Monday, May 24, 2010

Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa...

Ini kesan kemenangan tanpa pembinaan diperingkat sya'bi

Betulkah Selangor luluskan 10 lesen judi untuk I City?
http://iskandar56100.blogspot.com/

Ketika di dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke rumah, saya telah mendapat panggilan telefon dari Setiausaha PAS Selangor, Sdra Khairuddin Othman, memberitahu bahawa seorang ahli Parlimen mendakwa Mesyuarat Exco telah meluluskan 10 lesen judi untuk I City dekat Shah Alam. YB itu mempersoalkan peranan Exco-Exco PAS. Kenapa tidak membangkang?

Di sini saya ingin menjelaskan Mesyuarat Exco tidak pernah meluluskan lesen-lesen judi untuk I City. Untuk sebulan lepas, Exco ada membincang tentang judi tetapi bukan untuk meluluskan lesen-lesen judi. Lesen judi adalah kuasa kerajaan Persekutuan.

Saya pun hairan macam mana ada yang membuat pelbagai andaian walhal minit-minit adalah rahsia. Ianya dimusnahkan selepas mesyuarat. Sebelum ini ada seorang ahli Parlimen mendakwa bahawa Exco PAS Selangor Dato Hasan Ali tidak pernah bercakap di dalam mesyuarat. YB itu bercakap seolah-olah dia hadir di dalam mesyuarat. Begitulah manusia!

Berbalik kepada judi, saya ada bangkitkan tentang kedai nombor yang dilanggani umat Islam. Ini selepas PAS Pandan telah membuat Ops Kasih di luar kedai nombor Angsana Hilir.

Menteri Besar pula telah mencadangkan agar lesen premis tidak diberi oleh PBT kepada kedai-kedai di kawasan majoriti Islam. Menteri Besar juga mencadangkan agar tidak ada lagi lesen premis baru untuk kedai nombor atau kedai ekor.

Tidak ada agenda untuk meluluskan lesen judi tambahan. Cadangan melanjutkan operasi pusat hiburan hingga jam 3 pagi pun ditentang oleh Exco-Exco PAS ini pula 10 lesen judi baru di Shah Alam atau dengan lebih tepat lagi I City.

Tetapi saya mengakui payah bagi menyahut cabaran UMNO atau Perkasa. Apa tidaknya lesen judi memang dari Persekutuan tetapi lesen premis dari PBT. Kalau PBT tidak memberinya maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor. Kalau semua ahli-ahli Majlis sepakat untuk tidak membenarkan lesen premis maka tidak ada kedai nombor atau kedai ekor.

Ketika kita menentang judi bolasepak, kita ditempelak oleh UMNO yang berkata, 'Bila nak tutup kedai ekor di Selangor'. Memang payah untuk menjawab. Tapi hidup ini bukan mudah.

Inilah juga realiti demokrasi. Itu sebab ada yang berkata demokrasi tidak syar'ie. Tapi kita tidak beriman dengan demokrasi. Ianya sebagai satu jalan untuk mendapatkan kuasa, walaupun sedikit kuasa Telah ada banyak keuntungan kepada umat Islam dan perkembangan Islam di Selangor. Adakah ahli-ahli mahu kita mengangkat kaki dan menjadi penonton sahaja? Adakah saya bercakap seperti UMNO? Menghalalkan cara? Terpulang kepada anda untuk menilainya.

Tapi PAS tetap menentang arak dan judi. Exco, ADUN dan ahli Majlis bercakap dengan lantang tentangnya. Kita bukan seperti UMNO yang membisu tentang perkara-perkara itu. Atau menghalalkannya.

Ingat kes rampasan arak di 7-11? Siapa yang bersuara kalau tidak PAS. Atau kuasa diberi kepada pegawai-pegawai Masjid untuk menangkap orang Islam meminum arak di khalayak ramai. Bukankah Exco PAS mengumumkannya? Tetapi ada pula orang PAS termasuk YB yang tidak setuju.

Setiap parti ada matlamat masing-masing. DAP mahu pilihanraya kerajaan tempatan walaupun ia tidak pernah ada dalam manifesto PAS. Akhirnya cadangan itu diluluskan oleh sidang DUN Selangor. PAS pun ada matlamat.

Pernah saya tulis sebelum ini, saya kagum dengan politik baru di Britain. Walaupun saya tinggal hampir 10 tahun di sana dan membenci Konservatif seperti membenci UMNO tetapi kerajaan campuran Konservatif dan Liberal Demokrat patut membuka mata kita. Ia persefahaman dan pakatan yang penuh tolak ansur.

Contohnya ia memberi kebenaran kepada ahli-ahli Parlimen Liberal Demokrat untuk tidak mengundi menyokong kerajaan dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan manifesto mereka. Walaupun ketua Liberal Demokrat, Nick Clegg, adalah Timbalan Perdana Menteri namun mereka boleh tidak menyokong kerajaan. Dua perkara tersebut adalah tenaga nuklear dan yuran IPT.

Ada banyak lagi yang membuka mata kita. Begitulah kematangan politik di sana.


Iskandar Abdul Samad
ADUN Chempaka.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26741:-betulkah-selangor-luluskan-10-lesen-judi-untuk-i-city&catid=102:terbaik-dari-blog&Itemid=136

Friday, May 21, 2010

'Boleh kritik di Sudut Pidato'

'Boleh kritik di Sudut Pidato'


2010/05/22

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi memberi jaminan tiada tindakan akan diambil terhadap mahasiswa yang memberikan pandangan kritis, termasuk mengkritik dasar kerajaan atau universiti, ketika berpidato di Sudut Pidato institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pandangan mahasiswa sekali pun berbeza dengan dasar harus dihormati kerana mereka mungkin ada pertimbangan dan rasional tersendiri dalam menilai suatu perkara atau isu.

Justeru, beliau mengingatkan pihak universiti tidak bersikap terlalu `keras’ dalam membuka peluang berpidato itu dan jangan sewenang-wenang mengenakan tindakan tata tertib serta melabel mahasiswa yang meluahkan pandangan berbeza sebagai golongan berhaluan kiri mahu pun antikerajaan.

“Saya memberi jaminan pihak universiti tidak akan, malah mereka tidak sepatutnya mengambil tindakan, selagi mahasiswa yang berpidato tiada melakukan perbuatan menghasut yang jelas melanggar undang-undang.

“Kita mesti menghidupkan budaya berfikiran kritis di kampus, satu daripada tujuh kemahiran insaniah yang penting untuk dikuasai oleh mahasiswa sebagai pemimpin pelapis,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kebimbangan dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan tidak berminat berpidato adalah antara sebab Sudut Pidato di IPTA mendapat sambutan dingin mahasiswa.

Perkara itu didedahkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang mendakwa pihak Hal-Ehwal Pelajar (HEP) IPTA juga akan menganggap mahasiswa yang berpidato isu sensitif sebagai penyokong pembangkang.
Dalam konteks ini, Saifuddin turut menasihatkan pihak universiti tidak mengenakan pelbagai syarat yang boleh menyebabkan mahasiswa berasa dikekang untuk berpidato.

Sebagai contoh, beliau berkata, universiti tertentu mensyaratkan mahasiswa mendaftar diri, malah ada yang meminta teks ucapan untuk tujuan saringan, sebelum mereka dibenar menggunakan Sudut Pidato.

“Semua ini tidak perlu, sebaliknya pihak universiti harus memberi sedikit kepercayaan bahawa mahasiswa akan bertanggungjawab (ketika berpidato).
Mahasiswa boleh mengeluarkan pandangan berbeza dan pendapat mereka itu boleh dibalas balik oleh mahasiswa lain yang tidak bersetuju melalui pentas Sudut Pidato,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, kementerian tidak berhasrat untuk mengeluarkan pekeliling khusus atau mengadakan perjumpaan khas dengan IPTA.

sebaliknya menyerahkan kepada kebijaksanaan mahasiswa dan pentadbir universiti selaras kuasa autonomi yang diberikan.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian itu akan bekerjasama dengan kerajaan Perak untuk membangunkan bandar raya Ipoh sebagai sebahagian daripada hub pendidikan tinggi di negara ini.

source: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BolehkritikdiSudutPidato_/Article

Thursday, May 20, 2010

Bayi tiga bulan maut tercekik susu

Bayi tiga bulan maut tercekik susu
Oleh Johan Afandi
johan@bharian.com.my
2010/05/20




NOOR SARIMA menunjukkan gambar Aqil Adam yang meninggal dunia akibat tercekik susu di pusat jagaan, semalam.


Doktor sahkan mangsa alami pendarahan otak

JOHOR BAHRU: Seorang ibu tidak menyangka perasaan berat hati dan tangisan anak sulung berusia tiga tahun ketika dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak di Taman Impian Emas di sini, petanda beliau kehilangan bayi yang juga anak bongsunya berusia tiga bulan selepas dipercayai mati akibat tersedak susu.

Lebih menyedihkan Noor Sarima Ruslan, 28, bayinya, Aqil Adam Azrul sempat dua kali bernafas ketika dalam perjalanan ke klinik berhampiran pusat jagaan berkenaan, walaupun sebelum itu dia dimaklumkan sudah tidak bernafas.
Noor Sarima ketika ditemui Berita Harian di rumahnya, berkata Isnin lalu, anak sulungnya, Amirul Adam menangis ketika dihantar ke pusat jagaan itu pada sebelah pagi seperti baru pertama kali berada di situ tetapi beliau membuang segala prasangka buruk dan menganggapnya perkara biasa.
Sangkaan itu menjadi kenyataan apabila menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 2 petang sebelum bergegas ke sana.

“Ketika sampai, saya dapati Aqil Adam dalam keadaan lemah manakala muka dan bibirnya pucat, sebelum saya membawanya ke klinik berhampiran.

“Doktor kemudian memberikan bantuan pernafasan, selepas lebih 10 minit, beliau menyatakan bayi saya tidak mempunyai harapan untuk hidup berikutan lewat dihantar untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Katanya, beliau diberitahu seorang penjaga di situ kejadian berpunca akibat anaknya dihempap bayi lain di pusat jagaan berkenaan.
“Seorang lagi penjaga mendakwa dia meninggal anak saya untuk membuat susu sebelum datang semula dan mendapati bayi saya tidak lagi bernafas. Saya tidak tahu mana yang betul... laporan bedah siasat hospital pula menyatakan anak saya meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak, “ katanya.

Sementara itu, suami Noor Sarima, Azrul Nuraizam Hamzah, 29, berkata beliau tidak akan lagi menghantar anaknya ke mana-mana pusat jagaan selepas ini, kerana trauma dengan kejadian yang menimpa.

“Apa yang saya kesalkan ialah tindakan pusat jagaan yang lewat memaklumkan kami berhubung kejadian serta tidak menghantar Aqil untuk mendapatkan rawatan segera selepas tidak sedarkan diri akibat dihempap bayi lain, ” katanya.

Tuesday, May 18, 2010

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran

BERITA OF THE DAY , macam battle of the day

Bung Mokhtar dihukum penjara sebulan kerana berpoligami tanpa kebenaran


2010/05/19
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin dihukum sebulan penjara kerana berpoligami tanpa kebenaran selepas mengaku salah di Mahkamah Rendah Gombak Timur, pagi ini.

Bagi tuduhan kedua, beliau didenda RM1,000 atau penjara satu bulan kerana bersubahat dengan pelakon Zizie Izette bernikah tanpa kebenaran pendaftar.
Zizie pula dienda RM2,000 atau penjara tujuh bulan kerana bernikah tanpa kebenaran dan subahat.

source: BHONLINE

Wednesday, May 12, 2010

The UK's coalition challenge




Brown goodbye

Standing outside the prime minister's residence on Tuesday, alongside his wife Sarah, Brown wished "the next prime minister well as he makes the important choices for the future".
Brown wished Cameron well as he left office on Tuesday [EPA]

"Only those who have held the office of prime minister can understand the full weight of its responsibilities and its great capacity for good," he said.

Brown said he had "loved the job, not for its prestige, its titles and its ceremony, which I do not love at all", but "for its potential to make this country I love fairer, more tolerant, more green, more democratic, more prosperous, more just - truly a greater Britain".

After his farewell remarks, he went to Buckingham Palace where Queen Elizabeth II accepted his resignation.

He then went to Labour's headquarters, where he told staff that his deputy, Harriet Harman, would serve as interim Labour leader until the party formally chooses a new leader.

Mahar Cinta

Tuesday, May 11, 2010

Tiada Kata Secantik Bahasa

Thursday, April 29, 2010

Poem (pom)

That's why odissies (i might wrong with the spelling)
in one of the shakepears place said to the Greeks

it is by our weakness the TROYS stand NOT
by their strength

and that's the reality

it is by the weakness of the people of TRUTH
the people of falsehood stand
NOT by their strength
because falsehood has NO strength
but when the people of TRUTH are weak
then a rabbit (from AR RUMI poem)
can hold a lion captive

Hamza Yusuf

Wednesday, April 28, 2010

Bahtera Perubahan VS Tradisi Pondok

Bismillah

saya mempunyai latarbelakang pengajian "agama" yang agak naif. saya tidak melalui satu sistem pendidikan formal "agama" sepertimana kebanyakan "orang agama" lalui.
saya hanya belajar mingguan dan bulanan, mengambil kursus-kursus tambahan selama sebulan, dua bulan dan tiga bulan lebih, menelefon, email dan merujuk secara intensif guru-guru yang membimbing saya

saya mungkin boleh menulis beberapa nama mereka (guru-guru saya)

1. Ust Dr.Attabiq Lutfi, degree Madinah, Master UKM dan PHD UKM
2. Ust Dr. Abd Hamid, degree Al Azhar, Master UM, PHD UM
3. Ust Usman Jakfar, degree Madinah, Master UIA, ongoing PHD (mungkin dah selesai)
4. Ust Urwatul Wusqo, degree Madinah, Master UIA
5. Ust Azzam, Pakistan, Degree Yaman
6. Ust Ismail, Degree Sudan
7. Ust Fairuz, Degree Madinah
8. Tuan Guru Hj. Salleh, Pondok Sik Kedah
9. Tuan Guru (Baba) Hamid, Pondok Seligi, Pasir Putih Kelatan
10. Reference from Zaytuna Institute, Syeikh Hamza Yusuf
11. Reference from Islamonline.net, Syeikh Dr. Yusuf Al Qordowi

pada perbincangan kali ingin saya ingin memberi sedikit ulasan peribadi kepada dua aliran pemikiran yang kini saling serang menyerang antara satu sama lain. Kalau dahulu kita biasa dengar serangan bidaah, sesat,tidak salaf, bidaah fi annar, kini kita mendengar pula golongan ahbash, kafir wahabi, kafir salafi,tidak nusantara dan sebagainya sehingga sebahagian yang lain saling membentak sebahagiannya di dalam forum, debat, seminar yang mereka anjurkan.

kekadang rasa pilu dihati. perbalahan yang telah wujud berpuluh-puluh tahun malahan beratus-ratus tahun tidak juga reda, tapi makin hari makin menjadi jadi.

PERSEKITARAN UNIVERSITI

saya melihat satu aliran yang meng"claim" diri mereka membawa manhaj salaf, mereka ini mempunyai wawasan ilmu yang cukup luas. kajian mereka cukup "meratai" sehingga mereka menjelalah ke setiap cabang ilmu (yang diluar dari kajian ilmu syariah termasuk ekonomi, sosio politik, sains, sosio budaya dll). Hujah mereka cukup kuat dan intelektual, bagaimanapun kadang kala mereka memandang sepi ilmu dan tradisi ilmu yang lahir dari sistem pengajian pondok. Barang diingat, ilmu mereka di universiti diatur mengikut silibus dan disukat (sukatan pelajaran). Mereka tidak melalui displin pengajian pondok yang memahami kitab dari kulit ke kulit. Di universiti mereka mengambil khulasoh dari satu kitab yang tidak diajar habis oleh dosen/pensyarah mereka. Ketika membuat kajian, mereka kadang kala "quote" beberapa perenggan di dalam "banyak kitab" kemudian "memasukkan" di dalam thesis. Kadang kala, hanya google out cut and paste. Kemudian dengan menghafal beberapa perenggan kitab, ayat alQuran dan hadis, mereka sudah pandai berhujah dan berpidato, meng "i'tirod" ulama' ulama' muktabar (seperti imam syafie) dan memudahkan hukum,fatawa dan ijtihad-ijtihad mereka.

Justeru perkara ini dipandang "jijik" oleh intelektual-intelektual pondok dimana mereka menganggap, ulama' ulama' dahulu baik yang dinusantara mahapun ulama' ulama' kemudian menjalani satu displin ilmu yang cukup ketat, menjelajah ke seluruh pelusuk dunia, menghafal ribuan malahan jutaan hadis, menghafal al-Quran, berguru dengan ratusan guru-guru mursyid dan pelbagai lagi jihad mereka menuntut ilmu

mereka juga tidak minhaji dalam uslub dakwah, membawa perkara-perkara baru dalam masyarakat dengan pendekatan yang tidak lunak, tidak ada mahawir (tahap/fasa) dalam dakwah begitu ekslusif sehingga memandang perkara tradisi melayu secara sinis (yang sebenarnya tidak bercanggah dengan adab dan budaya islam, tidak bercanggah dengan syarak) dan dipermain-mainkan sehingga mereka digelar wahabi walaupun Syeikh Wahab sendiri adalah orang yang jujur dalam melakukan tajdid dan tidak berkompromi dengan penjajah pada waktu itu.

mereka mengaku membawa manhaj salaf tetapi tidak membawa manhaj dakwah mereka, hanya tertumpu kepada persoalan fiqh. tidak mengkaji manhaj haraki (feqah gerakan/manhaj dakwah mereka) tidak mengkaji strategi politik mereka.

kita selalu menyelongkar semua persoalan-persoalan feqah yang telah dibincang lama oleh ulama' silam, tanpa kita sedari, masyarakat di depan kita, tidak solat pun, remaja kita berdondang sayang bersepah zina di mana-mana jadi bagaimana membina bina cabang di atas lahan atau batas yang buruk/busuk. tolonglah fahami, kaji tulisan tentang mehwar da'wah, marhalah da'wah, ma'na dakwah.

salah satu sifat Rasulullah yang dibincangkan oleh Ulama harakah adalah waqi'iyah
Rasulullah dan kebanyakan Rasul hidup dalam situasi kaumnya. Kita biasa mendengar perkataan para Rasul Ya Qaumi, Ini Rasulullahi Ilaikum, Ya Abati. Menunjukkan betapa mereka masuk dalam situasi umat, mereka berada bersama kaumnya menuturkan bahasa-bahasa lembut dan lunak. kita semua tahu sirah nabi Allah musa, perintah Allah supaya berkata lembut "qaulan layyinan" dihadapan Firaun yang digelar TOGHUT. Siapa lagi yang lebih toghut sepanjang zaman melainkan Firaun yang menggelar dirinya ROBB "Anna ROBBUKUM Al A'LA" . Dengan orang super zolim inipun Allah masih memerintah Nabi Allah Musa supaya berkata lembut. Adakah kita sebaik Nabi Allah Musa yang digelar Allah Qowiyul Amin, orang yang dapat berbicara dengan Allah (Kalimullah), dan siapa orang yang kita tegur, adakah setoghut Firaun. Allahuakbar

Ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah, ada fasa dalam berdakwah. Siryah dakwah, Siryah tanzim, Jahar dakwah Siryah tanzim, Jahar dakwah Jahar tanzim. kalaulah tujuan Rasulullah diutusan untuk mengkafirkan dan membidaahkan, pada awal-awal lagi Rasulullah sewaktu di Mekah telah mengkafirkan, mengkhurafatkan, membidaahkan semua manusia di bumi Mekah.

PERSEKITARAN PONDOK

Manakala aliran pondok pula, mereka meng"claim" membawa manhaj ulama' ulama' terkemudian (kholaf). Pelbagai perkara saya tertarik dengan sistem pondok antaranya

1. hormat kepada tuan guru

tuan ibarat ayah mereka (dikalangan guru ada yang digelar tok ayah). wajah bersih tuan guru kadang kala mengingatkan diri yang penuh dosa dan noda. nasihat-nasihat tok ayah yang kadang kala mudah tetapi cukup terkesan. Tuan guru tidak pernah meminta sesen pun duit dari pelajar-pelajar. Saya tegaskan lagi tidak pernah walau sesen pun. Kehidupan cukup sederhana dan hanif. Tuan guru menyampai ilmu tanpa jemu (biasa jemu adalah pelajar-pelajarnya) seawal subuh sehingga selesai solat isya' (dilewatkan sehingga jam 9). Tiap-tiap hari, dan hanya cuti ketika bulan Ramadhan. Disebabkan sikap itu pelajar-pelajar pondok cukup menyayangi guru mereka dan cukup sensitif apabila guru mereka dicerca dan dihina. Mereka juga sanggup "khidmah" kepada Tuan Guru membawa air, bercucuk tanam, membetul rumah atas rasa hormat dan sumbangan ke atas jasa guru mereka.

2. sistem talaki dan bersanad serta syahadah

Di pondok, ada Tuan Guru yang mendapat sanad dan syahadah langsung daripada pengarang kitab. Kitab HIKAM, kitab BAKURAH dsb dipelajari secara bersanad. Mereka juga membiasakan men "dobe' " (menulis setiap perkataan guru) agar tafsiran kitab tidak lari dari kehendak penulis asal (dipanggil musonnih). Satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika Tuan Guru mengijazahkan syahadahnya kepada anak murid. Menitik air mata gembira kerana selama hampir setahun akhirnya kitab tadi habis ditalaki.

3. ilmu nahu sorof yang mantap

Di pondok juga, pelajar-pelajarnya menjalani satu displin ilmu bahasa arab yang cukup ketat. Ke semua kitab nahu seperti matan al jurumiah (ini basic) dan kita sorof (matan bina) serta kitab-kitab nahu yang kesemuanya berjumlah berbelas-belas perlu di"master" kan. Tidak hairan kita melihat mereka mengi'rab kitab arab dengan begitu hebat

4. ilmu2 alat yang lain

Selain itu, displin ilmu alat yang lain juga harus di "master" kan . Ilmu seperti balaghah, mantik dan sebagainya dipelajari secara intensif, juga melalui kajian kitab dari kulit ke kulit.

5. belajar sehingga 7-15 tahun baru keluar ke masyarakat

tradisi pendidikan di pondok adalah tradisi pendidikan yang begitu berdisplin. pelajar-pelajar yang baru masuk menjalani pelbagai jenis bentuk pendidikan baik yang formal mahupun tidak formal. Pendidikan formal seperti pendidikan alquran, pendidikan nahu sorof, pendidikan akidah, feqah dan lain-lain lagi, manakala pendidikan tidak formal seperti gotong royong membina pondok, membina tali air, menggali perigi, memasak nasi, membersih surau dan sekitar kawasan pondok. Kedua-dua jenis pendidikan ini harus dijalani oleh seseorang pelajar selama hampir 7 tahun dan kemudian barulah mereka dibenarkan untuk keluar dan memberi pengajian kepada masyarakat.

6. tok guru belajar sehingga 40 tahun

Tuan Guru Hj Salleh yang saya kenal belajar di Mekah al-Mukarramah selama hampir 40 tahun. Beliau sudah ke Mekah sejak dari usia remaja lagi, meninggalkan kampung halaman dan sanak saudara. Tidak hairan Tuan-Tuan Guru ini mempunyai keluasan pemahaman terhadap ilmu Islam. Bahkan mereka juga boleh membaca pergerakan politik negara dan kadang-kala turut bersama membantu memenangkan gerakan-gerakan Islam walaupun diantara mereka banyak kurang bersetuju dengan pendekatan masing-masing

7. usaha sendiri bangun pondok

Satu lagi perkara yang sangat istimewa di pondok adalah pelajar-pelajarnya cukup tinggi dalam ilmu kemahiran hidup seperti bertukang, bercucuk tanam dan sebagainya. Ilmu pertukangan yang mereka miliki menyebabkan mereka boleh membina dan membangun pondok mereka sendiri tanpa perlu membuka tendenr atau mencari kontraktro luar. Kadang-kadang khidmat pelajar pondok pula digunakan oleh masyarakat tempatan untuk membantu membina rumah-rumah mereka dan walhasil pelajar-pelajar pondok mendapat sedikit wang belanja dari kerja tersebut. Setelah pondok siap, kerja-kerja elektrikal ( internal wiring) juga dilakukan oleh mereka sendiri seperti wiring lampu,wiring power point dan wiring kipas. Setelah itu sistem piping ke semua pondok-pondok juga di engineer oleh mereka. Di pondok tempat saya belajar, mereka membuat sistem paip mereka yang bersumberkan dari air bukit berhampiran. Mereka menuju kepuncak bukit, membuat sedikit empangan lalu mereka membina sistem paip dari atas bukit dan mengumpulkannya di dalam satu tangki besar di kawasan pondok. Mereka mengetahui jenis-jenis dan kekuatan paip yang mesti digunakan mengikut jarak agar tekanan air yang betul dapat membawa air hingga ke bawah tanpa perlu sistem janakuasa yang besar.

8. begitu menghormati ilmu, wudhuk, susunan kitab , AlQuran diatas, Hadis,
diikuti kitab-kitab muktabar, buku-buku rujukan, dan buku-buku catatan

sewaktu awal belajar di pondok, saya ditegur oleh rakan sepondok saya (orang lama di sana dan merupakan setiausaha majlis syura). kesalahan saya adalah meletakkan pensel di atas kitab. dari situ saya begitu berhati-hati dengan hal tersebut. Mereka juga menegah kita meletakkan buku-buku catatan kelas di atas kitab-kitab pengajian. Di dalam pondok mereka menyusun kesemua rujukan dan sumber-sumber utama Islam secara tertib di rak buku. Di tingkat atas adalah Al-Quran & tafsir Al-Quran, kemudian diikuti Kitab Hadis, selepas itu kitab-kitab ilmu lain seperti aqidah, feqah, tasauf, nahu sorof dan seterusnya.

Begitulah suasana pembelajaran dan tradisi pengajian pondok. Bagaimanapun ada beberapa perkara yang saya kurang bersetuju. Dalam approach pendidikan aqidah, ilmu kalam diangkat sebagai metodologi pengajaran akidah di pondok-pondok. Ilmu kalam mengkehendaki setiap pelajar menguasai Hukum Akal. Saya menyamakan pengajian ini seperti hipotetikal studi di universiti. Dimana ada premis-premis yang dinyatakan sebelum sampai kepada hipotesis.

Penggunaan hukum akal dikatakan perlu dibuktikan dengan hukum naqli yang seperti kaedah. Contohnya ketika menyatakan sifat Allah, tidak sama dengan benda yang paling kecil (dinamakan jauhar firid). Benda yang paling halus di dalam kitab-kitab lama dicontohkan dengan habuk-habuk yang kita lihat tatkala terkena pancaran matahari. Kemudian, ustaz-ustaz mutaakhir ini mencontohkan dengan atom. Tetapi saya maklumkan, Prof. Leon nobel laureate telah menjumpai benda yang paling kecil dan paling halus dinamakan "bottom quark", jadi memahami sains semasa juga membolehkan kita memahami kebesaran Allah, tidak semestinya perlu menekuni kitab-kitab kuning sahaja (dan menyalahkan perkembangan-perkembangan ilmu akidah melalui sains). Kebanyakkan contoh-contoh hukum akal mereka telah dibatalkan oleh hukum sains. Sebagai contoh, Allah tidak boleh disamakan dengan apa-apa juga jirim iaitu bertempat, dan jirim adalah benda yang boleh diletakkan sesuatu sebagai contoh warna diletakkan pada benda. Saya membetulkan ilmu mereka dengan mengatakan, warna tidak terletak pada benda, kehadiran warna adalah disebabkan oleh prisma cahaya, tanpa prisma cahaya warna tidak boleh wujud. Mereka sekali lagi merasa sedikit ketinggalan dalam ilmu-ilmu moden. Banyak lagi perkara-perkara yang ingin saya nyatakan (kerana saya telah menulis hampir satu buku catatan pengalaman di pondok) tetapi cukuplah sekadar ini di dalam blog saya dan mungkin saya akan menulis sebuah buku berkaitan pondok vs bahtera pembaharuan ini di dalam sebuah buku yang lain.

selain itu mereka juga mengkafirkan ibn taimiyyah kerana bagi mereka aqidah ibn taimiyyah telah terbatal tatkala beliau menyatakan "Allah menuruni arasy/singgahsananya seperti aku menuruni membar ini". Saya tidak pasti dari sumber mana perkara ini diambil tetapi sesuatu yang perlu kita ketahui sumbangan syeikul islam ibn taimiyyah di dalam dunia intelektual islam cukup tidak terkira. Ambil sahaja contoh buku fatawa ibn taimiyyah sahaja sudah dijadikan rujukan oleh berjuta-juta doktor falsafah dan professor di dunia ini.

mereka juga agak tidak waqi'iy dalam menurunkan hukum. saya agak terkejut apabila masih terdengar fatwa memakai tie itu haram.

selain itu, cerita-cerita israiliyat terlalu banyak di dalam kitab-kitab mereka. kisah nabi-nabi yang tidak tahu dari sumber mana diceritakan melampau-lampau. kisah-kisah nabi Allah sulaiman, kisah nabi hidir yang boleh menyerupai pelbagai jenis bentuk masih kedengaran. mereka mengatakan bahawa perkara ini benar-benar wujud, tetapi bagi saya selagi tiada nas yang qat'e saya hanya bertawaquf dalam perkara ini. cerita-cerita karamah, walaupun kita mengimani cerita-cerita itu ada dan terjadi dikalangan para sahabat pun, tetapi kadang kala diceritakan keterlaluan sehingga menidakkan sirah Rasulullah saw yang menjalani fasa dakwah penentangan yang begitu dasyat. sebagai contoh kisah seorang wali yang boleh bergerak dari satu tempat (katakan Iraq) ke ke Mekah almukarramah dalam masa satu hari sahaja. Sedangkan kita ketahui hijrah Rasulullah saw sahaja diatur dengan penuh berhati-hati dan berstrategi, dan masih sempat dikejar oleh seorang pembunuh upahan sehingga peristiwa labah-labah menutupi tempat persembunyi Rasulullah dan Abu Bakr semua terakam jelas oleh sejarah. Kalaulah Rasulullah mahu, tentukan baginda Rasul boleh diperjalankan sepertimana beliau diperjalankan dari mekah ke masjid aqsa sehingga diangkat ke sidrah almuntaha

wallahua'lam

constructed life

(1) 1996 14,(2) 1997 15,(3) 1998 16,(4) 1999 17 - zulm


(1) 2000 18,(2) 2001 19,(3) 2002 20,(4) 2003 21,(5) 2004 22 - nur/jhd


(1) 2005 23,(2) 2006 24,(3) 2007 25,(4) 2008 26,(5) 2009 27,(6) 2010 28 - nur/life


2010 - ? nur/jhd/falsafah

under construction

Monday, April 26, 2010

For Bisnes Awani

Bismillah

Saya menerima email daripada sdr. zulkapli pemberita dari bisnes awani, meminta saya menerangkan details perniagaan saya.

Berikut adalah email balas saya kepada beliau, menerangkan latar belakang perniagaan saya dan tips-tips kepada bakal usahawan khususnya usahawan belia muslim

Tajuk: Sejarah Perniagaan Saya
Penulis: Asadullah

Nama Saya ------------------------------------------- dilahirkan di Kuala Lumpur dan sekarang ibu bapa saya menetap di Gemas N.S . Setelah tamat pengajian ijazah pertama, saya sempat bekerja di salah sebuah syarikat minyak terbesar negara tetapi mengambil keputusan untuk berhenti dan memulakan perniagaan sendiri. Hasil simpanan dari wang pekerjaan, saya mulakan perniagaan saya.

Saya mula membina perniagaan membaiki computer di pangsapuri kediaman saya di bangi, Selangor. Waktu itu saya sedang menyambung pelajaran di salah sebuah university tempatan. Di sebabkan mode pelajaran adalah “full time research” jadi saya banyak menghabiskan masa di rumah sambil membaiki computer customer (yang kebanyakkannya adalah pelajar university itu sendiri). Tidak lama beroperasi, perniagaan saya mendapat tentangan penduduk setempat dan rumah(kedai) saya juga dimasuki pencuri. Saya kehilangan laptop (yang mengandungi thesis saya), beberapa alatan membaiki computer dan juga motorsikal saya.

Saya hampir putus asa setelah itu. Tetapi sebagai seorang yang telah nekad untuk menjadi usahawan saya tabahkan diri dan terus melangkah. Inilah cirri/artribut pertama yang perlu ada dalam diri mereka yang bergelar usahawan iaitu kekuatan ketahanan dalaman (internal strength). Sebagai seorang muslim, saya bersyukur Islam telah meletakkan asas-asas pembinaan dalaman yang kuat. Keyakinan saya itulah menyebabkan saya mampu berfikir secara rasional dan terus merangka strategi kehadapan. Inilah pula nilai kedua yang perlu ada kepada seorang usahawan. Mereka mesti mempunyai kekuatan mental supaya mereka dapat berfikir secara waras dan rasional didalam situasi yang kritikal dan tertekan.

Seterusnya, saya mengambil keputusan untuk membawa perniagaan ini ke kampong halaman saya. Maka beralihlah operasi perniagaan saya ke Gemas NS. Di sana saya hanya menumpukan kepada servis mudah yang tidak memerlukan kemahiran baik pulih seperti percetakan, fotokopi, jual beli computer siap dan internet. Ini disebabkan saya tidak berada sepenuhnya di kampong tetapi hanya menggajikan seorang penduduk kampong untuk menjalankan operasi harian di kedai tersebut, manakala ayah saya bertindak sebagai pengurus kedai. Alhamdulilah kedai di sana masih beroperasi sehingga sekarang, daripada sebuah kedai sebesar 10 ft x 10 ft (sewaan daripada gerai majlis daerah) kini kami beroperasi di premis sendiri yang berukuran 20 ft x 60 ft.

Tetapi bagaimana pula situasi saya. Sewaktu perniagaan ini dibawa ke kampong, saya masih berada di Bangi meneruskan pengajian saya. Dalam waktu yang sama, seorang rakan saya telah menawarkan saya untuk menguruskan perniagaan beliau itu jualan kopi tongkat ali. Pada awalnya beliau menjanjikan pelbagai keistimewaan kepada saya. Dari hari ke sehari keadaan berubah menjadi lebih teruk. Bermula sebagai seorang pengurus, saya sendiri turun membantu pekerja membuat jualan kopi. Kami membuat jualan sehingga ke Melaka. Adakala terpaksa bermalam di masji-masjid sekitar Melaka kerana keadaan kerja yang memaksa. Jika tidak kami tidak akan mendapat sebarang pulangan. Ada juga situasi kami dicaci pemilik kedai makan atau restoran dengan mengatakan kopi kami tak sedap, dah terlalu banyak produk kopi di pasaran dan bermacam-macam lagi cacian dan makian. Kami juga mendapat ancaman bunuh pemilik restoran kerana tidak mahu membayar kopi kami. Lama kelamaan, perniagaan ini semakin merosot disebabkan beberapa factor, pertama cara majikan menguruskan dan mengambil hati pekerjanya sekadar melepas batuk ditangga, factor kedua kedudukan kewangan syarikat yang tidak stabil factor ketiga operasi syarikat yang terus “gearing” dan tidak bermula dari bawah dan factor terakhir, key worker (pekerja utama) syarikat berhenti kerana tidak tahan dengan situasi yang menekan.

Saya terus berbincang dengan rakan (atau bekas majikan) saya. Dan akhirnya beliau meminta bantuan saya mencari penyelesaian untuk membayar sewa premis perniagaannya. Akhirnya penyelesaian tercipta, dimana saya memulakan perniagaan membaiki computer di sebahagian premis berkenaan, dan sebahagian lagi disewakan kepada orang lain.

Maka bermulalah episode keusahawanan saya yang seterusnya. Bermula dari kecil saya melakukan baik pulih computer untuk residen sekitar premis tersebut sambil saya meneruskan pengajian yang telah tertangguh hampir 2 semester disebabkan komitmen saya dengan syarikat rakan saya. Hari demi hari perniagaan saya berkembang dan sehinggalah sekarang, premis yang dahulunya kosong dan berhabuk, kini sudah mempunyai stok jualan alat ganti computer dan berhawa dingin. Beberapa factor yang mendorong kejayaan saya adalah saya memanfaatkan budaya melayu yang sudah sebati dalam diri saya ini kerana hampir 99% penduduk ditempat saya adalah orang melayu. Orang melayu suka berbudi dan berbahasa, jadi sewaktu menjalankan perniagaan saya akan mudah dibawa berbincang, akan mudah menawar harga (selagi tidak turun dari harga kos) bersikap terus terang dan terbuka dengan semua kerja saya. Saya mempunyai seorang rival berhampiran kedai, rival ini adalah seorang berketurunan lain. Saya pada awalnya bersangka baik pada beliau, tetapi setelah terjadi satu kejadian baru saya mengetahui bahawa dia akan memburukan saya sewaktu ada pelanggan lain melanggan perkhidmatan beliau. Kisah ini berlaku kepada salah seorang pelanggan saya. Beliau membaiki komputernya di kedai saya. Komputer itu pada awalnya langsung tidak dapat dioperasi. Setelah siap dibaiki, beliau membawa kerumah dan mencuba aplikasi internet. Malangnya internet tidak dapat diakses dan internet sebenarnya perlu dilakukan beberapa konfigurasi ringkas. Pelanggan tidak berpuas hati (kerana tidak mengetahui punca sebenar) dan terus membawa komputernya ke kedai rival. Dari situ rival memburukkan saya “bertong-tong” sehingga pelanggan mempercayainya. Setelah siap pelanggan menggunakan komputernya dan internet dapat diakses. Setelah beberapa hari, internet tidak dapat diakses, pelanggan memanggil kembali rival untuk membetulkannya, dan rival mengenakan charge berikutnya, kemudian selang beberapa hari internet tidak dapat diakses lagi, dan rival meminta untuk mengganti modem dan sebagainya. Nah, bermula dari situlah kebenaran terserlah dan saya dipanggil oleh pelanggan dan pelanggan menceritakan semuanya kepada saya. Lalu saya mengatakan “bukan saya yang menguasai kebenaran tetapi kebenaran itu dikuasai oleh Yang Maha Benar, maka setiap yang benar akan diserlahkan olehNya”. Beliau meminta maaf dan kini beliau menjadi rakan kongsi saya dalam perniagaan.

Dari hari kesehari saya mula mencambahkan bidang perniagaan saya. Saya kini bersama ayah dikampong sedang mengusahakan ternakan keli secara kecil kecilan dan alhamdulilah kini sudah dapat membina kolam yang agak besar berbanding dahulu hanya menggunakan poli tank. Ikan pula sudah beberapa kali di harvest. Dan kini saya memikirkan untuk mengkomersialkannya. Tetapi disebabkan masalah modal saya menangguhkan dahulu niat tersebut.

Bidang ternakan dan agriculture adalah satu bidang yang mempunyai prospek yang besar dan saiz pasaran yang luas. Bukan sahaja di dalam Negara malahan di luar Negara. Saya berharap aka nada agensi-agensi kerajaan di bawah kementerian asas tani dapat membantu saya member khidmat nasihat dan suntikan modal dalam mengembangkan perniagaan ini. Saya mengakui saya mempunyai pengetahuan yang cetek berkenaan bidang ini tetapi saya minat untuk mendalaminya.

Perkembangan seterusnya adalah saya kini, bersama seorang pakcik sedang membangunkan semula syarikat telekomunikasi beliau yang hampir-hampir ingin dibubarkan. Syarikat ini telah berjaya memenangi kontrak penyelenggaran selama 2 tahun daripada sebuah syarikat telekomunikasi Negara dan kini dalam rangka untuk diversifikasi cabang-cabang perniagaan lain yang berasaskan telekomunikasi. Telekomunikasi adalah jurusan pengajian saya sewaktu di IPT dahulu dan saya tidak mempunyai masalah mengetahui teknikaliti operasi. Tetapi yang menjadi masalah, perniagaan ini memerlukan sales bulanan yang tinggi bagi menampung overhead (expenditure) syarikat. Sales untuk perniagaan seperti ini tidak sama dengan dengan sales perniagaan secara retail walaupun mungkin konsep cash flow sama. Oleh yang demikian, seseorang perlu kuat secara mental menghadapi masalah-masalah seperti payment lambat, tiada projek dari client, atau client tidak mahu membayar perkhidmatan yang telah disempurnakan kerjanya. Pihak client yang kebanyakkan adalah GLC perlu lebih bertanggungjawab bagi memastikan setiap payment diselesaikan segera agar kontraktor-kontraktor dapat mengurus kos operasi syarikat dengan lebih baik dan efisyen.

Terakhir. Sebagai menjalankan tanggungjawab social saya, saya menubuhkan sebuah syarikat training & consultancy, khususnya membina motivasi anak-anak muda supaya lebih berkarisma dan matang. Syarikat ini tidak berasaskan keuntungan malahan kadang-kala saya hanya memberikan khidmat kaunseling secara percuma dan cuma mengharapkan komitmen peserta untuk hadir dan terus membawa visi ini setelah selesai program.

Kesimpulannya saya amat berterima kasih kepada Allah kerana menganugerahkan saya potensi ini yang sebenarnya diwarisi juga oleh junjungan besar Muhammad saw. Beliau adalah model saya dalam berniaga. Malahan saya kini mengkaji model-model kejayaan atau model-model pemikiran (thinking model) Rasulullah dan sahabat seperti Abdul Rahman b Auf dalam perniagaan. Saya pernah terdengar satu riwayat. Abdul Rahman b Auf ketika berniaga beliau akan melabelkan setiap produk itu secara persis (tepat). Sebagai contoh, jika beliau menjual bijirin / kurma beliau akan melabelkannya mengikut kesegaran bijirin/kurma tersebut sama ada masih baru, atau sudah 1 hari disimpan, atau sudah 5 hari disimpan ataupun sudah seminggu disimpan. Ini contoh kejelasan (transparency) yang cukup bagus dalam perniagaan. Ianya akan membina kepercayaan antara pembeli dan penjual.

Saya juga berterima kasih kepada ayah dan amat bertuah kerana ayah juga mempunyai sifat keusahawanan. Malahan saya track balik keturunan saya, datuk juga seorang usahawan dan banyak legasi-legasi perniagaan yang beliau wariskan tinggal lagi ianya diturunkan kepada orang yang tidak amanah.

Sekian, terima kasih


Atribut/ Ciri-ciri seorang usahawan
1. Internal strength
2. Calmness
3. Able to convice people
4. Mental strength – can work and think under pressure
5. Haris 'ala waqtihi
6. Accounting & management skills

Saturday, April 24, 2010

Bicara kes Allah

Bismillah

Terdengar iklan dekat ikim tadi tentang sebuah buku terbaru ikim berkaitan isu Allah. Saya dah beberapa kali nak komen isu ni tetapi tak jadi sebab rasa isu ini terlalu remeh

Sewaktu isu ini diutarakan dalam resensi pagi di radio ikim oleh Ust Zamri dan Zarita, saya meng 'sms' mereka untuk menyatakan pandangan saya. Malangnya sms itu dibaca secara tidak adil dan hanya separuh sahaja yang dibacakan.

Kalau saya masih ingat sms itu berbunyi begini

"Isu penyalahgunaan nama Allah telah lama berlaku. Di dalam AlQuran yahudi memproklamir Uzair Ibn Allah (9:30), Nasoro menyatakan Isa Ibn Allah (9:30), dan masyarakat musyrik Quraisy juga mengetahui Robba Haza AlBait juga Allah. Rasulullah saw tidak melarang(menegah/membantah) penggunaannya tetapi meluruskan pemahaman tauhid (uluhiyah) tentangNya"

tetapi hanya dibaca separuh seperti berikut (sehingga)...Rasulullah saw tidak melarang pengunaanya. (full stop)

lalu dikomentar oleh sang pembicara

betul Rasulullah tidak melarang tetapi Rasulullah berdakwah,menentang kebatilan...

La haula wala quwah ila billah. Astaghfirullah hal azim

bukankah berdakwah menentang kebatilan itu sama meluruskan pemahaman tauhid tentangNya. Rasulullah seperti banyak diungkap oleh ulama gerakan islam mempunyai mahawir mahawir (mehwar / tahapan tahapan dalam berdakwah). Kita sedia maklum 13 tahun peringkat makiyah adalah pelurusan pemahaman tentang akidah dan 10 tahun berikutnya adalah penerapan syariat dan undang-undang kepada orang yang beriman. Allahurobbi.

Seolah-olah sang pembicara melihat saya tidak tegas melihat sirah. seolah-olah Rasulullah itu tidak menentang secara harfiah dan hanya pendekatan diplomatik.

bukan itu yang saya maksudkan. Rasulullah mempunyai approach dakwah yang cukup minhaji (bersistem). Beliau tidak menentang keras penyembahan berhala atau merobohkan semua berhala di Mekah (diawal period Islam). Walaupun baginda tahu diantara tuhan-tuhan musyrik Quraisy dinamakan mereka Allah.

Malahan sewaktu baginda dapat berhaji(dan ziarah) dalam masa 10 tahun masa damai sepanjang perjanjian hudaibiyah, baginda tetap bertawaf di baitulhi alharam yang masih dipenuhi berhala.

tetapi, lihat sendiri, sewaktu fathul mekah, dan sewaktu islam benar-benar menang, orang musyrik quraisy yang kini berbondong-bondong memeluk islam sendiri yang memusnahkan berhala warisan mereka dan kini mereka mentauhidkan hanya satu Allah Robb Al-'Alamin

Jadi sebenarnya, di dalam persoalan nama Allah ini, masyarakat Quraisy pada waktu itu ,secara rububiyah mereka mengetahui ada satu kuasa tuhan yang super power, yang memberikan makan,memberi keamanan, memberi rezeki, tetapi secara ulihiyahnya mereka kafir, mereka syarikatkan tuhan yang berkuasa itu dengan bentuk-bentuk wakil mereka dibumi seperti patung, manusia, pokok dan sebagainya.

Justeru bersikap benarlah dalam bertindak. Ini peluang dakwah yang luas yang harus dimanfaatkan. Saya ingat lagi, selepas komentar itu. Selang beberapa hari selepasnya terpampang didada akhbar sebuah gereja dibakar, kemudian hari-hari berikutnya, lagi gereja dibakar, kemudian masjid pula sehingga menjadi isu antarabangsa. Saya sempat membuka aljazeera, dan beberapa channel berita antarabangsa yang lain seperti BBC, Fox, ABC News dll, semua masyarakat dunia khuatir dengan situasi di Malaysia.

Sebenarnya inilah natijah daripada sebuah kebodohan. Kita lihat kebodohan masyarakat barat melarang pembinaan menara masjid, melarang penggunaan niqob, melarang pemakaian hijab, membunuh wanita muslimah di dalam mahkamah di German. Ini semua hasil sebuah kebodohan. Emosi menguasai Rasionaliti.

Kita marah apabila di dalam sesebuah negara bukan Islam, kebebasan agama diregut, tetapi apabila ianya berlaku dinegara kita, kita bertindak sama perangai dengan orang-orang barat yang bodoh tadi.

Disclaimer

Semua artikel di dalam blog ini adalah penulisan asli saya. Penulisan ini tiada kaitan dengan sesiapa. Maklumat di dalam blog ini tidak melalui satu sistem penulisan akademi yang baik oleh itu saya tidak menggalakkan untuk menyebarkan kepada orang umum. Apa yang ditulis hanyalah cetusan idea (inilah citra sebuah blog) dan maklumat-maklumat perlu dimurnikan lagi agar ia lebih akademi. Tulisan tulisan saya yang telah dimurnikan banyak terdapat di dalam blog http://muslimbrotherhood.ning.com

Thursday, April 22, 2010

I'm opposing linear education system 2

...sistem ujian dan peperiksaan di dalam aliran pendidikan sekarang juga tidak contextual (atau tidak authentic)

Praktis ujian di dalam aliran sekarang memerluka pelajar untuk

1. Duduk di dalam dewan peperiksaan
2. Membawa alatan yang dibenarkan (hanya pen / pensil, kertas jawapan dan mungkin kalkulator
3. Pelajar dikehendaki menjawap soalan dalam ruang masa yang diberikan

Sekolah Pemikiran Gardner menyangkal praktis ini. Mereka menyatakan di dalam dunia sebenar, penyelesaian masalah tidak terbatas di dalam satu confined environment (persekitaran yang tertutup). Di dalam realiti kehidupan, banyak ruang dan persekitaran yang boleh diteroka oleh manusia untuk mencari jawapan kepada permasalahan mereka.

Di dunia sebenar juga, alat untuk menyelesaikan masalah juga tidak ada batasan. Alatan atau medium menyelesaikan masalah terlalu banyak dan pelbagai. Alam maya, dan jagat raya menjadi inspirasi manusia berkurun lama dalam menyelesaikan persoalan-persoalan kehidupan

Terakhir, di dunia realiti, manusia tidak dibatas masa dalam menyelesaikan masalah. Masalah rumah tangga, masalah peribadi, masalah kewangan, masalah kerja semua bergantung kepada tahap pengurusan dan kebijaksanaan manusia menyelesaikan dalam ruang masa yang ada. Paling tidak manusia mempunyai purata masa sebanyak 604800 jam

I'm opposing linear education system

Bismillah

Asas pemikiran saya dalam idealisme dan revolusi pendidikan adalah dari Sekolah Pemikiran Howard Gardner dengan Model Kecerdasan Pelbagai beliau (Multiple Intelligences-MI)

Sempat saya mengkaji MI ini sewaktu menuntut dalam kuliah pendidikan di UKM sehingga terdoktrin dengan sekolah pemikiran mereka. Saya juga tertarik dengan approach-approach pendidikan yang mirip atau serupa dengan MI seperti authentic learning model dan banyak lagi. Aunthentic learning mencadangkan satu sistem pendidikan yang menerapkan asas kefahaman terhadap satu matapelajaran itu bergantung kepada sejauh mana pelajaran itu auntentic / make sense / related/ contextual dalam kehidupan seharian pelajar.

Dalam satu kesempatan menjadi pembentang dalam sebuah seminar di UPM, kebetulan pesertanya adalah pelajar-pelajar pendidikan sebuah koleh bahasa di UM, saya bangkitkan isu mengapa ramainya pelajar perempuan berbanding lelaki di IPT? (nampak mereka tak ada respon dalam isu ini)

Isu pokok dalam fenomena ini adalah perbezaan fisiologi dan psikologi kedua-dua makhluk yang bernama lelaki dan perempuan (bukan disebabkan lelaki kurang cerdik berbanding perempuan).

Di dalam AlQuran mana-mana ayat yang berkaitan Rijal itu biasanya termasuk perintah kepada wanita, tetapi mana-mana ayat yang Allah secara khusus merujuk kepada wanita, perintahnya tidak langsung akan ada kaitan dengan lelaki. Dalam kaedah bahasa arab juga, antum itu merujuk semua lelaki dan wanita (sebab itu Assalamualaikum kita sebut baik utk lelaki dan wanita) tetapi ketika menyebut antunna dapat dipastikan tidak ada seorangpun lelaki yang ada di depan kita.

Nah, AlQuran sendiri membuktikan ada perbezaan ketara dan sifat khusus bagi para wanita. Dalam sebuah riwayat / qaul (saya tidak dapat pastikan sama ada ini hadis atau tidak) menyatakan bahawa wanita mempunyai 1 akal dan 9 nafsu, manakala lelaki mempunyai 1 nafsu dan 9 akal, ini secara eksplisit menyetujui perbezaan fisiolagi dan psikologi wanita dan lelaki.

Wanita cenderung memiliki emosi yang lebih sebab itu sifat kasih sayang dan sensitiviti wanita lebih tinggi daripada lelaki, tetapi lebih fokus dan centered dari segi pemikiran.

Manakala lelaki lebih "broad minded", mencapah, sesuai dalam tindakan merancang dan kepimpinan tetapi kurang emosi ddan sentuhan kasih sayang. Lelaki juga cergas dan lebih kinestetik (ini dari aspek fisiologi)

Oleh demikian sistem pendidikan linear sekarang lebih cenderung kepada psikologi dan fisiologi wanita. Sistem ini tidak meraikan eksperimen, kajian, eksplorasi yang lebih cenderung kepada kesamaan psikologi dan fisiologi lelaki.

Saya masih ingat ketika di Universiti, hampir semua peserta akhir Engineering Exhibition Project adalah lelaki dan 3 peserta terbaik yang mendapat Gold Medalist, Second Runner Up dan Bronze adalah lelaki dan salah seorang dari mereka adalah saya.

Sepanjang sejarah kita melihat lelaki yang hebat (great man) oppose traditional/linear education approach. Mereka tidak berada di dalam sistem ini tetapi membuat mainstream kejayaan sendiri.

Bill Gates adalah seorang drop out universiti dan seorang yang memanipulasi idea orang lain sehingga menjadi antara orang terkaya di dunia dan memiliki sebuah syarikat perisian terbesar di planet ini. Albert Enstein gagal dalam ujian kemasukan ke Polythecnic. Syed Mohktar Bukhari adalah seorang penjual daging segar di sekitar Alor Setar ketika remajanya dan kini mengoperasikan beberapa power plant yang di dalamnya terdapat Engineer dan Doctorate dalam bidang Kejuruteraan Elektric Power. Banyak lagilah kalau kita merungkai sejarah Picasso dan lainnya

..... bersambung im opposing linear education system

Saturday, April 17, 2010

Anak Tempatan

Menjelang PRK Hulu Selangor ni isu anak tempatan kembali bergema. Dikatakan calon daripada PKR Zaid Ibrahim bukan anak tempatan dan BN akan memastikan calon adalah anak tempatan dan faham masalah kawasan.

Tup-tup BN mengumumkan Kamalanathan seorang pensyarah dan blogger (walaupun tak pasti beliau mempunyai ijazah atau tidak). Umum mengetahui Kamalanathan adalah "orang rawang" dan bukan orang Hulu Selangor. Jadi bukan anak tempatan juga. Maka MIC selangor berbunyi tidak puas hati...

Ok kisah lain, kalau kita selidiki Rafidah Aziz MP Kuala Kangsar "oghang kuale ke" . Ini mungkin Nazri Aziz "oghang padang regheh" boleh jawap.

Kemudian Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob orang melake ke. Rasa-rasa orang Pahang.

Hey. Macam-macam politik ni. Suruh Guang Eng la jadi Yang Dipertua.

Wednesday, April 07, 2010

Kerajaan Perak Manifestasi 16 September

Isu 16 Sept kembali bergema tidak kira di dewan rakyat atau di dewan orang ramai, semua kembali soksek pasal 16 sept dan orang menjadi sumpahan tidak lain dan tidak bukan Anwar Ibrahim

Bagi saya (yang sebenarnya lebih tidak berpatisan) berpendapat ini adalah salah satu strategi daripada beratus-ratus strategi dalam peperangan. Perang saraf, kita biasa dengar taktik ini digunakan dalam sejarah peperangan manusia. Rasulullah sewaktu perang Uhud pernah didakwa wafat sebelum ianya disangkal oleh sahabat bernama Ubaidah (kalau tidak silap saya) dan propaganda itu betul-betul mengkucar-kacirkan sof perang kaum Muslimin.

Russia juga pernah melancakkan perang saraf kepada Britain yang didakwa menyorok dan memberi perlindungan kepada Hitler setelah usai Perang Dunia II.

Jadi ini sejarah peperangan di zaman mulkan jabariyan (diktatorship). Kemudian dunia berubah kepada sistem demokrasi berparlimen yang kuasa esekutif ditentukan melalui peti undi. Kuasa-kuasa pemerintah akan diangkat jika mewakili suara mejoriti masyarakat negaranya. Nah, terjadilah selepas itu babak-babak perang saraf baru pasca perang dunia kedua.

Saya ingat lagi ketika kerajaan revolusi Islam naik disebabkan perang saraf yang mengaitkan kerajaan pemerintah bersengkokol dengan Yahudi.

Kerajaan BJ Habibi jatuh disebabkan kaitan dengan Pembelian Sukhoi, kronisme dan penipuan dalam pentadbiran ekonomi

Manakali di Malaysia, pasca PRU ke 12 Anwar melihat Pakatan Rakyat mempunyai potensi membentuk kerajaan kerana parti pemerintah hanya berkelebihan dengan 32 kerusi parlimen. lalu dilancarkanlah perang saraf 16 september (dengan mengatakan beberapa ahli parlimen yang melompat parti dan menyerti Pakatan Rakyat)

Walaupun mengaitkan Institusi Agong dan Angkatan Tentera Di Raja Malaysia dalam usaha membentuk kerajaan 16 september, tetapi hakikatnya Anwar tidak meneruskan strateginya selagi perkara-perkara berkaitan perlembangan diteliti dengan sedalam-dalamnya. Jadi 16 september berkubur...

Tup tup selepas itu, muncul pula kerajaan Perak tanpa melalui proses undi tidak percaya di dalam Dewan Undangan Negeri, beberapa ADUN (yang beberapa hari hilang) telahpun mengadap sultan dan menyatakan sokongan penuh kepada Barisan Nasional, lalu tertubuh kerajaan yang disebut-sebut oleh ramai pihak sebagai kerajaan Mahkamah itu.

Apabila wartawan mengajukan soalan kepada Dato Seri Najib yang merupakan pengerusi badan perhubungan negeri dan juga dianggap tulang belakang kepada pembentukan kerajaan Mahkamah ini, beliau menyatakan "Siapa yang mulakan dulu, siapa yang mencetus 16 sept"

p/s bagaimanapun Anwar jg harus mengakui kesalahannya. Sepatutnya tidak perlu terburu-buru hendak ke Putrajaya. Betul anda mengatakan wakil rakyat tersebut tidak dibeli tetapi menyatakan sokongan secara senyap, tetapi approach anda itu dan cita-cita membentuk kerajaan itu sedikit mencalar imej anda dan orang melabelkan anda sebagai orang yang gopoh. Sempat karpal singh tidak bersetuju dengan anda dan mahu anda melucut jawatan sebagai ketua pembakang.

Sunday, April 04, 2010