oleh: Asadullah
Sebuah harokah islamiyah wajib digerakkan atas basis aqidah yang sempurna. Salimul aqidah adalah baku bukam pertama dalam mewujudkan wehdahtul ummah. Ummah tidak akan selamanya dapat disatukan dengan fikrah, kerana memuwujudkan wehdatul fikrah perlu dimulakan dengan wehdatul aqidah.
Setelah wujud wehdatul aqidah, harus dimulakan gerakan untuk menyatukan hati-hati setiap aktivis dengan ukhuwah dan kasih-sayang. Wehdatul qulub akan memastikan peristiwa-peristiwa itsar dikalangan para sahabat radiyAllahu'anhum wa radu'anh itu wujud kembali. Dengan wehdatul qulub ikhwan wa akhwat di dalam sof d'wh ibarat sebuah usrah mukminah (keluarga mukmin) yang disatukan dengan pertalian akidah dan melebihi pertalian darah keluarga dan keturunan. Wehdatul qulub akan menjadi motivasi untuk mewujudkan suasana keluarga dakwah yang salimah, saling menghormati, saling-menasihati, saling tegur -menegur dan bebab membebani dalam rangka dakwah
Aqidah yang sempurna merupakan muwasofat harga mati yang perlu ada bagi setiap aktivis dakwah. Dakwah yang tidak menumpukan kepada pembinaan aqidah yang sempurna tidak akan menemui an-najah kurniaan Allah. Dakwah yang berkompromi dengan aqidah selain ahlul sunnah semata-mata mengejar cita-cita daulah lambat laun akan berkubur dan akan diganti oleh ruh generasi yang baru (ar ruhul jadid).
Bahaya aqidah sekularisme, sama bahaya dengan aqidah syiah, muktazilah dan sebagainya. Dipersoalkan di sini adalah aqidah. Aqidah jelas bahawa Allah itu satu (ahad) dan Nabi terakhir itu Muhammad dan sahabat-sahabat baginda diredhai oleh Allah dan mereka pun meredhai ALlah sebagai sang Kholiq. Adapun sekira-kira terdapat ilmu-ilmu membina dari kelompok-kelompok ini dari segi pemikiran dan pendapat yang lebih tuntas maka tidak ada salahnya belajar dari mereka. Sekali lagi tidak ada kompromi dalam persoalan aqidah. Penulis sendiri lebih berminat membaca novel-novel sastera dan cerita-cerita kemanusiaan tulisan penulis-penulis syiah yang lebih kritis berbanding nasyid-nasyid "juwe" artis tempatan.
Prof. Dr Yusuf Al-Qordhowi, dalam satu rancangan al-jazeera TV Qatar 31 Ogos 2006 menyatakan pandangan beliau tentang syiah dengan faham berikut "Lapan tahun lepas, saya telah disambut dengan hebat di Iran sewaktu pemerintahan Ar-Rois Khatami. Sambutan besar-besaran telah diadakan dengan kehadiran semua pegawai-pegawai dan ayatullah-ayatullah di Iran".
Sambung beliau "(perkara-perkara provokasi tersebut seperti membicarakan Al-Quran mereka...) mereka mempercayai Al-Quran itu kalamullah, mereka membacanya dan bergantung kepada hukum hakamnya serta segala yang ada di dalamnya...tetapi mereka beraqidah bahawa Al-Quran yang ada sekarang tidak lengkap...Al-Quran sebenar 2 kali ganda tebalnya, surah al-ahzab adalah 2 kali ganda kandunganya...(kita juga harus mengelakkan) dari bercakap tentang imam-imam sunnah Al-Bukhari, Muslim, Abu Hanifa, Al-Maalik, Ahmad Hanbal,
Beliau melanjutkan "Syeikh AlGhazali pernah diberitahu oleh sesetengah syiah bahawa ali lebih layak untuk menjadi khalifah berbanding Abu Bakr dan Umar. Beliau berkata kepada mereka: Saidina Ali telah tiada, Saidina Abu Bakr telah tiada, Saidina Umar juga telah tiada. Semuanya telah menjadi sejarah dan kita telah diperintah oleh orang asing, penjajah memerintah kita samaada secara langsung atau tidak langsung, jadi kenapa kita mesti bercakap tentang perkara ini. Memaki hamun para sahabat adalah salah satu daripada aqidah mereka...mereka lebih dekat dengan Allah dengan memaki hamun para sahabat Nabi"
"Saya menambah, dalam usaha saling mendekati kita mesti menahan diri daripada mendakyah doktrin masing-masing ke negara-negara yang mempunyai aqidah berbeza dengan aqidah kita. Saya tidak akan pergi untuk berdakwah tentang doktrin (atau aqidah) sunni di Qom, atau negara yang berfahaman syiah"
"Saya (juga) telah memberitahu mereka bahawa adalah tidak boleh diterima untuk menyebarkan fahaman syiah di Mesir, Sudan, Algeria dan lain-lain, mereka ini adalah negara sunnah sejati"
"Dalam tahun-tahun kebelakangan ini syiah telah menembusi Mesir, dua tahun yang lalu saya menulis sebuah buku pembohongan tentang sejarah kita. Seseorang telah bertindak untuk menjawab buku ini. Beberapa bulan lepas, seorang ikhwah bertanya kepada saya, Adakah kamu telah melihat buku ini? Tidak, buku apakah itu? Buku ini bertajuk Al-Qoradawi agen Allah atau agen bani umayyah? Dia berkata bahawa ia adalah jawapan kepada buku saya. Saya menyangka bahawa ia pasti karya seorang dari Iran, Iraq atau Lubnan, tapi diakhir buku tersebut tertulis, Mesir AlMansoura. Adakah orang syiah yang mempunyai keberanian untuk menjawab Yusuf Alqoradhawi"
"Saya menelefon al-akh setiausaha di AlMansoura dan bertanya tentang malapetaka ini, al-akh tersebut berkata dan berkata bahawa (penulis) seorang ikhwah telah menjadi syiah dan mula berulang alik antara Mesir dan Tehran"
"Ayuhal Ikhwah,saya menyeru pendekatan antara sunni dan syiah,dan saya menyokong gerakan penentangan Hizbullah, namun tidak di dalam mana-mana keadaan pun saya akan membenarkan ia menjadi hujah untuk syiah memasuki negara-negara sunni...kerana ini akan memunculkan perbalahan dikalangan masyarakat dan menjadi api yang akan membaham segala-galanya"