Sunday, November 18, 2007

Mawi, siti dan pak lah

Mawi, Siti dan Pak Lah
oleh: Asadullah
asadullah.alqamr@gmail.com

Penulis terus kepada topik perbincangan tanpa perlu sebuah latarbelakang cerita yang bersimpang siur.Mawi, siti dan pak lah ada satu tipe tipikal orang melayu. Tipe tipikal yang berpangkal dari adat budaya yang cukup mengakar umbi sepanjang sejarah kemelayuan. Penulis akan mulakan cerita mawi dan siti.

Di dalam satu ceramah Dr.fadzilah Kamsah yang penulis dengar, beliau menyatakan mawi dan siti mempunyai puluhan ribu peminat disebabkan "pakej" yang ada pada mereka. Dr. fadzilah di dalam ceramah tersebut tidak menjelaskan maksud "pakej" yang setersunya membuka peluang ijtihad penulis dalam menafsirkan maksud "pakej" tersebut...

Satu perkara yang kita lihat menjadi "pakej" yang identikal antara dua ikon hiburan ini adalah kedua-dua berasal dari kampung dan membina kerjaya sehingga terkenal satu negara. Asal kampung dan berjaya ini adalah tipe tipikal orang melayu. Masyarakat melayu kampung amat berbangga sekiranya anak mereka berjaya membina kerjaya di bandar atau melakar kejayaan di bumi orang. Mereka akan dikenang di sanjung dan menjadi buah mulut orang kampung, tidak kira apa bidang kerjaya/pekerjaan yang mereka ceburi selagi mana pekerjaan itu tidak menconteng arang ke muka kedua ibu bapa mereka.

Ciri kedua adalah, anak kampung yang berjaya kemudian berkebolehan mempamerkan sifat sederhana dan islamik akan menambah nilai peribadi mereka .Siti Nurhaliza, ketika ramadhan lepas, dalam rancangan tajaan syabas, cukup lunak "mendendangkan" bacaan al quran. Mawi pula dengan lagu aljannah, dan kaset berzanjinya sudah cukup menarik perhatian makcik pakcik di kampung kepada kewibaawan pemuda ini dan "pakej"nya sebagai penyanyi serba boleh idaman masyarakat melayu.

Saya masih ingat ketika seorang rakan membawa saya menziarahi tok wan nya di kedah, tok wannya ketika itu sedang sibuk mengoreng ikan pekasam di dapur,nampak bersungguh tok wan menyediakan makanan. Tiba-tiba dengan tak semena-mena berteriaklah cucu-cucu tok wan memanggilnya dari ruang tamu "tok wan! tok wan ! mawi ! mawi!" .Dengar sahaja nama mawi, entah macam mana bertambah kudrat orang tua tu, jadi hyper, terus tok wan berlari ke depan. Tengoklah penangan aura mawi,tok wan pun mampu berlari.

Keserderhanaan siti nurhaliza dalam berpakaian juga begitu menyentuh masyarakat kampung sehinggakan beliau juga mendapat panggilan artis sederhana oleh permirsa-permisa dari negeri seberang, dan tidak sedikit peminatnya di sana. Siti juga diminati oleh aktivis2 gerakan di sana, malah ada usulan untuk membuat pendekatan agar belaiu didakwahi. Begitu sekali.

Padahal bagi penulis, dan penulis juga berkeyakinan aktivis gerakan islam yang lain juga bersetuju bahawa mawi dan siti hanya ikon melayu totok yang tidak membawa apa-apa nilai dalam visi perjuangan islam. Malah mereka secara terang-terang mencabuli kemurniaan dan
kejernihan addin yang mulia ini. Siti suatu ketika bertudung litup dihari pernikahan, dengan tidak semena-mena membuka tudung menghiburkan suami tercinta katanya. Padahal yang mendengar nyanyiannya bukan hanya suami tetapi puluhan ribu penontoh lelaki dan wanita. Mawi, dalam video klip yang tersebar di youtube menunjukkan buruknya akhlak pemuda ini. Dalam keadaan mamai (atau buat-buat mamai) beliau menyanyi kemudian bertakbir.

Baik, berbalik kepada cerita pak lah. Sekali lagi pak lah adalah tipe tipikal orang melayu yang cukup ideal. beliau berasal dari keluarga yang sederhana, keluarga ulamak, mampu menjadi imam dan dalam masa yang sama menjadi presiden sebuah parti bermazhab kebangsaan. Masyarakat melayu tidak kritikal dengan isme kebangsaan ini, dan tak merasa penting pun untuk ambil tahu kerana bagi mereka cantik baju cantiklah orangnya, cantik orangnya cantiklah budi bahasanya, budi bahasa budaya bangsa. Orang melayu tidak kritikal melihat, tangan pak lah di atas mahu datuk michel. Orang melayu juga tidak kritikal melihat isterinya tidak bertudung, kerana apa kerana pak lah adalah ikon melayu yang moderat dan rata-rata masyarakat melayu berfahaman seperti itu.Si leha tak perlu bertudung litup,cukup berselendang dan berbatik, berkebaya dan bersongket, jalan tersipu-sipu sudah tergambar stigma seorang perempuan melayu terakhir. Padahal dalam islam,budaya dan adat yang melanggar had dan syariat adalah tertolak.

Kita selalu mendengar teori ice berg. Penulis akan bawa teori ini kepada satu anologi mudah. Melihat Sebuah bongkah ais (ice berg) yang besar, apa yang terlihat pada bahagian atas ice berg itu hanyalah "event" atau peristiwa-peristiwa kulit yang sebenarnya di dasari oleh satu ketulan ais yang beratus-ratus tan lebih berat dan besar. Dasar yang berat dan besar inilah dalam diri manusia diistilahkan sebagai"mental model".

Bagi memudahkan kita memahami event dan mental model ini penulis bawakan contoh berikut, apabila kita melihat seorang pelajar membuli, jangan kita salahkan "event" yang berlaku iaitu perbuatan membuli, kita kena lihat dasar atau akar perbuatannya itu. Dasar atau akar adalah
disebabkan "mental model" yang telah dibentuk oleh sistem kehidupan mereka sekian lama. pelajar ini mungkin dirumahnya sudah biasa dengan kehidupan keluarga yang kasar dan bengis. Baik ayahnya ibunya mahupun adik-adiknya. Jadi sistem keluarga membentuk mental model pelajar berkenaan sehingga menjadi budaya dan amalan yang mendarah daging.

Jadi apabila kita menyanggah ketidak islaman atau kehadarian pak lah , kita jangan lupa, pak lah telah menjadi tipe tipikal kesukaan orang melayu yang rata-rata orang melayu adalah sejenis/ "sefikrah" dengan beliau.Pak lah tetap menjadi ikon melayu sejati yang sederhana dan
orang melayu yang telah dibentuk kemelayuaanya akan tetap menyokong pak lah. saya yakin 100% pak lah akan memenangi pilihanraya umum yang akan datang walaupun mungkin ada tentangan-tentangan daripada parti pembakang.

Jadi bagaimana kita menyelesaikan "event" ini. Sudah tentu kita perlu pecahkan "mental model" masyarakat melayu sehingga islam menjadi budaya bukan sekadar baju. Pecahkan mental model ini dengan apa, pecahkan dengan tarbiyyah. Tarbiyyah tidak hanya memasang baju islam sementara, tetapi tarbiyyah menanam budaya islam di dalam diri individu. Kerja tarbiyyah untuk memecahkan mental model ini cukup lama dan perit sesuai dengan tabiat dakwah towil ashil (panjang tetapi asli). Bina dahulu mental model masyarakat melayu terhadap budaya islam yang hakiki bukan sekadar emosi. Kerana islam yang lahir dari emosi akan cepat padam apabila melihat kecantikan peristiwa-peristiwa duniawi.