Tuesday, December 04, 2007

Mahasiswa Bersama Suara Rakyat

Artikel ini ditulis pada 8 Ogos 2005 tetapi sengaja saya postkan dalam blog ini memandangkan kita amat dekat dengan event "minyak naik" tidak lama lagi.

Mahasiswa Pendokong Aspirasi Negara Bersama Suara Rakyat
oleh : Asadullah

Harga minyak naik alasannya adalah kerajaan menanggung berbillion-billion subsidi minyak. Walaupun PETRONAS mendapat keuntungan berbilion-billion ringgit juga masih tidak mampu untuk menanggung subsidi kerana banyak wang diperlukan untuk pembangunan, kemudahan pembelajaran, infrustruktur, kemudahan kesihatan, kemudahan itu, kemudahan ini, begitu dan begini

Inilah penjelesan dari pihak kementerian, menteri-menteri, agensi-agensi kerajaan bila mana soalan kenaikan harga minyak ditimbulkan. Tetapi timbul persoalan bagi saya dan mungkin juga dari kebanyakkan pengguna, masyarakat dan rakyat keseluruhannya. Kenapa walaupun harga minyak naik, menteri-menteri masih lagi lumayan dengan subsidi minyak mereka, Mengapa CEO syarikat-syarikat GLC masih seronok bersuka ria dengan RM3000 (mungkin lebih) elaun minyak mereka, dan juga Bagaimana orang yang terpenting dalam syarikat minyak negara hanya perlu guna swap card atau kertas untuk mengisi minyak.

Jadi saya memang bersetuju betul dengan apa yang diungkapkan oleh Prof Hamdan (Pres FOMCA) dalam rancangan isu semasa terbitan tv1 kelmarin, bahawa impak terbesar bila berlaku kenaikan minyak adalah rata-rata akan dirasai oleh rakyat yang berpendapatan rendah, senderhana, miskin dan papa kedana.

Kereta kancil kalau dulu full tank boleh saja sampai RM20 tetapi sekarang dah RM40. Sudah macam naik kereta wira suatu masa dahulu. Bagi bos-bos syarikat-syarikat besar ni, RM20 ke RM40 memang tak rasa, satu sebab mereka juga dapat subsidi, dua kerana gaji mereka berpuluh-puluh ribu ringgit sebulan. Jadi mana nak hirau tentang kenaikan

Baik, bolehlah cerita bahawa mereka-mereka ini orang penting dalam pertumbuhan ekonomi, dalam merangsang ekonomi, dalam menentukan hala tuju ekonomi dan pelbagai lagi mi mi yang menyebabkan mereka ini perlu dijaga.

Saya secara peribadi memang tidak menyangkal kenyataan itu bahawa mereka memang The Very Very Very Verily Important Person, tetapi sekali lagi persoalan, kalau betul mereka ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi Negara, kenapa keuntungan itu masih tak mampu menanggung subsidi minyak. Kenapa masih menekan rakyat untuk mendapat “cash money” ketika mana kerajaan terdesak membangunkan projek-projek tertangguh dan sebagainya.

Dengarlah rintihan kami sedikit, janglah terlalu menekan. Kementerian boleh cakap apa sahaja untuk mengatasi kenaikan inflasi, harga barang naik, minyak naik, tetapi realitinya memang tetap naik. Saya ingat ketiga kenaikan minya untuk kali kedua yang diumumkan kerajaan (mengambil kira bahawa ini adalah kenaikan ketiga), Kementerian terbabit bersungguh-sungguh menyatakan kita akan pantau kenaikan. Memang betullah pantau sahaja.

Buatlah sesuatu yang betul-betul adil. Sama-sama kita menanggung beban ini demi Negara. Rakyat memang tidak suka orang yang mencuri minyak untuk kepentingan sendiri, rakyat memang tidak suka peperangan yang juga menjadi punca utama kenaikan minyak dan rakyat juga tidak suka pemimpin yang tidak membela nasib rakyat. Ayuh, pimpin kami dengan saksama.