Thursday, November 08, 2007

konsep,pembolehubah,definisi operasional

Dalam penulisan ilmiah (sains sosial, sains politik,pendidikan dan sebagainya), terdapat dua arah penyelidikan yang utama iaitu penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kuantitatif sesuai dengan namanya adalah penyelidikan yang memerlukan pembuktian jawapan melalui kuantiti (quantify), numerik dan empirik. Penyelidik yang cenderung kepada penyelidikan ini dinamakan sebagai positivist atau objektivist. Pada aliran penyelidikan kualitatif pula, objektif akhir adalah untuk memahami sesuatu fenomena dan kejadian dengan lebih mendalam berdasarkan tema-tema yang diperoleh melalui kajian. Pembuktian jawapan tidak memerlukan angka sebaliknya melalui data-data lapangan seperti temuramah, pemerhatian ditriangulasi menjadi satu maklumat yang kaya (rich response). Penyelidik yang cenderung kepada penyelidikan ini pula dinamakan sebagai naturalist.

Samaada anda positivist atau naturalist, displin didalam kedua-dua aliran penyelidikan ini mewajibkan anda mendalami, memahami dan menguasai konsep-konsep yang terbit di dalam tajuk penyelidikan anda. Sebagai contoh, jika seseorang melakukan penyelidikan kuantitatif berkaitan "tahap pencapaian pelajar", beliau perlu mendalami, memahami dan menguasai konsep-konsep berkaitan "tahap pencapaian". Apakah definisi-definisi tahap pencapaian daripada kajian-kajian lepas dan sebagainya. Dari situ nanti, barulah penyelidik mampu mengeluarkan pembolehubah-pembolehubah berkaitan "tahap pencapaian". Pembolehubah ini seterusnya didefinisikan lagi sehingga memiliki makna operasional yang akhirnya dapat diukur dan dianalisis.

Saya nak bawa displin keilmuan ini kepada sudut pandang islam. Rasulullah saw, adalah satu figur yang cukup terbilang dalam mengkonsepkan sebuah ideologi fitrah sesuai dengan perintah Allah. Sebagaimana yang kita tahu, jarak Isa dengan kerasulan Muhammad hampir 1000 tahun, dan dalam rentang masa itu, manusia sudah jauh dari konsep aqidah yang haq. Walaubagaimanapun selagi beragama itu adalah fitrah manusia, maka manusia yang menjaga fitrahnya akan mudah menerima Islam, akan mudah mengenal tujuan kejadiaanya.

Sekali lagi, Rasulullah adalah figur terbilang dalam mengkonsepkan sebuah ideologi fitrah sesuai dengan perintah Allah, dan bukan sesuai dengan posisinya (position) dan kepemilikannya (possess) pada waktu itu.

Posisi Rasullah pada waktu itu cukup memungkinkan Rasulullah mengkonsepkan Islam secara kekuasaan politik. Rasulullah memiliki seorang datuk pemimpim kabilah yang cukup disegani. Rasulullah juga memiliki suara dan ketokohan politik yang cukup profilik sehingga dilantik sebagai pemutus diantara parti-parti yang bertelagah. Amalan kepartian masyarakat quraisy pada waktu itu lebih hebat daripada sekarang. Walaupun perihal unta milik anggota satu parti dibunuh oleh anggota parti yang lain, maka gendang perang akan berlanjutan sehingga puluhan tahun. Maka yang jadi pemutus kepada persoalan ini adalah Muhammad Al-amin. Begitulah tingginya ketokohan Rasulullah dimata masyarakat Quraisy.

Rasulullah juga tidak mengkonsepkan Islam secara falsafah, walaupun perkembangan falsafah cukup pesat di Rom pada waktu itu. Malahan, di Mekah sendiri merupakan medan penyair menyairkan syair mereka.

Rasulullah juga tidak mengkonsepkan islam secara ekonomi, walaupun baginda memiliki kekuatan itu. Lihat sahaja kepada isteri baginda, Abu Bakr adalah antara "pengikut-pengikut" Rasulullah yang kaya.

Rasulullah tetap saja mengmbil tabiat program Alquran sebagai minhaj (tabiat minhajul qurani) yang sudah tentunya uslubnya, tabiatnya adalah satu perjalanan yang panjang dan sukar.