Saturday, November 10, 2007

objectivity

Qul hatu burhanakum inkuntum shodiqin

Ayat di atas menunjukkan objectivity dalam Islam. Islam adalah sebuah agama yang rasional dan mengiktiraf kewarasan ilmu. Islam menolak sesuatu hujah beremosi tanpa dokongan wahyu. Rasulullah sendiri, ketika baginda cuba bertindak diluar objectivity Islam, Allah menegur langsung, walaupun bagi pandangan saya Rasulullah sudah cukup rasional ketika itu. Sebagai contoh tindakan Rasulullah mengasingkan diri daripada isteri2 baginda disebabkan tindakan mereka yang baginda tidak dapat terima, Rasulullah ditegur Allah dengan mafhumnya

"Wahai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang telah Allah halalkan"


Rasulullah cuba serasional mungkin, mengendalikan sesuatu keadaan yang tidak disukainya. Baginda tidak memarahi isterinya, jauh sekali mengherdik mahupun memukul, tindakan yang biasa dilakukan kebanyakkan manusia. Baginda serasional mungkin bertindak dengan hanya mengasingkan diri dengan tidak menyentuh mereka sebagai satu "silent protes". Tetapi tetap sahaja tidak mendapat redha Allah.

Baginda Muhammad dalam ketika yang lain, cuba serasional mungkin menolak permintaan ibn makhtum ketika sedang sibuk mempromosikan islam terhadap pembesar Quraisy. Baginda tidak menghalau, jauh sekali menyumpah mahupun menghina. Baginda hanya berpaling, dan Maha Suci Allah, perbuatan berpaling, yang bagi saya satu perbuatan yang cukup rasional itupun ditegur Allah kerana tidak sesuai dengan tabiat dinNya.

Begitulah objectivity dalam Islam. Sampaikan "burhan" atau bukti kamu jika kamu benar. Berhujahlah dan bukan menghujat. Betapa besarnya kesilapan kita apabila kita mula menghujat. Kita lihat bagaimana senario politik tanahair mutaakhir ini apabila para politikus ini mula menghujat maka keluarlah bermacam-macam istilah; bapak setan, beruk, monyet, yang bagi kita orang biasa, istilah yang hanya keluar dari lidah dan hati busuk manusia yang tidak pernah belajar. Apabila para politikus ini mula menghujat maka keluarkan juga bermacam-macam isyarat tangan, kaki, badan yang bagi kita orang biasa, isyarat hanya keluar dari diri manusia yang tidak pernah sekolah.

p/s tulisan yang dicerahkan perlu melalui pencerahan yang sahih