaan Mahkamah ini, beliau menyatakan "Siapa yang mulakan dulu, siapa yang mencetus 16 sept"
p/s bagaimanapun Anwar jg harus mengakui kesalahannya. Sepatutnya tidak perlu terburu-buru hendak ke Putrajaya. Betul anda mengatakan wakil rakyat tersebut tidak dibeli tetapi menyatakan sokongan secara senyap, tetapi approach anda itu dan cita-cita membentuk kerajaan itu sedikit mencalar imej anda dan orang melabelkan anda sebagai orang yang gopoh. Sempat karpal singh tidak bersetuju dengan anda dan mahu anda melucut jawatan sebagai ketua pembakang.